Telegram Web
Tanpa cermin,
kita tak tahu rupa paras kita..

Tanpa nasihat,
Kita tak tahu di mana kesalahan kita.


@AhmadHarisChannel 🇵🇸🇵🇸🇵🇸
Tahukah anda? Apabila Abu Ubaidah menyeru:

"Kami menyeru kempen solidariti masyarakat Islam, Arab, dan antarabangsa yang TERBESAR, dengan rakyat Palestin."

Seluruh dunia telah keluar berhimpun. Giliran kita bila?

12 Oktober ini.

Hadir, atau sebarkan mesej.

#FreePalestine #TaufanAlAqsa
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Rakaman mengerikan ketika penduduk Palestin di Gaza dibakar hidup-hidup selepas serangan udara Israel di Deir Al Balah, Gaza
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Detik pengganas Israel menyerang orang awam di Deir Al Balah, Gaza dengan peluru berpandu pembakar yang membakar mangsa hidup-hidup
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
Anak kecil ini dilihat mendukung adik perempuannya selama sejam, berkaki ayam, selepas adiknya dilanggar sebuah kereta.

Hasbunallahu wa nikmal wakiil 😞

@AhmadHarisChannel 🇵🇸
3 Qul pun ramai yang tak sedar baca salah.. 😅😅

Jom kita ikuti Tahsin Surah-Surah Lazim bersama Ustaz Ahmad Haris di Live Tiktok bermula 4.30ptg Selasa, 19/11/24.

BYB : Betulkan Yang Biasa & Biasakan Yang Betul

*#SEBARKAN*

Jom follow akaun Tiktok Kelas Mengaji Al-Jauhar. Anda akan terima notifikasi bila kami Live di Tiktok.

https://vt.tiktok.com/ZSjmMAWDV/
List Content Terrbaik Ahʍɑժ Hɑɾís Offícíɑl

🤲 QUNUT NAZILAH 🇵🇸
📂pdf 🎼mp3 📀 video


📖 AL-QUR'AN :

Al-Fatihah 8 Irama Taranum
Qari : Muzammil Hasballah


Al-Mulk
Qari : Mohammed Toha Al-Junaid

30 Juzuk Al-Qur'an
Qari : Syekh Misyari Rasyid Al-Efasy

📁 TEKS MUSHAF AL-QUR'AN 30 JUZUK (pdf)

💽 LIST LAGU TERRBAIK
(MP3, Lirik & MV link Youtube)


LIST LAGU SELAWAT ⭐️⭐️⭐️

Man Ana
ZAYNE feat RAHIM INTEAM

Save Me From Myself
HARRIS J

Robbi I'm Yours
RAEF

Medley Selawat
MOHAMMED TAREQ & MOHAMMAD YUSOF

MAHER ZAIN :

Ya Nabi Salam 'alaika

Insha Allah (English)

Insha Allah (Bahasa Melayu)

Allahi Allah Kiya Karo

Palestine Will Be Free

Guide Me All The Way

Tuntunku Kepada Mu

Number One For Me

Thank You Allah

Ramadhan

Peace Be Upon You

Assalamu'alaika Ya Rasulullah


SABYAN GAMBUS :

Deen Assalam

Ya Maulana

Ya Asyiqol Mustofa

Ya Jamalu

Rohman Ya Rohman

La ilaha illallah

Ya Habibal Qolbi

Ya Thoibah

Syukran Lillah

Allahumma Labbaik

Idul Fitri


IWAN SYAHMAN :

Tiada Tuhan Selain Allah

Solat Dulu


🎼 RINGTONE SABYAN :

Deen Assalam

Ya Maulana

Rohman Ya Rohman

🎞 VIDEO TERRBAIK :

THE MEANING OF LIFE

Kalau Kecewa Dikhianati Ingatlah Pesanan Ini

Pesanan Terakhir Allahyarham Dato' Abu Hassan Din Al-Hafiz

Ustaz Ebit Lew - Kenapa Aku Diuji ?

Ustaz Ebit Lew - IBU

Ustaz Ebit Lew - Kisah Gadis Yang Hampir Murtad Kerana Alami Masalah Keluarga

Ali Banat : Kisah Hijrah Seorang Pemuda Kaya Yang Menghidap Kanser Lalu Sedekahkan Semua Hartanya Sebelum Meninggal Dunia

🕌 ILMU ISLAM :

E-BOOK
KITAB IHYA' ULUMUDDIN 4 Jilid (pdf)

FIQH
ADAKAH TIDAK BOLEH LANGSUNG WANITA MEMAKAI WANGI-WANGIAN?

HADIS
Sahihkah Hadits Wanita Pelacur Memberi Minum Seekor Anjing?

😎 TIPS
PELBAGAI TIPS KEHIDUPAN

📀 MOVIE :
The Secret Life Of Pets 2


🤓 TEST :
PERSONALITY TEST

Sebarkan guys.. 😄

Telegram :
@AhmadHarisChannel
Twitter/IG/Fb/Tiktok :
@ahmadhaaris1435
☝️Setiap ujian yang Allah beri kan itu pasti ada hikmahnya meskipun daripada gigitan semut.

#SerbanPutih

Telegram
@AhmadHarisChannel
Twitter/IG/Tiktok/Fb : @ahmadhaaris1435
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
"Harimau ber-ibukan anjing"

Sedangkan haiwan pun ada sifat penyayang, inikan pula manusia. Allah kurniakan sifat tersebut kepada seluruh makhluk-Nya. Subhanallah.

@AhmadHarisChannel 🇵🇸🇵🇸🇵🇸
JANGAN TERIMA, PULANGKAN BALIK

Seorang petani berkahwin dengan seorang wanita muda yang cantik, bijak dan memahami. Mereka saling mencintai dan menghormati dengan begitu mendalam, sehingga tidak dapat dipisahkan. Mereka tinggal di sebuah rumah di atas bukit di bandar, dan mereka mempunyai jiran yang merupakan seorang nenek tua

Namun, nenek tua itu membenci isteri petani dan tidak menyembunyikan perasaannya. Dia sentiasa memastikan untuk mengganggu isteri petani dengan kata-katanya, sepanjang masa. Dia akan menunggu isteri petani pulang setiap hari, dan ketika dia pulang, nenek itu akan keluar dan mula menghujani kata-kata makian kepadanya

Pada suatu ketika, nenek tua itu berkata kepadanya, "Betapa malunya kamu! Ayahmu menghantarmu ke luar negara untuk belajar supaya kamu menjadi seorang wanita yang berjaya dan berkahwin dengan seorang ahli politik. Tetapi kamu begitu bodoh sehingga akhirnya berkahwin dengan seorang petani tempatan. Kini semua yang kamu lakukan adalah berada di ladang selama berjam-jam, menjaga lembu yang kotor dan menjijikkan. Kamu seorang wanita yang gagal!"

Pada kesempatan lain, nenek tua itu menjerit kepadanya, "Kamu mungkin cantik secara fizikal, tetapi jiwa kamu sangat gelap dan buruk. Hatimu dipenuhi dengan segala sampah di dunia. Kamu menyedihkan, tidak berbakat dan benar-benar tidak berharga. Kamu tidak berguna!"

Nenek tua itu terus berkata banyak perkara menyakitkan hati untuk membuatkannya berdukacita, kecewa dan murung. Namun, ada sesuatu yang luar biasa tentang isteri petani; dia sangat tenang dan tidak pernah terganggu oleh makian tersebut. Sebaliknya, dia akan melepaskan ketawa kecil setiap kali dihina. Dia sentiasa tenang dan sentiasa tersenyum

Akhirnya, nenek tua itu sendiri menjadi putus asa kerana semua usahanya untuk memburukkan isteri petani gagal. Dia tidak dapat memahami mengapa wanita muda itu tidak pernah mengambil serius makiannya

Suatu hari, dia mendekatinya dan berkata, "Aku telah melemparkan berbagai makian kepadamu. Mengapa kamu tidak pernah kelihatan terganggu oleh semuanya?"

Isteri petani itu menjawab, "Bolehkah saya bertanya satu soalan? Jika kamu memberikan sesuatu kepadaku dan saya menolak untuk menerimanya, ia tetap milik siapa?"

Nenek tua itu menjawab, "Ia tetap milik saya"

Isteri petani itu tersenyum dan berkata, "Baik! Itu bermakna selagi saya tidak menerima makianmu, ia tetap milikmu. Jadi mengapa saya perlu terganggu tentang sesuatu yang bukan milik saya?"

Dunia kini telah menjadi tempat di mana orang hanya berusaha untuk bertengkar dan berdebat antara satu sama lain, bersikap menghakimi, dan secara keseluruhan negatif

Kita tidak dapat mengelakkan orang-orang kasar ini. Mereka ada di sekeliling kita sebagai sebahagian daripada masyarakat kita. Sekali-sekala kita berhadapan dengan mereka dalam rutin harian kita

Tetapi kesilapan yang kita lakukan adalah kita menjadi terus marah dan tersinggung apabila orang-orang ini menghina kita, mempermainkan kita atau mencela kita. Kemarahan bermakna kamu menerima makian itu

Sentiasa ingat bahawa makian itu milik mereka dan seharusnya tetap milik mereka. Ia bukan harta kamu, jadi apabila mereka membawanya kepada kamu, jangan terima dengan menjadi marah.

Kredit : Mohd Zamli

@AhmadHarisChannel 🇵🇸🇵🇸🇵🇸
Doa Masuk Bulan Rejab

اللهُمَّ بَارِكْ لَنَا فِيْ رَجَبٍ وَشَعْبَانَ وَبَلِّّغْنَا رَمَضَانَ
Allahumma baarik lana fii rajabi wasya’ban wa ballighna ramadhan

Ya Allah, Berkatilah kami di bulan Rejab & Sya'ban & sampaikanlah kami ke bulan Ramadan. 🤲
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
"Mak ayah bukan untuk digilirkan"

@AhmadHarisChannel 🇵🇸🇵🇸🇵🇸
Kisah Inspirasi Pengasas Aplikasi WhatsApp

Suatu masa dahulu ditempat kita, satu sms yang dihantar oleh pengguna akan dicaj sebanyak 0.30 sen oleh syarikat Telco.

Tapi sejak wujudnya app yang dikenali sebagai WhatsApp, ramai orang mula meninggalkan khidmat pesanan sms yang mencekik darah dan membebankan pengguna.

Terima kasih pada pencipta aplikasi WhatApp yang telah memudahkan kita pada hari ini. Berikut adalah kisah menarik Brian Acton, pengasas WhatsApp.

Pada tahun 2006, Brian mempunyai pekerjaan yang stabil di Yahoo, mengetuai platform syarikat pengiklanan Yahoo di sana.

Tetapi selepas 11 tahun bekerja di Yahoo, dia membuat keputusan berani untuk berhenti.

Pandangannya tertumpu di Facebook, salah satu syarikat teknologi yang paling pesat berkembang pada masa itu.

Hasilnya? Penolakan serta merta. Dia gagal untuk menyertai Facebook dan 'jobless' bermula dari tahun 2006. Tetapi penolakan itu tidak mematahkan semangatnya.

Pada tahun 2008, Brian Acton masih menganggur dan memutuskan untuk mencuba nasib dengan Twitter. Malangnya dia ditolak dan gagal untuk menyertai Twitter pada tahun 2008.

Dia memohon semula untuk bekerja di syarikat teknologi lain, sekali lagi, jawapannya adalah tidak. Dia ditolak...😔

Kecewa tetapi tidak putus asa, Brian Acton secara tidak sengaja bertemu dengan rakan lamanya Jan Koum yang juga bekas pekerja Yahoo di salah satu acara permainan yang diadakan secara mingguan di tempat mereka.

Dan kedua-dua mereka secara kebetulannya telah ditolak untuk diterima bekerja oleh Facebook.

Tanpa disangka, satu perbualan antara mereka telah mencetuskan idea yang akan mengubah dunia. Kedua-dua mereka sebenarnya kecewa dengan cara komunikasi dan fungsi yang ada pada telefon bimbit.

Pada masa itu, syarikat telefon menjana berbilion-bilion dolar dengan mengecaj setiap teks yang dihantar oleh pengguna.

Pada tahun 2009, suatu revolusi teknologi baru sahaja dilancarkan iaitu iPhone App Store.

Digelar "gila dan terlalu berkhayal" oleh institusi pinjaman dan pemberi dana modal pada tahun 2009, Brian Acton memutuskan untuk mengambil risiko bagi mengejar impiannya

Dengan simpanan $250,000, dia memberikan wang simpanannya kepada Jan Koum untuk membangunkan idea mereka tentang suatu App yang boleh menghantar mesej segera secara percuma 'in real time' dan dalam masa yang sama dia terus berusaha untuk mencari kerja.

Mereka mengelarnya sebagai WHATS APP. 'A messaging tool for friends to check on their friends and family to what they are doing in real time.'

Kemudian Whatsapp dilancarkan. Versi pertama app itu tidak begitu berjaya. It crashed constantly.

Pengguna: 10.
Hasil: $0.

Tetapi kemudian, Apple memperkenalkan 'push notifications' dalam sistemnya. Ini telah mengubah segala-galanya.

Dengan teknologi itu, pengguna kini akan dimaklumkan apabila mereka menerima mesej baru dan ini menjadikan app itu semakin menarik dan mendatangkan ketagihan.

Muat turun Whatapp mula berganda setiap bulan. Menjelang tahun 2011, WhatsApp berjaya mengumpulkan $8 juta dana daripada Sequoia Capital dan syarikat mereka dinilaikan pada harga $25 juta.

Pelabur yang pernah menggelar Brian Acton dan Jan Koum sebagai "khayal" dua tahun sebelumnya kini merayu untuk membiayai mereka.

Brian Acton dan Jan Koum tidak hanya membina sebuah aplikasi. Mereka mempunyai prinsip tersendiri untuk Whatsapp...

"We are not going to make on it...

No ads. Ever.

No games or gimmicks.

No user data collection.

No marketing budget."

Prinsip mereka mudah. “No one wakes up excited to see more advertising.” - kata Brian Acton

Pendekatan "Anti - Facebook" ini telah menarik minat pengguna. Menjelang 2013, WhatsApp telah mengatasi Twitter, mencapai lebih 200 juta pengguna.

Semua ini dicapai dengan hanya 50 pekerja. Pada waktu itu, appnya mempunyai lebih 2 bilion pengguna dan kemudian, Facebook datang mengetuk dan menunjukkan minatnya...

Syarikat yang dulunya pernah menolak Brian Acton pada 2006 kini mahu membeli syarikatnya. Harga yang dipersetujui adalah $19 bilion dollar, nilai yang sangat mengujakan.
Ia merupakan pemerolehan syarikat persendirian terbesar dalam sejarah teknologi. Tetapi cerita itu tidak berakhir di sana.

Pada tahun 2018, Facebook mula mendorong untuk meletakkan iklan di WhatsApp. Brian Acton, seorang yang berpendirian dan berprinsip, tidak bersetuju dan pergi meninggalkan whatapp termasuk '$850 million in unvested stock options'.

Respon beliau? "Sudah tiba masanya untuk dia pergi..."

Hari ini, WhatsApp telah menguasai lebih 100 bilion mesej setiap hari. Ia lebih besar daripada gabungan Instagram dan Facebook Messenger.

Dan harta Brian ketika beliau meninggalkan whatapp adalah bernilai lebih dari $16 bilion dolar.

Daripada seorang lelaki biasa berubah menjadi jutawan yang mencetuskan fenomena global, perjalanan WhatsApp adalah bukti ketabahan, kesabaran dan sikap tidak mudah putus asa akhirnya akan mendatangkan kejayaan pada kita.

Pengajaran utama daripada kisah Brian Acton kepada kita semua adalah :

1️⃣ Kadangkala suatu penolakan 'rejection' itu adalah satu hikmah. Percayalah Allah ada rancangan yang lebih baik untuk kita...🥰

2️⃣ Jangan mudah mengalah dalam kehidupan. Kegagalan adalah jalan untuk menuju kejayaan.

3️⃣ Percaya pada diri sendiri dan berpeganglah kepada prinsip. Jangan berubah kerana wang. Jika Allah berkehendak Dia boleh mengubah segalanya sekelip mata... Kun Faya Kun (کُنْ فَیَکون ).

4️⃣ Berani untuk bermula dan melangkah keluar dari tempat yang selesa.😊Start small but think big.

5️⃣ Bersikap fleksibel kepada idea² baharu. Berdiri teguh untuk melindungi prinsip yang anda percayakan.

Dan yang paling penting, kadangkala halangan terbesar kita hanyalah diri kita sendiri...

Brian Acton pernah tweet selepas dia ditolak oleh Twitter,

“Got denied by Twitter HQ. That’s OK. Would have been a long commute. Little did Twitter know, they had just passed on a future billionaire."😊

"One day, you'll realize that your dream died because you chose comfort over effort. Don't let that regret haunt you forever."

Jadikan 'rejection' sebagai pembakar semangat untuk sesuatu yang lebih positif Insyallah...😉

Semoga bermanfaat.

#CeritaTeknologi✍️
#MERZ
FB : Mohd Ezairol Rezan Zainol

@AhmadHarisChannel 🇵🇸🇵🇸🇵🇸
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Teruskan boikot sampai bila-bila!

Palestin belum bebas dan kekejaman belum berakhir!


@AhmadHarisChannel 🇵🇸🇵🇸🇵🇸
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
Episod tentang Taufan Al-Aqsa dalam program "What is Hidden is Greater" yang disiarkan di Al-Jazeera.

Episod ini termasuk klip yang ditunjukkan buat kali pertama dari bilik Majlis Tentera Al-Qassam dan rakaman eksklusif komander pertempuran, Yahya Sinwar yang mengetuai pertempuran menentang penjajah dari barisan hadapan.
2025/02/16 15:15:27
Back to Top
HTML Embed Code: