Telegram Web
Sesungguhnya (segala keterangan yang disebutkan) ini, menjadi peringatan; maka sesiapa yang mahukan (kebaikan dirinya) bolehlah ia mengambil jalan yang menyampaikan kepada keredaan Allah (dengan iman dan taat)

(Al Insan: 29)


Justeru, basahkanlah lidah dan hatimu dengan zikrullah dan Al Quran ianya sentiasa hidup berhubung dengan Tuhanmu.





ABi
Tadabbur Diri 4

Kita dipandang baik bukanlah kerana kita benar-benar baik, tetapi sebenarnya Allah ta'ala yang menutup keaiban kita.

Mungkin kalau Allah ta'ala membuka keaiban dan kecelaan kita, nescaya tidak ada lagi kebaikan pada diri kita di mata manusia lain.

Al Imam Ibn al-Jauzi menyatakan:

اعلم أن الناس إذا أعجبوا بك فإنما يعجبون بستر الله عليك

“Ketahuilah bahawa sesungguhnya manusia itu berasa kagum dengan engkau (bukan kerana dirimu), tetapi mereka kagum kerana Allah telah menutup aibmu.”

Maka, usahlah merasa dirimu sudah sempurna baik.

فَلَا تُزَكُّوا أَنفُسَكُمْ ۖ هُوَ أَعْلَمُ بِمَنِ اتَّقَىٰ ﴿٣٢﴾ النجم ٣٢

maka janganlah kamu mengatakan dirimu suci. Dialah yang paling mengetahui tentang orang yang bertakwa.(32)

(An Najm : 32)

Dari Ibnu Umar RA,Nabi ‎ﷺ bersabda:

ومن ستر مسلماً ستره الله يوم القيامة

"Dan sesiapa yang menutupi aib seorang muslim maka Allah akan menutupi aibnya pada hari kiamat".

(HR Bukhari dan Muslim)

Namun, manusia sebenarnya yang sering merasa diri baik dan sempurna. Tanpa sedar, manusia yang sering membuka dan mendedahkan keaiban dirinya sendiri.

Firman Allah ‘Azza wa Jalla,

كَلَّا إِنَّ الْإِنسَانَ لَيَطْغَىٰ﴿٦﴾أَن رَّآهُ اسْتَغْنَىٰ﴿٧﴾‏ ‎﴿العلق: ٦-٧﴾

Ketahuilah! Sesungguhnya manusia benar-benar melampaui batas, (6) karena dia melihat dirinya serba cukup. (7)

(Al ‘Alaq: 6-7)

Imam Ibnul Qayyim berkata:

إنك إن تبيت نائماً وتصبح نادماً؛ خير من أن تبيت قائماً وتصبح معجباً، فإن المعجب لا يصعد له عمل.

"Sungguh jika kamu tidur di malam hari dan berpagi hari dalam keadaan menyesal (kerana tidak qiyamul lail), itu jauh lebih baik daripada kamu bermalam lalu bangun untuk melaksanakan qiyamul lail namun berpagi hari dalam keadaan berbangga diri. Kerana sesungguhnya orang yang ujub amalnya tidak diangkat (tidak diterima) atasnya."

(Madarijus Salikin 1/177)

كُلُّ أُمَّتِي مُعَافًى إِلَّا الْمُجَاهِرِينَ وَإِنَّ مِنْ الْمُجَاهَرَةِ أَنْ يَعْمَلَ الرَّجُلُ بِاللَّيْلِ عَمَلًا ثُمَّ يُصْبِحَ وَقَدْ سَتَرَهُ اللَّهُ عَلَيْهِ فَيَقُولَ يَا فُلَانُ عَمِلْتُ الْبَارِحَةَ كَذَا وَكَذَا وَقَدْ بَاتَ يَسْتُرُهُ رَبُّهُ وَيُصْبِحُ يَكْشِفُ سِتْرَ اللَّهِ عَنْهُ

“Setiap umatku akan diampunkan dosa mereka melainkan golongan mujahirin (iaitu mereka yang mendedahkan dosa mereka sendiri). Di antara ‘mujaharah’ itu ialah seorang lelaki yang melakukan satu perbuatan (maksiat) pada waktu malam sedangkan di waktu pagi Allah telah menutup apa yang dilakukannya pada malam Tersebut. Lalu dia berkata: Wahai fulan, semalam aku telah melakukan perbuatan (dosa) ini dan perbuatan (dosa) itu. Sesungguhnya dia tidur dalam keadaan Allah menutup aib yang telah dia lakukan namun dia bangun pada waktu pagi lalu mendedahkan sendiri apa yang Allah telah sembunyikan aibnya.”

(HR Bukhari 6069)

Justeru, perhalusilah pandangan mata hatimu untuk menyuluh perilaku dan aib dirimu sendiri.

.
«اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ الْعَافِيَةَ فِي الدُّنْيَا وَالْآخِرَةِ، اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ الْعَفْوَ وَالْعَافِيَةَ فِي دِينِي، وَدُنْيَايَ، وَأَهْلِي، وَمَالِي، اللَّهُمَّ اسْتُرْ عَوْرَاتِي، وَآمِنْ رَوْعَاتِي، اللَّهُمَّ احْفَظْنِي مِنْ بَيْنِ يَدَيَّ، وَمِنْ خَلْفِي، وَعَنْ يَمِينِي، وَعَنْ شِمَالِي، وَمِنْ فَوْقِي، وَأَعُوذُ بِعَظَمَتِكَ أَنْ أُغْتَالَ مِنْ تَحْتِي».
(صحيح ابن حبان)
“Ya Allah, aku memohon keselamatan dunia dan akhirat padaMu. Aku memohon keampunan dan keselamatan agama, dunia, keluarga, dan hartaku. Tutupilah segala keaibanku, dan amankanlah ketakutanku, jagalah depan, belakang, kanan, kiri, dan atasku. Aku berlindung padaMu dari musibah yang tak terduga.”

(HR Ibnu Hibban)





ABi
Tadabbur Diri 5


Muraqabah (مراقبة) sebagai wasilah penyampai kepada rasa kebersamaan dengan Allah ( معية الله )

هُوَ الَّذِي خَلَقَ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضَ فِي سِتَّةِ أَيَّامٍ ثُمَّ اسْتَوَى عَلَى الْعَرْشِ يَعْلَمُ مَا يَلِجُ فِي الْأَرْضِ وَمَا يَخْرُجُ مِنْهَا وَمَا يَنْزِلُ مِنَ السَّمَاءِ وَمَا يَعْرُجُ فِيهَا وَهُوَ مَعَكُمْ أَيْنَ مَا كُنْتُمْ وَاللَّهُ بِمَا تَعْمَلُونَ بَصِيرٌ
(الحديد الآية: ٤)

Dialah yang menciptakan langit dan bumi dalam enam masa: Kemudian Dia bersemayam di atas 'Arsy. Dia mengetahui apa yang masuk ke dalam bumi dan apa yang keluar daripadanya dan apa yang turun dari langit dan apa yang naik kepada-Nya. Dan Dia bersama kamu di mana saja kamu berada. Dan Allah Maha Melihat apa yang kamu kerjakan.

(Al Hadid : 4)

Muraqabah bererti merasai pengawasan Allah. Seorang hamba Allah itu apabila meyakini dan merasai bahawa Allah ta'ala sedang dan sentiasa mengawasi gerak dan perilakunya, nescaya dia akan menjaga dirinya agar sentiasa taat dan patuh pada Allah dan ia akan beristiqamah dalam mentaatiNya.

Oleh itu, muraqabah amat penting dalam suluk di jalan keimanan.

Antara kepentingan muraqabah :

1. Muraqabah melahirkan kewaspadaan dalam tingkah laku kehidupan.

وَاعْلَمُوا أَنَّ اللَّهَ يَعْلَمُ مَا فِي أَنْفُسِكُمْ فَاحْذَرُوهُ وَاعْلَمُوا أَنَّ اللَّهَ غَفُورٌ حَلِيمٌ﴾
(البقرة : ٢٣٥)

Dan ketahuilah bahwasanya Allah mengetahui apa yang ada dalam hatimu; maka takutlah kepada-Nya, dan ketahuilah bahwa Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyantun.

(Al Baqarah : 235)

Maksudnya , wajiblah engkau mengetahui bahawasanya Allah Maha Mengetahui. Kerana bila mana engkau mengetahui Allah itu Maha Mengetahui, engkau akan berhati-hati dan berwaspada agar tidak bermaksiat dan mengengkariNya. Ini adalah rahsia kejayaan seorang hamba untuk hidup bersamaNya.

2. Muraqabah memelihara dan memperhalusi hubungan hati hamba dengan Tuhannya.

وَكَانَ اللَّهُ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ رَقِيبا
(الأحزاب :٥٢)

Dan adalah Allah Maha Mengawasi segala sesuatu.

(Al Ahzab : 52)

Seorang manusia itu apabila diawasi oleh seseorang yang lain, pengawasannya adalah terhad. Mungkin sekadarpercakapannya atau pergerakannya sahaja. Namun apa yang ada di dalam hatinya berupa lintasan hati, niat atau perasaannya takkan mampu diawasi. Sesungguhnya Allah azza wa jalla mengawasi segala perkara tersembunyi mahupun yang dirahsiakan oleh hati manusia, yang zahir mahu pun yang batin. Okeh itu, tidak mungkin seorang hamba itu dapat menyembunyikan perilaku buruk mahu pun niat hati dari Tuhannya.

وَأَسِرُّوا۟ قَوْلَكُمْ أَوِ ٱجْهَرُوا۟ بِهِۦٓ ۖ إِنَّهُۥ عَلِيمٌۢ بِذَاتِ ٱلصُّدُورِ ﴿١٣﴾ أَلَا يَعْلَمُ مَنْ خَلَقَ وَهُوَ ٱللَّطِيفُ ٱلْخَبِيرُ ﴿١٤﴾ ﴿الملك: ١٣-١٤﴾

Dan rahasiakanlah perkataanmu atau lahirkanlah; sesungguhnya Dia Maha Mengetahui segala isi hati. (13) Apakah Allah Yang menciptakan itu tidak mengetahui (yang kamu lahirkan atau rahasiakan); dan Dia Maha Halus lagi Maha Mengetahui?(14)

(Al Mulk : 13-14)

يَعْلَمُ خَائِنَةَ الْأَعْيُنِ وَمَا تُخْفِي الصُّدُورُ
(غافر :١٩)

Dia mengetahui (pandangan) mata yang khianat dan apa yang disembunyikan oleh hati.

(Ghafir : 19)

وَإِن تَجْهَرْ بِالْقَوْلِ فَإِنَّهُ يَعْلَمُ السِّرَّ وَأَخْفَى
﴿طه: ٧﴾

Dan jika kamu mengeraskan ucapanmu, maka sesungguhnya Dia mengetahui rahasia dan yang lebih tersembunyi. (7)

(Thahaa: 7)

أَلَمْ يَعْلَمْ بِأَنَّ اللَّهَ يَرَى (العلق: ١٤)

Tidaklah dia mengetahui bahwa sesungguhnya Allah melihat segala perbuatannya?

(Al ' Alaq : 14)

3. Muraqabah memperhaluskan ibadat seorang hamba kepada Tuhannya.

وَاصْبِرْ لِحُكْمِ رَبِّكَ فَإِنَّكَ بِأَعْيُنِنَا وَسَبِّحْ بِحَمْدِ رَبِّكَ حِينَ تَقُومُ( الطور:٤٨)

Dan bersabarlah dalam menunggu ketetapan Tuhanmu, maka sesungguhnya kamu berada dalam penglihatan Kami, dan bertasbihlah dengan memuji Tuhanmu ketika kamu bangun berdiri,

(At Thur : 48)

Maksudnya : Manusia sentiasa dalam pandangan dan pemerhatian Allah. Juga dalam pemeliharaanNya. Ini bererti Allah sentaisa mengetahui di mana hambaNya berada, apa yang sedang dilakukannya, bahkan apa yang sedang terlintas dan tersembunyi dalam hatinya.
Dan Allah sentiasa memelihara dan mengambil berat tentang hambaNya.

Perasaan ini inilah akan membuahkan ketundukan dan ketaatan berupa ibadah hamba kepada Tuhannya.

كَانَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بَارِزًا يَوْمًا لِلنَّاسِ, فَأَتَاهُ جِبْرِيلُ, فَقَالَ: مَا الإِيمَانُ؟ قَالَ: الإِيمَانُ: أَنْ تُؤْمِنَ بِاللَّهِ, وَمَلائِكَتِهِ, وَكُتُبِهِ, وَبِلِقَائِهِ, وَرُسُلِهِ, وَتُؤْمِنَ بِالْبَعْثِ, قَالَ: مَا الإِسْلامُ؟ قَالَ: الإِسْلامُ: أَنْ تَعْبُدَ اللَّهَ, وَلا تُشْرِكَ بِهِ شَيْئًا, وَتُقِيمَ الصَّلاةَ, وَتُؤَدِّيَ الزَّكَاةَ الْمَفْرُوضَةَ, وَتَصُومَ رَمَضَانَ, قَالَ: مَا الإِحْسَانُ؟ قَالَ: أَنْ تَعْبُدَ اللَّهَ كَأَنَّكَ تَرَاهُ, فَإِنْ لَمْ تَكُنْ تَرَاهُ فَإِنَّهُ يَرَاكَ.

Bahawa Nabi ‎ﷺ pada suatu hari muncul kepada para sahabat, lalu datang Malaikat Jibril 'Alaihis Salam yang kemudian bertanya: Apakah iman itu? Nabi ‎ﷺ menjawab: Iman adalah kamu beriman kepada Allah, malaikat-malaikatNya, kitab-kitabNya, pertemuan denganNya, Rasul-RasulNya, dan kamu beriman kepada hari berbangkit. (Jibril 'Alaihis salam) berkata: Apakah Islam itu? Jawab Nabi ‎ﷺ : Islam adalah kamu menyembah Allah dan tidak menyekutukannya dengan suatu apapun, kamu dirikan salat, kamu tunaikan zakat yang diwajibkan, dan berpuasa di bulan Ramadlan. (Jibril 'Alaihis salam) berkata: Apakah ihsan itu? Nabi ‎ﷺ menjawab: Kamu menyembah Allah seolah-olah melihat-Nya dan bila kamu tidak melihat-Nya
sesungguhnya Dia melihatmu.

(HR Bukhari 48)

Dalam doa para ahli Allah:

((اللهم اجعلنا نخشاك كأننا نراك))

Ya Allah! Engkau jadikanlah ketakutan kami terhadapMu seolah-olah kami melihat Mu

Oleh itu, muraqabah merupakan ilmu seorang hamba dan keyakinan hatinya terhadap Allah yang dapat dikesan manifestasinya pada zahir dan batinnya secara berterusan istiqamah sehingga akhir hayatnya. Muraqabah adalah jalan membuahkan keikhlasan ibadah danjalan keimanan menuju Allah ta’ala.

Rasulullah ‎ﷺ bersabda :

أفضل الإيمان أن تعلم أن الله معك حيثما كنت. (الطبراني وأبو نعيم)

Iman yang paling afdhal, bahawa engkau mengetahui Allah bersertamu di mana pun engkau berada .

(HR At Thabarani, Abu Na'im)

4. Muraqabah menjadikan seorang rapat dan hampir jiwanya kepada Tuhannya dalam mengadu segala hal dan situasi kehidupannya.

سئل عليه الصلاة والسلام: (ما تزكية المرء نفسه؟ ـ أي كيف يزكي الإنسان نفسه ـ فقال: يعلم أن الله معه حيث كان)(رواه البيهقي في السنن الكبرى)

Rasulullah ‎ﷺ pernah ditanya : " Apakah tazkiyyah diri seseorang terhadap dirinya ? ( iaitu bagaimana seorang hamba itu menyucikan dirinya ). Sabda Ar Rasul ‎ﷺ : " Dia mengetahui bahawasanya Allah sentiasa bersamanya di mana pun ia berada ). "

(HR Baihaqi dalam Sunan Kubra)

(ثلاثة في ظل الله تعالى يوم القيامة، يوم لا ظل إلا ظله، رجل حيث توجه علم أن الله معه ورجلٌ دَعَتْه امرأةٌ إلى نفسِها فترَكها من خشيةِ اللهِ ورجلٌ أحبَّ لجلالِ اللهِ)(رواه الطبراني)

Tiga golongan di bawah lindungan Allah pada hari kiamat, hari yang tiada lindungan melainkan lindunganNya: seorang lelaki bila bertawajjuh ia mengetahui bahawa Allah bersertanya.

(HR Thabarani)

Ingatlah ketika Nabi Yaakub diuji Allah, ucapannya dipenuhi dengan perasaan sangat hampir dengan Allah azza wa jalla.

قَالَ إِنَّمَا أَشْكُو بَثِّي وَحُزْنِي إِلَى اللَّهِ وَأَعْلَمُ مِنَ اللَّهِ مَا لَا تَعْلَمُونَ ﴾ (يوسف: ٨٦)

(Ya'qub menjawab) : "Sesungguhnya hanyalah kepada Allah aku mengadukan kesusahan dan kesedihanku, dan aku mengetahui dari Allah apa yang kamu tiada mengetahuinya".

(Yusuf : 86)

Justeru, asuhilah jiwamu dengan muraqabah,

Pada setiap masa dan ketika,

Biar di mana engkau berada,

Nescaya engkau akan merasai hampirnya Dia denganmu dan engkau akan menemui kebahagiaan sebenar dalam kehidupanmu.



ABi
Tadabbur Diri 6

Ada kalanya celaan, makian dan fitnah manusia lebih baik daripada puji pujian. Pujian sering menjadikan diri kagum dengan diri sendiri. Manakala celaan, makian dan fitnah mengajar bersabar dan bermuhasabah diri sendiri.

Kagum terhadap diri sendiri pula merupakan suatu sifat yang amat membinasakan.

Nabi ‎ﷺ bersabda,

ﺛَﻠَﺎﺙٌ ﻣُﻬْﻠِﻜَﺎﺕٌ : ﺷُﺢٌّ ﻣُﻄَﺎﻉٌ ﻭَﻫَﻮًﻯ ﻣُﺘَّﺒَﻊٌ ﻭَﺇِﻋْﺠَﺎﺏُ ﺍﻟْﻤَﺮْﺀِ ﺑِﻨَﻔْﺴِﻪِ (رواه الإمام الطبراني والبزار)

“Tiga hal yang membawa pada jurang kebinasaan: (1) tamak lagi kikir, (2) mengikuti hawa nafsu (yang selalu mengajak pada keburukan) dan (3) ujub (takjub kagum pada diri sendiri).”

(HR Thabarani, Al Bazzaar)

Dari Al-Miqdad bin Al-Aswad radhiyallahu ‘anhu, ia berkata,

أَمَرَنَا رسولُ اللهِ صلى الله عليه وسلم أَنْ نَحْثُوَ فِي وُجُوْهِ الْمَدَّاحِيْنَ التُّرَابَ

“Rasulullah ‎ﷺ memerintahkan kami untuk menaburkan tanah ke wajah-wajah orang yang berlebihan dalam memuji.”

(HR. Muslim, 3002)

Sebenarnya doa adalah lebih diperlukan dari pujian kerana biasanya pujian dapat menipu diri kita.

Sufyan bin Uyainah berkata,

ﻳَﻐُﺮُّ ﺍﻟﻤَﺪﺡُ ﻣَﻦ ﻋَﺮَﻑَ ﻧﻔﺴَﻪُ

“Pujian orang tidak akan menipu orang yang kenal dirinya sendiri ( ia tidak sebaik pujian itu, bahkan lebih banyak aib serta dosa).”

(Hilyatul Auliya’ 7/332)

Justeru, kembalikanlah segala pujian hanya kepada Allah ta’ala yang layak dipuji.

ﺍَﻟﻠَّﻬُﻢَّ ﻻَ ﺗُﺆَﺍﺧِﺬْﻧِﻲْ ﺑِﻤَﺎ ﻳَﻘُﻮْﻟُﻮْﻥَ، ﻭَﺍﻏْﻔِﺮْﻟِﻲْ ﻣَﺎ ﻻَ ﻳَﻌْﻠَﻤُﻮْﻥَﻭَﺍﺟْﻌَﻠْﻨِﻲْ ﺧَﻴْﺮًﺍ ﻣِﻤَّﺎ ﻳَﻈُﻨُّﻮْﻥَ

“Ya Allah, semoga Engkau tidak menghukumku kerana apa yang mereka katakan. Ampunilah aku atas apa yang tidak mereka ketahui. Dan jadikanlah aku lebih baik daripada yang mereka sangkakan.”

(HR. Bukhari dalam Al-Adabul Mufrad , 761)



ABi
Tadabbur Diri 7

Manusia jadi sombong, angkuh dan takabbur banyak sebabnya. Di antaranya ialah :

1. Rupa kejadian ( kecantikan, ketampanan, imej dan keterampilan ) . Ini akibat mewarisi sikap dan perangai Iblis laknatullah 'alaih.

قَالَ مَا مَنَعَكَ أَلَّا تَسْجُدَ إِذْ أَمَرْتُكَ ۖ قَالَ أَنَا خَيْرٌ مِّنْهُ خَلَقْتَنِي مِن نَّارٍ وَخَلَقْتَهُ مِن طِينٍ ﴿١٢﴾
Allah berfirman: "Apakah yang menghalangimu untuk bersujud (kepada Adam) di waktu Aku menyuruhmu?" Menjawab iblis "Saya lebih baik daripadanya: Engkau ciptakan saya dari api sedang dia Engkau ciptakan dari tanah".(12)

(Al A'raaf : 12)

2. Ilmu dan pengetahuan

قَالَ إِنَّمَا أُوتِيتُهُ عَلَىٰ عِلْمٍ عِندِي ۚ(٧٨)

Qarun berkata: "Sesungguhnya aku hanya diberi harta itu, karena ilmu yang ada padaku". (78)

(Al Qasas : 78)

Berkata Ibnu Qoyyim rahimahulloh ta'aala:

"التفاخر بالعلم أسوأ حالاً عند الله من التفاخر بالمال والجاه "
[عدة الصابرين : (صـ197)]

" Berbangga- bangga dengan ilmu adalah keadaan yang paling jahat disisi Allah dari pada berbangga- bangga dengan harta dan kedudukan.”
(‘Iddatush Shobirin : 197)

Al Imam Az Dzahabi rahimahullah berkata,

“Kesombongan yang paling buruk adalah orang yang menyombongkan diri di hadapan manusia dengan ilmunya, merasa dirinya besar dengan kemuliaan yang dia miliki. Bagi orang tersebut tidak bermanfaat ilmunya untuk dirinya. Barangsiapa yang menuntut ilmu demi akhirat maka ilmunya itu akan menimbulkan hati yang khusyuk serta jiwa yang tenang. Dia akan terus mengawasi dirinya dan tidak bosan untuk terus memperhatikannya, bahkan setiap saat dia selalu bermuhasabah dan meluruskannya. Apabila dia lalai dari hal itu, dia akan menyimpang dari jalan yang lurus dan akan binasa. Barangsiapa yang menuntut ilmu untuk membanggakan diri dan meraih kedudukan, memandang remeh kaum muslimin yang lainnya serta membodoh-bodohkan dan merendahkan mereka, maka hal ini merupakan kesombongan yang paling besar. Tidak akan masuk syurga orang yang di dalam hatinya terdapat kesombongan walaupun hanya sebesar zarrah (biji sawi). Laa haula wa laa quwwata illaa billah.”

(Al Kabaa’ir liz Zahabi)

3. Ibadat dan amalan

Ibnu Athaillah Al Iskandari Rahimahullahu ta'ala berkata :

رُبَّ معصية اورثت ذلاً وانكساراً خير من طاعة اورثت عزاً واستكباراً.

“ Kadangkala perbuatan dosa yang melahirkan perasaan hina dan kerendahan hati itu lebih baik dari ketaatan yang melahirkan rasa mulia dan kesombongan.”

( Kitab Al Hikam )



Ibnul Qayyim berkata:

إنك إن تبيت نائماً وتصبح نادماً؛ خير من أن تبيت قائماً وتصبح معجباً، فإن المعجب لا يصعد له عمل.

"Sungguh jika kamu tidur di malam hari dan berpagi hari dalam keadaan menyesal (karena tidak qiyamul lail), itu jauh lebih baik daripada kamu bermalam lalu bangun untuk melaksanakan qiyamul lail namun berpagi hari dalam keadaan berbangga diri. Karena sesungguhnya orang yang ujub amalnya tidak diangkat (tidak diterima) atasnya."

(Madarijus Salikin 1/177)

4. Harta dan pengikut

وَكَانَ لَهُ ثَمَرٌ فَقَالَ لِصَاحِبِهِ وَهُوَ يُحَاوِرُهُ أَنَا أَكْثَرُ مِنكَ مَالًا وَأَعَزُّ نَفَرًا ﴿٣٤﴾

dan dia mempunyai kekayaan besar, maka ia berkata kepada kawannya (yang mukmin) ketika bercakap-cakap dengan dia: "Hartaku lebih banyak dari pada hartamu dan pengikut-pengikutku lebih kuat"(34)

(Al Kahfi : 34)

فَأَمَّا عَادٌ فَاسْتَكْبَرُوا فِي الْأَرْضِ بِغَيْرِ الْحَقِّ وَقَالُوا مَنْ أَشَدُّ مِنَّا قُوَّةً ۖ (١٥)

Adapun kaum 'Aad maka mereka menyombongkan diri di muka bumi tanpa alasan yang benar dan berkata: "Siapakah yang lebih besar kekuatannya dari kami?"(15)

(Fussilat :15)

4. Pangkat, kedudukan dan kekuasaan

وَاسْتَكْبَرَ هُوَ وَجُنُودُهُ فِي الْأَرْضِ بِغَيْرِ الْحَقِّ وَظَنُّوا أَنَّهُمْ إِلَيْنَا لَا يُرْجَعُونَ ﴿٣٩﴾

dan berlaku angkuhlah Fir'aun dan bala tentaranya di bumi (Mesir) tanpa alasan yang benar dan mereka menyangka bahwa mereka tidak akan dikembalikan kepada Kami.(39)

(Al Qasas : 39)

5. Nasab dan keturunan

Sedangkan berbangga-bangga dengan keturunan itu termasuk perilaku jahiliyah.

Daripada Abu Hurairah ia berkata, Rasulullah ‎ﷺ bersabda:
إِنَّ اللَّهَ عَزَّ وَجَلَّ قَدْ أَذْهَبَ عَنْكُمْ عُبِّيَّةَ الْجَاهِلِيَّةِ وَفَخْرَهَا بِالْآبَاءِ مُؤْمِنٌ تَقِيٌّ وَفَاجِرٌ شَقِيٌّ أَنْتُمْ بَنُو آدَمَ وَآدَمُ مِنْ تُرَابٍ لَيَدَعَنَّ رِجَالٌ فَخْرَهُمْ بِأَقْوَامٍ إِنَّمَا هُمْ فَحْمٌ مِنْ فَحْمِ جَهَنَّمَ أَوْ لَيَكُونُنَّ أَهْوَنَ عَلَى اللَّهِ مِنْ الْجِعْلَانِ الَّتِي تَدْفَعُ بِأَنْفِهَا النَّتِنَ

Sesungguhnya Allah telah menghilangkan dari kalian kesombongan ala Jahilliyah dan kebanggaan kalian dengan nenek moyang. (Yang ada adalah) orang beriman yang bertakwa dan orang yang jahat yang sengsara. Kalian adalah anak cucu Adam, dan Adam tercipta dari tanah. Maka, hendaklah orang-orang meninggalkan kebanggaan mereka terhadap kaumnya; sebab mereka hanya (akan) menjadi arang jahannam, atau di sisi Allah mereka akan menjadi lebih hina dari serangga yang mendorong kotoran dengan hidungnya."

(HR Abu Daud)

Sabda Rasulullah ‎ﷺ ,

أَرْبَعٌ فِي أُمَّتِي مِنْ أَمْرِ الْجَاهِلِيَّةِ لَا يَتْرُكُونَهُنَّ الْفَخْرُ فِي الْأَحْسَابِ وَالطَّعْنُ فِي الْأَنْسَابِ وَالْاسْتِسْقَاءُ بِالنُّجُومِ وَالنِّيَاحَةُ وَقَالَ النَّائِحَةُ إِذَا لَمْ تَتُبْ قَبْلَ مَوْتِهَا تُقَامُ يَوْمَ الْقِيَامَةِ وَعَلَيْهَا سِرْبَالٌ مِنْ قَطِرَانٍ وَدِرْعٌ مِنْ جَرَبٍ

"Ada empat perkara yang masih ada pada umatku yang termasuk perilaku Jahiliyah yang tidak akan mereka tinggalkan, yaitu membanggakan nenek moyang, mencela kerabat, meminta hujan dengan bintang dan meratapi kematian. Dan baginda bersabda: Orang yang meratapi mayit, jika ia belum bertaubat sebelum ajalnya tiba maka pada hari kiamat ia akan dibangkitkan dengan memakai baju panjang yang berwarna hitam dan memakai perisai dari pedang yang sudah karat.”

(HR Muslim)


وقال: {كَذَلِكَ يَطْبَعُ اللَّهُ عَلَى كُلِّ قَلْبِ مُتَكَبِّرٍ جَبَّارٍ} [غافر: 35]

Demikianlah Allah mengunci mati hati orang yang sombong dan sewenang-wenang.(35)

(Ghafir :35)

Justeru, berhati-hatilah mungkin sebab-sebab itu boleh menjangkiti hatimu. Perhalusilah suluhan di hati agar jangan ada kesombongan keangkuhan takabbur dalam dirimu.


ABi
Tadabbur Diri 8



Kenalilah HATI ( القلب ) dalam dirimu.

1. HATI ( القلب ) tempat bertapak dan suburnya keimanan dan hidayah.

وَلَـٰكِنَّ اللَّـهَ حَبَّبَ إِلَيْكُمُ الْإِيمَانَ وَزَيَّنَهُ فِي قُلُوبِكُمْ وَكَرَّهَ إِلَيْكُمُ الْكُفْرَ وَالْفُسُوقَ وَالْعِصْيَانَ أُولَـٰئِكَ هُمُ الرَّاشِدُونَ ﴿الحجرات: ٧﴾

tetapi Allah menjadikan kamu "cinta" kepada keimanan dan menjadikan keimanan itu indah di dalam hatimu serta menjadikan kamu benci kepada kekafiran, kefasikan, dan kedurhakaan. Mereka itulah orang-orang yang mengikuti jalan yang lurus,

(Al Hujurat : 7)

وَمَن يُؤْمِن بِاللَّـهِ يَهْدِ قَلْبَهُ وَاللَّـهُ بِكُلِّ شَيْءٍ عَلِيمٌ ﴿التغابن: ١١﴾

dan barangsiapa yang beriman kepada Allah niscaya Dia akan memberi petunjuk kepada hatinya. Dan Allah Maha Mengetahui segala sesuatu.

(At Taghabun: 11)

2. HATI ( القلب ) tempat terbinanya ketakwaan.

ذَٰلِكَ وَمَن يُعَظِّمْ شَعَائِرَ اللَّـهِ فَإِنَّهَا مِن تَقْوَى الْقُلُوبِ ﴿الحج: ٣٢﴾

Demikianlah (perintah Allah). Dan barangsiapa mengagungkan syi'ar-syi'ar Allah, maka sesungguhnya itu timbul dari ketakwaan hati.

(Al Hajj : 32)

إِنَّ الَّذِينَ يَغُضُّونَ أَصْوَاتَهُمْ عِندَ رَسُولِ اللَّـهِ أُولَـٰئِكَ الَّذِينَ امْتَحَنَ اللَّـهُ قُلُوبَهُمْ لِلتَّقْوَىٰ لَهُم مَّغْفِرَةٌ وَأَجْرٌ عَظِيمٌ ﴿الحجرات: ٣﴾

Sesungguhnya orang yang merendahkan suaranya di sisi Rasulullah mereka itulah orang-orang yang telah diuji hati mereka oleh Allah untuk bertakwa. Bagi mereka ampunan dan pahala yang besar.

(Al Hujurat : 3)

3. HATI ( القلب ) tempat timbulnya perasaan KHAUF (خوف) dan KHASYAH (خشية)

إِنَّمَا الْمُؤْمِنُونَ الَّذِينَ إِذَا ذُكِرَ اللَّـهُ وَجِلَتْ قُلُوبُهُمْ وَإِذَا تُلِيَتْ عَلَيْهِمْ آيَاتُهُ زَادَتْهُمْ إِيمَانًا وَعَلَىٰ رَبِّهِمْ يَتَوَكَّلُونَ ﴿الأنفال: ٢﴾

Sesungguhnya orang-orang yang beriman ialah mereka yang bila disebut nama Allah gemetarlah hati mereka, dan apabila dibacakan ayat-ayat-Nya bertambahlah iman mereka (karenanya), dan hanya kepada Tuhanlah mereka bertawakkal.

(Al Anfal : 2)

رِجَالٌ لَّا تُلْهِيهِمْ تِجَارَةٌ وَلَا بَيْعٌ عَن ذِكْرِ اللَّـهِ وَإِقَامِ الصَّلَاةِ وَإِيتَاءِ الزَّكَاةِ يَخَافُونَ يَوْمًا تَتَقَلَّبُ فِيهِ الْقُلُوبُ وَالْأَبْصَارُ ﴿النور: ٣٧﴾

laki-laki yang tidak dilalaikan oleh perniagaan dan tidak (pula) oleh jual beli dari mengingati Allah, dan (dari) mendirikan sembahyang, dan (dari) membayarkan zakat. Mereka takut kepada suatu hari yang (di hari itu) hati dan penglihatan menjadi goncang.

(An Nur : 37)

وَأَنذِرْهُمْ يَوْمَ الْآزِفَةِ إِذِ الْقُلُوبُ لَدَى الْحَنَاجِرِ كَاظِمِينَ مَا لِلظَّالِمِينَ مِنْ حَمِيمٍ وَلَا شَفِيعٍ يُطَاعُ ﴿غافر: ١٨﴾

Berilah mereka peringatan dengan hari yang dekat (hari kiamat yaitu) ketika hati (menyesak) sampai di kerongkongan dengan ( terdiam ) menahan kesedihan.

(Ghafir : 18)

اللَّـهُ نَزَّلَ أَحْسَنَ الْحَدِيثِ كِتَابًا مُّتَشَابِهًا مَّثَانِيَ تَقْشَعِرُّ مِنْهُ جُلُودُ الَّذِينَ يَخْشَوْنَرَبَّهُمْ ثُمَّ تَلِينُ جُلُودُهُمْ وَقُلُوبُهُمْ إِلَىٰ ذِكْرِ اللَّـهِ ذَٰلِكَ هُدَى اللَّـهِ يَهْدِي بِهِ مَن يَشَاءُ وَمَن يُضْلِلِ اللَّـهُ فَمَا لَهُ مِنْ هَادٍ ﴿الزمر: ٢٣﴾

Allah telah menurunkan perkataan yang paling baik (iaitu) Al Quran yang serupa (mutu ayat-ayatnya) lagi berulang-ulang, gementar kerananya kulit orang-orang yang takut kepada Tuhannya, kemudian menjadi tenang kulit dan hati mereka di waktu mengingat Allah. Itulah petunjuk Allah, dengan kitab itu Dia menunjuki siapa yang dikehendaki-Nya. Dan barangsiapa yang disesatkan Allah, niscaya tak ada baginya seorang pemimpinpun.

(Az Zumar: 23)

4. HATI ( القلب ) tempat di mana Allah Azza wa Jalla diingati dan tempat ketenangan ( السكينة )dan ketenteram ( الاطمئنان ).

هُوَ الَّذِي أَنزَلَ السَّكِينَةَ فِي قُلُوبِ الْمُؤْمِنِينَ لِيَزْدَادُوا إِيمَانًا مَّعَ إِيمَانِهِمْ وَلِلَّـهِ جُنُودُ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ وَكَانَ اللَّـهُ عَلِيمًا حَكِيمًا ﴿الفتح: ٤﴾

Dialah yang telah menurunkan ketenangan ke dalam hati orang-orang mukmin supaya keimanan mereka bertambah di samping keimanan mereka (yang telah ada). Dan kepunyaan Allah-lah tentara langit dan bumi dan adalah Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana,

(Al Fath : 4)
‎الَّذِينَ آمَنُوا وَتَطْمَئِنُّ قُلُوبُهُم بِذِكْرِ اللَّـهِ أَلَا بِذِكْرِ اللَّـهِ تَطْمَئِنُّ الْقُلُوبُ
﴿الرعد: ٢٨﴾

(iaitu) orang-orang yang beriman dan hati mereka manjadi tenteram dengan mengingat Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah-lah hati menjadi tenteram.

(Ar Ra'du : 28)

وَمَا جَعَلَهُ اللَّـهُ إِلَّا بُشْرَىٰ لَكُمْ وَلِتَطْمَئِنَّ قُلُوبُكُم بِهِ وَمَا النَّصْرُ إِلَّا مِنْ عِندِ اللَّـهِ الْعَزِيزِ الْحَكِيمِ ﴿آل عمران: ١٢٦﴾

Dan Allah tidak menjadikan pemberian bala bantuan itu melainkan sebagai khabar gembira bagi (kemenangan)mu, dan agar tenteram hatimu karenanya. Dan kemenanganmu itu hanyalah dari Allah Yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.

(Ali 'Imran : 126)

5. HATI ( القلب ) tempat bersemainya dan berkumpulnya kasih sayang.

وَاعْتَصِمُوا بِحَبْلِ اللَّـهِ جَمِيعًا وَلَا تَفَرَّقُوا وَاذْكُرُوا نِعْمَتَ اللَّـهِ عَلَيْكُمْ إِذْ كُنتُمْ أَعْدَاءً فَأَلَّفَ بَيْنَ قُلُوبِكُمْ فَأَصْبَحْتُم بِنِعْمَتِهِ إِخْوَانًا وَكُنتُمْ عَلَىٰ شَفَا حُفْرَةٍ مِّنَ النَّارِ فَأَنقَذَكُم مِّنْهَا كَذَٰلِكَ يُبَيِّنُ اللَّـهُ لَكُمْ آيَاتِهِ لَعَلَّكُمْ تَهْتَدُونَ ﴿آل عمران: ١٠٣﴾

Dan berpeganglah kamu semuanya kepada tali (agama) Allah, dan janganlah kamu bercerai berai, dan ingatlah akan nikmat Allah kepadamu ketika kamu dahulu (masa Jahiliyah) bermusuh-musuhan, maka Allah mempersatukan hatimu, lalu menjadilah kamu karena nikmat Allah, orang-orang yang bersaudara; dan kamu telah berada di tepi jurang neraka, lalu Allah menyelamatkan kamu dari padanya. Demikianlah Allah menerangkan ayat-ayat-Nya kepadamu, agar kamu mendapat petunjuk.

(Ali 'Imran : 103)

وَأَلَّفَ بَيْنَ قُلُوبِهِمْ لَوْ أَنفَقْتَ مَا فِي الْأَرْضِ جَمِيعًا مَّا أَلَّفْتَ بَيْنَ قُلُوبِهِمْ وَلَـٰكِنَّ اللَّـهَ أَلَّفَ بَيْنَهُمْ إِنَّهُ عَزِيزٌ حَكِيمٌ ﴿الأنفال: ٦٣﴾

dan Yang mempersatukan hati mereka (orang-orang yang beriman). Walaupun kamu membelanjakan semua (kekayaan) yang berada di bumi, niscaya kamu tidak dapat mempersatukan hati mereka, akan tetapi Allah telah mempersatukan hati mereka. Sesungguhnya Dia Maha Gagah lagi Maha Bijaksana.

(Al Anfal : 23)

6. HATI ( القلب ) juga tempat munculnya berbagai sangkaan buruk

إِذْ جَاءُوكُم مِّن فَوْقِكُمْ وَمِنْ أَسْفَلَ مِنكُمْ وَإِذْ زَاغَتِ الْأَبْصَارُ وَبَلَغَتِ الْقُلُوبُ الْحَنَاجِرَ وَتَظُنُّونَ بِاللَّـهِ الظُّنُونَا ﴿الأحزاب: ١٠﴾

(Yaitu) ketika mereka datang kepadamu dari atas dan dari bawahmu, dan ketika tidak tetap lagi penglihatan(mu) dan hatimu naik menyesak sampai ke tenggorokan dan kamu menyangka terhadap Allah dengan bermacam-macam purbasangka.

(Al Ahzab : 10)

7. HATI ( القلب ) tempat punca sebenar BUTA dari mengenal Allah Azza wa Jalla dan dari mengenal kebenaran.

أَفَلَمْ يَسِيرُوا فِي الْأَرْضِ فَتَكُونَ لَهُمْ قُلُوبٌ يَعْقِلُونَ بِهَا أَوْ آذَانٌ يَسْمَعُونَ بِهَا فَإِنَّهَا لَا تَعْمَى الْأَبْصَارُ وَلَـٰكِن تَعْمَى الْقُلُوبُ الَّتِي فِي الصُّدُورِ ﴿الحج: ٤٦﴾

maka apakah mereka tidak berjalan di muka bumi, lalu mereka mempunyai hati yang dengan itu mereka dapat memahami atau mempunyai telinga yang dengan itu mereka dapat mendengar? Karena sesungguhnya bukanlah mata itu yang buta, tetapi yang buta, ialah hati yang di dalam dada.

(Al Hajj : 42)

8. Bahkan HATI ( القلب ) lah jua tempat tapak tumbuhnya penyakit-penyakit syubhat yang membinasakan.

فِي قُلُوبِهِم مَّرَضٌ فَزَادَهُمُ اللَّـهُ مَرَضًا وَلَهُمْ عَذَابٌ أَلِيمٌ بِمَا كَانُوا يَكْذِبُونَ ﴿البقرة: ١٠﴾

Dalam hati mereka ada penyakit, lalu ditambah Allah penyakitnya; dan bagi mereka siksa yang pedih, disebabkan mereka berdusta.

(Al Baqarah : 10)

إِنَّمَا يَسْتَأْذِنُكَ الَّذِينَ لَا يُؤْمِنُونَ بِاللَّـهِ وَالْيَوْمِ الْآخِرِ وَارْتَابَتْ قُلُوبُهُمْ فَهُمْ فِي رَيْبِهِمْ يَتَرَدَّدُونَ ﴿التوبة: ٤٥﴾

Sesungguhnya yang akan meminta izin kepadamu, hanyalah orang-orang yang tidak beriman kepada Allah dan hari kemudian, dan hati mereka ragu-ragu, karena itu mereka selalu bimbang dalam keraguannya.

(At Taubah : 45)

وَأَمَّا الَّذِينَ فِي قُلُوبِهِم مَّرَضٌ فَزَادَتْهُمْ رِجْسًا إِلَىٰ رِجْسِهِمْ وَمَاتُوا وَهُمْ كَافِرُونَ ﴿التوبة: ١٢٥﴾
Dan adapun orang-orang yang di dalam hati mereka ada penyakit, maka dengan surat itu bertambah kekafiran mereka, disamping kekafirannya (yang telah ada) dan mereka mati dalam keadaan kafir.

(At Taubah : 125)


Alangkah hebatnya HATI ( القلب ) mu, justeru kenalilah HATI ( القلب ) mu sendiri.




ABi
Tadabbur Diri 9


Menuntut dan merebut RAHMAT kasih sayang Allah ta’ala melalui jalan :

1 Menjunjung ketaatan kepadaNya.

وَأَطِيعُوا اللَّـهَ وَالرَّسُولَ لَعَلَّكُمْ تُرْحَمُونَ﴿١٣٢

Dan taatilah Allah dan Rasul, supaya kamu diberi rahmat.(132)

(Ali 'Imran : 132)

وَأَقِيمُوا الصَّلَاةَ وَآتُوا الزَّكَاةَ وَأَطِيعُوا الرَّسُولَ لَعَلَّكُمْ تُرْحَمُونَ﴿٥٦

Dan dirikanlah sembahyang, tunaikanlah zakat, dan taatlah kepada rasul, supaya kamu diberi rahmat.(56)

(An Nur : 56)

1 Mengikut ajaran kitabNya dan memuliakannya serta menjunjung ketaqwaan terhadapNya.
وَهَـٰذَا كِتَابٌ أَنزَلْنَاهُ مُبَارَكٌ فَاتَّبِعُوهُ وَاتَّقُوا لَعَلَّكُمْ تُرْحَمُونَ ﴿١٥٥

Dan Al-Quran itu adalah kitab yang Kami turunkan yang diberkati, maka ikutilah dia dan bertakwalah agar kamu diberi rahmat.(155)

(Al An'am : 155)

وَإِذَا قُرِئَ الْقُرْآنُ فَاسْتَمِعُوا لَهُ وَأَنصِتُوا لَعَلَّكُمْ تُرْحَمُونَ﴿٢٠٤

Dan apabila dibacakan Al Quran, maka dengarkanlah baik-baik, dan perhatikanlah dengan tenang agar kamu mendapat rahmat.(204)

(Al A'raf : 204)

1 Menuntut keampunanNya.

قَالَ يَا قَوْمِ لِمَ تَسْتَعْجِلُونَ بِالسَّيِّئَةِ قَبْلَ الْحَسَنَةِ ۖ لَوْلَا تَسْتَغْفِرُونَ اللَّـهَ لَعَلَّكُمْ تُرْحَمُونَ ﴿٤٦

Dia berkata: "Hai kaumku mengapa kamu minta disegerakan keburukan sebelum (kamu minta) kebaikan? Hendaklah kamu meminta ampun kepada Allah, agar kamu mendapat rahmat".(46)

(An Naml : 46)

1 Memelihara ukhuwwah, mengislah hubungan antara manusia.

إِنَّمَا الْمُؤْمِنُونَ إِخْوَةٌ فَأَصْلِحُوا بَيْنَ أَخَوَيْكُمْ ۚ وَاتَّقُوا اللَّـهَ لَعَلَّكُمْ تُرْحَمُونَ ﴿١٠

Orang-orang beriman itu sesungguhnya bersaudara. Sebab itu damaikanlah (perbaikilah hubungan) antara kedua saudaramu itu dan takutlah terhadap Allah, supaya kamu mendapat rahmat.(10)

(Al Hujurat : 10)

1 Sentiasa berdoa memohon kebaikan daripadaNya..
قَالَا رَبَّنَا ظَلَمْنَا أَنفُسَنَا وَإِن لَّمْ تَغْفِرْ لَنَا وَتَرْحَمْنَا لَنَكُونَنَّ مِنَ الْخَاسِرِينَ ﴿٢٣

Keduanya berkata: "Ya Tuhan kami, kami telah menganiaya diri kami sendiri, dan jika Engkau tidak mengampuni kami dan memberi rahmat kepada kami, niscaya pastilah kami termasuk orang-orang yang merugi.(23)
(Al A'raf : 23)
وَاكْتُبْ لَنَا فِي هَـٰذِهِ الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِي الْآخِرَةِ إِنَّا هُدْنَا إِلَيْكَ ۚ قَالَ عَذَابِي أُصِيبُ بِهِ مَنْ أَشَاءُ ۖ وَرَحْمَتِي وَسِعَتْ كُلَّ شَيْءٍ ۚ فَسَأَكْتُبُهَا لِلَّذِينَ يَتَّقُونَ وَيُؤْتُونَ الزَّكَاةَ وَالَّذِينَ هُم بِآيَاتِنَا يُؤْمِنُونَ ﴿١٥٦

Dan tetapkanlah untuk kami kebajikan di dunia ini dan di akhirat; sesungguhnya kami kembali (bertaubat) kepada Engkau. Allah berfirman: "Siksa-Ku akan Kutimpakan kepada siapa yang Aku kehendaki dan rahmat-Ku meliputi segala sesuatu. Maka akan Aku tetapkan rahmat-Ku untuk orang-orang yang bertakwa, yang menunaikan zakat dan orang-orang yang beriman kepada ayat-ayat Kami".(156)

(Al A'raf : 156)
Daripada Abu Hurairah RA, Nabi ‎ﷺ bersabda :

إن لله مائة رحمة ، أنزل منها رحمة واحدة بين الجن والإنس والبهائم والهوام ، فبها يتعاطفون ، وبها يتراحمون ، وبها تعطف الوحش على ولدها ، وأخر الله تسعا وتسعين رحمة ، يرحم بها عباده يوم القيامة

“Sesungguhnya Allah Ta’ala mempunyai satu ratus ( bahagian ) rahmat dan Ia turunkan satu (bahagian) di antara 100 rahmat itu untuk semua jin, manusia, binatang dan serangga di mana dengan satu rahmat itulah mereka saling berkasih-sayang, dan dengan satu rahmat itulah binatang buas mempunyai rasa kasih-sayang terhadap anaknya. Adapun rahmat yang sembilan puluh sembilan itu Allah simpan untuk diberi nanti pada hari kiamat sebagai rasa kasih-sayang terhadap hamba-hambaNya”.

(HR Muslim)

Justeru, usah putus asa daripada rahmat dan kasih sayangNya. Gunakanlah usiamu yang berbaki untuk merebutnya.




ABi
Tadabbur Diri 10

Apabila suatu ketentuan takdir Allah itu telah berlaku, manusia tidak akan dapat mengubahnya.

Manusia juga tidak ada pilihan untuk mengelaknya kerana ianya adalah sebuah TAKDIR.

Berkata oleh Syeikh Ibnu ‘Athaillah As Sakandari,

سَوابِقُ الهِمَمِ لا تُخرِقُ أسوَارَ الأَقدَار

Keras kemahuan hati tidak dapat menembusi benteng takdir.

( Al Hikam - Ibnu ‘Athaillah )

Namun, manusia ada pilihan bagaimana untuk menghadapi dan melaluinya.

Justeru, pilihlah untuk menjadi seorang HAMBA ALLAH.

Seorang HAMBA itu, apabila menghadapi takdir, dia

1. Memahami makna takdir yang sebenarnya. Takdir adalah ketentuan Allah ‘Azza wa Jalla dan bukan pilihan manusia.

2. Tidak buruk sangka pada Allah ‘Azza wa Jalla dan pada orang lain.

3. Tidak menyalahkan orang lain. Apatah lagi untuk menyalahkan Allah ‘Azza wa Jalla .

3. Sewajarnya bermuhasabah dengan diri dan perilaku diri. Juga hubungannya dengan Allah ta’ala. Lantas berusaha memperelokkannya.

4. Merenung hikmah pada sisi kehidupan dengan pandangan mata hati.

5. Menerima apa yang menimpa dengan lapang dada, dan redha untuk meneruskan kehidupan yang berbaki.

6. Meyakini selalu ada jalan untuk bersyukur sebagai seorang HAMBA.

وَنَبْلُوكُم بِالشَّرِّ وَالْخَيْرِ فِتْنَةً وَإِلَيْنَا تُرْجَعُونَ﴿الأنبياء: ٣٥﴾

“Kami akan menguji kamu dengan keburukan dan kebaikan sebagai cobaan (yang sebenar-benarnya), dan hanya kepada Kamilah kamu dikembalikan.

(Al-Anbiya’: 35)

Kata Imam Ibnu Katsir rahimahullah ta’ala:

“Kami (Allah) menguji kamu (wahai manusia), terkadang dengan bencana dan terkadang dengan kesenangan, agar Kami melihat siapa yang bersyukur dan siapa yang kufur, serta siapa yang bersabar dan siapa yang berputus asa”.


Justeru, jadilah seorang HAMBA Allah ta’ala yang sebenarnya yang sentiasa redha jiwanya pada qadha’ ketentuan Tuhannya.




ABi
Tadabbur Diri 11

Yang nama manusiaitu memanglah sentiasa ada kelemahan. Ada kesilapan. Ada keaiban.

Namun, usahlah menjadi seorang yang suka memperaga dan menghina kelemahan, kesilapan dan keaiban orang lain.

Kerana kalaulah kelemahan, kesilapan dan keaibanmu diperlakukan sama, nescaya mungkin lebih besar dan buruk kesannya pada dirimu.

Justeru, sebagaimana engkau tidak suka kelemahan, kesilapan dan keaibanmu diperaga orang lain, maka usahlah kau lakukan terhadap orang lain.

Dari Anas bin Malik bahawa
Rasulullah ‎ bersabda:

كُلُّ بَنِي آدَمَ خَطَّاءٌ وَخَيْرُ الْخَطَّائِينَ التَّوَّابُونَ

Kesemua anak Adam itu melakukan kesilapan, dan sebaik-baik orang yang melakukan kesilapan itu adalah mereka yang bertaubat.

(HR Ibn Majah, 4392)

Rasulullah juga bersabda,

وَمَنْ سَتَرَ مُسْلِمًا سَتَرَهُ اللَّهُ يَوْمَ الْقِيَامَةِ

Dan barang siapa menutup aib seorang muslim, maka Allah akan menutup aibnya pada hari kiamat.

(HR Tirmizi, 1346)



ABi
Tadabbur Diri 12

Bila HIDAYAH menyentuh RUH,

Hanya Allah ‘Azza wa Jalla yang dapat mengembalikan ruh kepada fitrahnya kerana ruh memang sudah mengenali dan bersaksi terhadap Tuhannya sejak dulu lagi sebelum ditiup masuk ke dalam jasad manusia.

وَيَسْأَلُونَكَ عَنِ الرُّوحِ قُلِ الرُّوحُ مِنْ أَمْرِ رَبِّي وَمَا أُوتِيتُم مِّنَ الْعِلْمِ إِلَّا قَلِيلًا﴿الإسراء: ٨٥﴾

Dan mereka bertanya kepadamu tentang roh. Katakanlah: "Roh itu termasuk urusan Tuhan-ku, dan tidaklah kamu diberi pengetahuan melainkan sedikit". (85)

(Al Isra’ : 85)

وَإِذْ أَخَذَ رَبُّكَ مِن بَنِي آدَمَ مِن ظُهُورِهِمْ ذُرِّيَّتَهُمْ وَأَشْهَدَهُمْ عَلَىٰ أَنفُسِهِمْ أَلَسْتُ بِرَبِّكُمْ قَالُوا بَلَىٰ شَهِدْنَا أَن تَقُولُوا يَوْمَ الْقِيَامَةِ إِنَّا كُنَّا عَنْ هَـٰذَا غَافِلِينَ﴿الأعراف: ١٧٢﴾

Dan (ingatlah), ketika Tuhanmu mengeluarkan keturunan anak-anak Adam dari sulbi mereka dan Allah mengambil kesaksian terhadap jiwa mereka (seraya berfirman): "Bukankah Aku ini Tuhanmu?" Mereka menjawab: "Betul (Engkau Tuhan kami), kami menjadi saksi". (Kami lakukan yang demikian itu) agar di hari kiamat kamu tidak mengatakan: "Sesungguhnya kami (bani Adam) adalah orang-orang yang lengah terhadap ini (keesaan Tuhan)", (172)

(Al A’raf : 172)

Bila HIDAYAH menyentuh HATI,

Keimanan jadi subur dan menguasai hati.

وَمَن يُؤْمِن بِاللَّهِ يَهْدِ قَلْبَهُ وَاللَّهُ بِكُلِّ شَيْءٍ عَلِيمٌ﴿التغابن: ١١﴾

dan barangsiapa yang beriman kepada Allah niscaya Dia akan memberi petunjuk kepada hatinya. Dan Allah Maha Mengetahui segala sesuatu. (11)

(At Taghabun: 11)

وَلَـٰكِنَّ اللَّهَ حَبَّبَ إِلَيْكُمُ الْإِيمَانَ وَزَيَّنَهُ فِي قُلُوبِكُمْ وَكَرَّهَ إِلَيْكُمُ الْكُفْرَ وَالْفُسُوقَ وَالْعِصْيَانَ أُولَـٰئِكَ هُمُ الرَّاشِدُونَ﴿الحجرات: ٧﴾

tetapi Allah menjadikan kamu "cinta" kepada keimanan dan menjadikan keimanan itu indah di dalam hatimu serta menjadikan kamu benci kepada kekafiran, kefasikan, dan kedurhakaan. Mereka itulah orang-orang yang mengikuti jalan yang lurus, (7)

(Al Hujurat: 7)

Hati jadi tenang dan tenteram dengan keimanan.

هُوَ الَّذِي أَنزَلَ السَّكِينَةَ فِي قُلُوبِ الْمُؤْمِنِينَ لِيَزْدَادُوا إِيمَانًا مَّعَ إِيمَانِهِمْ﴿الفتح: ٤﴾

Dialah yang telah menurunkan ketenangan ke dalam hati orang-orang mukmin supaya keimanan mereka bertambah di samping keimanan mereka (yang telah ada).

(Al Fath: 4)

Bila HIDAYAH menyentuh AQAL,

Aqal dapat mentadabbur dan merenung ayat-ayat Allah ‘Azza wa Jalla ..

إِنَّ فِي خَلْقِ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ وَاخْتِلَافِ اللَّيْلِ وَالنَّهَارِ لَآيَاتٍ لِّأُولِي الْأَلْبَابِ ‎﴿آل عمران: ١٩٠﴾‏

Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi, dan silih bergantinya malam dan siang terdapat tanda-tanda bagi orang-orang yang berakal, (190)

(Ali ‘Imran: 190)

إِنَّ فِي ذَٰلِكَ لَذِكْرَىٰ لِأُولِي الْأَلْبَابِ ‎﴿الزمر: ٢١﴾‏

Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat pelajaran bagi orang-orang yang mempunyai akal. (21)

(Az Zumar: 21)

كِتَابٌ أَنزَلْنَاهُ إِلَيْكَ مُبَارَكٌ لِّيَدَّبَّرُوا آيَاتِهِ وَلِيَتَذَكَّرَ أُولُو الْأَلْبَابِ ‎﴿ص: ٢٩﴾‏

Ini adalah sebuah kitab yang Kami turunkan kepadamu penuh dengan berkah supaya mereka memperhatikan ayat-ayatnya dan supaya mendapat pelajaran orang-orang yang mempunyai fikiran. (29)

(Shaad: 29)

Bila HIDAYAH menyentuh NAFSU,

Nafsu jadi tenang dalam tunduk dan patuh kepadaNya.

يَا أَيَّتُهَا النَّفْسُ الْمُطْمَئِنَّةُ ‎﴿٢٧﴾‏ ارْجِعِي إِلَىٰ رَبِّكِ رَاضِيَةً مَّرْضِيَّةً ‎﴿٢٨﴾‏ فَادْخُلِي فِي عِبَادِي ‎﴿٢٩﴾‏ وَادْخُلِي جَنَّتِي ‎﴿٣٠﴾‏
‌‎﴿الفجر: ٢٧-٣٠﴾‏

Hai jiwa (nafsu) yang tenang. (27) Kembalilah kepada Tuhanmu dengan hati yang puas lagi diridhai-Nya. (28) Maka masuklah ke dalam jama'ah hamba-hamba-Ku, (29) masuklah ke dalam surga-Ku. (30)

(Al Fajr: 27-30)

Justeru, bersungguhlah memohon HIDAYAH dariNYA, kerana hanya DIA lah sahaja yang memilikki HIDAYAH.

قُلْ إِنَّ هُدَى اللَّهِ هُوَ الْهُدَىٰ
‌‎﴿البقرة: ١٢٠﴾‏

Katakanlah: "Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang benar)".

(Al Baqarah: 120)

وَاللَّهُ يَهْدِي مَن يَشَاءُ إِلَىٰ صِرَاطٍ مُّسْتَقِيمٍ ‎﴿البقرة: ٢١٣﴾‏
Dan Allah selalu memberi petunjuk orang yang dikehendaki-Nya kepada jalan yang lurus. (213)

(Al Baqarah: 213)

مَن يَهْدِ اللَّهُ فَهُوَ الْمُهْتَدِي وَمَن يُضْلِلْ فَأُولَـٰئِكَ هُمُ الْخَاسِرُونَ﴿الأعراف: ١٧٨﴾

Barangsiapa yang diberi petunjuk oleh Allah, maka dialah yang mendapat petunjuk;

(Al A’raf: 178)






ABi
Tadabbur Diri 13


Bila engkau rasa jauh dari Allah ‘Azza wa Jalla.

Sebenarnya engkaulah yang sering lupakan Allah, maka Dia melupakan kau.

Sedangkan Dia akan sentiasa ingat hambaNya yang sentiasa ingatkannya.

فَاذْكُرُونِي أَذْكُرْكُمْ وَاشْكُرُوا لِي وَلَا تَكْفُرُونِ﴿البقرة: ١٥٢﴾

Karena itu, ingatlah kamu kepada-Ku niscaya Aku ingat (pula) kepadamu, dan bersyukurlah kepada-Ku, dan janganlah kamu mengingkari (nikmat)-Ku. (152)

(Al Baqarah: 152)

وَلَا تَكُونُوا كَالَّذِينَ نَسُوا اللَّهَ فَأَنسَاهُمْ أَنفُسَهُمْ أُولَـٰئِكَ هُمُ الْفَاسِقُونَ﴿الحشر: ١٩﴾

Dan janganlah kamu seperti orang-orang yang lupa kepada Allah, lalu Allah menjadikan mereka lupa kepada mereka sendiri. Mereka itulah orang-orang yang fasik. (19)

(Al Hasyr: 19)

Justeru, usahlah lalai dan cuai dari mengingatiNya, sehingga engkau dibiar mengurus dirimu sendiri.

اللَّهُمَّ رَحْمَتَكَ أَرْجُو، فَلاَ تَكِلْنِي إِلَى نَفْسِي طَرْفَةَ عَيْنٍ، وَأَصْلِحْ لِي شَأْنِي كُلَّهُ، لاَ إِلهَ إِلاَّ أَنْتَ

Ya Allah, hanya rahmatMu yang kuharapkan! Maka janganlah Engkau serahkan aku kepada diriku sendiri meski pun sekelip mata, dan perbaikilah urusanku seluruhnya. (Sungguh) tidak ada Tuhan selain Engkau.

(HR Ahmad, Abu Dawud, dan Ibnu Hibban).





ABi
Tadabbur Diri 14


Perjalanan Ruhiyyah Seorang HAMBA


Menurut Imam Al-Ghazali, manusia akan menempuhi tujuh aqabah ( pendakian) di sepanjang jalan sebagai seorang hamba ( ‘abid ) menuju keredhaan Allah SWT :

1) Aqabah ilmu dan Makrifat
‎(عقبة العلم والمعرفة)

Untuk menjalani jalan ibadah, seorang hamba wajib ( fardhu ‘ain) berbekalkan dengan ilmu-ilmu berikut :

a. Usuluddin atau aqidah iaitu Ilmu untuk mengenal Allah dan RasulNYA.

b. Feqah iaitu Ilmu untuk mengetahui hukum-hukum Allah (taklifi) khususnya pada persoalan ibadah.

c. Tasauf iaitu Ilmu untuk mengetahui hukum-hukum Allah pada amalan batinnya yakni kelakuan di dalam hati.

2) Aqabah Taubat
‎(عقبة التوبة )

Membersihkan jiwa daripada segala dosa melalui jalan taubat. Dosa yang sering merosakkan jiwa :

a. Dosa kepada Allah, disebabkan meninggalkan yang wajib dan mengerjakan yang haram.

b. Dosa pada makhluk. Manusia sering menganiaya dan menzalimi diri mereka, harta,ahli keluarga bahkan juga agama mereka sendiri.

Rukun taubat :

a. Menyesal daripada segala perbuatan maksiat dan mungkar.

b. Berazam untuk tidak mengulanginya.

c. Menunaikan semula segala kefardhuan yang ditinggalkan seperti solat dan yang lainnya.

d. Memohon keampunan dan kemaafan kepada semua pihak yang pernah dizalimi.

3) Aqabah Penghalang Ibadah
‎(عقبة العوائق )

a. Dunia , dihadapi dengan zuhud.
b. Manusia, hendaklah beruzlah daripada manusia yang merosakkan.
c. Syaitan hendaklah diperangi.
d. Nafsu , mestilah dikekang dengan takwa kepada Allah.

4) Aqabah Perintang Ibadah
‎( عقبة العوارض )

a. Rezeki , maka hendaklah tawakal yakni tetap yakin dengan janji rezeki dari Allah.

b. Khawathir (bahaya) ertinya lintasan-lintasan hati yang di takuti atau dibimbangi, maka hendaklah hendaklah berserah kepada Allah.

c. Qadha' ketentuan Allah, hendaklah redha dengan ketentuanNya.

d. Bala' ujian Allah, maka hendaklah bersabar.

5) Aqabah Pembangkit Ibadah
‎(عقبة البواعث )

iaitu dengan khauf dan raja’.

Khauf ( takut pada Allah ) dengan mengingatkan azab seksaNYA di dalam neraka.

Raja' ( harap kepada Allah) dengan menginginkan rahmat dan nikmatNya di dalam syurga.

6) Aqabah Pencacat Ibadah
‎(عقبة القوادح )

iaitu dua yang paling utama,

Riya' dihadapi melalui beramal ikhlas semata-mata kerana Allah.

‘Ujub dihadapi dengan ingat bahawa segala nikmat dan ibadah adalah dari petunjuk Allah dan pertolongan Nya semata-mata.

7) Aqabah Puji dan Syukur
‎(عقبة الحمد والشكر)

Hendaklah memalingkan segala nikmat yang dikurniakan menjurus kepada mentaati Allah yang mengurniakannya.

( Ringkasan kitab Minhajul Abidin )

Justeru, laluilah aqabah-aqabah ini sungguh-sungguh, bermujahadah tanpa rasa jemu dan malas, dan mohonlah pertolonganNya semoga jiwa jadi tenang ( muthmainnah ) ketika bertemuNya.

‎يَا أَيَّتُهَا النَّفْسُ الْمُطْمَئِنَّةُ ﴿٢٧﴾ارْجِعِي إِلَىٰ رَبِّكِ رَاضِيَةً مَّرْضِيَّةً ﴿٢٨﴾ فَادْخُلِي فِي عِبَادِي ﴿٢٩﴾وَادْخُلِي جَنَّتِي ﴿٣٠﴾

Hai jiwa yang tenang.
Kembalilah kepada Tuhanmu dengan hati yang puas lagi diridhai-Nya. Maka masuklah ke dalam jama'ah hamba-hamba-Ku, masuklah ke dalam surga-Ku.

(Al Fajr : 27-30)


Sesungguhnya menjadi seorang HAMBA yang BERSYUKUR itulah kemuncak pengabdian seorang HAMBA.





ABi
Tadabbur Diri 15

Imam Al Ghazali menyarankan satu modul tadabbur diri sebagai satu muhasabah yang perlu dilakukan setiap hari. Masa terbaik ialah waktu selepas solat subuh.

Katanya:

“Maka hendaklah engkau memikirkan betapa banyak dosa-
dosa dan ketaksiranmu (kecuaian) di dalam berbuat ibadat terhadap
Tuhanmu”

“dan engkau fikirkan pula betapa engkau berani mendedahkan dirimu menghadapi seksaan Tuhanmu yang pedih dan kemurkaanNya yang sangat besar.”

“Dan hendaklah pula engkau fikirkan susunan waktumu (seharian) dengan menentukan wirid yang akan engkau baca di sepanjang hari nanti supaya engkau dapat menyempurnakan wirid-wirid yang luput dari sebab ketaksiranmu”.

“dan hendaklah engkau
fikirkan bagaimana engkau boleh menjaga diri di sepanjang hari”

“dan hendaklah pula engkau berniat untuk membuat apa sahaja kebaikan kepada orang-orang Islam”

“dan hendaklah engkau ber-
azam bahawa engkau di sepanjang hari nanti tidak akan membuat sesuatu kecuali hanya taat kepada Alah ta’ala semata-mata”

“ dan hendaklah engkau niatkan untuk membuat ketaatan yang termampu engkau membuatnya “

dan hendaklah engkau pilih yang terlebih afdhal (utama) di antara
segala ketaatan”

“ dan hendaklah engkau fikirkan dengan teliti bagaimana cara mempersiapkan kemudahan pelaksanaan ketaatan tersebut”

“dan jangan lupa engkau memikirkan bahawa ajalmu itu sangat dekat kepadamu dan bahawa kematian itu bila-bila masa boleh datang memutuskan segala rancanganmu dan
bahawa kematian itu di luar daripada ikhtiarmu “

“dan engkau fikirkan juga betapa besarnya kerugian dan penyesalan bagi seseorang yang tidak membuat persiapan untuk matinya.”

Justeru, wahai diri!

حَاسِبُوا أنفُسَكم قَبلَ أن تُحَاسَبوا
Hisablah dirimu sebelum kamu akan dihisab

(Kata-kata Sayyidina Umar Al Khattab)




ABi
Tadabbur Diri 16


Manusia sering …,

Berbangga dengan kebaikan diri sendiri, berbangga merendahkan keburukan dan keaiban diri orang lain.

Benci bila keaiban diri sendiri diperkatakan oleh orang, benci bila mendengar kebaikan orang lain disebut orang.

Gemar menyebut-nyebut keaiban orang lain, benci mendengar orang sebut keaiban diri sendiri.

Merasa mulia diri sendiri, sehingga nampak yang buruk pun baik dan mulia.

Memandang hina kepada orang lain, sehingga kebaikan mereka pun di pandang.

Gemar dipuji, benci bila dicela.

Inilah pakej TAKABBUR, ‘UJUB dan RIYA’.

Pakej PEROSAK hati dan amalan.

SYIRIK TERSEMBUNYI yang membinasakan.

Rasulullah ‎ bersabda,

الْكِبْرُ بَطَرُ الْحَقِّ وَغَمْطُ النَّاسِ

“Kesombongan adalah menolak kebenaran dan merendahkan manusia”.

[HR. Muslim, no. 2749]

أتخوف على أمتي الشرك والشهوة الخفية قال قلت يا رسول الله أتشرك أمتك من بعدك قال نعم أما إنهم لا يعبدون شمسا ولا قمرا ولا حجرا ولا وثنا ولكن يراءون بأعمالهم والشهوة الخفية أن يصبح أحدهم صائما فتعرض له شهوة من شهواته فيترك صومه

"Aku sangat takut kepada umatku tertimpa kesyirikan dan syahwat yang tersembunyi." (Syaddad bin Aus radhiallahu'anhu periwayat hadis) berkata; saya berkata, "Wahai Rasulullah, apakah umatmu akan melakukan kesyirikan setelah ketiadaanmu?." Baginda ‎ menjawab, "Ya, namun mereka tidak menyembah matahari, bulan, batu atau berhala tapi mereka melakukan riya' dengan amalan-amalan mereka. Adapun syahwat yang tersembunyi iaitu seorang yang di pagi hari dalam keadaan puasa, lalu ada satu syahwat yang datang, sehingga ia meninggalkan puasanya."

(HR Ahmad, 16498)

ثلاث مهلكات: شح مطاع، وهوى متبع، وإعجاب المرء بنفسه
(رواه البزار والطبراني).

“Tiga perkara yang merosakkan: Sikap kedekut yang ditaati, hawa nafsu yang diikuti dan rasa kagum dengan diri sendiri.”

(HR Bazzar dan At Thabarani)

Justeru, cukuplah ! Usah lah dibiarkan lagi dirimu dihinggapi dan dikuasai oleh penyakit-penyakit ini.

Sesungguhnya tiada pilihan bagi mu melainkan sungguh-sungguh merawat dan mengubatinya dengan ILMU dan AMAL dengan bimbingan ilmu dari Ar Rasul ‎ .

Di antara penawar yang diajar oleh Rasulullah ‎ﷺ, dalam sebuah hadis dari Ma’qil bin Yasar Radhiyallahu anhu berkata,

“Aku bertolak bersama Abu Bakar As Siddiq radhiyallahu anhu menuju Nabi ‎ , lalu Baginda ‎ bersabda: “Wahai Abu Bakar! Sesungguhnya, syirik di tengah kalangan kamu itu lebih tersembunyi daripada semut yang merayap.” Lalu Abu Bakar radhiyallahu anhu berkata, “Bukankah makna syirik adalah ketika seseorang menjadikan ada sembahan lain selain Allâh?” Nabi ‎ menjawab, “Demi Zat yang jiwaku ada di tanganNya! Sesungguhnya, syirik itu lebih tersembunyi daripada semut yang merayap. Mahukah aku tunjukkan sesuatu kepadamu, yang bila mana engkau mengucapkannya, maka kesyirikan pun akan lenyap darimu, baik syirik yang sedikit (yang kecil) mahupun banyak (besar)? Katakanlah: (lalu Rasulullah ‎ menyebutkan doa )

اللهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ أَنْ أُشْرِكَ بِكَ وَأَنَا أَعْلَمُ , وَأَسْتَغْفِرُكَ لِمَا لَا أَعْلَمُ

Ya Allâh! Sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu dari perbuatan (syirik) yang menyekutukanMu sedangkan aku mengetahuinya; dan aku memohon ampun kepada-Mu dari apa-apa yang tidak aku ketahui

[HR. Al-Bukhâri dalam al-Adabul Mufrad]


Justeru, jadikanlah doa ini amalan wirid setiap harimu.



ABi
Tadabbur Diri 17


Bila sakit …

Ingatlah kata-kata Nabi Ibrahim ‘alaihis salam,

وَإِذَا مَرِضْتُ فَهُوَ يَشْفِينِ﴿الشعراء: ٨٠﴾

"Dan apabila aku sakit, maka Dia lah yang menyembuhkan penyakitku; (80)

(As Syu’ara : 80)

Berdoalah dengan doa Nabi Ayyub ‘alaihis salam,

وَأَيُّوبَ إِذْ نَادَىٰ رَبَّهُ أَنِّي مَسَّنِيَ الضُّرُّ وَأَنتَ أَرْحَمُ الرَّاحِمِينَ﴿الأنبياء: ٨٣﴾

Dan (sebutkanlah peristiwa) Nabi Ayub, ketika ia berdoa merayu kepada Tuhannya dengan berkata: "Sesungguhnya aku ditimpa penyakit, sedang Engkaulah sahaja yang lebih mengasihani daripada segala (yang lain) yang mengasihani". (83)

(Al Anbiya’: 83)

Bertasbihlah dengan tasbih Nabi Yunus ‘alaihis salam,

وَذَا النُّونِ إِذ ذَّهَبَ مُغَاضِبًا فَظَنَّ أَن لَّن نَّقْدِرَ عَلَيْهِ فَنَادَىٰ فِي الظُّلُمَاتِ أَن لَّا إِلَـٰهَ إِلَّا أَنتَ سُبْحَانَكَ إِنِّي كُنتُ مِنَ الظَّالِمِينَ﴿الأنبياء: ٨٧﴾

Dan (sebutkanlah peristiwa) Zun-Nun, ketika ia pergi (meninggalkan kaumnya) dalam keadaan marah, yang menyebabkan ia menyangka bahawa Kami tidak akan mengenakannya kesusahan atau cubaan; (setelah berlaku kepadanya apa yang berlaku) maka ia pun menyeru dalam keadaan yang gelap-gelita dengan berkata: "Sesungguhnya tiada Tuhan (yang dapat menolong) melainkan Engkau (ya Allah)! Maha Suci Engkau (daripada melakukan aniaya, tolongkanlah daku)! Sesungguhnya aku adalah dari orang-orang yang menganiaya diri sendiri". (87)

(Al Anbiya’: 87)

Ambillah bahasa hati Nabi Yaakub ketika mengadu kepada TuhanNya,

قَالَ إِنَّمَا أَشْكُو بَثِّي وَحُزْنِي إِلَى اللَّهِ
﴿يوسف: ٨٦﴾

(Nabi Yaakub) menjawab: "Sesungguhnya aku hanyalah mengadukan kesusahan dan dukacitaku kepada Allah”

(Yusuf : 86)

Lazimilah istighfar, sebagaimana yang diajar oleh Junjungan Besar Nabi Muhammad ‎ﷺ .

عَنْ ابْنِ عَبَّاسٍ أَنَّهُ حَدَّثَهُ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ لَزِمَ الِاسْتِغْفَارَ جَعَلَ اللَّهُ لَهُ مِنْ كُلِّ ضِيقٍ مَخْرَجًا وَمِنْ كُلِّ هَمٍّ فَرَجًا وَرَزَقَهُ مِنْ حَيْثُ لَا يَحْتَسِبُ
(رواه أبو داود، ١٢٩٧؛وابن ماجه، ٣٨٠٩ أحمد،٢١٢٣)

Dari Abdullah bin Abbas, ia berkata; Rasulullah bersabda, "Barangsiapa memperbanyak istighfar niscaya Allah akan menjadikan jalan keluar pada setiap kesulitan, dan kelapangan untuk setiap kesempitan serta memberi rezeki dari arah yang tidak disangka-sangka."

(HR Abu Daud,1297; Ibnu Majah ,3809;Ahmad,2123)


Juga doakanlah dirimu sendiri,

عن عثمان بن أبي العاص رضي الله عنه، أنه شكا إلى رسول الله صلى الله عليه وسلم وجعا يجده في جسده، فقال له رسول الله صلى الله عليه وسلم ضَعْ يَدَك عَلَى الَّذِي تَأْلَمُ مِنْ جَسَدِك، وَقُلْ بِسْمِ اللَّهِ ثَلَاثًا، وَقُلْ سَبْعَ مَرَّاتٍ أَعُوذُ بِاَللَّهِ وَقُدْرَتِهِ مِنْ شَرِّ مَا أَجِدُ وَأُحَاذِرُ

Dari Utsman bin Abil 'Ash RA bahwa ia mengadu kepada Rasulullah ‎ﷺ perihal penyakit yang ia rasakan pada tubuhnya. Rasulullah ‎ﷺ lalu mengatakan kepadanya, 'Letakkan tanganmu pada bahagian tubuhmu yang dirasa sakit. Bacalah tiga kali, 'Bismillāh.' Lalu bacalah tujuh kali, 'A'ūdzu billāhi wa qudratihī min syarri mā ajidu wa uhādziru (Aku berlindung kepada keagungan dan kekuasaan Allah dari segala keburukan apa yang aku dapatkan dan apa yang aku takutkan."

Semoga diangkat sakit dan penyakitmu dan semakin dekat pula hatimu padaNYA.




ABi
2024/09/21 11:39:42
Back to Top
HTML Embed Code: