Selalu kita dengar istilah ‘me time’ iaitu salah satu waktu buat manusia untuk bersendiri tetapi sebenarnya bersendiri dalam bentuk yang terbaik ada pada qiamullail itu sendiri. Setelah menghadapi perit dan lelah kehidupan seharian, kita bangun di sepertiga malam merintih dan meluah segala perasaan kepada Sang Pencipta dalam titik terendah kita sebagai hamba-Nya. Sujud kepada-Nya menjadi bukti manifestasi cinta agung kita kepada-Nya
Subhanallah!
Semoga kita semua dikurniakan kenikmatan dalam beribadah!
13 HARI MENUJU RAMADHAN
Akhukum Fillah, Wallahua'lam
@bicaradaie

Coretan 20 Sya'ban 1446H
Rahsia Puasa
Penulis telah menyatakan di awal bab pengenalan dan persediaan ramadhan dan bab seterusnya berkaitan dengan kelebihan dan fadhilat amalan berpuasa itu sendiri. Di sini penulis ingin menekankan lagi tentang amalan ini buat menjadi pedoman kita semua
Penulis tertarik untuk menukilkan berkenaan bab ini melalui kitab اسرار الصوم karya Hujjatul Islam Imam Al-Ghazali:
“Puasa itu istimewa kerana dua hal;
Yang pertama: Bahawa puasa itu merupakan sebuah amalan bersifat menahan dan meninggalkan, maka sifatnya adalah rahsia, tidak terlihat. Sedangkan amalan-amalan lain bersifat zahir dan terlihat oleh mata kasar. Manakala, puasa tidaklah terlihat melainkan oleh Allah sahaja. Maka, ia sebuah amalan dalaman yang diamalkan dengan semata-mata kesabaran dan ketahanan.
Yang kedua: Bahawa ia adalah salah satu cara untuk menewaskan musuh Allah . Ini kerana salah saatu wasilah syaitan dalam menyesatkan manusai adalah melalui syahwat. Dan sesungguhnya syahwat itu diperkuatkan dengan makan dan minum.”
Rasulullah SAW bersabda :
يَا مَعْشَرَ الشَّبَابِ مَنِ اسْتَطَاعَ مِنْكُمُ الْبَاءَةَ فَلْيَتَزَوَّجْ فَإِنَّهُ أَغَضُّ لِلْبَصَرِ وَأَحْصَنُ لِلْفَرْجِ وَمَنْ لَمْ يَسْتَطِعْ فَعَلَيْهِ بِالصَّوْمِ فَإِنَّهُ لَهُ وِجَاءٌ
Maksudnya: “Wahai para pemuda! Sesiapa di antara kamu telah mampu berkahwin, maka bernikahlah. kerana nikah itu dapat menundukkan mata dan memelihara faraj (kelamin) dan sesiapa tidak sanggup, maka hendaklah berpuasa kerana puasa itu dapat membendung syahwat.” Riwayat Muslim (3386)
Dalam hadith juga Rasulullah telah memberi panduan kepada manusia bahawa salah satu cara untuk membendung nafsu syahwat adalah dengan berpuasa. Maka, jika diamalkan amalan puasa itu dengan sebaiknya iaitu bukan sahaja berlapar tetapi termasuk menjaga diri dari melakukan amalan yang dikeji dan perbuatan yang tidak elok nescaya akan membendung nafsu daripada mengawal diri seorang insan
Terdapat juga Hadith Baginda Rasulullah yang mengistilahkan ibadah puasa sebagai perisai
Daripada Abu Hurairah RA, bahawa Nabi SAW bersabda:
الصيام جنة
Maksudnya : “ Puasa itu adalah perisai” Riwayat al-Bukhari (1894)
Jika diteliti, kata ‘perisai’ tidaklah difahami secara literal yang hanya mengambil pandangan secara zahir. Mari kita menelusuri tafsiran para ulama’ berkenaan maksud perisai di sini:
Ibn Abd al-Bar berpendapat, ia sebagai pelindung dan perisai daripada api neraka
Ibn Athir berkata : “Yang dimaksudkan dengan perisai adalah puasa itu mencegah seseorang daripada melakukan perkara syahwat.”
Al-Munawi berkata: “Penjagaan (dari Allah) di dunia ialah daripada melakukan maksiat dengan disekat nafsu syahwat dan menjaga anggota (daripada maksiat). Adapun penjagaan di akhirat ialah dijaukan daripada api neraka.”
Ibadah puasa juga menjadi perisai kepada seorang insan dalam melakukan hal-hal mungkar seperti dalam menjaga dari berkata keji
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ، قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: «مَنْ لَمْ يَدَعْ قَوْلَ الزُّورِ وَالعَمَلَ بِهِ، فَلَيْسَ لِلَّهِ حَاجَةٌ فِي أَنْ يَدَعَ طَعَامَهُ وَشَرَابَهُ
“Daripada Abu Hurairah R.A katanya: Rasulullah S.A.W bersabda: Sesiapa yang tidak meninggalkan perkataan dusta bahkan melakukannya maka tiadalah bagi Allah hajat pada bahawa dia meninggalkan makanan dan minumannya.” Riwayat al-Bukhari (1903)
Namun, perlu sentiasa ditanam di dalam diri bahawa niat ibadah puasa dilakukan tidak lain hanyalah kerana Allah agar iltizam kita menjadi titik perubahan dan bukannya seperti sesetengah orang yang menjadi hamba Ramadhan.
Orang yang disifatkan sebegini apabila habisnya bulan Ramadhan, dia kembali melakukan dosa-dosa lama yang telah dia tinggalkan. Biarlah Ramadhan menjadi sebaik-baik titik perubahan dan istiqomah di dalam hidup kita dalam berkelana mencari cinta Ilahi.
Bagi mengakhiri topik rahsia puasa, penulis tertarik untuk memberi khulasah ataupun ringkasan daripada subtopik فوائد الصيام nukilan Dr Wahbah Zuhaili

Dalam الفقه الاسلامي وأدلّته karya Dr Wahbah Zuhaili dalam bab الصيام ada menerangkan juga mengenai faedah puasa: antaranya,
1. Puasa adalah bentuk ketundukan dan ketaatan kepada Allah. Dengan berpuasa seseorang memperoleh keredhaan Allah dan berhak memasuki syurga melalui pintu khas yang dipanggil ’Ar-Rayyan’.
2. Puasa juga menjauhkan dari azab Allah daripada akibat dosa yang mungkin dilakukan kerana ia menjadi kafarah dari tahun ke tahun
3. Puasa juga digelar sebagai مدرسة خلقية (madrasah akhlak) yang hebat kerana seseorang dilatih untuk memiliki pelbagai sifat terpuji dan jihad melawan hawa nafsu dan bisikan syaitan yang boleh menggoda manusia.
4. Puasa menahan dari pelbagai sifat duniawi kerana diajar untuk sabar dan berfikir secara rasional dalam menghadapi situasi yang pelbagai.
5. Puasa meningkatkan produktiviti manusia seharian dan memupuk disiplin bagi mematuhi waktu bersahur dan berbuka yang telah ditetapkanh seharian.
6. Berpuasa juga dapat mengeratkan hubungan persaudaraaan sesama saudara islam dengan saling tolong-menolong antara satu sama lain.
Berikut adalah antara ringkasan kelebihan berpuasa yang dinukilkan oleh Dr Wahbah Zuhaili. Sebenarnya, lebih banyak lagi yang diutarakan dengan penjelasan yang sangat jelas beserta contoh tetapi penulis hanya ambil sedikit nukilan sahaja.
Semoga kita semua lebih bersemangat untuk mengerjakan ibadah puasa fardhu mahupun sunat di sepanjang perjalanan hidup kita sebagai bukti pengorbanan yang kita lakukan demi menzahirkan cinta buat Ilahi.
Akhukum fillah🤍
والله أعلم
10 HARI MENUJU RAMADHAN!

Coretan 25 Sya'ban 1446H
Peristiwa Agung di Bulan Ramadhan
Bulan Ramadhan mempunyai banyak gelaran disisi para ulama’ terdahulu. Ada yang menggelarnya sebagai madrasah nafsi, madrasah jihad, madrasah akhlak, bulan keberkatan dan banyak lagi. Semuanya berdasarkan nas dan dalil yang diteliti oleh para ulama’ terdahulu dan pengalaman mereka secara empirikal. Namun begitu, penulis terpanggil untuk membahaskan satu gelaran tentang bulan Ramadhan yang mempunyai sejarah yang sangat luas.
Kita sudah sedia maklum bahawa di dalam Ramadhan terdapatnya malam yang martabatnya lebih baik dari seribu bulan yang lain jika dimanfaatkan oleh umat Islam sebaiknya iaitu Lailatul Qadar. Walau bagaimanapun, pada perbahasan kali ini penulis akan membahasakan berkaitan dengan bulan Ramadhan yang digelar sebagai bulan kemenangan dan bulan tarbiah bagi umat Islam.
Bagi konteks tarbiah, mungkin kita semua sedar bahawa tarbiah itu sememangnya berlaku dengan sendirinya di dalam bulan Ramadhan kerana perintah Allah kepada hamba-Nya untuk berpuasa yang memupuk sifat sabar, disiplin dan banyak lagi. Seperti yang penulis katakan di dalam topik rahsia puasa dimana kebaikan yang terkandung di dalam ibadah puasa ini sememangnya tidak terkira. Oleh itu, wujud suasana tarbiah dikalangan umat Islam dalam melaksanakan ibadah puasa. Namun begitu, tidak dinafikan bahawa terdapat juga golongan yang mengambil mudah berkenaan puasa. Golongan seperti ini bukan lagi hanya dapat lapar dan dahaga tetapi terus tidak melaksanakan ibadah puasa tanpa sebarang masyaqqah yang menghalang. Bahkan, kedatangan bulan Ramadhan langsung tidak mendatangkan sedikit rasa pun di hati mereka. Golongan seperti ini digelar dalam konteks adat setempat kita ‘geng plastik hitam’. Apapun, kita doakan sahaja buat mereka supaya diberi hidayah dan pulang ke jalan Allah kembali. Ini kerana bila seseorang itu memilih untuk mengingkari syariat Allah tatkala dia sendirian, maka itu adalah urusan diantara dia dengan Allah sahaja sebab kita tidak tahu tentang perkara tersebut.
Berbalik kepada konteks tarbiah, gelaran madrasah pada ramadhan itu sendiri telah menunjukkan bahawa sememangnya tarbiah itu berlaku pada bulan Ramadhan. Oleh itu, jelaslah penamaan bagi makna tarbiah tersebut.
Beralih kepada yang seterusnya, penulis menyatakan juga bahawa bulan Ramadhan digelar sebagai bulan kemenangan buat umat Islam. Dalam kita meneliti semula sirah terdahulu terdapat 2 asbab utama pada zaman Rasulullah yang menjadikan ramadhan sebagai bulan kemenangan menurut penelitian penulis.
Yang Pertama, Nuzul Quran atau penurunan al-Quran sememangnya menjadikan Ramadhan ini lebih istimewa lagi disamping fadhilat yang sedia ada. Namun apa kaitannya dengan konteks kemenangan bagi umat Islam. Seperti yang penulis terangkan padaa topik yang sebelumnya bahawa peristiwa nuzul Quran tidak keterlaluan jika digelar sebagai titik permulaan peradaban manusia pada zaman itu kerana ia menyingkap kegelapan Jahiliyah dan memancarkan sinar keilmuan Islam melalui penurunan kitab Ilahi itu sendiri. Begitu istimewanya Kalamullah ini sehingga diberikan bermacam kelebihan bagi orang yang bermujahadah untuk menghafaz dan menjaganya. Rasulullah juga memberi jaminan bagi uman akhir zaman selagi mana kita berpegang kepada panduan yang benar iaitu kitab suci al-Quran dan Sunnahnya, nescaya kita tidak akan tersesat.
تَركْتُ فِيْكُمْ أَمْرَيْنِ، لَنْ تَضِلُّوْا مَا تَمَسَّكْتُمْ بِهِمَا: كِتَابَ اللَّهِ، وَسُنَّةَ نَبِيِّهِ
Maksudnya: “Aku tinggalkan kepada kamu dua perkara dan kamu tidak akan sesat selagimana kamu berpegang dengannya iaitu kitab Allah (al-Qur’an) dan sunnah Nabi-Nya (Sunnah Nabi SAW).”
(Hadis Riwayat Imam Malik)

Peristiwa kedua yang menjadi asbab utama juga ialah kemenangan umat Islam dalam perang yang pertama dalam sejarah Islam yakni Peperangan Badar pada tahun ke-2 Hijrah. Disaat itu tentera Islam hanya berkekuatan seramai 313 orang dengan kelengkapan perang yang tidak sempurna, namun berbekalkan iman dan takwa. Mereka berjaya mengalahkan musuh yang dipimpin oleh Abu Jahal ketika itu dengan berkekuatan seramai 900 orang. Peristiwa ini menjadi suntikan semangat bagi umat Islam ketika itu untuk berjuang menegakkan Islam dan berjuang dengan baginda Rasulullah SAW.
Sebenarnya, banyak lagi peristiwa yang berlaku di dalam bulan Ramadhan seperti peristiwa meruntuhkan segala bentuk berhala di Ka'bah dan di Kota Mekah yang berlaku pada bulan Ramadhan tahun ke - 7 hijrah dan Pembukaan kota mekah yang masyhur diceritakan selalu.
Peristiwa-peristiwa tersebut mengajarkan bagi kita untuk tetap bersikap aktif dalam kita menjalani ibadah puasa dan jangan bersikap pasif. Jangan kita jadikan ibadah puasa sebagai alasan untuk kita bermudah-mudah dan bermalas-malasan pada hari itu tetapi jadikan ia sebagai semangat buat kita untuk menegakkan syiar Islam.
Akhukum fillah🤍, Wallahua’lam
5 HARI MENUJU RAMADHAN!

Berikut juga penulis sertakan beberapa bacaan ringan dalam menambah bekalan ilmu kita menuju bulan Ramadhan yang mulia
Semoga kita semua direzekikan untuk bertemu dengannya, banyakkan amal, perbaiki diri
In shaa Allah
اللهم بلغنا رمضان 🤲

Coretan 27 Sya'ban 1446H
Berdoa bersungguh-sungguh agar dikurniakan 'Ramadhan'
Mungkin hari ini kita masih ada di atas tanah, siapa tahu esok kita sudah di bawah? Dewasa ini penulis banyak melihat peristiwa kehilangan nyawa yang berlegar di platform media. Lebih menyedihkan lagi jika difikirkan ia berlaku kurang seminggu menjelang Ramadhan yang mulia.
إِنَّا ِلِلَّٰهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ
Benarlah firman-Nya
{ وَلِكُلِّ أُمَّةٍ أَجَلࣱۖ فَإِذَا جَاۤءَ أَجَلُهُمۡ لَا یَسۡتَأۡخِرُونَ سَاعَةࣰ وَلَا یَسۡتَقۡدِمُونَ }
Dan bagi tiap-tiap umat ada tempoh (yang telah ditetapkan); maka apabila datang tempohnya, tidak dapat mereka dikemudiankan walau sesaatpun, dan tidak dapat pula mereka didahulukan.
[Surah Al-Arâf: 34]
Siapa kita untuk yakin bahawa esok masih ada buat diri kita ini, bahkan dalam berlalu detik masa yang takkan kembali ini, bila-bila masa sahaja ajal boleh menjemput. Benar-benar tidak mengira usia, masa, tempat. Apapun pengakhiran kita semoga kita dikurniakan pengakhiran yang baik-baik (حسن الخاتمة). Perbanyakkan doa dan amal dalam masa berbaki sebelum tibanya Ramadhan. Kelak akan menjadi bekalan kita untuk menempuh keseluruhan bulan itu dengan ibadah sekaligus meningkatkan takwa dalam diri.
Semoga kita semua direzekikan untuk bertemu dengan bulan Ramadhan, perbanyakkan doa dan amal. Jadilah, jiwa yang menggunakan Ramadhan sepenuhnya untuk menggapai redha-Nya dan bukan hamba Ramadhan yang ibadahnya bermusim dan berlalunya bulan ini langsung tidak meninggalkan apa-apa kesan di hatinya
3 HARI MENJELANG RAMADHAN!
Akhukum fillah, Wallahua'lam

مرحباً يا رمضان
الحمدلله ثم الحمدلله
Kita direzekikan oleh Allah untuk sekali lagi bertemu kembali dengan bulan Ramadhan yang mulia
Dalam kesempatan ini, saya ingin menyusun sepuluh jari memohon maaf jika ada yang terasa hati dengan kekhilafan diri ini
Sambutlah Ramadhan dengan kegembiraan yang dipenuhi dengan taubat nasuha dan amalan-amalan yang mendekatkan diri kepada-Nya
Dr Sayyid al-Affani berkata : “ Golongan salaf terdahulu menyambut Ramadhan dengan taubat nasuha kepada Allah SWT dan kembali kepadanya dengan mengerjakan ketaatan, memperbaiki diri sama ada dalaman dan luaran, bersedia dengan bersungguh-sungguh untuk melakukan ibadah puasa, solat, membaca al-Quran, berzikir dan semua jenis ibadah.”
Semoga kita semua terus kuat mengharungi madrasah Ramadhan kali ini dengan lebih baik lagi
Semoga Ramadhan kali ini lebih baik dari yang sebelumnya
Selamat beramal🤍
لعلكم تتقون

📌 INILAH DEFINISI ORANG KUAT YANG SESUNGGUHNYA!
Rasulullah ﷺ bersabda,
« لَيْسَ الشَّدِيدُ بِالصُّرَعَةِ ، إِنَّمَا الشَّدِيدُ الَّذِى يَمْلِكُ نَفْسَهُ عِنْدَ الْغَضَبِ »
“Bukanlah orang kuat (yang sebenarnya) dengan (selalu mengalahkan lawannya dalam) pergulatan (perkelahian), tetapi tidak lain orang kuat (yang sebenarnya) adalah yang mampu mengendalikan dirinya ketika marah.”
📚 HSR al-Bukhari no. 5763 dan Muslim no. 2609