Telegram Web
BERSEGERALAH MENUJU KE MASJID.

“Jumaat adalah anugerah Allah khusus kepada ummat Nabi Muhammad ﷺ tidak diberikan kepada ummat yang lain. Jumaat itu adalah disebutkan Sayyidul Ayyam. Jumaat itu ada saat ijabah disebutkan yang sepatutnya pada hari itu tidak kamu sibukkan dengan urusan dunia. Akan tetapi, sibukkan dengan urusan akhirat.

Itu yang sepatutnya dilakukan dan hendaklah kamu bersegera menuju untuk menunaikan solat Jumaat walaupun kamu itu pergi kepada solat Jumaat itu sebelum tergelincir matahari sebelum masuk waktu Zohor. Kena pergi awal.

Di dalam hadis Baginda Nabi ﷺ memberikan akan nilai ganjaran pahala seorang yang pergi solat Jumaat. Kata Nabi ﷺ,

“Bagi orang yang pergi paling awal akan mendapatkan nilai pahala seperti seekor unta. Bagi orang yang kemudian setelahnya akan mendapatkan besar ganjaran pahala seperti seekor lembu."

Kepada orang yang setelahnya akan mendapatkan nilai ganjaran pahala seperti seekor kambing. Kemudian lagi setelah itu akan mendapatkan nilai seperti seekor ayam dan orang yang sudah hampir ketikamana Khatib nak naik ke atas mimbar maka dia mendapatkan nilai ganjaran pahala seperti telur. Dan Malaikat akan tunggu di depan pintu masjid untuk nak mencatatkan ganjaran tersebut dan apabila khatib naik ke atas mimbar maka Malaikat pun akan duduk untuk mendengar khutbah.

Bermakna orang yang datang setelah itu sudah terhenti catatan ganjaran yang diberikan. Orang yang pergi ketika khutbah dah tak dapat ganjaran pahala apa-apa dah. Ruginya kita pergi solat Jumaat tapi tak mendapatkan ganjaran pahala yang begitu besar yang diberikan percuma pada setiap hari Jumaat.

Sehingga para ulama membahagikan waktu itu kepada 5 waktu yang disebutkan oleh Baginda Rasulullah ﷺ. Di antara mereka ada yang berpendapat kalau di antara Subuh dan Zohor itu ada 7 jam. Kalau pergi ke masjid pukul 7.00 pagi - 8.30 pagi baru dapat pahala unta. Kalau pergi ke masjid 8.30 pagi - 10 pagi nilainya adalah seperti lembu. 10 pagi - 11.30 pagi dapat kambing. Kalau 11.30 pagi - 1 petang dapat ayam. Kalau setelah itu dapat telur.

Maka ada di antara mereka yang setelah Subuh kemudian balik mandi siap kemudian terus ke masjid duduk di dalam masjid daripada pukul 8 pagi kerana mereka memahami daripada maksud itu.

Akan tetapi, ada Ulama yang mengatakan,

"Tak adalah sampai pagi begitu untuk mendapatkan ganjaran seperti unta tapi ianya adalah peringkat yang awal iaitu kita kalau pergi masjid, tengok masjid kosong lagi orang tak ramai lagi boleh bilang pakai jari. Itulah orang yang akan mendapatkan nilai seperti unta. Kemudian setelah itu, orang dah mula datang maka akan berubah ganjaran pahalanya yang akan didapatkan."

Bermakna itu adalah merupakan kesungguhan seseorang itu untuk nak beribadah, nak dapatkan nilai ganjaran pahala yang dijanjikan oleh hadis Nabi ﷺ.”

Habib Najmuddin bin Othman Al-Khered ~

#KalamUlama
Seorang hamba, yang sedang dirundung kesulitan, mengeluh dengan berbagai cara, kepada Rabb-nya. Dan Rabb berkata,

"Bukankah dengan semua derita dan sakitmu engkau menjadi taat dan berdo'a dengan berendah-hati kepada-Ku; Seharusnya yang engkau keluhkan adalah semua kelimpahan yang engkau terima, yang menyebabkan engkau menjauh dari pintu-Ku."

Sejatinya, musuhmu adalah ubat bagimu: dia ramuan penyembuhmu, dia hadiah untukmu, dia yang menguasai hatimu; kerana dia, engkau bergegas berkhalwat bersama Rabb-mu dan sepenuh diri berusaha mencari Rahmat-Nya.

Mawlana Jalaluddin Rumi ~
Untuk para pencari harta ingatlah kalam Al-Habib Abdullah Bin Alawi Al-Haddad,

"Yang bukan milikmu tidak akan sampai kepadamu, yang sudah menjadi bahagianmu sudah pasti akan kau dapati.

Jangan berlebihan mencari harta dunia, kerana sebaik-baiknya harta yang mendatangkan manfaat ialah amal soleh."

#KalamUlama
Kalam Ulama'
Photo
‏إنا لله وإنا إليه راجعون

Telah kembali ke rahmatullah seorang wali Allah, sesepuh bumi Tarim sebentar tadi dalam usia mencecah 100 tahun di rumahnya.

Al-Marhum Syeikh Omar yakni bapa saudara kepada Habib Musa Kazim Jaafar as-Saggaf (kekanda kepada ibu Habib Kazim).

Ketika mudanya beliau berkhidmat di Masjid Baalawi berpuluh-puluh tahun dan sempat bertemu ramainya alim ulama Hadramaut hatta ulama dunia.

Diceritakan juga, al-Allamah Habib Omar jika ingin keluar bermusafir berdakwah ke luar negara, beliau akan bertemu al-Marhum untuk meminta doa. Subhanallah.

Antara nasihat al-Marhum yang kami terima dalam ziarah tahun lepas "banyakkan lah berselawat ke atas junjungan mulia Nabi Muhammad s.a.w dan jika boleh beriktikaf di Masjid Baalawi"

Moga Allah Taala mencucuri rahmat ke atas roh auliaNya. Amin

#WafatnyaUlamak
JEMPUTAN KHAS

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,

Dengan penuh rasa hormat, kami daripada Urusetia Rubat Ad Dhia Ul Lami' ingin menjemput tuan/puan untuk menghadiri Majlis Ziarah Kubra yang akan diadakan di Makam Kg. Hulu Melaka bagi memperingati dan menziarahi Habib Abdullah bin Abu Bakar bin Syeikh Abu Bakar bin Salim pada:

Tarikh: 13 Februari 2025 (Khamis)
Masa: 6.00 Petang - 7.00 Petang
Tempat: Makam Kg. Hulu Melaka

Istimewa bersama:
Habib Umar Al Jailani


Majlis ini akan diadakan dengan penuh keberkatan, di mana kita akan bersama-sama mengenang jasa dan keilmuan yang ditinggalkan oleh Habib Abdullah bin Abu Bakar bin Syeikh Abu Bakar bin Salim serta menerima nasihat dan doa dari Habib Umar Al Jailani. Marilah kita semua bersama-sama menyemarakkan majlis ini dengan doa, ziarah, dan tazkirah yang bermanfaat.
2025/05/13 07:48:45
Back to Top
HTML Embed Code: