Telegram Web
Suatu nasihat..

Jom tambah ilmu sertai pelbagai kursus di mycourse.my
BERGERAK 'BESAR' YANG BOLEH MEMBATALKAN SOLAT

Tidak semua jenis pergerakan membatalkan solat, namun yang pasti adalah mengurangkan pergerakan yang tidak berkaitan dengan solat adalah cara terbaik bagi menyempurnakannya. Pun begitu, bagaimanakah erti bergerak yang membatalkan solat di dalam mazhab Syafie? Tulisan ini menjelaskan dengan ringkas.

Tamakninah adalah salah satu rukun dalam solat menurut beberapa mazhab dan mazhab Syafie adalah antara yang berijtihad menyatakan solat boleh batal jika bergerak besar berturut-turut melebihi tiga kali gerakan. Ini berdasarkan dalil perlunya tamakninah. Tiada dalil khusus berkenaan hal ini kecuali dalil umum iaitu keperluan untuk menyempurnakan tamakninah yang disebut oleh Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam kepada seorang lelaki yang disuruh ulangi solatnya kerana tidak betul:

فَارْجِعْ فَصَلِّ فَإِنَّكَ لَمْ تُصَلِّ ……ثُمَّ ارْكَعْ حَتَّى تَطْمَئِنَّ رَاكِعًا ثُمَّ ارْفَعْ حَتَّى تَسْتَوِيَ قَائِمًا ثُمَّ اسْجُدْ حَتَّى تَطْمَئِنَّ سَاجِدًا

Maksudnya: “ ulangi solatmu dan solatlah sessunghuhnya engkau belum menyempurnakan solatmu……kemudian hendaklah kamu rukuk dan sehingga berhenti sekejap (tamakninah) dalam keadaan rukuk itu, dan kemudian bangun dan berdiri tegak dan kemudian sujud sehingga berhenti sekejap (tamakninah) dalam keadaan sujud.”

(Riwayat al-Bukhari)

Tamakninah adalah rukun menurut tiga mazhab dan wajib dalam mazhab Hanafi. Hasil dari itu, penyempurnaan tamakninah dilihat tidak mampu disempurnakan kecuali dengan menahan diri dan pergerakn besar menurut mazhab Syafie.

Imam An-Nawawi menjelaskan penentuan sesuatu pergerakan itu ‘Besar’ atau ‘Kecil’ mempunyai empat bentuk pandangan dalam mazhab seperti berikut:-

1] KECIL : adalah yang tidak sampai tempoh pergerakan itu satu raka’at. BESAR: Jika melebihi, pastinya itu dikira besar dan membatalkan solat.

2] KECIL : Setiap pergerakan yang tidak memerlukan dua belah tangan, seperti mengangkat serban, menyentuh untuk lantikan imam di hadapan, memegang kepala atau telinga, itu semua dianggap kecil. BESAR: Jika pergerakan itu memerlukan dua belah tangan seperti mengikat serban, memakai seluar atau kain, itu semua dikira besar.

3] KECIL : pergerakan yang tidak membuat orang yang melihat bersangka si pelakunya di luar solat. BESAR : pergerakan yang menyebabkan orang melihat bersangka pelakunya di luar solat.

4] KECIL : kembali kepada penentuan adat dan uruf setempat yang pada adatnya masyarakat anggapnya kecil. BESAR : juga berdasarkan adat. Imam An-Nawawi menyebut pandangan yang keempat ini yang al-asoh (Iaitu ijtihad yang LEBIH KUAT dalam mazhab al-Shafie di antara pelbagai pandangan dari dari kalangan ULAMA AL-SHAFIE dan pandangan ulama Syafie yang teramai). Kata beliau
وهو الأصح وقول الأكثرين

Ertinya : ini yang paling sahih dan merupakan pendapat teramai.[Raudah at-Tolibin, cetakan Dar Ibn Hazm, Beirut 2002 , hlm 131]

Kemudian, Imam An-Nawawi jug menyimpulkan jika dua kali pergerakan besar ia masih tidak membatalkan solat, jika tidak berturut-turut, itu juga tidak membatalkan solat.

KESIMPULAN

Kesimpulannya, saya cenderung kepada menyarankan agar memastikan tidak bergerak banyak sama ada besar atau kecil adalah sifat solat sempurna. Namun jika pergerakan kerana dharurat yang diterima oleh Islam seperti mengelak bahaya, mengelak api dan sepertinya ia tidak membatalkan solat. Majoriti mazhab lain seperti Hanbali dan Hanafi tidak ada kaedah yang menyatakan pergerakan banyak akan membatalkan solat dan fatwa dan ijtihad mereka tentunya tidak boleh diketepikan begitu sahaja, hasilnya saya suka menasihatkan agar mengelakkan khilaf, dan jika berlaku pegerakan yang banyak berturut-turut dan masih ada waktu untuk mengulangi solat, sebaiknya solat dianggap batal dan diulangi.

#DrZaharuddinAbdRahman

Jom bljr solat untuk audit solat kita di kursus solat ini

https://mycourse.my/courses/tatacara-solat-sempurna-khusyuk/
Gerun baca hadis ini, bacalah untuk manfaat kita semua yang beramal. Hidup ini ujian, bagi yang malas beramal diuji, bagi yang ingin dan sedang beramal soleh juga diuji.

BACA AL-QURAN, SEDEQAH, SYAHID TAPI MASUK NERAKA?

إنَّ أَولَ النَّاسِ يُقْضَى يَومَ القِيَامَةِ عَلَيْهِ رَجُلٌ اسْتُشْهِدَ، فَأُتِيَ بِهِ، فَعَرَّفَهُ نِعْمَتَهُ، فَعَرَفَهَا، قَالَ: فَمَا عَمِلْتَ فِيهَا؟ قَالَ: قَاتَلْتُ فِيكَ حَتَّى اسْتُشْهِدْتُ. قَالَ: كَذَبْتَ، وَلَكِنَّكَ قَاتَلْتَ لأَنْ يُقَالَ: جَرِيءٌ! فَقَدْ قِيلَ، ثُمَّ أُمِرَ بِهِ فَسُحِبَ عَلَى وَجْهِهِ حَتَّى أُلْقِيَ في النَّارِ.
“Sesungguhnya orang pertama yang akan diadili kelak pada hari kiamat adalah seorang lelaki yang syahid (gugur di medan perang). Setelah dibawa menghadap Allah, ditunjukkan kepadanya nikmat-nikmatNya untuk diakui. Dia pun mengakui nikmat-nikmat itu. Allah bertanya: “Lalu apa yang kamu lakukan dengan nikmat itu?” Jawabnya: “Aku berperang karena Engkau, hingga mati syahid.” Allah berfirman: “Kamu dusta! Tetapi, kamu berperang agar dikatakan sebagai seorang ORANG BERANI.” Dan hal itu telah dikatakan (kepadamu ertiya kamu telah raih pujiannya di dunia). Kemudian, diperintahkan untuk membawa orang itu, lalu diseret dengan posisi wajah di permukaan tanah, sampai dilemparkan ke dalam api neraka.

وَرَجُلٌ تَعَلَّمَ العِلْمَ وَعَلَّمَهُ، وَقَرَأَ القُرآنَ، فَأُتِيَ بِهِ فَعَرَّفَهُ نِعَمَهُ فَعَرَفَهَا. قَالَ: فَمَا عَمِلْتَ فِيهَا؟ قَالَ: تَعَلَّمْتُ العِلْمَ وَعَلَّمْتُهُ، وَقَرَأتُ فِيكَ القُرآنَ، قَالَ: كَذَبْتَ، وَلكِنَّكَ تَعَلَّمْتَ لِيُقَالَ: عَالِمٌ! وَقَرَأتَ القُرْآنَ لِيُقَالَ: هُوَ قَارِئٌ؛ فَقَدْ قِيلَ، ثُمَّ أُمِرَ بِهِ فَسُحِبَ عَلَى وَجْهِهِ حَتَّى أُلْقِيَ في النَّارِ.
Setelah itu, seorang lelaki yang mempelajari ilmu dan mengajarkannya serta membaca Al-Quran. Setelah dibawa menghadap Allah, ditunjukkan nikmat-nikmatNya untuk diakui. Dia pun mengakui nikmat itu. Allah bertanya: “Lalu, apa yang kamu lakukan dengan nikmat itu?” Jawabnya: “Aku mencari ilmu dan mengajarkannya. Aku pun membaca Al-Quran karena Engkau.” Allah berfirman: “Kamu berdusta! Akan tetapi, kamu menuntut ilmu agar dikatakan sebagai seorang alim. Kamu pun membaca Al-Quran agar dikatakan sebagai seorang Qari’(pembaca al-Quran), Dan hal itu telah dikatakan (kepadamu ertiya kamu telah raih pujiannya di dunia).” Kemudian, diperintahkan orang itu untuk dibawa, lalu diseret dengan posisi wajah di permukaan tanah, sampai dilemparkan ke dalam api neraka.

وَرَجُلٌ وَسَّعَ اللهُ عَلَيْهِ، وَأعْطاهُ مِنْ أصْنَافِ المَالِ، فَأُتِيَ بِهِ فَعَرَّفَهُ نِعَمَهُ، فَعَرَفَهَا. قَالَ: فَمَا عَمِلْتَ فِيهَا؟ قَالَ: مَا تَرَكْتُ مِنْ سَبيلٍ تُحِبُّ أَنْ يُنْفَقَ فِيهَا إِلاَّ أنْفَقْتُ فِيهَا لَكَ. قَالَ: كَذَبْتَ، ولكِنَّكَ فَعَلْتَ لِيُقَالَ: جَوَادٌ! فَقَدْ قِيلَ، ثُمَّ أُمِرَ بِهِ فَسُحِبَ عَلَى وَجْهِهِ حَتَّى أُلْقِيَ في النَّارِ. رواه مسلم.
Selanjutnya, seorang lelaki yang Allah lapangkan kehidupannya. Allah menguruniakannya berbagai macam harta. Setelah dibawa menghadap Allah, ditunjukkanlah kepadanya nikmat-nikmatNya untuk diakui. Dia pun mengakuinya. Allah bertanya: “Lalu, apa yang kamu lakukan dengan nikmat itu?” Jawabnya: “Aku tidak pernah meninggalkan satu jalan pun yang Engkau cintai untuk bersedekah, melainkan aku pasti bersedekah di jalan itu karenaMu.” Allah berfirman: “Kamu berdusta!. Akan tetapi, kamu melakukan hal itu agar dikatakan sebagai orang dermawan. Dan hal itu telah dikatakan (kepadamu ertiya kamu telah raih pujiannya di dunia). Kemudian, diperintahkan untuk membawa orang itu, lalu diseret dengan posisi wajah di permukaan tanah, sampai dilemparkan ke dalam api neraka.”” (HR Muslim)

Dr. Zaharuddin Abd Rahman
WEBINAR ANALISA AKAUN: ASAS PERAKAUNAN

Sertai kami dalam webinar eksklusif bertajuk "Analisa Akaun: Asas Perakaunan" yang direka khas untuk membantu pemilik perniagaan dan profesional kewangan meningkatkan prestasi kewangan syarikat menggunakan indikator kewangan utama.

Tarikh: 23 November 2024 (Sabtu)
Masa: 9.00AM - 12.30PM
Medium: Zoom Meeting

Dapatkan ilmu berharga daripada pakar industri yang akan berkongsi pandangan dan strategi seperti:

1. Strategi mudah untuk mendapatkan pembiayaan bank.
2. Persiapan menghadapi ekonomi 2025.
3. Cara menguruskan gaji minima RM1,700 dengan efektif.
4. Memastikan aliran tunai positif semasa krisis.
5. Analisa laporan kewangan secara menyeluruh dan memahami kunci utamanya.

Yuran penyertaan: RM59

Jangan lepaskan peluang ini untuk meningkatkan kemahiran pengurusan kewangan syarikat anda. Imbas kod QR atau layari https://myclaaz.iurus.co/event/1MPHEB9 untuk pendaftaran.

Sebarang pertanyaan, hubungi kami di +6011-5854 0774.
Berkenaan ‘VENDOR BERI KOMISYEN KEPADA STAFF YANG PERKENALKAN SERVIS’. Soalan diterima dari komen facebook saya. Disertakan jawapan sangat ringkas saya. Moga bermanfaat.

Dr. Zaharuddin Abd Rahman
Jom sertai group saya di
https://www.tgoop.com/DrZaharuddinGroup
————
Cuba software untuk urus bayaran hutang berkala, sewa dan yuran. Juga untuk penganjuran program, lawati iurus.co

Jom laksana aqiqah, waqaf dan bersih harta syubhat di myinfaq.org

Pelajari ilmu & kemahiran baru dari pelbagai kursus beserta sijil profesional di akhirnya di mycourse.my
Ilmu itu tidak pernah cukup; hanya yang berusaha untuk terus belajar yang akan tahu betapa luasnya pengetahuan yang belum dimiliki. Jangan biarkan keangkuhan membuat kita berhenti memanjat, kerana di puncak buku-buku dengan minda insaf dan ikhlas itulah, lebih banyak kebenaran sebenar ditemui.

Ilmu ibarat cahaya menerangi kegelapan, namun jika tanpa dikawal dan dipandu oleh guru dan ilmu alat yang lain, ia boleh terlalu menyinar di luar kawalan hingga membutakan. Manakala, membaca dengan minda malas, dan aqal yang tidak cerdas, pula boleh menyesatkan. - Dr. Zaharuddin Abd Rahman
Pagi hari ini, mari mula amalkan zikir ini, faedahnya dinyatakan oleh Nabi salla allahu ;alaihi wasallam.

Bacalah pada setiap dan petang :

بِسْمِ اللَّهِ الَّذِي لَا يَضُرُّ مَعَ اسْمِهِ شَيْءٌ فِي الْأَرْضِ وَلَا فِي السَّمَاءِ وَهُوَ السَّمِيعُ الْعَلِيمُ

Ertinya : "Dengan nama Allah, yang tidak ada sesuatu pun yang boleh memudaratkan dengan nama-Nya sesuatu apapun di bumi atau di langit, dan Dia Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui." Bacalah doa ini tiga kali. (Riwayat Abu Dawud, Tirmidzi, Ibn Majah, dan Ahmad. Hadis Sahih)

(من قالها ثلاثاً إذا أصبح وثلاثاً إذا أمسى لم يضره شيء)
Ertinya : Barang siapa membacanya tiga kali pada waktu pagi dan tiga kali pada waktu petang, dia akan tidak akan dimudaratkan oleh sesuatu apapun. (Sebagaimana dalam hadis yang sama)

Dr Zaharuddin Abd Rahman
Jom amal zikir dari hadis sahih ini. Baca hadis dan zikirnya di link masabih ini

https://masabih.org/mishkat/kitab-doa-76

untuk sekurang-kurang 4 fadhilat hebat ini. Jom baca dan amal

a. Ganjaran setara dengan membebaskan sepuluh orang hamba.
b. Ditulis untuknya seratus kebaikan.
c. Diampunkan seratus dosa.
d. Dilindungi dari syaitan pada hari itu sehingga petang.

https://masabih.org/mishkat/kitab-doa-76
Berkenaan ‘TIPU INSURAN/TAKAFUL UNTUK MEMBANTU ORANG LAIN’. Soalan diterima dari komen facebook saya. Disertakan jawapan sangat ringkas saya. Moga bermanfaat.

KESIMPULAN: niat membantu itu tidak menjadikan perbuatan menipu tadi menjadi harus.

Dr. Zaharuddin Abd Rahman
Jom sertai group saya di
https://www.tgoop.com/DrZaharuddinGroup
————
Cuba software untuk urus bayaran hutang berkala, sewa dan yuran. Juga untuk penganjuran program, lawati iurus.co

Jom laksana aqiqah, waqaf dan bersih harta syubhat di myinfaq.org

Pelajari ilmu & kemahiran baru dari pelbagai kursus beserta sijil profesional di akhirnya di mycourse.my
Ada satu kolej perubatan mesej pejabat saya dan meminta pengisian dari saya, bila ditanya tajuk apa yang dikehendaki, mereka minta apakah pilihan topik yang saya berikan. Maka saya minta staff saya berikan pilihan tajuk di bawah :

1. Perubatan dari Sumber yang Haram & Istihalah
2. Etika dan Interaksi Dalam Perubatan Rawatan Berlainan Jantina
3. Perubatan Islam & Moden : Prinsip, Kaitan & Amalan
4. Adakah berubat itu benar-benar wajib?
5. Bagaimana mengenalpasti darurat yang sebenar?
6. Amalan dan Ibadah sewaktu sakit
7. Bolehkah menderma organ kepada bukan Muslim. Berdosakah kita apabila menggugurkan kandungan?
8. Jampi bagaimana yang diterima Islam?
9. Setakat mana kita boleh mencantikkan rupa?
10. Pandangan mata ('ain) orang mampu membuatkan kita sakit?
11. Vaksin: Mahu cucuk ataupun tidak?
12. Etika dan Had Batasan dalam Interaksi antara Perawat dan Pesakit dalam Perubatan
13. Hukum Penggunaan Benda-Benda Haram dalam Perubatan dan Konsep Istihalah
14. Amalan dan Doa Kesembuhan daripada Penyakitdan Kecederaan
15. Kesembuhan daripada Jampi dan Harga Naik
16. Penyakit Berjangkit, Sikap Kita,dan Panduan Islam
17. Ringkasan Hukum Botox, Susuk, dan Braces
18. Vaksin untuk Jemaah Hajidan Keraguan Padanya
19. Hukum Pembedahan Batin
20. Beberapa Isu Perubatan dan Status Puasa
21. Mewarnakan Uban dengan Warna Hitam yang Disahkan Halal
22. Hukum Berkhitan bagi Lelaki dan Wanita

Lain-lain topik spesifik yang mereka inginkan juga boleh dicadangkan dan saya akan buat kajian inshallah.

Jom tambah ilmu dengan sertai pelbagai kursus di mycourse.my. Boleh juga subribe secara bulk untuk pekerja anda.
Berkenaan kerugian Khazanah dalam Fashion Valet, ex CEO PNB, Jalil Rasheed beri pandangan. Menurutnya management yang meluluskan utu masih ada di dalam, tanpa sebarang masalah. Sila baca dan mungkin kena buat siasatan lanjut akan hal ini.
Semasa solat di beberapa masjid di Madinah dan Mekah, ternampak poster besar di dinding memaparkan panduan zikir dan doa dari hadis untuk jemaah yang solat.

Saya sempat petik gambar untuk manfaat semua.

Dr. Zaharuddin Abd Rahman
Jom sertai group saya di
https://www.tgoop.com/DrZaharuddinGroup
Pemilik bisnes dan usahawan perlu fahami sekurang-kurangnya bagaimana cara analisa akaun syarikat masing-masing.

Ini penting untuk daya tahan syarikat, pastikan letak harga produk dengan betul, elak terkurang dan juga untuk memudahkan pembentangan kepada pelabur kelak dan juga permohonan pembiayaan dari bank dan institusi kewangan.

Sertai kursus live online ini untuk pelajarinya.

Tarikh: 23 November 2024 (Sabtu)
Masa: 9.00AM - 12.30PM
Medium: Zoom Meeting

1. Strategi mudah untuk mendapatkan pembiayaan bank.
2. Persiapan menghadapi ekonomi 2025.
3. Cara menguruskan gaji minima RM1,700 dengan efektif.
4. Memastikan aliran tunai positif semasa krisis.
5. Analisa laporan kewangan secara menyeluruh dan memahami kunci utamanya.

Yuran penyertaan: RM59

Jangan lepaskan peluang ini untuk meningkatkan kemahiran pengurusan kewangan syarikat anda. Imbas kod QR atau layari https://myclaaz.iurus.co/event/1MPHEB9 untuk pendaftaran.

Sebarang pertanyaan, hubungi kami di +6011-5854 0774. untuk pendaftaran.
Masa untuk mencuba air coklat lazat dan kurang gula juga tetapi tetap sedap alhamdulillah. Boleh baca komen tulen para pembeli di shoppee. Check out MINUMAN CHOCODATES (COKLAT DENGAN KURMA & MADU) for RM19.00 - RM42.00. Get it on Shopee now! https://my.shp.ee/xc9LNEn.

Marilah cuba air coklat lazat dengan campuran madu dan kurma sangat berkhasiat

Keluaran 100% Muslim dan layak ganti produk syarikat yang diboikot malah berikan lebih lagi untuk keluarga anda kerana minuman coklat Chocodates ini kurang manis dan punyai elemen madu dan kurma.

Harap dapat sokongan dan sekurang-kurang mencuba sekali untuk berikan komentar membina untuk pengeluar ini. Inshallah diberkati. Jazakumullahu Khayran

Nak hantar ke pasaraya, tidak mampu kerana kena tekan harga rapat ke kos pengeluaran.

Get it on Shopee now! https://my.shp.ee/xc9LNEn.
Begitulah sifat pelaburan dalam startup, ada yang menjadi dan pulangan amat tinggi. Majoriti tersungkur namun peluang itu ada dan perlu diberi.
2024/12/16 00:06:29
Back to Top
HTML Embed Code: