Telegram Web
Tips menjadi ayah yang hebat
.
1: Cintailah isterimu.
Terima segala baik buruknya saat menikahinya. Dia lah yg melahirkan dan menjaga zuriatmu hampir siang dan malam. Pengorbanan yang sangat jelas tidak mampu ayah lakukan. Saban hari berperang dengan perasaan dan pengorbanan dalam mengasuh zuriat mu sejak lahir... Jika anda menyayangi isterimu..maka kasih dan cintailah keluargamu..
.
2: Luang masa bersama
Sesekali bawa lah keluarga anda bersiar-siar2. Bersantai ditepi pantai ditemani angin sepoi-sepoi.. 'Bonding time'.. Sesi bersantai dan bermersa bersama-sama. Sambil mendengar luahan hati masing-masing.. Saling memperingati dan memperbaiki kesilapan diri..
Jika punya bayi kecil.. Saat bayi anda berjaga malam. Ambil peluang untuk menjaga dan mengasuh bayi anda. Biarkan isteri anda tidur dan ambil tempat isteri anda. Saat bayi anda 3bulan adalah masa yang tepat untuk anda memainkan peranan anda sebagai bapa supaya pertumbuhan pembesaran bayi anda sejajar dengan perkembangan.

3 : Jadilah teladan
Saling menjaga dan memperbaiki diri supaya anda menjadi ikutan yg baik untuk anak anda..
Tunjukkn perilaku dan perbuatan yang baik kerana anak anda melihat setiap tingkah laku anda dan mungkin anak anda akan menjadikan anda sebagai IDOLA suatu hati nanti..

4 :Fahamilah karakter setiap anak anda.
Saling berkomunikasi dan menerima kelebihan dan kekurangan masing-masing tanpa membezakan antara satu dengan yang lain.Berikan bimbingan mengikut cara yang bersesuaian dan tidak terlalu memaksa. Biarkan pertumbuhan mereka selaras dengan alirannya.

5 : Tunjuk kasih sayang
Terjemahkan kasih sayang anda pada anak anda. Jangan biarkan mereka berasa sendiri dan sepi. Saling berinteraksi dan saling memberi antara satu sama lain supaya mereka berasa dihargai dan disayangi..

6 : Disiplinkan anak anda dengan kelembutan
Ajar dan didik anak anda dengan kelembutan dan bukan terlau memaksa dan mendesak. Dikhuatiri mereka akan memberontak suatu hari kelak.
Memberikan penterjemahan dengan kelembutan dan bukan dengan amarah..

7 : Tabungan masa hadapan.
Sebagai ayah yang bijak. Anda sebgagai ketua keluarga hendaklah bijan merancang perbelanjaan kewangan dalam keluarga. Wang bukanlah segalanya akan tetapi ia amatlah berguna untuk masa hadapan anak anda. Bijaklah menabung dan menyimpan untuk kegunaan kecemasan dan masa hadapan.

8 : Makan bersama keluarga
Nikmatilah saat makan bersama keluarga anda. Saling bermesra dan berbual. Tunjukkan rasa penghargaan anta satu sama lain supaya mereka rasa disayangi..

9 : Berdoa dan beribadah bersama
Sebagai imam dan ketua keluarga, didiklah anak supaya mentakuti Allah S .A.W.. Ajarkan mereka tentang solat,dosa dan pahala supaya kelak mereka menjadi solleh dan solehah dan takut kepada Allah

10: Nikmatilah saat menjadi seorang ayah yang kekal selamanya
Saat anda menjadi seorang ayah, Maka selamanya akan menjadi seorang ayah. Jadilah seorang ayah yang sabar dan bertanggungjawab dan mendidikan anak anda supaya pertumbuhan anak anda sejajar dengan perkembangannya

Kredit : Citra Permatasari
Kalau anda pilih yang mana?

1 . Merantau untuk memperbaiki masa depan
2. Bekerja di kampung halaman untuk menemani orang tua di sepanjang usia mereka.
CERMINAN ORANG DILIHAT DARI SOLAT SUBUH

Kata Buya Hamka ;

Jika Subuhnya sentiasa dipelihara, itu tanda akan selamat dari neraka.

Jika Subuhnya tiada ditinggalkan, Allah melindunginya dari segala arah.

Jika Subuhnya didahului dengan solat sunat, pasti seluruh dunia berserta isinya, dia dapat.

Jika Subuhnya bergelap-gelap menuju Musholla, di kegelapan akhirat dia dapatkan cahaya.

Namun,

Jika Subuhnya tiada dijaga, maka pada wajahnya tiada cahaya.

Jika Subuhnya sengaja terlupa, tanda Imannya tiada bernyawa.

Jika Subuhnya terasa berat, tanda munafiq sudah mendekat.

Jika Subuhnya tiada peduli, tanda Imannya menghampiri mati.

Jika Subuhnya tiada berjama'ah, tanda hidupnya akan hilang barokah.

Jika Subuhnya tiada ke Masjid, tanda Imannya ada penyakit.

Jika Subuhnya selalu terlewat, tanda Imannya semakin cacat.

Jika Subuhnya diakhir waktu, tanda Iman semakin kelabu.

Jika Subuhnya hari sudah siang, tanda rezekinya sudah hilang.

Jika Subuhnya masih mendengkur, tanda syaitan memeluknya dalam tidur.

#notetoself

Aliyah Adon
Satu perkara yang selalu diingatkan pada diri sendiri, walaupun kita bukan orang yang baik, jadilah orang yang menjaga percakapan, yang berhati-hati bila bercakap. Sebab takut sangat bila fikir kata-kata tu boleh berbalik pada diri kita sendiri tanpa kita sedar.
KLINIK HATI
Photo
"Macam mana nak jadi orang yang tenang, tak suka marah2, dan pandai urus masa dengan baik?"
.
One powerful tips that I learned from my favourite ustaz, Sheikh Hussain Yee--
.
When u make time for Allah,
Allah will give you time that you need.
When you practice calmness and peace in solah,
Allah will give you calmness and peace that you need.
.
😊
.
Kunci dia--
prektis urus masa dan emosi dalam solat.
.
Orang yang tenang dan tak terburu2 dalam solat,
akan jadi orang yang tenang, tak gopoh dan pandai kawal emosi di luar solat.
.
Orang yang jaga waktu solat dan tak melengahkan solat, akan sentiasa cukup masanya untuk perihal yang lain.
.
Masa mula2 belajar pasal benda ni dulu,
saya pun rasa tak yakin, rasa hek elehhh ye keee πŸ˜‘
.
Tapi sejak konsisten amalkan punctuality & calmness in solat, I've improved a lot alhamdulillah.
Suami pun cakap saya lebih tenang dan mudah senyum dalam keadaan huru hara.
.
Kalau tak, sebelum ni sikit2 nak baling hanger πŸ˜‚
.
Since then I realised--
calmness is a superpower given by Allah.
.
Rupanya ketenangan diri takde kena mengena pun dengan faktor keadaan sekeliling atau kemewahan hidup.
Ketenangan is the ability to not overreact, to keep your mind clear and your heart at peace walau dalam apa jua keadaan.
.
And it comes--
from Allah.
.
Malam ni sebelum tidur, cakap pada diri--
"I'm a calm and peaceful person."
InsyaAllah 😊
.
Good night, everyone!
.
#AskAR
#AskAdlilRajiah
KLINIK HATI
Photo
MY TRUE STORY: DELAY GRATIFICATION

Pada awal tahun 2005, Aku mula menerima elaun tambahan sebagai juruterbang dalam pdrm. Gaji Aku pada masa tu sekitar RM2200 je sebulan.

Disaat rakan-rakan lain upgrade atau membeli kereta baru, Aku pula kekal setia dengan kereta "Wira Secondhand" yang telah pun berusia 3 tahun waktu Aku membelinya.

Instalment bulanannya dalam RM486 sebulan...

Walaupun gaji dan elaun Aku terus naik saban tahun hingga melepasi angka 8K, Aku tetap setia dengan "Wira Second" tersebut sampai 9 tahun lamanya.

Dengan "Wira Second" itulah Aku belajar erti kesabaran dan maksud sebenar disebalik makna "Delay Gratification"...

Seringkali bila Aku bawa Wira menghadiri majlis kenduri atau pulang ke kampung, Aku akan nampak orang pandang rendah kat Aku dari gerak badan "body language" dan senyum sinis mereka.

Hina agaknya orang bawa Proton Wira ni. Maklumlah masa tu paling koman pun orang pakai Gen-2 dan Myvi.

Dulu ada juga rakan yang perli Aku sebab pakai kereta "wira second" ni...

"Takkan pegawai naik wira standard je bro, duit simpan bukan boleh bawa mati, jangan jadi hamba duit bro..." kata depa.

Aku tak kisahlah apa orang nak kata... Yang penting simpanan Aku makin berkepok hinggakan ia pula berkerja untuk Aku.

Aku simpan duit bukan sebab kejar kemewahan dunia tapi sebab tak nak susahkan sesiapa dikemudian hari. Kita tak tahu lagi masa depan kita camna...

"Lebih baik sediakan payung sebelum hujan".

Aku kalau boleh tak nak anak-anak Aku sampai terpaksa meminjam untuk sambung belajar di universiti. Zaman mereka pasti lebih mencabar...

Sebab itulah Aku buka akaun ASB, Tabung Haji, akaun SSPN-I dan Insurans pendidikan untuk setiap anak demi masa depan mereka.

Aku juga melabur dalam hartanah, Unit Trust dan saham sebagai persediaan sebelum persaraan. Target Aku adalah bersara seawal umur 50, insyallah...🀲🏼

Bayangkan kehidupan anak-anak kita dimasa depan... Nak bayar hutang PTPTN lagi,nak survive hidup dengan kos sara hidup yang semakin tinggi,kesian kat mereka...πŸ˜₯

Alhamdulillah, hari ini anak sulong Aku sedang belajar di universiti hasil dari wang simpanan yang Aku simpan selama ini.

Kalau Aku tak ikat perut masa muda dulu, mesti anak Aku terpaksa ambil pinjaman untuk masuk U...

Belum habis belajar dah terbeban dengan hutang.πŸ˜“

Jangan malu memandu kereta buruk sebab orang tak tahu apa komitmen dan rancangan masa depan kita.

Masa kita masih muda amalkan "delayed gratification". Disaat orang lain enjoy,kita plan masa depan kita.

Kejayaan tidak datang dengan mudah tanpa pengorbanan. Kalau begitu mudah nak berjaya, pasti ramai yang kaya dan berjaya.

Adakalanya kita mungkin terpaksa korbankan kemahuan kita hari ini untuk mencapai kejayaan yang lebih besar dimasa depan.

Tapi, janganlah kita delay that gratification sampai dekat umur pencen. Takut tak sempat pula merasa.

Kita kerja keras masa muda, rancanglah agar kita dapat nikmati hasil tuaian bila tiba masanya.

Berakit-rakit ke hulu,
Berenang ke tepian,
Bersakit-sakit dahulu,
Bersenang-senang kemudian.

Moga Kita Semua Kaya Dan Berjaya DiDunia Dan Akhirat.

Semoga nukilan ini dapat memberikan inspirasi dan motivasi kepada semua.

Terima kasih pada yang sudi baca hingga habis...

Until then, jumpa lagi...πŸ˜‰

FB: Mohd Ezairol Rezan Zainol
KLINIK HATI
Photo
Cikgu selalu jadi mangsa

Kebanyakan daripada kes perceraian yang pernah saya kendalikan, adalah dikalangan para pendidik atau cikgu. Sama ada cikgu sekolah rendah, sekolah menengah, hatta cikgu tadika sekalipun.

Pastinya, semuanya cikgu wanita yang saya kendalikan. Kebanyakan isunya lebih kurang sama. Dan semuanya menjurus kepada perceraian yang mana mereka yang bergelar guru ini sudah tidak lagi tahan untuk teruskan.

So, saya nak kongsikan antara kes-kes perceraian yang melibatkan Cikgu Wanita dianiaya suami. Mungkin anda yang membaca ni seorang guru yang lalui isu yang sama :

βœ… Mangsa suami suruh buat Personal Loan

Jangan kata bank yang suka suruh orang government buat loan, suami pun suka isteri dia yang seorang cikgu kerajaan buat personal loan. Sebab apa, sebab senang nak approve. Kenapa diminta untuk buat loan?

Yang ni macam-macam. Ada suami suruh buat sebab nak buat bisnes. End up, bisnes kelaut, isteri yang tanggung sampai lepas cerai. Tak bayar balik pulak. Bila diminta, melenting. Ada juga jenis tak mengaku suruh buat loan, katanya isteri ni yang nak buat.

βœ… Nafkah diri, tanggung sendiri

Mentang-mentanglah dari sebelum kahwin, isteri ni dah menjadi cikgu, ada pendapatan memang tanggung sendiri. Lepas kahwin, macam tu jugalah berlaku sampai sekarang.

Ada yang isteri ni tanggung perbelanjaan rumah, bayar loan rumah, bil-bil utiliti. Bahkan, anak-anak pun isteri ni yang tanggung. Suami dia tanggung kereta mewah dan motosikal besar sahaja. Bila mintak belanja nafkah sebab tak cukup, melenting tak tentu hala.

βœ… Kena pukul dan kerap bergaduh

Jangan kata cikgu tak pernah kena pukul, atau seorang ustaz sekolah tak akan pukul isterinya. Tahap pendidikan tak mencerminkan akhlak atau kesabaran seseorang. Ada yang malu nak pergi sekolah bila rakan-rakan guru yang lain melihat kesan lebam dimata.

Malu kalau nak bersemuka dengan guru lain, apatah lagi anak-anak murid. Tapi, ada yang boleh bertahan dan sabar walaupun dipukul berkali-kali, sebab memikirkan soal anak-anak berbanding diri sendiri.

βœ… PJJ

Perkahwinan jarak jauh, ini sangat familiar dikalangan suami isteri yang bergelar guru. Jarang sekali nak dengar suami isteri dalam satu sekolah. Biasanya, ada yang satu negeri, tapi berlainan daerah.

Ada juga yang isteri cikgu, tapi suami kerja lain yang ditugaskan di tempat lain. Sebulan sekali sahaja berjumpa. Masalah PJJ adalah kurang komunikasi, kesetiaan dan kecuaian nafkah. Insya allah nanti saya kongsikan lebih terperinci.

βœ… Curang

Cerita bab curang ni, bukan sahaja suami, isteri pun ada yang curang. Saya tak nafi. Cuma, sepanjang kendali kes, mesti ada juga isu curang berlaku kepada seorang isteri bergelar cikgu.

Tapi, ada satu kes, suaminya juga guru, tapi kantoi curang dan bercinta dengan anak murid yang berumur 17 tahun. Bukan biasa-biasa, sampaikan dah bawak murid tersebut sampai ke Genting Highland pun, sewaktu isteri yang juga guru balik berpantang di kampung.

Apa tindakan yang biasa cikgu-cikgu wanita ini lakukan?

πŸ‘‰πŸ» Ada yang dinasihati untuk kaunseling terlebih dahulu. Bahkan, ada yang menjadi mangsa dikalangan guru kaunseling juga. Maksudnya, kita ini sebagai manusia perlukan juga nasihat daripada orang lain.

πŸ‘‰πŸ» Ada yang mengadu hal rumahtangga ini kepada ahli keluarga dan kenalan rapat. Ini langkah yang betul berbanding anda pendam seorang diri. Sebabnya, mungkin mereka yang tahu ini akan membantu sebagai saksi atau mungkin dilantik sebagai Jawatankuasa Pendamai/Hakam kelak.

πŸ‘‰πŸ» Ada yang terus failkan perceraian di mahkamah. Ini maksudnya dah habis tahap sabar. Dan perkara ini tidaklah menjadi satu kesalahan bagi seorang isteri yang nak failkan perceraian sekiranya dia memang teraniaya.

πŸ‘‰πŸ» Ada yang tak nak cerai, tapi dia failkan tuntutan Nafkah diri atau nafkah anak disebabkan suaminya cuai atau gagal nafkah kepada anak. Tak semua orang nak cerai, tapi dia mahukan suaminya bertanggungjawab terhadap dia dan anak-anak sahaja.

πŸ‘‰πŸ» Ada yang tak buat apa-apa. Hidup macam biasa dengan berharap, one day suaminya akan berubah. Terpulang atas pilihan masing-masing.

❀️ Kesimpulan
KLINIK HATI
Photo
Sebenarnya banyak lagi alasan, tapi setiap kes dikalangan cikgu yang berlaku, inilah top 5. Bezanya, watak berbeza dan senario juga sedikit berbeza.

Ada yang boleh bersabar dan berbaik dengan suami setelah dinasihati untuk kaunseling. Tapi, kalau isteri dah buat keputusan untuk failkan kes di mahkamah, itu bermakna tahap kesabarannya telah habis.

Cuma, jenis perceraian apa yang difailkan itu berbeza-beza mengikut fakta kes masing-masing. Pastinya, dapatkan nasihat yang betul sebelum bertindak dengan tindakan selanjutnya.

Ada ke cikgu yang baca perkongsian ini? Betul ke tidak ini yang selalu berlaku?

Fahmi Ramli
KLINIK HATI
Photo
PELAN PENGAJIAN ANAK HAFIZ

Ramai tanya saya, apa nak buat bila kita berminat sangat nak masukkan anak ke full tahfiz tapi masalahnya keluarga tak setuju. Lagi lah bila yang tak setuju tu adalah si suami.

Macamana nak yakinkan mereka ?

Caranya, kita "bentangkan" Pelan Pendidikan anak dari umur sekarang hingga umur anak keluar dari universiti supaya mereka tahu yang masuk ke madrasah full tahfiz tak bermakna anak takde masa depan yang lebih cemerlang dalam kerjayanya...malah dia boleh jadi lebih baik dari orang lain..sebab di dadanya ada 30 juzuk Al Quran. InsyaAllah.

Sebab apa lebih baik?

Sebab, kalau nanti dia jadi engineer, dia engineer yang hafiz

Kalau doktor, doktor yang hafiz

Kalau lawyer, kaunselor, pakar ekonomi...juga yang ada title Al Hafiz.

Tapi ini bukan title Al Hafiz yang biasa-biasa. Ini Al Hafiz yang HAFAZ 30 juzuk dan INGAT 30 juzuk. Al Hafiz jenis ini kebiasaannya mampu dilahirkan di madrasah-madrasah full tahfiz yang tiada akademik.

Baiklah. Apa yang perlu dibentang pada mereka ?

PELAN PENDIDIKAN ANAK

β–ͺ️Umur 4 hingga 6 tahun
Anak mula diajar Al Quran bermula dari Iqra. Sebaiknya ibu ayah ajar sendiri di rumah supaya anak cepat khatam. Usahakan anak khatam Al Quran seawal 6 tahun supaya semasa di darjah 1 anak sudah boleh mula diajar menghafal juzuk 30 dengan hukum bacaan yang betul.

Dari segi pemilihan tadika, pilih yang ada sistem Cepat Membaca supaya anak dah kuasai 3M bila naik ke darjah 1 nanti.

β–ͺ️Umur 7 - 10
Daftarkan anak di sekolah integrasi tahfiz supaya pergaulannya lebih terjaga. Integrasi Tahfiz = sekolah yang ada subjek Hafazan. Jika kawasan kita tiada sekolah integrasi, boleh aje daftarkan di sekolah kerajaaan biasa. Cuma pemantauan ibubapa kena lebih dari segi pemakaian, pergaulan anak dan aktiviti2 sekolah yang anak boleh dan tak boleh sertai.

β–ͺ️Umur 11 hingga 15
Daftar ke madrasah full tahfiz.
Targetkan anak habis hafaz selewatnya dalam masa 3 tahun. Tapi jangan terkejut kalau ada yang habiskan hafaz 30juzuk dalam masa 4-5 tahun lebih-lebih lagi kalau anaknya perempuan sebab isu haid. Bayangkan kalau haidnya 15hari, kiranya dalam sebulan menghafal hanya 15 hari yang berbaki.

Masa daftar ke madrasah tahfiz ni, pastikan anak sudah menguasai tajwid dengan baik supaya anak cepat layak ke Kelas Hafazan. Jika anak masuk ke madrasah dengan tajwid yang longgar, anak akan lama di Kelas Nazirah (kelas asas al quran). Bila lama di kelas Nazirah, maka terjejaslah target masa hafazan anak...terjejas jugalah pelan yang telah kita rancang.

β–ͺ️Umur 15 dan 16
Ini biasanya umur untuk anak berada di Program Syahadah yang akan berlangsung selama 12 bulan setelah khatam 30 juzuk. Program ini sangat penting buat para huffaz supaya hafalan mereka lebih mantap dan supaya mereka nanti keluar sebagai huffaz yang ingat 30 juzuk.

β–ͺ️Umur 16 dan 17
Jika anak tamat hafaz seperti yang dirancang, masa anak umur 16 tahun, daftarkan anak ke Tingkatan 4. Semasa umur 17, anak mengambil SPM. Hanya perlu ke PPD berdekatan untuk dapatkan surat penempatan ke Tingkatan 4 di sekolah yang dipilih.

Di sekitar Johor, terdapat 4 buah sekolah menengah yang menyediakan Fast Track SPM untuk pelajar-pelajar tahfiz berusia antara 17-18 tahun (Program Intervensi Tahfiz) - belajar 1 tahun di tingkatan 5.

i. SMK Bekok, Segamat
Pautan permohonan: https://cutt.ly/RTWtQOo

ii. SMK Benut, Pontian
Pautan permohonan: https://forms.gle/Lk1hkrzXn7tJoxqH8

iii. SMK Simpang Renggam, Kluang
Pautan permohonan: https://forms.gle/Dvd7FgJbyeR18sAZ7

Namun suka diingatkan, mata pelajaran di sekolah-sekolah ini mengikut mata pelajaran di sekolah biasa iaitu TIADA Bahasa Arab/Al Quran Wa Sunnah/Syariah Islamiah. Kiranya sekolah-sekolah sebegini sesuai untuk pelajar yang tidak berminat untuk mengikuti pengajian agama di peringkat STPM/Universiti.

Bagi ibu ayah yang berkemampuan, saya suka mencadangkan untuk ibu ayah tempatkan anak hafiz ini di sekolah-sekolah integrasi under Ikram Musleh kerana pergaulan dan adab pelajar-pelajar di sana lebih terjaga.

Senarai sekolah Ikram Musleh boleh klik sini : https://musleh.edu.my/
KLINIK HATI
Photo
Anak sulung saya berdaftar di sekolah under Ikram Musleh ni ketika dia berusia 17 tahun (masuk Form 4).

Tapi jika anak tamat hafaz/syahadah agak lewat boleh terus daftarkan untuk Fast Track SPM sama ada di,

1. Akademi Lembah Ilmu (selangor) : https://www.lembahilmu.my/

2. KUIM Melaka : http://www.kuim.edu.my/pusatislam/index.php/ms/ketua-pusat-islam-as-syafie-kuim/19-program-tahfiz-bestari-persediaan-spm

3. UNISEL : https://www.smarttahfiz.edu.my/

Tempat-tempat ini insyaAllah sesuai untuk anak hafiz kita yang berusia 18 tahun ke atas kerana menyediakan pengajian dengan suasana kolej.

Satu lagi sekolah menengah islam swasta di Johor yang menyediakan fast track SPM dan dalam masa yang sama menitikberatkan pengulangan hafazan adalah Sekolah Menengah Islam At Tanwiriah, Muar, Johor (bayaran rm600 termasuk asrama).

Anak perempuan saya yang kedua selepas tamat syahadah insyaAllah mengambil Fast Track SPM nya di sini ketika berusia 17 tahun (daftar 2024)

Pun begitu, jika ibu ayah risaukan pergaulan mereka, boleh aje tempatkan mereka di fast track tahfiz yang disediakan oleh madrasah seperti kalau di Johor,
1. Madrasah An Nur, Muar
2. Madrasah Al Jauhar, Kota Tinggi (lelaki sahaja)

Atas alasan ini lah, anak perlu ke madrasah tahfiz seawal 11 tahun, bukannya tunggu dia tamat darjah 6 supaya anak dapat khatam awal, dapat sudahkan syahadah tahfiz dahulu sebelum menduduki SPM.

β–ͺ️Selepas SPM Nak Sambung Ke Mana?

Ada beberapa pilihan

βœ”Universiti Malaya / UIA / KUIS dll - memohon ke program Asasi Agama
βœ”Universiti Sains Islam Malaysia - memohon ke program Tamhidi Syariah dan Undang-undang
βœ”Universiti Awam/Swasta - program matrikulasi dan diploma
βœ”Universiti Madinah/Mesir/Jordan - bidang Pendidikan Islam, Qiraat, Farmasi, Perubatan, Pergigian.

PERMOHONAN KE UNI ISLAM MADINAH AL MUNAWWARAH
http://www.abuanasmadani.com/wp-content/uploads/2012/11/Maklumat-dan-Syarat-Permohonan-Belajar-Di-Universiti-Islam-Madinahbaru-1.pdf

PERMOHONAN KE MESIR/JORDAN
https://www.infoupu.com/permohonan-pengajian-timur-tengah/

Jika anak tidak mahu mengambil program asasi/diploma/ke luar negara, untuk pilihan bidang ijazah yang lebih luas, anak boleh mengambil STPM Tahfiz sebelum memilih pelbagai program ijazah sarjana muda di universiti tempatan.

Senarai pusat tingkatan enam yang menawarkan STPM aliran tahfiz.πŸ‘‡
1. SMK Agama Putrajaya
2. SMK Agama Kedah
3. SMK Agama Kerian
4. SMK Agama Maahad Muar
5. SMK Agama Tok Bachok
6. SMK Agama Dato' Haji Abu Hassan Haji Sail
7.SMK Agama Kota Kinabalu
8 SM Imtiaz YT Kemaman
9.SMK Agama Sheikh Hj. Othman Abd Wahab, Kuching

SYARAT-SYARAT PERMOHONAN
1. Warganegara berumur tidak kurang 17 tahun dan tidak melebihi 20 tahun.
2. Lulus peperiksaan SPM
3. Minimum C Pendidikan Islam/ Pendidikan Syari'ah Islamiah/ Pendidikan al-Quran dan al-Sunnah
4. Minimum C Bahasa Arab
6. Telah menghafaz minimum 7 juzuk.

Jadi, jika kita merancang untuk anak ambil STPM Tahfiz, pastikan masa di peringkat SPM, anak mengambil senarai mata pelajaran yang diperlukan seperti di atas.

PERMOHONAN KE TINGKATAN ENAM (STPM) ALIRAN TAHFIZ
https://www.permohonan.my/permohonan-tingkatan-6-tahfiz-kpm/

Selesai ijazah sarjana muda, anak juga boleh menyambung pengajian ke peringkat sarjana dan PhD jika berminat menjadi pakar akademik.

Bayangkan setelah kita menerangkan Pelan Pendidikan yang se-detail ini....adakah pasangan atau keluarga kita masih tegar berkata tidak setuju ?πŸ˜…

Semoga penulisan ni dapat membantu ibu ayah merancang yang terbaik untuk anak masing-masing😊

Kalau ada apa2 persoalan atau penambahan ilmu/info, saya alu-alukan untuk tulis di ruangan komen.

CikguShainiRazali
Page Aku & Tahfiz
KLINIK HATI
Photo
STEP UNTUK BELI RUMAH🏑
β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”

(Rumah 2nd lah macam ni)

❀️Step 1

-Semak kelayakan buyer (DSR)
-Buyer & Agent viewing rumah
-Sign Offer to Purchase form (OTP)
-Bayar 3.18% earnest deposit dan untuk lock unit .

❀️Step 2

-Submit document buyer kepada pihak bank untuk proses pinjaman.
-Loan approval 90% baru proceed.
-If reject deposit 3.18% refund 100%

❀️Step 3

-Selepas loan Approved, lantik laywyer (LA & SPA)
-Buyer sign Letter Offer (LO) daripada bank
-Lawyer prepare S&P baru, buyer and owner sign

❀️Step 4

-Lawyer akan apply consent daripada pihak berkuasa negeri untuk proses pindah milik

❀️Step 5

-Sekiranya Freehold, selepas SPA Stamping terus boleh keluarkan KWSP
-Sekiranya Leasehold, kena tunggu dapat consent dahulu baru boleh keluarkan KWSP
-KWSP boleh diguna untuk selesaikan baki 10% deposit (6.82%)

❀️Step 6

-Buyer Jumpa lawyer LA untuk sign Loan Agreement

❀️Step 7

-Bank serah 90% kepada lawyer (sekiranya loan lulus 90%)
-Lawyer check tunggakan bil rumah
-Sekiranya ada tunggakan owner akan lunaskan dan lawyer akan follow up

❀️Step 8

-File document di pejabat tanah untuk pertukaran nama di geran

❀️Step 9

-Buyer dapat πŸ—rumah 😊
-Owner dapat balance πŸ’΅ jualan rumah.

Kredit to: Aini Wahidah
Jangan cari pasangan sekadar mahu hilangkan kesunyian kau. Masalah kesunyian kau tidak akan pernah selesai dengan adanya pasangan. Apabila kau rasa sunyi, itu tandanya mudah, kau terlampau hanyut dengan dunia, terlampau bersungguh-sungguh hingga terlupa akhirat.

Ya pasangan kita boleh memenuhi setiap masa kau tapi apabila niat kau bersama seseorang itu sudah salah, kau akan kecundang dan bosan di akhir cerita.

Bersamalah seseorang ketika kau betul-betul sudah fikir untuk terima baik buruk.
β€œKalau kamu bilang anak adalah pengikat hubungan , kamu silap .

Kalau kamu bilang saling mengerti juga pengikat hubungan , kamu juga silap .

Yang paling utama untuk kekalkan hubungan sampai mati adalah doa dan dekatkan diri dengan Allah .

β€œ ya Rabb , aku hambaMu yg lemah , aku hambaMu yg mudah digoda oleh nafsu dan dusta , jauhilah aku dari godaan nafsu dan berikan aku iman untuk terus bertaubat dari segala kesesatan. Kekalkan jodohku bersama isteriku sampai ke jannatul firdaus Mu ya rabbilaamin. β€œ

Doa yg tidak sampai 30saat dan inshaAllah sentiasa dirahmati rumahtangga terus bahagia biar apa pun kesusahan yg melanda .

Semoga bermanfaat , amalkan k inshaAllah ❀️ β€œ
2024/12/21 04:08:12
Back to Top
HTML Embed Code: