Telegram Web
3 TIPS SUPAYA REZEKI KITA LEBIH MEWAH

Ada masa kita mungkin tertanya-tanya kenapa rezeki kita tak macam orang lain kan?

Selalu tak cukup, tak mewah, tak boleh selalu gi travel oversea macam orang lain.

Sahabat,

Lepas Solat Subuh tadi kat surau kami ada tazkirah.

Allah rupa-rupanya dah bagi tips mahal bagaimana nak atasi masalah ni. Nak saya share?

Salah satu sebab rezeki kita tak mewah ialah kerana kita kurang ingat Allah.

Pernah tak kita peruntukkan satu masa khas semata-mata untuk ingat kepadaNya?

Sedangkan Allah tak pernah lupa untuk memberikan rezekiNya kepada kita. Sampai saat ini kita masih bernafas dengan percuma.

Bukankah bernafas itu rezeki yang tidak ternilai harganya? Belum cerita rezeki penglihatan, pertuturan dan pendengaran lagi..

Berkata Abu Hurairah r.a. bahawasanya Nabi SAW telah bersabda: Allah Taala telah berfirman:

“Hendaklah kamu mengingati Aku seketika selepas solat asar dan subuh nescaya Aku mencukupi kamu di antara keduanya.

Disebutkan dalam satu hadis yang lain,

“Hendaklah kamu mengingati Allah nescaya Dia akan membantu menyempurnakan hajat kamu.” (Riwayat Ahmad)

Oleh itu, ada 3 tips mudah supaya rezeki kita lebih luas lagi selepas ini.

1. Peruntukkan masa lepas Asar dan Subuh untuk ingat Allah, antara 3 - 30 minit.

Caranya?

Boleh baca Quran, selawat, zikir atau apa-apa sahaja yang buat kita ingat Allah.

Yang penting masa buat semua tu kita ingat Allah yang memberikan semua rezeki yang ada pada kita.
.

2. Ingat Allah masa senang. InsyaAllah Allah ingat kita masa kita susah.

Caranya?

Cari peluang untuk sedekah setiap hari. Boleh wujudkan Tabung Subuh dan letakkan di rumah. Memang memudahkan!
.

3. Amalkan cara pengurusan kewangan yang betul.

Ada 7 Fasa Pengurusan Kewangan yang perlu difahami dan dipraktikkan, baru kewangan kita tak tercekik.

Bab ni kena belajar dengan Tuan Afyan Mat Rawi, Azizul Azli Ahmad dan Noor Amin gaiss. Mereka lebih pakar. Follow FB mereka okeh?

Tapi kalau nak belajar 55 Rahsia Mengalir Tanpa Henti, boleh klik link di bawah sekarang.

Moga bermanfaat.😊👍


https://www.tgoop.com/FreeToDreamSH
BINA SKILL BARU DALAM DIRI

Untuk membina sebuah ‘legacy’ anda sendiri. Anda perlu terus belajar dan didik dengan pengalaman atau ‘guidance’ dari seseorang yang lebih berpengalaman.

Ambil peluang untuk dapatkan sebanyak yang mungkin ilmu daripada mereka dan anda harus tidak pernah berhenti mencuba.

Eh, kan ada banyak je jalan shorcut to success?

Sabar, sebenarnya proses ini yang akan jadi foundation untuk anda capai success dan consistent sebagai orang yang berjaya nanti.

Terus sahaja bergerak ke hadapan samada berlari, berjalan, merangkak atau pun terpaksa mengesot. Yang pasti anda bergerak ke depan.

#BolehShare
#MovingFowardGuys


https://www.tgoop.com/FreeToDreamSH
Ada seorang peserta program kami ni pernah diuji dengan persahabatan semasa belajar di sebuah kolej.

Dia sangat rapat dengan kawannya ni, Ann. Pergi kuliah bersama, makan bersama, berjalan sama-sama.

Sampai orang panggil diaorang ni kembar. Macam belangkas!

Begitulah mereka. Sangat rapat, sampai mereka sama-sama berjaya dapat diploma.

Bila mereka skambung buat degree, mereka decide untuk duduk di rumah sewa yang sama bersama dengan beberapa orang kawan universiti.

Tak tahu mengapa, dia dipulaukan oleh semua housemate. Yang paling sedih, Ann pun turut sama pulaukan dia.

Tiada sapa yang nak makan, borak-borak dan buat assignment dengan dia. Maka semua perkara dibuat sorang-sorang.

Sedih sangat katanya sebab dia hilang kawan-kawan, termasuk kawan baiknya.

Beberapa bulan juga dia tak boleh fokus dengan study sebab terlalu sedih. Dia asyik terfikir apa salah dia sampai diperlakukan sebegitu rupa.

Akhirnya, keluarlah dia dari rumah sewa tu dengan linangan air mata sebab tak sanggup dipulaukan lagi. Dia buat keputusan untuk pindah ke rumah baru.

Izin Allah, semua housemate baru dia sangat baik. Mereka selalu teman dia buat assignment, masak dan borak sama-sama.

Alhamdulillah, keputusan akademik dia semakin baik lepas tu.

Dia semakin fokus dan seronok sangat sebab dapat 6 orang kawan baru yang baik-baik semuanya.

Dan akhirnya dia grad dengan keputusan yang cemerlang.

Dia sangat syukur sebab Allah tarik seorang kawan baik, tapi Allah gantikan dengan 6 orang kawan-kawan yang lebih baik.

.

Kawan-kawan yang baik,

Ada masanya Allah tarik sesuatu rezeki untuk beri rezeki yang lebih besar.

Sepanjang ujian itu, bertabah dan yakinlah bahawa pasti ada sinar di hujung jalan jika kita sentiasa memilih jalan taqwa kepada Tuhan.

Kadang-kadang kita berdoa tapi kita tak nampak apakah doa kita akan dimakbulkan?

Sebenarnya, ada satu zikir yang digalakkan kita amalkan supaya Allah memberi kekuatan kepada kita dan mempercepatkan doa kita dimakbulkan.

Apakah zikir itu?

"YA ZAL JALALI WAL IKRAM"

Ya Zal Jalali Wal Ikram merupakan salah satu nama Allah yang terdapat di dalam Asmaul Husna yang membawa maksud "Wahai Yang Memiliki Kebesaran dan Kemuliaan."

Rasulullah SAW pernah mendengar seorang sahabat menyeru Allah dengan namaNya yang mulia ini.

Lalu Baginda bersabda yang bermaksud: “Sesungguhnya doamu akan diterima. Pohonlah apa yang engkau ingini”

Maka inilah zikir yang patut menjadi zikir harian kita bermula daripada hari ini kan?

.

Belajar sesuatu?

Terus amalkan ya, dan #share ilmu ni. Moga bermanfaat dan menjadi pahala yang berpanjangan.

Zuhairi Nopiah
Suka share Tips Rezeki di FB
.

Ps: Nak belajar lebih cara lebih mudah untuk menjemput rezeki? Boleh baca nota di sini,

👉
https://bit.ly/2Gc6omN
https://bit.ly/2Gc6omN

Selamat membaca kawan-kawan!😊👍
Bisnes wujud untuk membantu menyelesaikan masalah.

Buka restoran kerana ramai orang tak sempat masak.

Buka kedai dobi kerana membantu ramainya orang nak cuci pakaian dan tak sempat kerana kesibukan.

Jual buku kerana ramainya nak membaca benda bagus dan nak tambah ilmu.

Jual kereta kerana pentingnya pengangkutan.

Jual ubat kerana ramainya yang mahu rawat penyakit.

Jual kek kerana ramainya nak makan namun tak reti buat.

Dan macam-macam lagi.

Jadi kawan-kawan, benarlah

Bisnes = Beri Manfaat kepada orang lain.
-KHM-

Dapatkan ilmu dan motivasi bisnes free disini🔻🔻
https://www.tgoop.com/FreeToDreamSH
TIPS BILA KITA ADA MASALAH

Semua orang akan ada masalah. Tidak kira masalah itu besar atau pun kecil.

Bila sedang dilanda dengan masalah. Cuba duduk bertenang sekejap, perhatikan keadaan sekeliling anda, diri anda, hitung segala yang anda dah ada sekarang.

Ucapkan Alhamdulillah

Katakan..
“Ya Allah, sesungguhnya Engkau lebih besar daripada masalahku!”

Cubalah, anda akan merasai sesuatu.❤️

#OrangTenangAkanBahagia
#TipsUntukSemua


https://www.tgoop.com/FreeToDreamSH
OTAI MASIH BERBISA, TERBUKTI PZCM ADA SESUATU YANG MISTERI!!!!

Usia bukan penghalang kalau nak berubah ke arah yang lebih baik maka hasilnya pun sangatlah baik.

Bak kat orang redah ja fikir kemudian,
Kalau dulu buat posting 5 orang ja likes sedangkan friendlist dah penuh 5k,
something wrong somewhere.

Tok wan tak fikir panjang pun terus minta pandangan pasal facebook profile dia then bila kita suggest terus dia grab🔥

Nampak macam sesuatu kan dengan ebuk PZCM ni, yang boleh cairkan hati orang yang nak berubah..

Boleh tengok result Tok wan di ruangan komen sebelum apply dan selepas apply PZCM.

Yang berminat nak jadi macam Tok Wan.Boleh klik link ini.

klik link 👉https://bit.ly/3h8CsEE
klik link 👉https://bit.ly/3h8CsEE
klik link 👉https://bit.ly/3h8CsEE
[ KENAPA TAK ADA ORANG LIKE & KOMEN POST AKU DALAM FB GROUP ]

Mungkin ramai antara kita di sini yang pernah / sedang mengalami perkara ni.

Bahkan saya sendiri pun masih terkena dengan benda ni. Like kurang, komen takde.

Pertama sekali, kita perlu tahu bahawa FB Personel adalah satu platform untuk kita BERSOSIAL dengan rakan-rakan yg lain.

Abang Mark memang pantang orang yg kuat menjual dalam FB dia.

Bila dia nampak je posting yang ada UNSUR-UNSUR menjual ni, memang dia akan cuba untuk "tenggelamkan" post anda.

Kadang-kadang, algoritma FB juga akan suka-suka untuk MENAIKKAN atau MENURUNKAN ENGAGEMENT post kita.

Bila kita terlalu kerap sangat post dalam group yg sama setiap hari, akan ada satu masa di mana posting kita yang seterusnya tidak akan menerima sebarang LIKE mahupun KOMEN.
Ini mungkin disebabkan oleh algoritma FB.

Okay so macam mana nak atasi perkara ni semua.

Boleh try beberapa tips di bawah ni:
1. Jangan letak LINK dalam posting anda, sebaliknya letak di ruangan komen.

Berikan CTA seperi "Rujuk ruangan komen" atau "Komen NAK" supaya mereka tau kedudukan link anda.

2. Berikan jarak masa antara iklan dalam satu group yg sama.

Jika hari ini anda beriklan di group Utara & Selatan, esoknya anda tembak iklan di group Timur & Barat.

Jangan tembak iklan di group yg sama setiap masa.

3. Jangan hanya tau buat iklan je.

Pegi LIKE & KOMEN sikit kat posting / iklan orang lain.

Jangan lupa, FB adalah tempat BERSOSIAL. So, tunjukkan yg anda adalah MANUSIA dan bukannya ROBOT.

4. Menurut kajian, pengguna di FB sukakan kepada posting yg berunsurkan MOTIVASI atau TIPS.

Jadi, banyakkan SHARE content-content yang berkaitan dengan dua perkara ni.


Orite. Itu sahaja setakat ini.

Saya harap anda semua faham.

Semoga bermanfaat & selamat MEROKET



https://www.tgoop.com/FreeToDreamSH
3 point penting dalam Live Neelofa & En. Khairul:

1. Dahulukan hak Allah. Sebelum mula bisnes, setkan target terus, berapa nak bayar untuk zakat perniagaan. Letakkan Allah yang pertama.

2. Belajar melepaskan sekecil-kecil urusan dan sebesar-besar tindakan kita kepada Allah SWT. Latihan melepaskan dunia ada dalam solat. Semasa mengangkat takbir, serahkan segalanya pada Allah. Allah Maha Besar mengatasi segalanya.

3. Tips untuk team. Kuncinya adalah “Menghargai”. Berterima kasih. Jika mereka dah meninggalkan kita, cari dan hantar penghargaan melalui whatsapp,email @ surat. Terima kasih kepada mereka kerana pernah bersama dengan kita satu masa dulu. Doakan supaya segala urusan hidup mereka dipermudahkan dunia akhirat.

**Cara bayar zakat online:

Login maybank2u > pay > payee > taip zakat > pilih negeri masing2 > pilih jenis zakat> masukkan amount > no telefon > pay.

Semoga bermanfaat.


https://www.tgoop.com/FreeToDreamSH
BUNTU DAN TAK TAHU NAK POST APA SETIAP HARI?

BACA SETIAP SATU DAN KAITKAN DGN PRODUK ANDA INSYAALLAH HASILNYA LAGI BOOM🔥

▪️Tentang produk

▪️Kebaikan produk

▪️Testimoni produk

▪️Promosi produk

▪️Kesan sekiranya tak grab produk

▪️Background work
(Pos barang,stok sampai,produk in making,etc.)

▪️Tips based on audience
(Example jual produk kurus, beri tips makan,tips pemakanan)

▪️Fakta nombor
Contoh :30% rakyat adalah obesiti)

▪️Isu-isu semasa,isu-isu viral

▪️Video lawak2.

Dengan adanya idea ni, anda tak perlu pening2 lagi fikir nak post apa. Rancang dan susun cantik cantik supaya lebih mudah dan senang🤗
-Ledakkan Sale 2020🔥-

https://www.tgoop.com/FreeToDreamSH
12 RAHSIA PELANGGAN TERUS WHATSAPP MINTA NO AKAUN!!!!

Awak, nak tahu tak RAHSIA ingin dapatkan pelanggan terus pm tanpa banyak soal dan minta nombor akaun?

Meh, Raz kongsi kan kalau Raz sebagai pelanggan, apa yang membuat Raz ingin membeli dengan online seller ni, Raz pasti akan:

📍Belek profile IG/Facebook seller, lagi banyak dia post, lagi syok nak belek.

📍Profile online seller susun teratur & kemas. Kalau menjual produk kecantikkan, janganlah bercampur baur tentang cara pakaikan pampers baby (tapi jual produk kecantikkan)

📍Gambar produk cantik dan tidak blur/pecah.

📍Gambar produk biar lah dari hasil tangan sendiri akan nampak origin yang awak ni sebagai trusted seller.

📍Kurangkan ambil gambar produk orang lain, pelanggan suka tengok gambar lain dari yang lain daripada seller lain yang menjual barang yang sama .

📍Caption ditulis secara rapi tanpa banyak dot dot, tanpa banyak emoji dan tanpa tulisan short form yang melampau. Kebanyakkan orang rimas tau baca 😩

📍Description setiap produk diterangkan secara lengkap seperti kelebihan produk, cara penggunaan, keberkesanan produk tu dll.

📍Testimoni disertai. Lebih baik jangan spam gambar testimoni. Orang tak suka tengok banyak secara spamming.

📍Harga items disertakan sekali di description gambar (i tidak rasa ditipu)

📍Seller banyak kongsikan tips berguna mengikut jenis barang yang di jual. Contohnya: Produk kecantikkan kerap berkongsi tips kecantikkan (dan guna ayat sendiri supaya nampak origin, bukan ayat google eh, I boleh kesan dan scan 😌)

📍Gambar postage/ parcel menggunakan gambar sendiri. Lebih baik letak watermark username di gambar tersebut sebagai bukti tu gambar milik awak.

📍Copywriting (ayat iklan) yang tidak meleret. Biar pendek asalkan padat dan syiok di baca. Kalau panjang, gunakan ayat catchy sikit dan susun ayat tu lawa lawa.

Kalau awak ada ciri ciri di atas ni sebagai online seller, mesti Raz sebagai pelanggan akan terus pm awak. Raz pun nak membeli dengan online seller yang dipercayai dan dapat membantu Raz, segala soalan dah terjawab hanya di profile awak 🤓

"Tapi Raz, macamana kalau kiteorang baru berniaga ni tapi tak nampak macam trusted seller, postage pun takda"

Takpa, online seller semua bermula dari bawah, so kerap posting menjual, sentiasa mencari idea fresh untuk promote, menjual tanpa copy paste ayat orang, menjual dengan hasil gambar kita sendiri, do something special than anyone else, kita nak jadi trusted seller ni bukan sehari dua hari. At least 2-3 bulan untuk kukuh.

Paling penting, Seek knowledge. Tanpa ilmu kita tak boleh pergi jauh. Pergi seminar, beli ebook online, baca buku Tips Perniagaan dan lain lain.

Dan buat lah dengan minat tanpa paksaan orang lain. Kita menjual dengan hati yang happy. Baru lah menjual dan idea sentiasa mencurah curah.

Tips ni sesuai untuk apply di IG/Facebook. Kalau awak rasa tips ni bermanfaat untuk awak, belanja share post sikit. Kita bantu orang lain, kita dapat pahala tau 💛

Credit : Raz Nuraina

https://www.tgoop.com/FreeToDreamSH
Setiap kali bertambah sedekah, bertambah rezekimu.

Setiap kali bertambah khusyu' dalam solat, bertambah kebahagianmu.

Setiap kali banyak berbuat baik kepada ibu bapa, makin bertambah mudah urusan dalam kehidupanmu.


https://www.tgoop.com/FreeToDreamSH
[ 3 TIPS SEBELUM BUAT SEBARANG POSTING DI FACEBOOK ]

1. Tujuan Post

Pastikan dulu tujuan kita post samada nak personal branding atau nak iklan dan promote produk kita.

2. Content Mesti Menarik

Jangan tulis sesedap rasa. Pilih content yang membuat org tertarik. Barula senang nak dapat like & komen. Kalau orang share dan jadi viral lagi bonus.

3. Gambar

Gambar sangat mainkan peranan. Carila gambar yang mempunyai pattern interrupt. Yang buat mata prospek terpukau dan tertenti pada posting anda.

Boleh share, Semoga Bermanfaat ❤️.

https://www.tgoop.com/FreeToDreamSH
Kisah Nabi Sulaiman As Dengan Seekor Semut

Nabi Sulaiman As pernah bertanya seekor semut,

"Wahai semut, berapa banyakkah makanan yang kamu perlukan untuk hidup selama setahun?"

Maka semut itu menjawab,

"Wahai Nabi Allah Sulaiman, aku hanya perlukan makanan sebesar sebutir gula untuk hidup selama setahun."

Maka, Nabi Sulaiman As mengurung semut tersebut di dalam sebuah botol dan diletakkan sebutir gula untuk makanan semut itu.

Selepas setahun Nabi Sulaiman As membuka tudung botol itu dan mendapati hanya separuh sahaja gula yang dimakan oleh semut itu.

Lalu Nabi Sulaiman As bertanya kepada semut tadi,

"Wahai semut, mengapa hanya separuh sahaja gula yang kamu makan dalam setahun?"

Maka semut itu menjawab,

"Jika diluar botol ini
aku yakin Allah akan bagi rezeki yang cukup kepada aku untuk hidup, namun setelah kamu mengurung aku di dalam botol ini, aku tidak yakin manusia akan berikan aku rezeki yang cukup. Aku takut kamu terlupa untuk membuka tudung botol ini setelah setahun. Oleh itu, aku terpaksa berjimat cermat."

Begitulah kisah seekor semut yang cukup yakin dengan rezeki yang ditetapkan Allah kepadanya. Manusia seperti kita kalau tidak yakin dengan rezeki Allah maka kita lebih teruk daripada semut.

Yakinlah setiap itu rezeki adalah milik Allah, bukan milik Perdana Menteri, bukan milik kerajaan, bukan milik syarikat. Ianya milik Allah secara mutlak.

Semoga Bermanfaat, In Shaa Allah, Aamiin


https://www.tgoop.com/FreeToDreamSH
2025/03/01 09:08:38
Back to Top
HTML Embed Code: