tgoop.com/DrZaharuddinGroup/4459
Last Update:
TAWARAN HEBAT BUAT USAHAWAN JUJUR
Tersebut dalam satu hadis Nabi ﷺ
عَنْ أَبِي سَعِيدٍ قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: «التَّاجِرُ الصَّدُوقُ الْأَمِينُ معَ النبِّيِينَ والصِّدِّيقينَ والشهداءِ» . رَوَاهُ التِّرْمِذِيّ وَالدَّارَقُطْنِيّ.
Ertinya : Abu Said meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda, “Peniaga yang benar lagi amanah (dihimpunkan di akhirat) bersama-sama dengan para nabi, siddīqīn, syuhadāʾ.” (Tirmidzi, Dārimi dan Dāraqutni. Hadis Hasan menurut al-Timidzi)
Al-Tibi menjelaskan, hadis ini menunjukkan pentingnya mencapai kesempurnaan dalam sifat jujur dan amanah agar layak mendapat kedudukan yang mulia ini.
Al-Munawi berkata dalam al-Lam’aat, bahawa kedua-dua sifat tersebut menggunakan bentuk mubalaghah (penekanan), yang menandakan keperluan untuk memelihara kesempurnaan sifat ini sehingga mencapai darjat yang tinggi.
Rasulullah ﷺ bersabda dalam hadis lain:
التاجر الأمين الصدوق المسلم مع الشهداء يوم القيامة.
Maksudnya: "Seorang pedagang yang amanah, jujur, dan muslim akan bersama para syuhada pada hari kiamat." (Hadis Riwayat Ibn Majah dan al-Hakim)
Di dalam hadis lain daripada Anas bin Malik RA
التاجر الصدوق تحت ظل العرش يوم القيامة.
Maksudnya: "Seorang pedagang yang jujur berada di bawah naungan Arasy pada hari kiamat." (Hadis Riwayat al-Asfahani dalam kitabnya al-Targhib)
Dan daripada Ibn Abbas RA
التاجر الصدوق لا يحجب من أبواب الجنة.
Maksudnya: "Seorang pedagang yang jujur tidak akan dihalang daripada pintu-pintu syurga." (Hadis Riwayat Ibn al-Najjar)
Antara kaedah mendapatkan sifat peniaga jujur dan amanah adalah:
1. Kejujuran dan Amanah
Rasulullah ﷺ bersabda:
التَّاجِرُ الصَّدُوقُ الأَمِينُ مَعَ النَّبِيِّينَ وَالصِّدِّيقِينَ وَالشُّهَدَاءِ.
Maksudnya: "Pedagang yang jujur dan amanah akan bersama para nabi, siddiqin, dan syuhada." (Hadis Riwayat Ya’la, al-Darimi 2539, al-Tirmizi 1209, dan disahihkan dalam Silsilah al-Sahihah 9/240)
Dalam hadis lain, Abu Dawud meriwayatkan daripada Abu Hurairah bahawa Rasulullah ﷺ bersabda:
إن الله يقول: أنا ثالث الشريكين ما لم يَخُنْ أحدهما صاحبه، فإذا خانه خرجت من بينهما.
Maksudnya: "Sesungguhnya Allah berfirman, ‘Aku adalah pihak ketiga dalam perkongsian selama salah seorang tidak mengkhianati yang lain. Jika dia mengkhianati, Aku keluar daripada mereka.’" (Hadis Riwayat Abu Dawud, Kitab al-Buyu', Bab fi al-Syirkah)
Baginda juga bersabda:
البَيْعَانِ بالخِيَارِ ما لمْ يَتَفَرَّقَا، فإنْ صَدَقَا وبيَّنَا بُورِكَ لهما في بَيْعِهِما، وإنْ كَذَبَا وكَتَما مُحِقَتْ بَرَكَةُ بَيْعِهِما.
Maksudnya: "Dua orang yang berjual beli berhak membuat pilihan (untuk meneruskan atau membatalkan) selagi belum berpisah. Jika mereka berlaku jujur dan menjelaskan keadaan sebenar, urus niaga mereka diberkati. Jika mereka berbohong dan menyembunyikan fakta, keberkatan akan dihapuskan." (Hadis Riwayat Bukhari 2110 dan Muslim 1532)
2. Menjauhi Penipuan dalam Jualan dengan Sumpah Palsu
Rasulullah ﷺ bersabda:
ثَلاَثَةٌ لاَ يُكَلِّمُهُمُ اللَّهُ يَوْمَ الْقِيَامَةِ، وَلاَ يَنْظُرُ إِلَيْهِمْ، وَلاَ يُزَكِّيهِمْ، وَلَهُمْ عَذَابٌ أَلِيمٌ: الْمُسْبِلُ إِزَارَهُ، وَالْمُنَفِّقُ سِلْعَتَهُ بِالْحَلِفِ الْكَاذِبِ، وَالْمَنَّانُ عَطَاءَهُ.
Maksudnya: "Tiga golongan yang Allah tidak akan bercakap dengan mereka pada hari kiamat, tidak akan melihat mereka, dan tidak akan menyucikan mereka. Bagi mereka azab yang pedih: orang yang melabuhkan pakaiannya (dengan sombong), orang yang melariskan barangnya dengan sumpah palsu, dan orang yang mengungkit pemberiannya." (Hadis Riwayat Muslim)
3. Nasihat untuk Kebaikan Semua Muslim
Daripada Jarir bin Abdullah, beliau berkata:
بَايَعْتُ النَّبِيَّ صلى الله عليه وسلم عَلَى السَّمْعِ وَالطَّاعَةِ، وَالنُّصْحِ لِكُلِّ مُسْلِمٍ.
Maksudnya: "Aku telah berbai’ah dengan Nabi ﷺ untuk taat dan patuh, serta memberi nasihat kepada setiap Muslim." (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)
4. Menjauhi Penipuan dalam Perniagaan
Daripada Abu Hurairah رضي الله عنه, bahawa Nabi ﷺ berjalan melewati seorang lelaki yang menjual makanan. Baginda memasukkan tangannya ke dalam timbunan makanan itu, lalu mendapati ia basah. Baginda bersabda:
BY DrZaharuddin Group
Share with your friend now:
tgoop.com/DrZaharuddinGroup/4459