Telegram Web
Alang-alang nak simpan emas, simpanlah sampai jadi kaya. Jangan fokus harga, tapi fokus pertambahan gram emas. Barulah untung.

Kalau simpan 1gm bertahun-tahun, mana nak dpt untungnya betul tak?

Orang lain dah ada 50gm, 100gm, 250gm..kita still 1gm tak bergerak-gerak.

Tak salah berimpian besar, tapi berpijaklah di bumi yg nyata kerana kita bukan anak raja.

Jom dengan akaun emas GAP sekarang semua boleh simpan emas. 💪🏻

Credit : Dr Fadhli
HARGA EMAS SEKARANG MAHAL. BERBALOI TAK BELI EMAS SEKARANG?

Betul. Harga emas sekarang mahal.

Bahkan dari dulu lagi orang sentiasa cakap "harga emas sekarang mahal".

Tapi harga sekarang lebih murah berbanding beberapa tahun akan datang.

Apa yang penting, kena menabung secara KONSISTEN.

Bagi penyimpan emas Public Gold yang nak menabung secara konsisten, menabunglah melalui #AkaunEmasGAP ikut BAJET, bukan ikut gram.

Tetapkan bajet minimum RM100 atau RM200 menabung melalui GAP. Buat secara auto-debit lebih baik.

Supaya harga emas naik ataupun turun, kita terus menabung.

Walaupun tak laju, tabungan kita tetap makin bertambah.

Ingat, kura-kura menang bukan sebab laju, tapi konsisten.

Bila gram emas kita makin banyak, confirm kita lebih kaya, insyaAllah.

#TipKayaDenganEmas

Tulisan : Tuan Mohd Zulkifli Shafie
Masyallah untung sebanyak RM12,000 in 2 years!

Perkongsian daripada Hani! sahabat dealer



Tuan Puan yang perlukan duit boleh jual emas pada harga tinggi sekarang.

Tahniah klien emas Hani alihkan keuntungan bisnes kepada 100gram gold bar pada
05/10/2022 : RM25,357

Hari ini, beliau jual semula 100 gram gold bar ke Public Gold
21/10/2024 : RM37,534

Keuntungan sebanyak RM 12,177 bersamaan 48% dalam tempoh 2tahun !

Untuk emas bukan keluaran Public Gold, jika jualkan kepada Public Gold hari ini, harga yang ditawarkan :

Emas 999 : RM376/g
Emas 916 : RM344/g

kredit : Cik Amirah Wafa
NAK UNTUNG SIMPAN EMAS?
Baca dan cuba hadam 5 perkara ini;

1. Dapat gaji simpan (menabung dulu) lebihannya baru dibelanja. Tunggu duit lebih selalunya pasti takkan ada berbaki.

2. Simpanan emas mesti minimum 2 tahun dan keatas. Dalam jangkapendek harga emas ada turun naik tapi dalam jangkapanjang harga emas sentiasa menaik.

3. Teruskan menabung walau bajet kecil minimum RM100. Jangan tunggu duit banyak baru nak menabung, sebab selalunya duit memang takkan jadi banyak kalau tabiat suka menabung belum ada.

4. Jual emas bila perlu saja, sebagai contoh waktu kecemasan perlukan tunai bukan saja-saja jual sebab harga emas naik atau nak tukarkan emas kepada perkara yang lebih baik.

5. Menabung emas dengan bermatlamat atau buat target yang jelas contohnya nak jadikan emas sebagai modal beli rumah, pergi haji (umrah), simpanan pendidikan anak, dana PERSARAAN dan sebagainya. Dan bukan itu saja, ia mesti dengan ilmu.

Kata mentor saya Tuan Mohd Zulkifli Shafie (penulis buku wang emas & misi bebas hutang) bukan emas yang membuatkan kita kaya tapi ilmu tentang emas. Emas hanyalah sekadar alat yang membantu kita jadi kaya.

Kredit : Tuan Khaja Nazimudeen

Nak mula menabung emas serendah rm100, jom saya bantu.
bit.ly/RegisterAkaunDewasa
Perumpamaan yang diperkatakan oleh bekas perdana menteri suatu ketika dulu iaitu Tun Dr. M

"Dollar seperti tisu tandas" adalah benar.

Kita lihat sendiri peristiwa yang pernah berlaku di India tahun 2015 apabila wang Rs500 & Rs1000 diistiharkan tidak sah diperakukan dengan nilai.

Secara tidak langsung wang kertas itu bermaksud telah bernilai SIFAR (kosong terus).

Ia ibarat seperti tisu tandas yang hanya layak dalam tandas saja.

Sejarah negara kita juga pernah terjadinya peristiwa ini sekitar tahun 90an dimana wang kertas RM500 & RM1000 telah diistiharkan tidak laku digunakan.

Wang kertas sememangnya bukan penyimpan nilai. Wang kertas nilai diberi dari paksaan sesebuah kerajaan negara itu sendiri.

Jika negara itu bergolak dari segi politik atau ekonomi, nilai wang kertas turut akan terjejas.

Tetapi tidak pada emas. Nilai emas tidak akan terjejas biarpun ekonomi ataupun politik sesebuah negara terumbang ambing.

Nilainya terletak pada dirinya sendiri.

Persoalan, adakah anda masih percaya duit kertas yang sekadar dicetak dan dipaksa nilai?

Kredit : Tuan Khaja Nazimudeen
Kenapa dikatakan "Savers are Losers"?

Ini satu perkara saya belajar dari mentor saya sejak 2015.

"Harga" ialah apa yang kita bayar.
"Nilai" ialah apa yang kita dapat.

Tahun 80-an dulu, sebiji karipap harganya cuma 10 sen.

Sekarang harga paling murah pun 50 sen (untuk dapat karipap yang saiznya sama).

Harga yang kita perlu bayar ialah 5 kali ganda untuk dapat NILAI yang sama berbanding 30 tahun dahulu.

Adakah peniaga karipap zaman sekarang lebih kaya berbanding dulu disebabkan harga karipap sudah meningkat 5 kali ganda?

Jawapannya "tidak".

Walaupun wang kertas yang dia dapat lebih banyak, tetapi KUASA BELI wang kertas sekarang lebih kecil berbanding dulu.

10 sen sudah tidak lagi mampu beli sebiji karipap.

50 sen sekarang sama kuasa belinya dengan 10 sen dulu.

Disebabkan kuasa beli wang kertas yang confirm merosot dalam jangka panjang, maka sebab itulah Robert Kiyosaki gelarkan "SAVERS ARE LOSERS".

Orang yang simpan kekayaan dalam bentuk wang kertas (di bank) secara 'berlebihan' akan mengalami kerugian disebabkan duit itu sendiri tidak mampu menyimpan NILAI.

Kita hanya 'psycho' dengan pertambahan nombor sedangkan ia hanyalah illusi semata-semata...

Sebaliknya dengan emas.

Walaupun emas tiada pendapatan seperti dividen tahunan sebagaimana simpanan di bank, tetapi ia menyimpan NILAI yang ampuh sebagaimana teori 1 dinar seekor kambing.

1 dinar masih boleh membeli seekor kambing sejak 1400 tahun dulu hingga sekarang.

Nilainya dipegang kuat oleh BERAT dan KETULENANNYA sendiri tanpa perlu jaminan daripada mana-mana pihak.

Ia satu-satunya aset kewangan yang nilainya berdiri dengan sendiri.

Dah faham kan? Terus konsisten menabung emas ya.

Kredit : Tuan StevenBlanda
Perbezaan Harga Emas Sejak Zaman Covid-19

100 gram naik sebanyak RM 15,187
250 gram naik sebanyak RM 37,846
1 kilogram naik sebanyak RM 151,383

Ramalan Masa Depan
Harga emas cenderung kekal menaik atas faktor seperti inflasi, geopolitik, dan ketidakstabilan ekonomi berlanjutan. Namun jika keadaan global stabil, harga mungkin menurun, tapi hanya sedikit. Emas akan kekal tinggi walaupun pandemik.

Kenaikan besar ini mengukuhkan status emas sebagai pelindung nilai yang dipercayai, terutamanya dalam sebarang situasi ketidaktentuan ekonomi.

Jom kumpul emas.

Kredit : Tuan Azlan Abdul Rahman
7 Nasihat BNM Tentang Dana Kecemasan

1️⃣. Simpan sekurang-kurangnya 3-6 bulan pendapatan. Dana kecemasan ini berguna untuk menampung perbelanjaan asas seperti makanan, tempat tinggal, bil dan keperluan lain SEKIRANYA berlaku situasi tidak dijangka seperti kehilangan pekerjaan, kemalangan, atau kecemasan perubatan.

2️⃣. Asingkan dana kecemasan daripada simpanan lain. Sebaiknya disimpan dalam akaun simpanan berasingan yang mudah diakses apabila diperlukan.

3️⃣. Mulakan dengan langkah kecil. Jika menyimpan 3-6 bulan pendapatan terasa sukar, mulakan dengan menyimpan jumlah kecil secara konsisten setiap bulan. Sebagai contoh, simpan 10-20% daripada pendapatan bulanan.

4️⃣. Simpan dana kecemasan dalam instrumen kewangan yang selamat dan mudah dicairkan, seperti akaun simpanan biasa, akaun simpanan tetap, atau instrumen lain yang rendah risiko contohnya emas atau ASB.

5️⃣. Elakkan menggunakan dana kecemasan untuk perbelanjaan bukan keperluan atau situasi luar biasa. Jangan gunakannya untuk kehendak seperti membeli barangan mewah atau percutian.

6️⃣. Kaji dan tingkatkan secara berkala. Jika pendapatan atau perbelanjaan anda berubah, pastikan anda menyesuaikan jumlah dana kecemasan agar ia kekal cukup.

Memiliki dana kecemasan dapat memberikan kestabilan kewangan dan membantu mengurangkan tekanan ketika berdepan kecemasan kewangan.

Jika dana kecemasan tak cukup-cukup mungkin disebabkan kita tak boleh pertahankan wang kertas. Oleh itu boleh cuba teknik tabungan emas. Emas lebih bertahan berbanding tunai kerana ia mempunyai kesan emosi kepada penyimpanya.

Kredit Tn Azlan Abdul Rahman
Tiada jaminan yang terjamin.

Memang itulah lumrah hidup di dunia.

Sudah bertahun-tahun saya ingatkan, jangan fikir simpan duit di bank itu terjamin.

Saban tahun ada sahaja berita begini di negara-negara lain (moga ia tak terjadi di negara kita). Walaupun duit kita banyak di bank, tapi duit itu tak boleh dikeluarkan.

Walhal duit itu sudah tentunya milik kita.

Tapi malangnya, ia bukan sepenuhnya di bawah kawalan kita. Ia di bawah kawalan bank dan kerajaan.

Dalam dunia ini apa-apa pun boleh terjadi. Syarikat boleh bungkus. Kerajaan boleh bertukar ganti. Bank dan syarikat insuran pun boleh jatuh bankrap!

Jadi sebahagian kekayaan kita mesti disimpan dalam bentuk yang kita mampu kawal sepenuhnya, sebagaimana simpanan emas fizikal yang ada di tangan kita sendiri.

Tak perlulah semua kekayaan ditukarkan kepada emas. Cukuplah sebahagian sahaja sebagai persediaan kalau-kalau perkara yang tidak diingini itu terjadi kepada dia.

Sediakan payung sebelum hujan... InsyaAllah.


Kredit : Tuan Zulkifli Shafie
TIP PILIH ITEM EMAS YANG TERBAIK

Mana lebih baik, item gold bar 5 gram x 20 keping (total 100 gram), atau

gold bar 100 gram sekeping?

Saranan saya;

Kalau nak mudah jual (atau pajak) sikit-sikit bila nak pakai duit, saya cadangkan pilih item kecil tapi banyak keping.

Pilih;

🛒 Gold bar 5 gram x 20 keping, atau
🛒 Gold bar 10 gram x 10 keping

Dua-dua pun total 100 gram.

Mudah jual / pajak sikit-sikit
Mudah dibahagi-bahagikan bila nak diwariskan

Tapi kalau plan nak jual sekaligus pada masa depan, beli item besar terus seketul.

Contohnya untuk tujuan tunaikan haji.

Pilih;

🛒 Gold bar 100 gram sekeping, atau
🛒 Gold bar 50 gram x 2 keping.

Lebih jimat caj premium, dan
Spread lebih nipis (lebih cepat untung)

Kalau tak pasti kegunaan masa depan, ambil item kecil banyak keping lebih baik.

Supaya lebih mudah dicairkan (dijual atau dipajak) bila nak pakai duit sikit-sikit.

Item kecil yang saya maksudkan ialah item 1 dinar (4.25 gram) atau gold bar 5 gram ke atas. Ini item paling kecil yang nilai pelaburannya tinggi.

Item lebih kecil dari itu bukan item pelaburan. Tapi item koleksi.

Kos dapatkannya lebih tinggi, dan tempoh menunggu nak dapatkan keuntungan lebih lama.

#TipKayaDenganEmas
#BukuWangEmas
Gais.

Tahun lepas emas mencatatkan kenaikan sebanyak 25%.

Jika anda penyimpan emas yang konsisten, saya percaya anda akan senyum sebab emas naik harga.

Apa kata anda terus fokus dan konsisen menyimpan emas sepanjang tahun 2025 pula.

Sila lihat tipsnya kat poster.

Gais.

Emas tak janji pulangan cepat dan berganda-ganda.

Namun emas pasti memberikan keuntungan kepada penyimpannya dalam jangka masa panjang.

Ambil iktibar daripada syarikat emas yang kelaut dan gagal membayar customer mereka dah masuk setahun.

Apa iktibarnya?

Emas tak boleh bagi untung berganda-ganda.

Apatah lagi 10 kali ganda.

Saya jumpa penyimpan emas yang rugi 20k, 700k dan 800k bila terlibat dengan belian emas yg janji pulangan 10x ganda.

Fokus beli emas fizikal atau akaun simpanan emas yang boleh keluarkan emas fizikal seperti akaun GAP Public Gold.

Sebab emasnya wujud.

Saya doakan emas anda bertambah banyak tahun ini.

Saya doakan semoga emas boleh membantu anda mencapai matlamat kewangan (deposit beli rumah, deposit beli kereta, pergi umrah, haji, anak masuk U dan lain-lain lagi.

#NotaEmasSyukorHashim
2025/02/10 17:35:09
Back to Top
HTML Embed Code: