Telegram Web
اللّٰهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلِّم

اللّٰهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلِّم

اللّٰهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلِّم
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Usah bersedih jika belum mendapatkan 30 juz. Malah jikalau kalian belum sampai juz target kalian dlm hafalan. Tidak mengapa..

Dengarkan nasihat al-fadhil Ustaz Adi Hidayat, beliau sangat masya Allah dlm memotivasikan orang ramai berkaitan bidang al-Quran. Baarakallahu fiihi
FB_IMG_1740837454083.jpg
142.9 KB
Niat Puasa Ramadan

MAZHAB AL-SYAFIIE
Wajib berniat puasa pada setiap malam Ramadan kerana ia adalah ibadah yang bersendiri (mustaqil) yang tidak terikat antara satu sama lain.

MAZHAB AL-MALIKI
Seseorang itu diharuskan niat puasa sebulan pada malam Ramadan yang pertama dan tidak wajib berniat setiap malam.

PANDANGAN SEBAHAGIAN ULAMA MAZHAB SYAFIIE
Boleh berpegang pada pendapat mazhab Maliki dalam hal ini sebagai langkah berjaga-jaga dan dalam masa yang sama tetap wajib berniat pada setiap malam Ramadan.

Malam ini, jangan lupa niat ya!

- JAKIM
1740837290074.jpg
686.5 KB
Niat-niat memasuki Ramadan
- Habib Abu Bakar al-Adni al-Masyhur
Forwarded from 💠Pok Mang Signature 💠 (Muaz Adnan)
Pendapat ulamak tentang bilakah Malam Al-Qadr.

1. Pendapat Masyhur Jumhur Fuqaha’: Jatuh pada sepuluh malam terakhir kerana banyaknya hadis yang menyuruh untuk mencarinya pada sepuluh malam terakhir.

2. Ibnu Abidin: Jatuh pada bulan Ramadhan tanpa dijelaskan mana-mana malam tertentu.

3. Kata Imam Nawawi: Mazhab Syafii dan jumhur ashab berpendapat bahawa ia terhad pada sepuluh malam terakhir, tidak diketahui jatuhnya pada mana-mana malam tetapi ia jatuh pada satu malam tertentu (dalam sepuluh malam terakhir), maka setiap satu daripada sepuluh malam terakhir berpotensi untuk jatuh malam Al-Qadr, lebih-lebih lagi pada malam ganjil, dalam masa itu, malam yang paling diharapkan adalah malam ke-21 atau ke-23 atau ke-27

4. Sidna Abu Razin Al-Uqaili (Sahabat): Malam pertama Ramadhan kerana kata Sidna Anas bin Malik: “Malam Al-Qadr adalah malam pertama bulan Ramadhan”.

5. Sidna Zaid bin Arqam: malam ke-17.

6. Pendapat yang disandarkan oleh At-Tabari kepada Sidna Usman bin Abi Al-As dan Al-Hasan Al-Basri: tersembunyi dalam sepuluh malam pertengahan.

7. Pendapat yang disandarkan oleh At-Tabari kepada Sidna Zaid bin Tsabit dan Sidna Ibn Mas’ud: malam ke-19.

8. Berubah-ubah setiap tahun dalam sepuluh malam terakhir.

Hikmah disembunyikan Malam Al-Qadr

Kata sebahagian ulamak: “Disembunyikan Malam Al-Qadr supaya umat manusia bersungguh-sungguh mencarinya dan bersungguh-sungguh dalam ibadah mereka kerana mengharapkan kelebihan malam tersebut, begitu juga dirahsiakan waktu mustajab doa pada hari jumaat, dirahsiakan juga nama Allah yang paling agung dan dirahsiakan redha Allah dalam ketaatan supaya manusia bersungguh-sungguh pada setiap ketaaatan. Juga dirahsiakan kematian dan hari kiamat supaya manusia bersungguh-sungguh beramal soleh kerana takut menghadapi (kematian dan kiamat)”.

اللهم بلّغنا ليلة القدر
Forwarded from Liqo' Asya'irah (iqbal)
Istiqamah Untuk Dapatkan Keikhlasan - oleh Saudara Khair Ithnin

Kita boleh ambil pengajaran daripada kata-kata Sufyan al-Thawri (97 H-161 H), "Dalam perjalanan aku menuntut ilmu, pada mulanya aku tidak mempunyai apa-apa niat (keikhlasan). Kemudian, Allah kurniakan kepada aku keikhlasan tersebut".

Sebab itu kadang-kadang kita tak minat pun bidang itu, tajuk itu, perkara itu namun itulah rezeki dan hakikat yang telah ditetapkan kepada kita. Kita sabar dan tekun, pasti keikhlasan akan tiba. Lihat Sufyan al-Thawri, disebabkan kesabaran tersebut lahirlah keikhlasan niat dan menjadikan beliau Amir al-Mukminin dan ketua para huffaz pada zaman beliau. Malah beliau melangkaui guru beliau sendiri iaitu Shu'bah.
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Ramadan bukan hanya tentang menahan lapar dan dahaga, tetapi juga tentang membersihkan hati dan mendekatkan diri kepada Allah SWT.

Nasihat untuk hari ini:

1. Perbaiki Niat– Pastikan setiap amal ibadah yang dilakukan sepanjang bulan Ramadan dilakukan dengan niat yang ikhlas untuk mencari keredhaan Allah. Jika niat kita tulus, Allah akan memberikan ganjaran yang berlipat ganda.

2. Jaga Akhlak– Selain berpuasa dari makanan dan minuman, kita juga perlu berpuasa dari perbuatan buruk seperti mengumpat, berbohong, dan marah. Tingkatkan kesabaran, keikhlasan, dan kasih sayang terhadap sesama.

3. Tingkatkan Amal Ibadah– Luangkan lebih banyak masa untuk solat, membaca Al-Qur'an, dan berdoa. Setiap amal yang kita lakukan pada bulan ini memiliki ganjaran yang sangat besar.

4. Bersedekah– Ramadan adalah bulan yang penuh dengan keberkatan. Gunakan peluang ini untuk memperbanyakkan sedekah, tidak kira sedikit atau banyak, kerana setiap amalan baik akan digandakan pahalanya.

Moga Allah terima amalan kita semua 🤲🏻📿
IMG_20250307_175231_627.jpg
94.8 KB
Hari ni saya share pasal tajwid mad. Simple je, untuk tahu harakat.

Semua ni kategori Mad Far'ie (mad yang dibaca lebih panjang dari mad asli dengan sebab). Sebab-sebab dia boleh rujuk di bawah.

Selain daripada sebab di atas, ia adalah mad asli. Kadar bacaan 2 harakat.

- notatadabburquran
Amalan Ketika Berada di 10 Malam Terakhir Ramadhan

1- Mempergandakan bacaan al Quran agar diperolehi malam lailatul qadar kerana Allah SWT turunkan al Quran pada malam Lailatul Qadar. Semoga dengan berkat al Quran, kita dipertemukan dengan malam yang agung.

2- Perbanyakkan membaca Istighfar untuk membersih diri dari segala dosa dan kesilapan kerana tidaklah orang yang dapat bertemu dengan ramadhan melainkan orang itu bersih hatinya daripada segala kekotoran maksiat zahir dan batin.

3- Perbanyakkan selawat ke atas Baginda صلى الله عليه وسلم kerana Baginda صلى الله عليه وسلم merupakan orang yang menyampaikan kita kepada malam lailatul qadar

4- Kurangkan waktu tidur apabila berada pada 10 malam terakhir kerana itulah amalan Baginda صلى الله عليه وسلم. Apabila Nabi صلى الله عليه وسلم berada di 10 malam terakhir, Baginda akan sentengkan lengan baju dan kuatkan ikatan kain Baginda sebagai tanda Baginda صلى الله عليه وسلم bersungguh-sungguh untuk beribadah pada 10 malam terakhir.

5- Hati sentiasa terhubung dengan Allah, Rasulullah dan Orang-orang Soleh untuk mengekalkan diri dalam keadaan baik dan istiqamah dalam ketakwaan.

6- Perbanyakkan doa yang diajar oleh Baginda صلى الله عليه وسلم kepada Saidatina Aisyah رضي الله عنها :
اللهم إنك عفو تحب العفو فاعف عني
"Ya Allah, sesungguhnya Engkau Tuhan Maha Pengampun, dan Engkau suka memberi keampunan. Ampunkanlah aku"

7- Jaga hubungan sesama umat Nabi صلى الله عليه وسلم.

8- Jauhi persengketaan sesama kita dan saling bermaaf-maafan terutamanya ibubapa, adik beradik dan sahabat karib.

9- Jangan lupa doakan kepada Ibubapa, Adik Beradik, Sahabat dan jiran tetangga serta seluruh umat Nabi Muhammad صلى الله عليه وسلم

10- Jangan lupakan doa untuk para guru kita yang telah mengenalkan kita kepada Allah dan RasulNya.


Selamat menunaikan ibadah di 10 malam terakhir dan semoga kita semua peroleh ganjaran dan direzekikan bertemu dengan malam Lailatul Qadar.

Ameen Ya Rabbal Alamin 🤲🏻
Forwarded from 💠Pok Mang Signature 💠 (ART)
Khatam Quran

1. Sunat mengkhatamkan al-Quran pada awal malam atau awal siang (waktu pagi) jika dikhatamkan di luar solat.

2. Sunat berpuasa pada hari khatam kecuali bertembung dengan hari yang dilarang berpuasa.

3. Amat-amat digalakkan hadir ke majlis khatam al-Quran sama ada orang yang pandai atau tidak pandai membaca Quran.

4. Sayyidina Anas apabila mengkhatamkan al-Quran, beliau mengumpulkan ahli keluarganya dan berdoa. Begitu juga dengan apa yang dibuat oleh Sidna Abdullah bin Mas’ud.

5. Doa ketika majlis khatam Quran adalah mustajab. Bahkan menerusi riwayat Tirmizi, setiap kali selepas baca Quran, doa mustajab. Rahmat juga turun ketika khatam al-Quran.

عن حميد الأعرج ﵀ قال: من قرأ القرآن ثم دعا أمّن على دعائه أربعة آلاف ملك.

Daripada Hamid al-A’araj katanya, “sesiapa yang membaca al-Quran kemudian berdoa, 4 ribu malaikat mengaminkan doanya.”

6. Nabi SAW apabila khatam Quran, Nabi akan baca 5 ayat daripada awal Quran supaya Quran tidak jadi serupa ditinggalkan selepas khatam.

7. Sayyidina Umar menyembelih unta ketika tamat belajar surah al-Baqarah.

عن ابن عمر، قال: (تعلّم عمر البقرة في اثنتي عشرة سنة، فلمّا ختم‍‍ها نحر جزورا)

daripada Ibn Umar, katanya, "Sidna Umar belajar surah al-Baqarah selama 12 tahun. Apabila khatam, beliau menyembelih seekor seekor unta.”

8. Berdoa dengan doa urusan yang penting dan menjadikan doa itu sebahagian besarnya berisi urusan akhirat serta hal ehwal orang islam amnya. Digalakkan juga berdoa dengan kebaikan lain seperti diperelokkan pemerintah, supaya Allah membimbing pemimpin ke arah kebaikan, supaya Allah membantu mereka dalam kerja kebaikan, dan kemenangan ke atas orang kafir.

Abdullah bin al-Mubarak apabila khatam Quran, kebanyakan doanya untuk kebaikan orang islam secara amnya.

Al-Tibyan
Al-Azkar al-Nawawiyyah
Forwarded from The Garden of Al-Quran
Malam ini malam ke 23, salah satu malam yang disebut-sebut.

1- Sahabat Nabi ﷺ mengejutkan keluarga untuk bangun beribadat pada malam ini, antaranya adalah Abdullah Ibn Abbas RA

2- Salah satu dari pandangan Imam Syafi'i juga menyebutkan bahawa malam ke 23 merupakan malam yang cenderung berlakunya malam al-Qadr

3- Pandangan ini didasarkan kepada hadith:

فمن كان متحريها فليتحرها في السبع الأواخر

"Sesiapa yang ingin mencarinya (malam al-qadr), carilah ia pada tujuh hari yang terakhir." [HR Bukhari & Muslim]

4- Ayyub al-Sakhtiani & Imam Malik RA juga turut cenderung bahawa 7 malam akhir itu dimaksudkan dengan malam ke 23

Wallahu a'lam.
#FawaidRamadan
2025/03/24 12:14:28
Back to Top
HTML Embed Code: