Telegram Web
Forwarded from Dr. Ahmad Sanusi Azmi
Di Ambang Kebinasaan
=====
1. Dalam keghairahan menggila, media dikawal oleh pihak regim bagi menutup keruntuhan yang sedang di alami oleh makhluk keji ini. Laporan LeadNews 24 merekodkan sehingga 21 Mac 2025, pihak Iz mengalami kejatuhan paling kritikal dalam sejarah mereka:

a. 𝐊𝐞𝐣𝐚𝐭𝐮𝐡𝐚𝐧 𝐄𝐤𝐨𝐧𝐨𝐦𝐢 𝐘𝐚𝐧𝐠 𝐌𝐞𝐫𝐮𝐧𝐜𝐢𝐧𝐠
Sejak negara haram itu ditubuhkan pada tahun 1948, mereka mengalami kerugian:

• Kerugian Ketenteraan berjumlah $34 billion.
• Total kejatuhan ekonomi $67 billion.
• Budget deficit: $40 billion (paling teruk dalam sejarah mereka).

𝐊𝐞𝐬𝐚𝐧 𝐞𝐤𝐨𝐧𝐨𝐦𝐢 𝐭𝐚𝐡𝐮 𝟐𝟎𝟐𝟒 𝐬𝐞𝐦𝐚𝐤𝐢𝐧 𝐭𝐞𝐫𝐮𝐤:
• 60,000 syarikat ditutup menyebabkan kehilangan kerja yang memuncak
• Sektor pelancongan yang menurun kepada 70%, menyebabkan kerugian $5 billion.
• Sektor binaan yang kerugian $4 billion, dengan 70 projek pembangunan dibekukan.

Data ini menunjukkan bagaimana ekonomi mereka mula mencair dan meruncing sejak meletusnya peperangan.

b.𝐑𝐚𝐤𝐲𝐚𝐭 𝐃𝐢𝐩𝐢𝐧𝐝𝐚𝐡𝐤𝐚𝐧 𝐃𝐚𝐫𝐢 𝐏𝐞𝐧𝐞𝐦𝐩𝐚𝐭𝐚𝐧 𝐀𝐬𝐚𝐥
Sejak bermulanya peperangan, seramai 143,000 rakyat Iz telah lari dari rumah mereka yang berhampiran dengan sempadan utara G. Sekalipun dalam tempoh genjatan senjata, mereak terlalu takut untuk kembali kepada penempatan asal mereka.

c. 𝐓𝐞𝐤𝐚𝐧𝐚𝐧 𝐏𝐬𝐢𝐤𝐨𝐥𝐨𝐠𝐢 𝐘𝐚𝐧𝐠 𝐌𝐞𝐫𝐮𝐧𝐜𝐢𝐧𝐠
Populasi rakyat negara ini mengalami tekanan psikologi yang sangat membimbangkan:

• 900,000 rakyatnya menderita dari post-traumatic stress disorder (PTSD)—satu angka yang memecahkan rekod dunia,
•Satu pertiga dari rakyat Iz are struggle dengan depression atau mental health disorders.
• Penggunaan alkohol yang meningkat sebanyak 25%.
• Pengambilan pil tidur yang meninggkat sehingga 180%,menunjukkan rakyat mereka tidak boleh tidur kecuali melalui bantuan perubatan.
• Dalam kalangan tentera seramai 21 kes bunuh diri direkodkan pada tahun 2024 dan angka sebenar barangkali lebih tinggi dari yang dilaporkan.

These statistics show that morale inside Israel is at an all-time low, directly affecting military preparedness and internal stability.

d. 𝐑𝐚𝐤𝐲𝐚𝐭 𝐌𝐮𝐥𝐚 𝐏𝐢𝐧𝐝𝐚𝐡 𝐊𝐞𝐥𝐮𝐚𝐫 𝐒𝐞𝐦𝐮𝐥𝐚
Salah satu perkara yang memberikan indikasi penting terhadap keruntuhan mereka ialah rakyat sendiri meninggalkan negara mereka:

• 82,700 yahudi meninggalkan penempatan mereka pada tahun 2024, jumlah yang tertinggi dalam dekad ini.

Adakah kita bakal menyaksikan berakhirnya era negara kejam ini?

Laporan LeadNews24

Teruskan berdoa agar Allah membantu saudara-saudara kita.

Dr. Ahmad Sanusi Azmi
https://www.tgoop.com/drahmadsanusiazmi
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Cara utk mengatasi dan mengelakkan WhatsApp kita dpd di ceroboh oleh SCAMMER..sy dh buat..semoga bermanfaat.. الله bantu 🤲🏻

#Sebarkan

@AhmadHarisChannel 🇵🇸🇵🇸🇵🇸
🔺 Ketua Pengarah Kesihatan di Gaza, Dr. Munir Al-Barash:

🔹 17,954 kanak-kanak dan 12,365 wanita telah syahid sejak permulaan pencerobohan Israel.

🔹 Israel sengaja menyasarkan khemah-khemah kawasan pelarian dan orang awam.

🔹 Lebih 52 kanak-kanak meninggal dunia akibat kekurangan zat makanan, dan 17 lagi akibat selsema yang teruk.

🔹 22,000 pesakit memerlukan rawatan di luar negara, termasuk 13,000 kes kritikal.

🔹 20 hospital tidak dapat beroperasi sepenuhnya, dan 18 hospital sebahagiannya beroperasi dalam keadaan kekurangan bekalan perubatan.

🔹 Lebih daripada 1,400 kakitangan perubatan telah syahid, dan kira-kira 360 telah ditangkap, termasuk Dr. Hussam Abu Safiya.

🔹 Al-Barash: "Kami menghadapi 'kesunyian' daripada masyarakat antarabangsa dan kami menuntut tindakan segera untuk menyelamatkan sektor kesihatan Gaza."

Sumber: Shehab Agency
Terj: Cinta Gaza Malaysia

http://www.tgoop.com/cintagaza
Please open Telegram to view this post
VIEW IN TELEGRAM
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Doa kita semua untuk guru-guru kita yg banyak berjasa kepada kita semua.

Tanpa mereka kita takkan dapat mengenal Allah dan Nabi ﷺ.

Tanpa mereka kita takkan dapat memahami ayat-ayat Allah dan hadis-hadis Nabi ﷺ.

Semoga Allah mengampuni segala dosa mereka dan merahmati hidup mereka dan menghimpunkan kita dan mereka di syurga Firdaus bersama dengan Rasulullah ﷺ.

Amiin ya robbal 'alamiin. 🤲

@AhmadHarisChannel 🇵🇸🇵🇸🇵🇸
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
"Guru/Ustaz/Ustazah juga takkan terlepas daripada silap dan salah."

Amalkan doa ini semoga Allah ampuni dan tutupi aib kita semua. 🤲

@AhmadHarisChannel 🇵🇸🇵🇸🇵🇸
🔴 Laporan Statistik Harian Bilangan Syuhada dan Cedera Akibat Serangan Israel ke atas semenanjung Gaza sehingga 16 Mei 2025.

▪️109 syahid dan 216 cedera dalam tempoh 24 jam yang lalu tiba di hospital-hospital Gaza.

*Angka awal mangsa yang telah tiba di hospital sejak subuh hari ini hingga sekarang: 93 syahid dan 200 cedera akibat pembunuhan beramai-ramai Zionis yang menyasarkan orang awam di semenanjung Gaza.

▪️Masih terdapat beberapa mangsa yang terperangkap di bawah runtuhan dan di jalanan yang tidak dapat dicapai oleh pasukan ambulan dan pertahanan awam.

▪️Jumlah syuhada dan mangsa yang cedera sejak 18 Mac 2025 seramai 2,985 syahid, 8,173 cedera.

▪️Jumlah korban akibat serangan Israel meningkat kepada 53,119 syahid dan 120,214 cedera sejak 7 Oktober 2023.

Sumber: Kementerian Kesihatan Palestin - Gaza

Kredit : Cinta Gaza Malaysia
@AhmadHarisChannel 🇵🇸🇵🇸🇵🇸
Video ☝️ni deep giler!

The Meaning Of Life-Malay sub
Duration : ±7minute

Original video still on Youtube, Alhamdulillah dpt lebih 8juta views.. https://youtu.be/7d16CpWp-ok

Video versi subtitle Bahasa Melayu (lebih 3juta views) dah di-remove nasib baik sempat download dulu 😅.

@AhmadHarisChannel
TAK VIRAL KETIKA HIDUP TAPI KISAHNYA MENCURI PERHATIAN SAAT DIA PERGI

"Menghafaz Hingga Hujung Nyawa: Nurly Shahirah dan Mushaf Tulisan Tangannya"

Dalam tragedi nahas bas UPSI yang meragut 15 nyawa pelajar, satu nama terus hidup dalam ingatan ramai, Allahyarhamah Nurly Shahirah binti Azman.

Seorang anak muda yang bukan sekadar pelajar, tetapi seorang hafizah yang telah menghafaz 30 juzuk al-Qur'an.

Lebih mengagumkan, beliau menulis semula satu mushaf lengkap dengan tangannya sendiri, sebagai sebahagian dari latihan hafalannya, dikenali sebagai tahriri.

Menulis al-Qur'an bukan perkara biasa. Ia bukan tugasan yang diminta, tetapi pilihan yang dibuat. Setiap huruf ditulis perlahan, disemak, diulang.

Setiap baris adalah usaha mengukuhkan ingatan dan mencantumkan hati dengan wahyu. Dalam dunia yang serba laju, tahriri adalah bentuk ibadah yang sangat perlahan tapi penuh makna.

Tulisan Nurly kemas dan rapi. Ia mencerminkan hati yang sabar dan tekun. Dalam ribuan remaja yang sibuk dengan media sosial dan hal duniawi, dia memilih jalan lain iaitu menulis firman Tuhan.

Ini bukan pencapaian biasa. Ini adalah bentuk cinta terhadap al-Qur'an yang sangat luar biasa.

Ada saksi yang menyebut bau harum di tempat kejadian. Media pula berulang kali menghubungi ahli keluarganya bertanyakan apakah amalan arwah.

Jawapannya ringkas, “Dia tak pernah tinggal ulang hafalan. Hari-hari ada al-Qur’an di tangannya.” Jawapan itu pun sudah cukup membuat hati kita bergetar.

Dalam diam, dia mengumpul pahala yang mungkin ramai tak perasan. Tak tular ketika hidup, tapi kisahnya mencuri perhatian saat dia pergi.

Dan pemergiannya ini menyedarkan kita, bahawa hidup bersama al-Qur'an akan sentiasa memberikan bekas pada diri, pada jiwa, dan pada insan yang tinggal.

Bayangkan. Beliau pergi dalam perjalanan ilmu, dalam keadaan menjaga hafalan, dan dikhabarkan ada mushaf tulisan tangan bersamanya.

Dan menurut gurunya, beliau sering minta diuji hafalan secara rawak. Tak pernah tinggal murajaah. Tidak hairanlah dia diambil dalam keadaan yang sangat indah.

Hari ini, ramai terinspirasi dengan kisahnya. Gambar mushaf tulisan tangan itu menjadi tular, bukan kerana cantik semata, tetapi kerana ia hidup.

Ia ada roh seorang pejuang yang memelihara kalam Allah dengan seluruh jiwa dan raga.

Semoga kita semua ambil semangat ini. Mungkin kita tidak mampu tulis satu mushaf, tapi kita masih mampu buka kembali helaian yang sudah lama ditinggalkan.

Masih ada masa untuk kembali menyentuh al-Qur’an bukan sekadar dengan jari, tetapi dengan hati.

إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ
اللَّهُمَّ اغْفِرْ لَهُ وَارْحَمْهُ وَعَافِهِ وَاعْفُ عَنْهُ

Maksudnya: Sesungguhnya kami milik Allah dan kepada-Nya kami kembali. Ya Allah, ampunilah dia, rahmatilah dia, sejahterakanlah keadaannya dan maafkanlah dia.

Doa ini diajar oleh Rasulullah SAW ketika menerima berita kematian, sebagai ungkapan redha dan doa buat si mati. Semoga Allah mengampuni dan merahmati mereka yang telah pergi.

Al-Fatihah buat adik Nurly Shahirah dan semua mangsa yang terkorban dalam tragedi ini. Semoga mereka dihimpunkan bersama para solihin dan dijadikan ahli syurga yang diredai.

Dan buat kita yang masih diberi nyawa, ayuh kembali hidupkan hubungan dengan al-Qur'an. Biar sedikit, tapi konsisten. Biar lambat, tapi istiqamah.

Akhirnya, kita tak tahu dengan amalan apa kita akan pergi. Tapi Nurly Shahirah telah memberi jawapan. Dia pergi dengan al-Qur’an di dada dan di tangannya.

Kredit gambar dan status: Saudara Najmuddin Azman dan gurunya.

Amin ya Rabb.

Credit..mazlan syafie

@AhmadHarisChannel 🇵🇸
Forwarded from Dunia Palestin 🇵🇸
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Sebuah restoran Mesir menggunakan rakaman pengeboman di Tel Aviv untuk mengiklankan makanan mereka.

Sumber: Warfare Analysis
www.tgoop.com/duniapalestin
Forwarded from Dunia Palestin 🇵🇸
Sumber dipetik oleh Washington Post:

● Sistem pertahanan Israel mungkin hanya dapat memintas peratusan yang lebih rendah daripada peluru berpandu menjelang hujung minggu.

● Israel perlu memilih sasaran yang ingin dipintas, dan kemampuan sistem pertahanannya kini sudah terbeban.

● Washington Post turut melaporkan berdasarkan penilaian risikan Amerika Syarikat dan Israel bahawa Israel mampu menangkis serangan peluru berpandu selama 12 hari tanpa bantuan ketenteraan dari Amerika Syarikat.

Sumber: Al-Jazeera
www.tgoop.com/duniapalestin
Forwarded from Dunia Palestin 🇵🇸
Radio Tentera Israel: Iran telah melancarkan kira-kira 400 peluru berpandu balistik ke arah Israel sejak permulaan pertempuran.

Sumber: Al-Jazeera
www.tgoop.com/duniapalestin
Forwarded from Dunia Palestin 🇵🇸
Imam Ahlus Sunnah di Zahedan, Maulana Abdul Hamid: Kami mempertahankan sempadan negara kami. Iran adalah tanah air kami, dan kami tidak akan membenarkan mana-mana pihak asing mencerobohnya. Meskipun berbeza pegangan, bangsa dan bahasa, kami tetap satu rakyat Iran.

Sumber: TV Al-Aqsa
www.tgoop.com/duniapalestin
2025/07/03 02:14:44
Back to Top
HTML Embed Code: