Telegram Web
   ⃟⃔✎ Tajuk : Hantu Pelita
   ⃟⃔✎ History : #Hantupelita

•╰─►   ⃟⃔✎﹏ 🔮: @creepystoryfacts
Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada semua pembaca kisah benar seram dan misteri .Disini saya akan berkongsi kan pengalaman kisah seram benar Hamdan(bukan nama sebenar)katanya dia pernah diganggu oleh hantu pelita.Kejadian ini berlaku sekitar tahun 90an di daerah Bera Pahang.Begini kisah seram benar beliau,..

Hamdan ketika itu ber umur dalam lingkungan 18 tahun.Dia selalu membantu ayahnya pergi menoreh getah di kebun getah milik atoknya.Dapat juga dia duit sambil boleh membantu meringankan pendapatan seharian keluarganya

Pada kejadian yang seram itu.Hamdan pergi seorang diri ke kebun getah milik atoknya kerana ayahnya pada pagi itu tidak sihat.Dia selalunya pergi menoreh di kebun getah dalam jam lebih kurang 02.00 pagi

Pada pagi itu bulan begitu sangat cerah,.salakan anjing kedengaran sayup-sayup kedengaran dari arah kebun berdekatan dengan kebun getah milik atok Hamdan.Hamdan ketika itu menaiki basikal tua milik atoknya sambil itu dia menghisap rokok daun."Sedap dan segar sekali rasanya".,kata Hamdan dalam hati.
Setelah sampainya Hamdan di kebun getah milik atoknya.Hamdan terus menongkatkan basikalnya lalu membuka lampu picit di kepalanya.Sambil itu dia menghalakan lampu suluh dikepalanya ke pokok-pokok getah milik atoknya.Banyak juga pokok-pokok getah yang hendak ditorehnya nanti."minta-minta jauhkan lah aku dari serangan binatang yang berbisa dan yang memudaratkan aku,." Kata Hamdan mengomel sendirian,.

Hamdan pun mengambil pisau torehnya dan berjalan dengan berhati-hati mengikuti laluan yang dia biasa terokai mengikuti denai-denai.Setelah sampai di salah satu pokok getah milik atoknya,.Hamdan lantas mengambil pot/mangkuk getah yang bertakung dengan air lalu membuang air yang bertakung itu kebawah.Setelah itu diletakkan nya semula pot itu dikedudukan asal di pokok getah itu.Hamdan lantas menoreh pokok getah itu.Oh ya Hamdan ketika itu telah siap siaga dengan serangan nyamuk.Dia telah pun menyalakan ubat lingkaran nyamuk di belakang badannya.Bentuknya seperti beg kecil tetapi besi dan diikat pada badan Hamdan.Asap nyamuk mengikuti pergerakan Hamdan.Nyamuk pun jika ada akan mati jika terkenal asap ubat nyamuk itu.

Ketika Hamdan leka menoreh pokok-pokok getah milik atoknya.Tiba-tiba sahaja dari kejauhan Hamdan ternampak akan samar-samar lampu tiben atau lampu pelita dan ternampak kelibat seseorang sedang menoreh getah.Jelas kedengaran akan bunyi torehan dari orang itu sedang menoreh pokok getah.Bunyi susu getah yang menitik-nitik itu juga jelas kedengaran juga.'Ini tak boleh jadi ni",.sape pulak yang menoreh getah pokok atok aku ni!!memang mat pet lah ni!!"..kata Hamdan dalam hatinya.Hamdan lantas mengetuk-ngetuk cawan / mug getah susu dekat pokok.Kelibat itu pun sama meniru perbuatan Hamdan mengetuk mug di pokok.
Hamdan terus menempik sambil berkata,."Hoiii!! Siapa kau!!pencurik ke!!baik kau berambus sekarang!!!.,Kelibat itu tidak menghiraukan teriakan Hamdan.Dia dengan tenang sahaja menoreh pokok getah milik Hamdan seperti tiada apa-apa yang berlaku.

Hamdan berada diri nya tercabar.Dia terus berlari ke arah kelibat itu sambil menghayunkan pisau toreh yang dipegangnya.Sesampainya dia di pokok tempat kelibat itu berdiri.Secara tiba-tiba sahaja,.kelibat atau orang itu hilang secara tiba-tiba.Ini membuatkan Hamdan terkejut melihat hal yang tidak disangka-sangkanya itu.Hamdan dengan liar memerhati sekeliling kebun pokok getah itu.Tiba-tiba dia ternampak kelibat itu berada di pokok yang dia baru sahaja menoreh sebentar tadi.Hamdan berasa geram,.bagaimana pula orang itu dengan cepat boleh pergi ke pokok getah tempat dia menoreh tadi.Hamdan pun menempik kearah kelibat tersebut.Tetapi tiada reaksi dari orang itu.Orang itu menoreh lagi pokok milik atok Hamdan.Hamdan pun melihat pokok yg ditoreh sebentar tadi oleh orang itu.Tetapi tiada torehan baru pun di pokok getah itu.Mug / cawan pun tidak berisi getah."Pelik ni,." .,kata Hamdan dalam hatinya.Peluh jantan berjatuhan keluar di dahinya.
Hamdan menoleh semula ke tempat kelibat/orang itu.Tetapi kelibat itu susah tiada.Tiba-tiba pula Hamdan ternampak cahaya api pelita di atas salah satu pokok getah.Bunyi torehan pokok getah yang ditoreh itu jelas kedengaran. Tiba-tiba sahaja Hamdan terdengar satu teriakan menjerit kepadanya"Woiiii!!!!,." kata suara itu.Hamdan terdengar satu suara garau menjerkah kearahnya dari atas salah satu pokok getah disitu Hamdan segera mendongak keatas dan apa yang dilihat oleh Hamdan amat menakutkan dan tidak akan dia lupakan sepanjang hidupnya.Hamdan melihat akan penampakan kelibat berwarna hitam bermata merah,badannya secara melintang/terbalik sedang menjegilkan biji matanya yang merah kearah Hamdan.

Hamdan apa lagi,.terus berlari semahu-mahunya dan terus membawa basikalnya pulang kerumah beliau.Sesampainya Hamdan dirumah dengan keadaan menggigil seluruh badan dia pun memberi salam untuk masuk kerumah.Belum sempat ibunya membuka pintu.Hamdan telah ditemui pengsan oleh ibunya di depan anjung rumahnya.
Pada keesokan harinya,.setelah tersedar dari pengsan,.Hamdan menceritakan kejadian kisah seramnya pada ibu dan ayahnya.Kata ayah Hamdan,yang menakutkan dia ketika itu adalah hantu pelita.Kata ayah nya.,hantu itu memang sudah lama ada setiap kali ayahnya keluar pergi menoreh pokok getah di kebun.Kata ayah Hamdan.,jangan di tegur,nanti ditegurnya kita balik dan boleh membuatkan kita demam.Terkejut juga Hamdan mendengar nya dari mulut ayahnya.Mulai dari hari itu Hamdan tidak berani keluar seorang diri lagi untuk menoreh pokok getah.Dia akan keluar menoreh jika ditemani oleh ayah beliau.

Sekianlah sahaja pengalaman kisah benar seram yang dialami oleh Hamdan(bukan nama sebenar)kepada para pembaca.

"Alam ghaib itu ada,...
Kita semua tidak bersendirian,..."
⚠️ NOTE  ⚠️

Fakta ini hanyalah diambil dari sumber google dan disharekan dalam channel ini . Jika sama dengan channel lain , mungkin ianya copy daripada sumber dan web yang sama . Hanya boleh baca sahaja . Terpulang , nak percaya atau tidak .
tak sangka pulak ramai tunggu , ingatkan dh inactive semuaa😭
   ⃟⃔✎ Tajuk : Rumah Sewa Puaka
   ⃟⃔✎ History : #rumahsewapuaka

•╰─►   ⃟⃔✎﹏ 🔮: @creepystoryfacts
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Terlebih dahulu terima kasih kepada admin kerana menyiarkan cerita aku.

Sedikit pengenalan tentang diri aku, nama aku Dahlia. Aku baru sahaja melangsungkan perkahwinan pada Disember 2023. Kisah seram ini terjadi pada aku dan suami sebaik sahaja kami berpindah kerumah sewa kami pada Februari 2024.

Ya, kisah ini masih baru dan aku rasa kisah ini akan melekat didalam fikiran aku sampai akhir hayat aku.

Suami aku bekerja sebagai Pramugara selalu akan pulang lewat dari penerbangan domestic semenanjung Malaysia. Paling awal dia akan berada di rumah pada jam 7:00 malam dan akan keluar dari rumah pada subuh dini kerana perlu ulang alik ke KLIA2 dari rumah kami yang memakan masa 1 jam perjalanan. Rumah kami ni semi banglo yang mana mempunyai kawasan lapang yang luas ditepi rumah. Jarak antara rumah kami dan jiran lain adalah dalam 100 meter.

Pada 02 Februari 2024 aku dan suami berpindah masuk kerumah sewa itu, kami mencuci serta mengecat bahagian dalam rumah kerana warna cat yang telah luntur. Dari pagi hingga ke malam kami membanting tenaga. Dari ruangtamu ke bilik semua kami cuci. Ketika mencuci lantai bilik master bedroom, aku menjumpai segumpal rambut yang sangat panjang bersalut tanah. Dan lantai dikawasan itu juga terdapat sedikit tanah. “Mungkin rambut penyewa lama agak nya” gumam ku dalam hati tidak mahu ambil ‘port’ tentang apa yang aku jumpa itu.

3 hari pertama bermalam disitu semuanya baik-baik sahaja, sehinggalah malam ke-4. Semasa aku tidur sekitar jam 1-2 pagi aku tersedar dan mendengar sayup-sayup bunyi seakan wanita menangis mendayu-dayu. Bunyinya sedih sekali, apa lah agaknya yang dia tangiskan?. Aku tidak ambil ‘port’ lagi kerana lebih memilih untuk tidur. Kerana aku sedang dalam h**d aku tidak menemani suami ku bangun subuh.

Setelah jam 9 pagi aku bangun ke tandas untuk buang air kecil dan menukar pad @ tuala wanita. Sebaik dalam tandas aku merasa hairan kerana pad-pad yang aku masukkan kedalam tong sampah berterabur diatas lantai. “mungkin suamiku terlanggar semasa bangun subuh tadi” bicara ku dalam hati tanpa memikirkn benda lain.

Hari seterusnya berlalu, macam biasa suami aku selalu pulang lewat dari bekerja. Aku mula merasa merinding dan takut berseorangan dirumah. Aku selalu rasa diperhatikan dan selalu Nampak seperti kelibat berambut panjang dari hujung mata aku. Semua ini aku rasa dan nampak ketika suami tiada dirumah.

Setelah hampir sebulan tinggal disitu. Aku tiba-tiba turun d***h, rupanya aku telah keguguran, sedih akan kehilangan cahaya mata sulungku. Aku selalu menangis setiap malam dan merasa tertekan. Aku hanya ingin duduk dibilik sahaja.

Sehingga satu malam aku terjaga dari tidur aku melihat ‘DIA’ sangat jelas berdiri di penjuru katil ku sambil menyeringai kearah ku. Aku menjerit sehingga suami aku terjaga. Suami aku menenangkan aku dan memasang surah-surah didalam youtube. Keesokan paginya aku bercerita kepada suami. Malangnya dia tidak percaya dan cakap itu hanya mimpi sahaja.
Hari diteruskan macam biasa, sehingga gangguan lain berlaku. Sampah didalam tong sampah didapur setiap hari akan bersepah diatas lantai. Hairan kerana kami tiada haiwan peliharaan. Pada malam hari pula bahagian dapur sangat meriah dengan bunyi orang merewang didapur. Tapi bangun pagi-pagi tiada pulak makanan tersedia hampehh punya hantu!

Bukan itu sahaja, mereka sukakan air sirap ya. Habis sirap aku dibancuhnya. Gangguan semakin kemuncak ketika si rambut panjang tu berani menunjukkan diri disiang hari buta di hadapan aku dan suami aku. Memang daring yer hantu ni. Kalau masih hidup dia sesuai berlakon jadi penyondol.

Tidak berhenti disitu, gangguan seperti selimut ditarik, kaki digeletek kuku tajam dan gangguan lain semasa tidur pun ada ya. Dalam bilik kami ada bilik mandi. Tengah malam buta mesti ada bunyi seperti orang sedang mandi. Lagi hardcore bila pagi kami bangun untuk solat subuh. Keadaan dalam bilik mandi tu memang tragis. Maaf ya agak kotor, tapi najis berterabur diatas lantai dan ada yang dioles ke dinding seperti budak2 conteng dinding pakai crayon tu. Tp si hantu ni pengotor sikit so dia pakai lha najis. Aku pon xpasti najis tu dia beli online atau dia ambil dari dalam tangki dirumah kami tu. Wallahua’lam.

Setelah banyak gangguan yang kami terima. Aku dan suami memanggil ustaz untuk tengokkan rumah kami ni. Tapi malangnya ustaz tersebut mencadangkan kami untuk berpindah kerana si setan tu sudah sebati di situ. “orang lama” katanya. Dalam usaha mancari rumah sewa lain secepat mungkin si setan itu memberi kami “lesson” yg terakhir. Dia menggangu tanpa henti dengan menunjukkan muka tak siap dia kepada aku dan suami.

Dan yang terakhir. Semasa kami hendak bersiap untuk pindah rumah, aku dan suami keluar untuk mnghantar barang ke rumah baru, si hantu durjana tu telah membakar beg kerja suami aku dan menyepahkan sampah & najis diatas meja makan.
Pada hari yg sama juga kami siap keluarkan semua barangan kami. Smpah dan najis diatas meja itu aku biarkan sahaja pandai lah dia kemas sendiri apa yg dia sepahkan. Mesti korang tertanya-tanya kan mana tuan rumah ni?.

Aku dimaklumkan tuan rumah ini berkerja di Dubai. Jadi sepanjang kami berhubung tentang rumah hanya melalui whatsapp sahaja. Tapi tuan rumahnya baik ya. Dia pon terkejut mendengar cerita serta bukti yang aku tunjuk tentang kejahatan si setan tu. Tuan rumah kembalikan deposit walaupun kami telah keluar awal tanpa notis. Tuan rumah tu juga telah membayar rumah sewa baru kami selam 6 Bulan sebagai tanda maaf dari pihaknya.

Itu sahaja cerita aku kali ini. Jika ada kelapangan lagi aku akan cerita pula tentang si hantu rumah lama aku tu datang melawat aku dikondo baru aku.
Sekian Terima kasih
-Sweet Dahlia
   ⃟⃔✎ Tajuk : Alfatihah untuk Arwah Abah
   ⃟⃔✎ History : #alfatihahuntukarwahabah

•╰─►   ⃟⃔✎﹏ 🔮: @creepystoryfacts
Nama aku Fathi. Izinkan aku berkongsi kisah yang diinspirasikan dari pengalaman sendiri yang berlaku hampir 18 tahun dahulu. Sebelum itu, aku nak minta jasa baik pembaca yang beragama Islam untuk menghadiahkan AL-FATIHAH buat arwah abah yang telah pulang ke Rahmatullah akibat kanser buah pinggang. Cerita aku ini sebenarnya sangatlah panjang tetapi aku dah cuba ringkaskan sehabis mungkin. Harap harap kalian terhibur.

________________

Masih terbayang-bayang lagi saat-saat terakhir arwah Abah ketika aku melawatnya di HUKM, Cheras, Kuala Lumpur. Bunyi mesin di katilnya masih terngiang-ngiang di telinga. Nadinya yang semakin lemah. Namun dia masih kekal waras dan ceria. Dari riak wajahnya, dia tetap berusaha tersenyum walaupun tubuhnya semakin susut dan cengkung.

“Abah okay je ni. Jangan risau ya,” dia selalu berkata begitu, sambil cuba menyembunyikan keperitan yang dia rasa.

Arwah Abah seorang yang kuat. Dia tidak pernah mengeluh walau sepatah, walaupun doktor sudah memberi amaran yang dia hanya ada beberapa minggu saja lagi.

Kanser buah pinggang, tahap empat. Satu berita yang menghentam hati kami sekeluarga seperti ombak tsunami yang datang tanpa amaran. Pada mulanya kata doktor, arwah Abah mungkin hanya boleh bertahan selama enam minggu. Namun dengan izin Allah, dia bertahan lebih lama—17 bulan. Tujuh belas bulan yang penuh dengan dugaan dan cabaran yang tak terbayangkan. Dari HUKM di ibu kota Kuala Lumpur sehinggalah rawatan kampung yang jauh terpencil, kami tujuh beradik cuba segala daya upaya yang kami mampu.

Tapi ada satu perkara yang langsung tak pernah terlintas di fikiran kami, sesuatu yang jauh lebih sukar untuk diterima—gangguan makhluk halus yang sebenarnya menghantui arwah Abah, dan ia telah bersarang dalam dirinya sejak sekian lama, memamah sedikit demi sedikit kekuatan yang dia ada.
Segalanya bermula satu petang di Bandar Baru Bangi, Selangor di rumah seorang pengamal perubatan Islam. Ustaz yang kami temui itu menatap kami dengan pandangan yang dalam. Ada sesuatu pada cara dia merenung yang membuatkan darahku berderau.

“Abah kamu ada gangguan ni. Dah lama,” tona suara Ustaz perlahan, namun kata-katanya sangat mengejutkan.

“Jin iblis syaitan ini dihantar melalui tangkal oleh seseorang yang dia sangat kenal. Bertahun-tahun lamanya,”

Aku terdiam. Seolah-olah lidahku terkunci. Kak Long yang biasanya tegas, tiba-tiba memeluk lengan Kak Lang yang duduk di sebelahnya. Matanya berkaca. Abang yang dari tadi diam tunduk, tiba-tiba menegakkan kepala, dahinya berkerut. Keningnya hampir bertaut.

“Siapa yang buat semua ni, Ustaz?” Abang bersuara akhirnya. Suaranya kasar, seperti menahan amarah. Ustaz menggeleng, wajahnya penuh dengan belas kasihan.

“Wallahua’lam. Bukan kerja saya untuk mencari siapa, tapi apa yang boleh saya beritahu, benda ini dah lama bersarang dalam diri Abah kamu,”
Aku mengerling ke arah Emak. Wajahnya pucat, lebih pucat dari biasa. Dia memegang tanganku dengan erat, jari-jemarinya bergetar halus. Waktu itu aku tahu, kami bukan sahaja berdepan dengan penyakit Abah yang semakin kritikal, tetapi juga sesuatu yang jauh lebih menakutkan—sesuatu yang tak mampu dilihat dengan mata kasar, tetapi sedang meratah kekuatan Abah hari demi hari.

“Jadi, Ustaz rasa apa yang kita kena buat sekarang?” Kak Lang akhirnya bersuara, dengan nada yang sangat halus, seolah-olah takut untuk mendengar jawapan Ustaz.

Ustaz menarik nafas panjang.

“Rasulullah pernah berkata kepada seorang lelaki pemilik unta yang maksudnya lebih kurang begini –Ikatlah untamu, baru kamu bertawakkal. Kita usaha dulu sehabis mungkin melawan gangguan ini kemudian kita berdoa lah kepada Allah agar Abah kamu diselamatkan dari terus menerus diganggu. Begini, kita kena pergi ke rumah kamu di kampung secepat mungkin, cari tangkal itu. Selagi benda itu tak dimusnahkan, makhluk itu akan terus menjadi asbab untuk melemahkan dia,”

Malam itu, setelah berbincang panjang bersama mak dan adik beradik yang lain. Kami memutuskan bahawa – aku, Kak Long, dan Kak Lang akan pulang ke kampung keesokkan harinya dengan Ustaz tersebut. Emak tidak ikut kerana dia perlu menemani Abah di HUKM. Kami bertolak dari Bandar Baru Bangi selepas solat Zuhur. Perjalanan yang biasanya terasa biasa-biasa saja, tetapi hari itu penuh dengan kejanggalan yang tidak mampu kami ungkapkan.

Di dalam kereta, hanya suara enjin yang menderum memecah keheningan. Aku mengerling cermin pandang belakang di atas. Kelihatan Kak Long yang duduk di tempat penumpang belakang, memandang jauh ke luar tingkap. Wajahnya yang dulu sentiasa ceria, kini seperti dibayangi kerisauan yang mendalam. Kak Lang pula duduk diam, pandangannya kosong ke arah jalan raya yang terbentang di hadapan. Aku yang memandu, sesekali memandang Ustaz di sebelah. Wajahnya tenang, namun ada sesuatu dalam diamnya yang menggetarkan hati. Tiba tiba Kak Long di belakang mula bersuara, memecahkan keheningan yang hampir menghimpit.

“Rasanya kita buat keputusan yang betul ke balik ni?” suaranya lirih, penuh dengan kebimbangan yang disorokkan di sebalik nada tegasnya.

Kak Lang, yang dari tadi diam, akhirnya turut mencelah. “Saya pun tak pasti, Long. Tapi kalau Ustaz kata kita kena selesaikan benda ni, saya rasa kita kena cuba. Kalau tak, sampai bila Abah nak tanggung semua ni?”

Semua terdiam seketika.

“Sebenarnya… apa yang berlaku pada Abah kita, ya?” Aku akhirnya memberanikan diri bertanya, walaupun soalan itu sudah lama bermain di kepala.
Ustaz memandangku sekilas, sebelum matanya kembali setia pada jalan raya.

“Gangguan yang dihantar ini kuat, dan dah lama berada dalam diri dia. Benda ni dah bersarang lama dalam Abah kamu, dan ia takkan pergi selagi tangkal tu tak dimusnahkan,”

“Siapa yang sanggup buat macam tu ya? Kejam,” Kak Long bertanya lagi, suaranya lemah. Dia menoleh ke arah Ustaz, seolah-olah berharap ada jawapan yang lebih melegakan.

Ustaz menghela nafas panjang, sebelum menjawab, “Kadang-kadang, orang yang paling kita kenal, yang paling kita rapat, akan tergamak buat perkara macam ni. Itu semua soal hati,”

Kak Lang tiba-tiba bersuara dari belakang, suaranya seperti bergetar, “Tapi kenapa Abah? Abah tak pernah buat salah dengan sesiapa. Dia baik dengan semua orang,”

“Tamak haloba, Kak Lang. Tamak haloba boleh buat manusia buta hati,” Ustaz membalas, suaranya sedikit berat.

“Manusia tidak akan pernah merasa puas dan merasa cukup dengan apa yang ada,”

Kata-kata Ustaz itu membuat kami semua terdiam. Perasaan bingung, sedih dan marah bercampur baur dalam dada. Tak sangka, di sebalik kebaikan Abah, ada orang yang sanggup menghantarnya makhluk jahat, jin iblis syaitan untuk mengkhianati kepercayaannya. Tetapi, siapa yang tergamak melakukan semua ini? Hanya Allah sahaja yang tahu.

____________

Suasana senja itu terasa sangat ganjil. Langit yang pada mulanya diliputi warna jingga keemasan semakin pudar, berubah menjadi kelam. Cahaya matahari terakhir melesap di balik bukit bukau, meninggalkan bayang-bayang panjang di sepanjang jalan. Tiada suara manusia, tiada bunyi cengkerik, hanya deruman enjin kereta kami yang memecah keheningan.

Ketika kereta memasuki simpang kecil masuk ke lorong rumah kami, aku mula perasan sesuatu yang sangat ganjil. Di kiri dan kanan jalan ada benda yang bertaburan di atas tanah. Semakin kami mendekat, semakin jelas benda-benda itu kelihatan. Bangkai. Bangkai burung gagak. Tidak terkira banyaknya, bergelimpangan seperti daun-daun kering yang berserakan di atas jalan raya.

“Astaghfirullah,” bisik Kak Long perlahan.

Aku memperlahankan kereta, mataku memerhatikan bangkai-bangkai itu dengan rasa ngeri. Ada yang masih segar, dengan bulu hitamnya yang berkilat, namun sayapnya terkulai lemah, kaku. Mata burung-burung itu seolah-olah masih terbuka, menatap ke arah kami dengan kosong dan hampa. Ada juga yang sudah kering dan reput, seolah-olah mi di situ sudah lama. D*h beku dan bulu hitam berselerakan di tanah, memberikan pemandangan yang cukup menjijikkan dan menyeramkan.

“Ini bukan petanda baik,” Ustaz berbisik, tetapi suaranya cukup untuk membuat bulu romaku meremang.
“Kenapa banyak sangat burung gagak m**i ni, Ustaz?” Aku memberanikan diri bertanya membuka seribu satu persoalan.

Suara aku kedengaran serak, dan pecah dalam keheningan aneh itu.

Ustaz menoleh ke arahku, wajahnya tetap tenang, tetapi senyuman kecil yang terukir di bibirnya memberikan rasa tidak selesa. Dia hanya menggeleng perlahan sebelum menjawab dengan ringkas,

“Hasbunallahu wa ni’mal wakeel, ni’mal maula wa ni’man naseer. Ada sesuatu di sini… InsyaAllah kita akan selesaikan,”

Jawapan Ustaz itu tidak langsung menenangkan aku. Sebaliknya, bulu roma aku semakin meremang. Satu persatu soalan memenuhi benak fikiran aku. ‘Apakah makhluk yang sanggup m**h begitu banyak burung gagak? Atau adakah ini petanda bahawa ada sesuatu yang lebih besar sedang berlaku di rumah kami?’

Tidak lama kemudian, kami sampai di hadapan rumah. Kereta berhenti, namun enjin masih dihidupkan. Aku mengeluh panjang, cuba meredakan kegelisahan dalam dada. Tetapi ketika aku hendak keluar dari kereta, angin kencang tiba-tiba bertiup. Angin itu begitu kuat sehingga menggoyangkan pokok-pokok rambutan dan durian di sekitar halaman rumah. Daun-daun berterbangan, ranting-ranting bergoyang liar, dan bunyi gemerisik angin yang menghantam dedaunan itu seperti bisikan halus yang menakutkan.

Kami berempat saling berpandangan, wajah masing-masing menunjukkan kebimbangan yang sama. Kak Long mendekatkan dirinya dari tempat duduk belakang, menggapai dan memegang erat tanganku, suaranya bergetar dan bersarang di tekaknya ketika dia bersuara,

“Rasa macam ada sesuatu yang tak kena, kan?”

Aku mengangguk perlahan tetapi lidahku sedikit kelu. Memang betul, suasana di sini terasa lain. Udara yang sebelumnya hanya dingin biasa kini terasa berat, seolah-olah dipenuhi dengan aura gelap yang tak dapat dijelaskan. Hati aku berdebar-debar, seolah-olah kami sedang berada di ambang sesuatu yang buruk.

Ustaz keluar dari kereta terlebih dahulu. Dia berdiri di halaman rumah, memandang ke sekeliling. Angin terus bertiup, dan di kejauhan, aku dapat mendengar bunyi ranting-ranting patah.

“Bismillah. Allahu la ilaha illa huw, al ḥayyul qayyum…” Ustaz berbisik perlahan membaca ayatul Qursi sebelum memulakan langkah ke arah rumah.

Aku, Kak Long dan Kak Lang mengikuti dari belakang, langkah kami berat dan penuh keraguan. Kami perlahan lahan menuju ke arah pintu rumah. Pintu grill rumah kelihatan terkunci rapat dengan mangga padlocknya. Aku menggapai gugus kunci dan membuka pintu grill serta pintu kayu rumah dengan tangan sedikit ketar.
“Assalamualaikum,” kami berempat mengucapkan salam sambil melangkah.

Ketika kami melangkah masuk, suasana dalam rumah terasa lebih sejuk dari biasa. Hawa dingin menusuk tulang, membuatkan aku sedikit menggigil. Di ruang tamu, lampu terpasang samar-samar, tetapi cahayanya terasa pudar, seperti diliputi kabut tipis yang menyesakkan. Bau yang aku tidak kenali memenuhi ruang udara—seperti bau tanah basah bercampur dengan sesuatu yang hangit. Perasaan seram semakin menyelimuti, menambahkan lagi ketegangan.

Ustaz tiba-tiba berhenti di tengah-tengah ruang tamu. Dia berdiri diam, matanya tertutup rapat. Hanya bibirnya yang bergerak, membaca ayat-ayat Ruqyah dengan lantang. Lama beliau berdiri pegun begitu. Namun, lama kelamaan suasana di sekeliling kami aku rasakan semakin berat. Sukar aku jelaskan bagaimana maksud berat tersebut. Bulu romaku meremang dan telingaku berdengung. Leher kurasakan sangat tegang dan tidak selesa. Angin kencang yang sebelumnya bertiup di luar rumah kini terasa seperti deras masuk ke dalam, membuatkan langsir-langsir bergerak sendiri, meliuk-liuk perlahan di udara. Lalu, tidak semena mena bau bunga kemboja kuat menyucuk nyucuk hidungku.

Aku memandang ke arah Kak Long dan Kak Lang, cuba mencari kekuatan. Tetapi belum sempat aku berkata apa apa, tiba-tiba terdengar bunyi ‘kreeek… kreeek…’ seperti kayu tua yang bergeseran, datang dari atas. Semua mata kami serentak tertuju ke sudut siling. Di situ, di alang bumbung yang gelap, kelihatan sesosok tubuh bergayut.

Mataku membulat, kakiku terasa seperti dipaku ke lantai.

“Astaghfirullahalazim…” suaraku bergetar.

Kak Lang, yang sejak tadi diam memeluk tubuh, tiba-tiba menjerit, “Allahu! Apa tu?!”

Sosok itu mula bergerak perlahan, seperti seekor labah-labah yang menjulur ke bawah. Kini kelihatan dengan lebih jelas—seorang perempuan dengan rambut yang sangat panjang, dan kusut. Dia memakai kain batik lusuh dan baju putih koyak-koyak, seperti seseorang yang telah lama mi dan terkubur. Wajahnya pucat kehijauan, dengan mata yang terbeliak dan hanya berwarna putih sepenuhnya. Mulutnya yang tersenyum lebar menunjukkan gigi-gigi yang tajam dan kuning. Dari celah bibirnya, d*h pekat meleleh menitik ke lantai.

Pontianak itu tiba-tiba tertawa mengilai. Suaranya melengking tinggi, menggema di ruang tamu hingga terasa seperti mencucuk ke dalam kepala kami. Kak Long terduduk sambil menutup telinganya, menangis ketakutan.

“Ya Allah, ya Allah… apa kita nak buat ni?!” teriaknya.

Aku cuba memanggil ustaz, tetapi suaraku tersekat di kerongkong. Pontianak itu kini bergerak lebih laju, terbang berputar di sekeliling ruang tamu, rambutnya yang panjang seperti cambuk yang melibas ke udara. Bau busuk semakin kuat, dan langsir-langsir kembali berkibar, kali ini lebih ganas.

Ustaz, yang tadi berdiri tenang, kini melangkah ke hadapan sambil mengangkat tangannya.
“Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang, aku perintahkan kau berhenti!” suaranya tegas, penuh keyakinan. Dia mula membaca ayat-ayat dari Surah Yasin, setiap lafaznya seperti panah yang menembus ruang.

Namun, pontianak itu semakin menggila. Ia melompat dari dinding ke dinding, kemudian hinggap di lantai dengan posisi merangkak. Wajahnya kini semakin menyeramkan—matanya memerah d***h, mulutnya mengeluarkan jeritan yang terdengar seperti campuran suara perempuan menangis dan binatang mengerang.

Dalam sekelip mata, ia bangun, tubuhnya memanjang dan bertukar menjadi sosok makhluk tinggi menjulang, hampir mencecah siling rumah. Kulitnya hitam legam, berkilat seperti diselaputi minyak. Matanya merah menyala, memancarkan amarah dan dendam. Giginya runcing dan panjang, mengintai keluar dari mulut yang separuh tersenyum menyeringai. Tangannya panjang hingga ke lutut, dengan jari-jari yang seperti cakar tajam. Setiap kali ia bergerak, bau hangit dan sulfur semakin menusuk hidung.

“Siapa yang berani mengusik tempatku?!!!!” suara makhluk itu menggelegar, seperti datang dari dasar perutnya.

Suaranya bergema di seluruh rumah, membuatkan perasaan takut merayap ke seluruh tubuh kami. Ustaz, tanpa gentar, melangkah ke hadapan sambil terus membaca ayat-ayat suci.

“Aku diutus untuk menghentikan kezalimanmu! Allah Maha Besar, dan kejahatanmu tidak akan kekal di sini!” balas ustaz dengan tegas.

Makhluk itu tertawa keras, tawanya seperti bunyi tulang yang patah dan retak.

“Manusia, kau tidak tahu dengan siapa kau berurusan. Aku dihantar oleh tuanku untuk mengambil nyawa orang ini!” katanya sambil menunjuk ke arah potret abahku, yang terpampang di dinding ruang tamu ini.

Ustaz memandang makhluk itu dengan tenang tetapi penuh wibawa.

“Selagi aku di sini, kau tidak akan menyentuhnya. Dengan izin Allah, kebenaran akan menumpaskan kezalimanmu!”

Ustaz mula mengambil posisi silat. Kakinya melangkah perlahan, tubuhnya bergerak dalam tarian bunga silat yang halus tetapi penuh makna.

Sambil bergerak, bibirnya terus melafazkan zikir, “La ilaha illallah… La hawla wa la quwwata illa billah…” Tangan ustaz yang bergerak mengatur gerak silat juga terlihat seperti menulis sesuatu di udara, mungkin ayat-ayat yang hanya dia dan Allah yang tahu.

Makhluk itu, merasa terancam, meraung keras. Dari tubuhnya, keluar asap hitam pekat yang berputar-putar seperti tornado kecil. Ia melompat ke arah ustaz, mencakar dengan cakarnya yang tajam. Namun, ustaz dengan cekatan mengelak sambil menangkis serangan itu dengan gerakan silat yang lincah.

Babak pertempuran itu berlangsung tegang. Setiap langkah ustaz, setiap gerakan tangannya, disertai dengan bacaan ayat suci. Ketika makhluk itu menyerang dengan seluruh kekuatannya, ustaz melawan dengan gerakan silat yang penuh hikmah. Tarian bunga silat ustaz berubah menjadi serangan balas yang menghentak—tangan ustaz melibas seperti pedang, menepis setiap serangan jin itu sambil membaca surah 3 Qul.
“Aku akan membakar rumah ini bersama kau, manusia!” jerit jin itu, kini semakin ganas. Ia mengeluarkan suara seperti binatang buas, mengaum dengan ganasnya.

Namun, ustaz tidak berganjak. Dengan satu gerakan tegas, ustaz melafazkan Ayat Kursi dengan penuh keyakinan.

“Allahu la ilaha illa huwal hayyul qayyum!” Suara ustaz memenuhi ruang, menggema hingga terasa seperti memecahkan kegelapan yang pekat.

“Manusia bodoh! Kau fikir doa-doa kau boleh menghalau aku? Aku lebih berkuasa daripada kau semua!” Makhluk itu mendengus kasar, mengangkat tangannya yang besar seperti ingin menghentam ustaz. Namun, ustaz tidak berganjak.

“Kuasa kau tidak akan pernah mengatasi kuasa Allah!” jerit ustaz sambil melangkah ke hadapan.

Dia membuka langkah silatnya kembali, tangan dan kakinya bergerak dalam gerakan yang lebih agresif kali ini, seperti bersiap untuk bertempur dengan makhluk itu. Mulutnya tidak pernah berhenti melafazkan zikir,

“Hasbunallahu wa ni’mal wakil…”

Makhluk itu menyerang, cakarnya melibas ke arah ustaz dengan kelajuan yang sukar dipercaya. Ustaz mengelak, badannya bergerak seperti air, tangkas dan lembut tetapi penuh kekuatan. Aku dan kak Long hanya mampu menjerit, tetapi kak Lang, yang lebih berani, menarikku dan kak Long ke tepi. “Kita kena keluar dari sini! Kita ganggu ustaz kalau kita terus di sini!” katanya, suaranya tegas walaupun jelas dia juga ketakutan.

Namun, sebelum sempat kami bergerak, makhluk itu mendengus dengan sangat kuat dan garau.
“Tiada siapa akan keluar dari sini hidup-hidup!”

Ia melemparkan sesuatu ke arah kami, seperti gumpalan api hitam. Aku menjerit, kak Long menangis lebih kuat, tetapi ustaz sempat menangkis serangan itu dengan lafaz yang kuat,

“A’uzubillahi minash-shaitanir-rajim!”

Pertempuran itu berlangsung lama, setiap serangan makhluk itu dibalas dengan gerakan silat ustaz yang disertai zikir dan ayat suci. Suasana di rumah terasa seperti medan perang ghaib—langsir berkibar, angin menderu, dan suara makhluk itu bercampur dengan lantunan ayat Al-Quran dari ustaz. Kami hanya mampu berdoa, memohon perlindungan Allah, sambil menyaksikan ustaz mempertahankan kami dengan seluruh kekuatannya.

Akhirnya, ustaz membaca Ayat Kursi dengan lantang dan penuh keyakinan. Makhluk itu mula mengecil, tubuhnya melengkung seperti dahan yang terbakar. Jeritannya semakin lemah hingga akhirnya lenyap bersama bau busuk itu. Suasana rumah kembali sunyi, hanya terdengar suara ustaz yang masih membaca ayat ruqyah dalam hela nafas yang lemah. Ustaz keletihan yang amat.
Kak Long terduduk di lantai, menangis teresak-esak sambil memeluk kak Lang. Aku pula berdiri terpaku, tubuhku menggigil tetapi perlahan-lahan rasa syukur memenuhi hatiku. Ustaz menoleh ke arah kami, wajahnya penuh keringat tetapi tetap tenang. “Allah telah melindungi kita malam ini. Bersyukurlah, tetapi ingat, kita perlu menjaga rumah ini dengan zikir dan ibadah. Jangan biarkan mereka kembali,”

Tiba-tiba….

Ppprraaaangggggg!!!!!
Ppprrrrrraaaannnnngggg!!!!
Ppprraaaangggggg!!!!!
Ppprrrrrraaaannnnngggg!!!!
Ppppprrrrrraaaaaaaannnnnnnnnngggggggggggggggg!!!!!!!

Bunyi sesuatu jatuh dari arah dapur membuatkan kami tersentak. Seolah olah bunyi pinggan mangkuk yang sangat banyak bertalu talu jatuh terhempas ke lantai. Kami berpandangan sesama sendiri lagi tanpa berkata apa apa. Hati aku kembali gelisah. Aku tahu dia masih ada di sini. Masih tidak putus asa mempermainkan kami.

Riak wajah Ustaz masih kekal tenang. Dia mengangkat tangan, memandang ke arah kami, dan masih meneruskan bacaan Ruqyah beliau sehingga selesai. Kemudian beliau berkata,

“Jangan risau, tiada apa apa lah. Mereka tidak lagi mampu meng-apa apa kan kita,”

Lalu, Ustaz melangkah deras keluar ke sekeliling luar rumah, memeriksa setiap sudut dengan teliti. Mata beliau tidak berhenti bergerak, seolah-olah mencari sesuatu yang tersembunyi di antara pokok-pokok dan belukar yang sudah mula merimbun setelah hampir dua tahun rumah ini tidak berpenghuni. Kami hanya memerhatikan dari pintu masuk rumah, tidak mahu mengganggu. Apa yang berlaku sebentar tadi benar benar melemahkan semangatku dan sangat meletihkan akalku.

Aku, Kak Long, dan Kak Lang kemudian memutuskan untuk masuk kembali ke dalam rumah. Bila kami bertiga memeriksa bahagian dapur, alangkah terkejutnya kami bila melihat semua pinggan mangkuk masih berada elok di tempatnya. Tiada satu pun pinggan ataupun mangkuk yang pecah di lantai. Hanya lantai rumah yang penuh dengan debu, dan sarang labah-labah memenuhi sudut-sudut dinding. Bau rumah lama menyengat, campuran kayu yang lembap dan tanah yang basah. Kami mula membersihkan sedikit-sedikit, mengemas perabot dan menyapu debu yang tebal di lantai. Namun, setiap kali kakiku melangkah dengan menggigil, setiap kali itu aku terasa seperti masih ada mata yang mengintai.

Aku cuba menenangkan diri, meyakinkan bahawa mungkin ini hanya perasaan paranoid yang teramat sangat selepas peristiwa melihat bangkai gagak, angin kencang di luar, kejadian pertarungan pontianak dan jin bersama Ustaz dan bunyi pinggan mangkuk pecah tadi.

Ketika aku sedang sibuk menyapu, tiba-tiba terdengar suara Ustaz memanggil dengan kuat dari luar.
“Kamu semua mari ke sini!” suara Ustaz bergema, seperti ada sesuatu yang penting ditemuinya. Kami bertiga segera berlari keluar.

Di tepi pokok limau purut yang terletak di sudut halaman, Ustaz berdiri tegak. Wajahnya kali ini lebih serius, tidak lagi dengan senyuman kecil seperti tadi. Tangannya menggenggam sesuatu. Saat kami semakin dekat, aku terlihat jelas—bungkusan plastik kecil jernih yang kelihatan lusuh dan kotor. Di dalamnya ada benda-benda aneh—paku karat, rambut yang kusut, serbuk hitam, dan sehelai kain kuning dengan tulisan Jawi yang sukar dibaca.

“Inilah tangkalnya,” kata Ustaz perlahan, sambil menunjukkan bungkusan itu kepada kami.

“Benda ini yang menyebabkan asbab gangguan di rumah ini dan pada Abah kamu,”

Aku melangkah ke hadapan, jari jemariku menggigil ketika melihat bungkusan itu di tangan Ustaz. Perasaan aku bercampur campur ketika ini —campuran antara kemarahan, kesedihan, dan ketakutan yang tidak dapat aku ungkapkan dengan kata-kata.

“Jadi apa yang kita nak buat sekarang?” Kak Long bertanya, suaranya bergetar.

“Kita musnahkan,” Suaranya tegas.

“Kita bakar, dan dengan izin Allah, semoga Abah kamu akan bebas dari gangguan ini,”

Aku menoleh ke arah Kak Lang dan Kak Long. Dengan tangan yang masih menggigil, aku meletakkan bungkusan itu di atas tanah, Kak Lang cuba menyalakan api. Nyalaan api perlahan-lahan menyambar kain kuning dan isi dalam bungkusan itu, tetapi yang anehnya, api seperti tidak mahu membesar. Seolah-olah ada kekuatan yang menolak untuk tidak membiarkan benda itu terbakar sepenuhnya.

“Cepat, tambah api!” desak Kak Long, matanya membulat dengan rasa cemas. Kami menambah lagi api, dan akhirnya bungkusan itu terbakar, mengeluarkan bau busuk yang menjijikkan. Angin yang sebelumnya berhenti kini kembali bertiup kencang, seolah-olah ada sesuatu yang marah dengan apa yang kami lakukan.

Ustaz kemudian datang ke arah kami, wajahnya masih tenang.

“Masih ada lagi,” katanya.

“Mari ikut saya,” tambahnya lagi.

Kami mengikuti Ustaz tanpa membantah. Bau kuat minyak attar beliau tidak mampu menenangkan hati aku yang masih berdebar-debar. Kali ini, beliau membawa kami ke pokok rambutan yang Abah tanam di sudut belakang rumah. Di bawah akar pokok itu, beliau berlutut perlahan, tangan meraba-raba tanah di sekeliling pokok itu. Kesejukan makin terasa mencengkam.

“Ini lagi,” suara Ustaz tiba-tiba memecah keheningan.
Dia menarik keluar sesuatu dari dalam tanah. Dia menemui tangkal yang serupa— bungkusan kecil berisi paku karat, kain kuning, dan beberapa benda yang sama seperti sebelumnya. Sekali lagi, kami membakarnya. Sama seperti tadi, api enggan menyala dengan mudah. Ia seolah-olah melawan untuk terus hidup.

Namun, paling menyeramkan adalah ketika Ustaz membawa kami ke hadapan rumah, berhampiran dengan rimbun pokok buluh yang besar.

“Ini yang terakhir yang berada di luar,” Ustaz berkata perlahan sambil membongkok untuk mengambil satu lagi bungkusan yang tertanam di sana. Ketika beliau menarik bungkusan itu keluar, suasana tiba-tiba berubah. Angin bertiup lebih kencang, dan di kejauhan, kami mendengar bunyi seperti bisikan, halus tetapi jelas. Seperti ada sesuatu yang berbisik dalam bahasa yang kami tidak fahami.

“Saya tak sedap hati. Saya takut,” bisik Kak Lang, wajahnya sedikit pucat.

Aku sendiri merasakan masih ada sesuatu yang sangat tak kena.

Tanpa berlengah, Ustaz menyerahkan bungkusan terakhir itu kepada kami, dan sekali lagi, kami membakarnya. Kali ini, api menyambar dengan lebih cepat, tetapi bau busuk yang keluar dari bungkusan itu lebih menyengat, seolah-olah ada sesuatu yang terbakar dari dalam tanah. Suara bisikan tadi semakin kuat, bercampur dengan angin ribut di sekeliling kami. Bulu roma aku tidak henti henti meremang, dan Kak Long sudah mula membaca ayat-ayat suci Al-Quran dengan nafasnya semput.

Ketika api padam, azan Maghrib berkumandang dari masjid kampung. Suara azan itu terasa begitu damai, namun pada masa yang sama, keheningan yang menyusul selepasnya terasa begitu tegang. Ustaz menarik nafas panjang lalu mulutnya terkumat kamit membacakan surah 3-Qul.

Kami berempat kembali masuk ke dalam rumah dan segera mandi membersihkan diri. Aku mandi ala kadar kerana air kolah rumah ini sangatlah sejuk menggigit tulang. Hanya dua tiga jirusan sudah cukup. Namun, disaat aku menjiruskan air gayungan, aku terasa bulu romaku meremang dan gerak hati aku asyik menyatakan bahawa aku sedang diperhatikan. Suasana makin terasa lebih seram dan suram walaupun gangguan dasyat tadi aku kira seolah-olah telah diselesaikan. Langit di luar semakin gelap, dan bayang-bayang malam mula menyelubungi rumah. Ustaz memanggil kami semua untuk bersiap sedia solat berjemaah.
kalau ada nk req story boleh komenn💋👻
2025/02/06 19:34:00
Back to Top
HTML Embed Code: