Telegram Web
CONFLICT MANAGEMENT (Part 2)🔥🔥

Tak semua konflik datang dari benda yang sama. Bila kita faham jenis konflik, lebih senang nak urus dan selesai.

ADA 5 JENIS KONFLIK.

1. Konflik paling biasa: Konflik komunikasi. Berlaku bila mesej tak jelas atau disalah tafsir.

Contoh, bos kata “siapkan cepat”. Staf faham “buat cincai pun tak apa”. Terus jadi isu.
.

2. Konflik peranan pula berlaku bila tak jelas siapa buat apa. Tugas bertindih, harapan tak selari.

Di rumah, contohnya suami sangka isteri urus anak. Isteri pula fikir suami patut bantu.
.

3. Konflik nilai pula lebih dalam. Bila kepercayaan peribadi bertembung dengan prinsip orang lain.

Contoh, ada staf tak suka kerja lebih masa sebab nilai keluarga. Bos pula anggap itu kurang komitmen.
.

4. Lagi satu jenis ialah konflik personaliti. Ini susah sikit sebab ia melibatkan karakter dan gaya individu.

Ada orang memang suka kawal. Ada orang suka bebas. Bila dua ni kena kerja sama, boleh jadi meletup.
.

5. Dan jangan lupa konflik struktur. Ini bila sistem dalam organisasi atau rumah memang tak adil.

Contohnya staf bawah kena buat semua benda. Tapi penghargaan semua bos ambil.

Atau isteri buat semua kerja rumah. Tapi dianggap “tanggungjawab isteri” semata-mata.
.
.
.
Bila kita kenal jenis-jenis konflik, kita tak mudah trigger. Kita boleh tarik nafas dan nilai punca sebenar.

Dan yang paling penting, kita boleh pilih pendekatan yang sesuai ikut jenis konflik tu.

Sebab bukan semua konflik boleh diselesaikan dengan cara yang sama.

Part 3 nanti, kita akan bincang satu Teknik NLP yang simple tapi Power!

Stay tuned.

Kalau pernah alami salah satu jenis konflik tadi, Tuan Puan memang kena follow.

Boleh ke boleh?😊

#TZN
Sebarkan kebaikan
Selesai Zoom dengan HR Professionals bertajuk Conflict Management, alhamdulillah.

Kawan-kawan HR dan Bahagian Training yang nak tahu lebih lanjut boleh pm tepi.

You are awesome!

#TZN
Sebarkan kebaikan

#ConflictManagement #NLP #Communication #CorporateProgram #HRDC #TrainApaHariNi
Mohon sahabat² doakan program kami hari ini berjalan lancar.

Peserta-peserta dan leaders yang hadir hari ini ialah insan yang bersungguh² ingin mengubah nasib keluarga dan membantu insan sekeliling mereka.

Percaya Sebelum Berjaya!💪

#TZN
Sebarkan kebaikan
Program PERCUMA, tinggal 25 seat saja lagi.

Berapa ramai yang nak join?
Bagitau kat ruangan komen ya.😊👌

#TZN
Sebarkan kebaikan
️FREE TRAINING: CONFLICT MANAGEMENT 🥰🤝

Tahukah anda? Cara menguruskan konflik boleh menentukan peningkatan atau kejatuhan prestasi?

Jika tidak dikendalikan dengan baik, konflik boleh mencetuskan stres, perpecahan dan membuatkan syarikat boleh jatuh bankrap!

Jom ikuti Zoom Percuma kami sempena NTW (National Training Week) anjuran HRDC!

🔥 Apa Yang Anda Akan Pelajari?

*Kenali Punca Konflik* – Fahami akar masalah sebelum ia menjadi lebih serius

*Teknik Penyelesaian Berkesan*– 5 Strategi sistematik mengikut Thomas-Kilman

*Komunikasi Berpengaruh* – Elak salah faham & tingkatkan kerjasama pasukan

📅 2 Mei 2025
8.30pm - 10.30pm
📍Zoom Meeting

🔹Belajar terus dari Master Trainer berpengalaman lebih 25 tahun dalam industri:

Tuan Zuhairi Nopiah
Certified NLP Trainer (NFNLP, USA)
Accredited Trainer (HRDC)

https://tinyurl.com/KenaliTZN

📢 Daftar sekarang. Tempat terhad!

Klik sini untuk rebut tempat anda!! >>> https://www.nationaltrainingweek.gov.my/indiCourse?courseId=15863
Nak minta tolong sikit boleh?
Tlg Like n Repost video ni.

Sebelum ni ada error dan video ni takda suara (muted).

Patutlah 'tak pergi'..🤭

Tq in advance and...
Enjoy the video!🔥🔥

Like & Repost >>>>> https://vt.tiktok.com/ZSh8sse3W/ https://vt.tiktok.com/ZSh8sse3W/

#TZN
Sebarkan kebaikan
PROGRAM TEAM BUILDING:
High Performance Team!🔥
🔥

Jomm kita Fun Learning dengan aktiviti Water Rafting.

Nampak peserta enjoy sangat, alhamdulillah.

Mereka bukan saja belajar tentang Team Building, malah tentang erti kesungguhan, pengorbanan dan semangat setiakawan.

Doakan anak syarikat kerajaan negeri ini terus maju dan terbang tinggi atas kesungguhan mereka menjayakan program Team Building ni.

You are awesome!👍
.
Ps: Lagi gambar di sini >>> https://www.facebook.com/share/p/19ysYFabGA/

#TZN #NLP #TeamBuilding #CorporateProgram #HRDC #TrainApaHariNi #PercayaSebelumBerjaya
Selamat Hari Guru buat semua!

Sedar atau tidak, kita semua adalah guru di antara satu sama lain.

Banyak yang saya belajar daripada Tuan Puan. Terima kasih atas segala ilmu, tunjuk ajar dan sokongan yang tiada bandingnya.

Guru bukan sekadar pendidik, tapi pembentuk jiwa dan pembuka jalan masa depan.

Moga segala jasa diberkati dan terus menjadi cahaya yang menyinari generasi akan datang.

Teruskan menyemai bakti dengan penuh ikhlas dan cinta. Percaya sebelum berjaya! ❤️

#TZN
Kenal erti sebenar cinta daripada guru
SELALU RASA 'KAREN' KAT BADAN?
Baca ni..

Dah 3 hari berturut-turut saya buat 'grounding'.

Asalnya nak temankan isteri. Last-last jadi seronok pulak sebab rasa makin sihat.

Cara dia..

1. Pijak rumput di awal pagi.

- Saya biasa terus ke taman sebaik saja lepas Subuh. Selalunya, pakai jubah je, sebab baru balik dari surau..
.

2. Selawat 3x

- Mohon Allah permudahkan urusan untuk sihat dan konsisten menjaga kesihatan
.

3. Niatkan agar Allah alirkan perkara yang tak baik ke bumi, dan alirkan perkara baik ke dalam badan.

-Buat secara 'Total Surrender' dan yakin..

Alhamdulillah, semenjak buat grounding ni rasa 'renjatan' yang menyakitkan dah kurang untuk isteri.

Siapa yang tiba-tiba rasa macam ada karen kat badan, kaki atau tangan tu, eloklah buat.

Kali pertama isteri saya buat pun dah ada perubahan. So kongsilah dengan kawan-kawan ya?

Selamat mencuba!

#TZN
Sebarkan kebaikan
.

Ps: Tulisan asal kat sini. Jemput Like & Share ya?🫶

https://www.facebook.com/share/18kQ9k5obk/
2025/07/13 11:19:37
Back to Top
HTML Embed Code: