Telegram Web
Selamat menunaikan ibadah puasa kepada semua 🥰 mudah mudahan kita semua dapat berpuasa dengan baik. Dan jangan lupa sentiasa doa buat saudara kita di Palestin.

@KeluhanHati
Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua admin dan subscribers 🥰 admin mohon maaf jika ada salah silap atau terkasar bahasa sepanjang menguruskan channel ini. Jaga diri semua dan jangan tinggal solat.

@KeluhanHati
Allahumma Aamiin

@KeluhanHati
Self healing terbaik adalah berdamai dengan takdir.

@KeluhanHati
Hati kita akan lebih tenang bila kita tak ambil tahu perkara yang tak sepatutnya kita tahu.

@KeluhanHati
Cantik soalan akk nie; "Kenapa Aminah (watak dalam drama aku bukan ustazah) tak ada iddah?

"Kenapa ada perceraian yang sang isteri tidak perlu melalui proses tempoh iddah?"

Apa yang dimaksudkan dgn iddah ??

📍 IDDAH adalah 1 tempoh masa yg dilalui oleh seorang wanita selepas perceraian atau kematian suami di mana wanita tersebut tidak boleh menikah semula.

Tujuan iddah adalah untuk membersihkan rahim dari sisa sperm bekas suami, secara tepatnya dari segi sains; sisa DNA, bagi memastikan rahim suci dari sebarang janin utk mengelakkan ketidakpastian nasab sebenar anak jika perkahwinan baru dgn lelaki lain berlaku.

Tempoh iddah bagi wanita sesudah cerai dgn bekas suaminya adalah 3 kali suci & wanita yang sesudah meninggalnya suami tempoh iddah adalah selama 4 bulan & 10 hari (dikira mengikut tahun Hijrah) .

~~~ TETAPI ~~~~

📍 Untuk TALAK SUNNI, tidak adanya iddah ke atas wanita yg diceraikan tersebut..

Ekh talak sunni tu apa pulak ??
Talak bukan ada 3 talak je ke (talak 1, 2 & 3)

Talak sunni adalah talak yg jatuh ke atas isteri yg diceraikan dalam keadaan dia tak pernah di sentuh oleh suaminya (Bak kata org dulu² "janda berhias")

Dimana, tidak ada tempoh iddah ke atas wanita yg diceraikan tersebut yg menjadi sebab tidak boleh rujuk semula bersama suami lama melainkan dgn mengadakan akad nikah semula.

Tapi dlm potongan sketsa drama nie terjumpa 1 komen yg mengatakan "bukan tak boleh ke kawin semula sampai bila², sebab suami dia tuduh dia berzina (yg kita kenali sebagai talak li'an)?"

Okey, tadi kita bahaskan tentang sebab tidak adanya tempoh iddah tuk sesetengah kes perceraian & kenapa tidak ada istilah rujuk selain dgn akad nikah semula untuk talak sunni

~~~ TETAPI ~~~~

Berbeza hukumnya bila Talak Sunni tadi, jatuhnya pulak TALAK LI'AN ke atas isteri tadi, di mana tidak halal (HARAM SELAMANYA) bagi suami yg meli’an isterinya berkahwin semula dgn isteri yg di li’annya sekalipun isteri tersebut telah berkahwin dgn beberapa suami yg lain.

Apa yg di maksudkan dgn talak li'an ??

📍 Talak li'an merupakan cara penyelesaian lain dlm perkara cerai talak dgn tuduhan si isteri berbuat zina yang tidak dapat diselesaikan dgn prosedur ikrar talak biasa.

Talak li'an menurut hukum syarak adalah sumpah seorang suami apabila dia menuduh isterinya melakukan zina. di mana sumpah tu diucapkan sebanyak 4 kali, bahawa tuduhan itu benar & pada sumpah yang kelima dia meminta kutukan daripada Allah s.w.t. sekiranya dia berdusta.

Nampak remeh kan "tuduh menuduh" ke atas isteri ni? nampak seolah hal kecik je & kadang mudah je kita kata "itu semua salah faham je", "manalah saya tau hal yang sebenar", "tak de niat nak ceraikan pon" & mcm² lagi la alasan yg keluar drpda lisan kita bila terlalu ikutkan nafsu amarah..

Dan ada yang bertanya bagaimana sekiranya jatuhnya talak sunni tadi terjadi saat wanita tersebut dalam keadaan haid atau nifas, Bukan ke hukumnya haram? (yang kita kenali sebagai talak bid'i)

Ye betul, Hukumnya haram & berdosa kerana bertentangan dgn bentuk talak yg disyariatkan, tetapi tetap jatuh talak & talak adalah sah.

Jom kita kenali & faham terlebih dahulu jenis² talak yang termaktub dalam islam ;

5 JENIS TALAK ;

📌 Talak Raj'i ;

Talak yang boleh di rujuk dalam tempoh iddah (talak 1 & talak 2)

& "bersekedudukan semula" (hidup semula sebagai suami isteri) dalam tempoh sebelum perceraian menjadi tak boleh rujuk.

📌 Talak Bain ;

Talak yg tidak boleh suami rujuk semula isterinya wlpn dalam tempoh iddah.

Talak Bain ni terbahagi kepada 2;

➡️ Bain Bainunah Sugha

Khuluk
Talak sebelum hubungan kelamin
Isteri yg diceraikan tidak dirujuk sehingga tamat iddah

➡️ Bain Bainunah Kubra

Li’an
Talak tiga

📌 Talak Sunni

Wanita yg diceraikan oleh suami dlm keadaan bersih daripada haid & nifas & tidak disetubuhi oleh suaminya dalam tempoh tersebut.

Hukumnya adalah harus dan jatuh talak

📌 Talak Bid'i

Wanita yg diceraikan oleh suami dalam keadaan haid atau nifas, ataupun dia dalam keadaan suci tetapi telah di setubuhi oleh suaminya.
Hukumnya haram & berdosa kerana bertentangan dengan bentuk talak yang di syariatkan. Talak tetap jatuh & suami sunat ruju' semula isterinya.

Sebab pengharaman kerana memudharatkan isteri disebabkan panjangnya tempoh iddah kerana waktu haid tidak termasuk dalam iddah.

Haram menceraikan isteri yang disetubuhi ketika sucinya kerana kemungkinan isterinya akan mengandung.

📌 Talak Ta'liq

Ta'liq : menggantungkan perceraian kepada sesuatu masa atau sesuatu perbuatan.

Lafaz yang diucapkan sebagai syarat untuk membatalkan pernikahan jika berlaku sesuatu yang bertentangan dengan ta‘liq tersebut.

Perceraian tidak akan berlaku semasa suami melafazkan ta’liq tapi hanya berlaku sekiranya syarat yang disebut dalam lafaz ta’liq tersebut dilanggar.

Cth; suami kata kpd isterinya: “Sekiranya kau pergi ke tempat tertentu maka kau tertalaq.”

Bab perceraian nie sgt panjang perbahasannya, tak cete lgi tentang fasakh, khuluq, sumpah ila' (lafaz sari & lafaz kinayah), nafkah selepas perceraian, hak penjagaan anak² and etc.

Ironinya, didikan dalam rumahtangga nie sangat penting, tak kira la isteri ke suami, cuba belajar untuk "ambik tahu" setidaknya untuk rujukan dan panduan untuk diri kita sendiri..

#TeguranBuatDiriygMasihJahil
#DramaAkuBukanUstazah

wallahu'alam..

✍🏻 ticer.ros
2024/12/23 01:38:43
Back to Top
HTML Embed Code: