Telegram Web
πŸ˜‰ Nak ajar anak skil ambil giliran?

πŸ‘‰πŸ» Turn-Taking adalah antara asas kepada komunikasi 2 hala.

πŸ“ Kanak-kanak boleh ambil giliran dalam bermain. Contohnya bergilir untuk bermain kereta.

πŸ“ Contoh aktiviti untuk latih anak bergilir (turn-taking) dan juga berkongsi (sharing):

β€’ Bermain board game
β€’ Bina menara blok kayu/plastik bersama
β€’ Melukis secara bergilir
β€’ Golekkan bola secara bergilir kepada kawan

#NotaRedzaZainol
#DidikAnak
πŸ₯° Nak baiki hubungan dengan anak?

Mudah caranya, cuma kita perlu berlatih selalu supaya reaksi kita lebih spontan.

πŸ“Fokus dan mendengar semasa anak bercerita.
πŸ“Tak perlu tanya banyak soalan kepada anak.
πŸ“Guna semula perkataan utama yang anak sebut ketika meluah/bersembang.

Contoh :

Anak : Kakak sedih.
Mama : Mama pun nampak yang kakak sedih. Cuba cerita apa yang jadi?

Si ibu guna semula perkataan SEDIH yang anaknya sebut.

Inilah langkah awal untuk β€œvalidate” perasaan anak.

#NotaRedzaZainol
#DidikAnak
😊 Nak tips beli mainan untuk anak usia 1-2 tahun?

πŸ“ Beli mainan yang sesuai dengan umur

πŸ“ Selamat dari risiko tercekik

πŸ“ Ransang motor halus jari
- blok jenis kayu
- bola kecil
- fidget toy
- mainan ketuk-ketuk
- plastic tweezer
- menconteng dengan krayon, pen berwarna

Selain tu, cari aktiviti untuk stimulasi sensori seperti main air, pijak rumput atau pegang ranting kayu/pasir.

#NotaRedzaZainol
#DidikAnak
πŸ₯° Anak dah capai akil baligh?

πŸ“ Sedarlah mak ayah yang pada fasa ini, pengaruh kita dah tak sekuat dulu.

πŸ“ Ada anak yang pada asalnya baik, bertukar menjadi buruk disebabkan pengaruh rakan sebaya.

πŸ“ Rugilah mak ayah yang sengaja menjarakkan diri mereka daripada anak sebab merasakan anak remaja boleh dibiarkan tanpa panduan berterusan.

#NotaRedzaZainol
#DidikAnak
🫑 Ayah nak bina karektor anak?

πŸ‘‰πŸ» Jadilah teladan kepada anak-anak. Ini antaranya:

πŸ“ Mengaku kesalahan diri sendiri dan bersedia untuk memohon maaf.

πŸ“ Kerap guna ayat yang menaikkan keyakinan diri anak.
β€œAbang boleh buat, ayah yakin.”

πŸ“ Pandang muka ketika bercakap dengan orang lain.

πŸ“ Mengotakan setiap janji yang dibuat.

#NotaRedzaZainol
#DidikAnak
πŸ˜… Anak asyik bertanya soalan?

πŸ‘‰πŸ» ada yang rasa rimas bila si kecil selalu bertanyakan soalan, tetapi:

πŸ“ itulah tanda minda mereka berkembang dengan baik

πŸ“ itulah cara untuk mereka belajar bercakap

πŸ“ menambah senarai β€˜vocabulary’ baru

πŸ“ dia nak cari keselesaan dan sokongan emosi dari mak ayah

Bila emosi si kecil stabil, insyaAllah dia akan jadi lebih tenang, gembira & kurang meragam πŸ˜‰

#NotaRedzaZainol
#DidikAnak
πŸ₯° Seorang ibu yang baik akan merasa:

πŸ“ ada hari yang teruk
πŸ“ ada hari yang semuanya berjalan seperti yang dirancang
πŸ“ ada hari yang semuanya tak menjadi & β€˜overwhelming’
πŸ“ ada hari yang dipenuhi dengan kasih sayang.

Walau apa pun hari anda, percayalah anda dah buat yang terbaik dan teruskan berjuang.

Percayalah, semua ini berbaloi.


#NotaRedzaZainol
#DidikAnak
πŸ₯΅ Buntu dengan perangai anak remaja?

πŸ‘‰πŸ» Anak remaja kita kena berhadapan dengan isu :

πŸ“ Tekanan daripada rakan
πŸ“ Imej tubuh badan
πŸ“ Prestasi akademik
πŸ“ Membentuk identiti diri
πŸ“ Stimulasi visual dan auditori yang merosakkan hati

Sebab tu mak ayah kena buat 1 benda ni :

πŸ‘‰πŸ» Sentiasa terbuka untuk berkomunikasi dengan anak.

Paling sedih bila mak ayah fikir anak remaja dah tak perlukan bimbingan kita.

#NotaRedzaZainol
#DidikAnak
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Khas untuk mak ayah yang pentingkan pendidikan KAFA anak-anak (Darjah 1-5)

Sekarang dah ada cara mudah dah nak anak skor KAFA ni. Bagi je anak belajar Bahasa Arab, Sirah Nabi & Ibadah dalam bentuk video gini.

Lengkap A-Z & ramai dah anak skor KAFA lepas tengok video ni.

Murah sangat rm20/subjek je. Boleh dapatkan video tu di sini πŸ‘‡

https://anakhebat.onpay.my/order/form/videosilibuskafav3/ScoreKAFA
πŸ₯° Ini cara anak usia 1-4 tahun ajak mak ayah luang lebih masa dengan mereka:

πŸ“ Anak minta untuk dipeluk
πŸ“ Anak minta kita bacakan buku cerita
πŸ“ Anak ajak kita main bersama
πŸ“ Anak asyik ikut kita di rumah
πŸ“ Anak menangis
πŸ“ Anak peluk kaki kita
πŸ“ Anak asyik ganggu kita bercakap
πŸ“ Anak minta benda yang tak masuk akal

#NotaRedzaZainol
#DidikAnak
😊 Ada anak usia 18 bulan?

πŸ“ Inilah usia mereka menjadi sangat aktif. Ya, ini normal.

πŸ“ Memberi respon pada setiap makanan yang disediakan. Suka atau tak suka.

πŸ“ Akan kerap menguji had dan peraturan sesuatu perkara.

πŸ“ Ingin buat sesuatu perkara sendiri tetapi tetap mahu dekat dengan mak ayah.

πŸ“ Fasa β€œOppositional Behaviour” bermula. Tak mahu ikut cakap / beri kerjasama kepada mak ayah.

#NotaRedzaZainol
#DidikAnak
πŸ₯΅ Punca anak jadi semakin biadap

πŸ“ Kita biarkan anak naikkan suara pada ibunya sejak kecil.

πŸ“ Ada β€œFather figure” tapi seperti tidak berfungsi. Ayah perlu ada sikap 'pembimbing' kepada anaknya.

πŸ“ Kena didik anak untuk muliakan ibu sejak dari kecil

Allah
Rasulullah
Ibu (3x)
Ayah

#NotaRedzaZainol
#DidikAnak
πŸ˜‘ Anak tak kemas semula selepas sepahkan mainan?

πŸ‘‰πŸ» Anak sebenarnya boleh masukkan barang dengan cekap ke dalam bekas seawal usia 18 bulan.

Mak ayah boleh guna tips ini,

πŸ“ Setiap jenis permainan ada tempat simpanan tersendiri.

πŸ“ Guna bag ziplock atau bekas yang lutsinar untuk simpan mainan.

πŸ“ Main mainan hanya di tempat tertentu seperti bilik mainan dan ruang tamu.

#NotaRedzaZainol
#DidikAnak
😑 Anak asyik mengamuk?

πŸ‘‰πŸ» boleh jadi anak merasa diri mereka teruk apabila kita asyik menekan emosi mereka dengan:

🍁 ugutan
🍁 menjerit
🍁 memukul dan memalukan anak.

Anak kecil menjadi lebih tenang bila mereka berasa selamat dan rasa disayangi.

#NotaRedzaZainol
#DidikAnak
πŸ₯° Anak dah capai usia 1 tahun?

πŸ“ Suka jatuhkan barang untuk faham tentang objek itu.

πŸ“ Buat atau sebut sesuatu untuk tarik perhatian kita.

πŸ“ Tunjuk β€œfavouritism” siapa yang dia suka dekati.

πŸ“ Boleh bermain seorang diri selama beberapa minit.

πŸ“ Tapi kebanyakan masa, memang melekat sungguh pada si ibu.

#NotaRedzaZainol
#DidikAnak
Selama ini saya rawat anak orang lain. Tapi bila tengok anak sendiri sesak nafas, sedih dan luluh hati rasanya.

Saya kongsikan tanda bahaya jangkitan kuman paru-paru.

πŸ‘‰πŸ» https://vt.tiktok.com/ZSjXuuPwB/

Jemput follow sekali ya.
πŸ˜₯ Salah ke kalau anak rasa marah, sedih atau takut?

πŸ‘‰πŸ» Tak salah.

πŸ“ Tapi ada mak ayah yang nak anaknya rasa gembira sahaja. Tak boleh rasa marah atau sedih.

πŸ“ Sedangkan emosi ini dialami oleh semua orang tak kira budak atau dewasa.

πŸ“ Bila anak rasa marah, kita perlu ingat yang ia bukanlah perkara negatif yang perlu dibetulkan.

Yang paling penting, inilah peluang untuk anak kita belajar kenal, faham dan berlatih menguruskan emosi yang dialami.

#NotaRedzaZainol
#DidikAnak
😑 Ini 6 sumber KEMARAHAN TERPENDAM anak yang tak ramai tahu

1. Pilih kasih (Favouritism)
2. Anak selalu dalam Survival Mode sebab selalu dimarahi
3. Tak diajar cara nak bertenang
4. Tak diajar cara betul untuk salurkan kemarahan
5. Banyak sangat hukuman (Authoritarian Parenting)
6. Takut / tak sampai hati nak tegur anak (Permissive Parenting)

Jangan risau.

Esok saya nak kongsikan buku digital Ali & Sang Marah pukul 9 pagi, terus beli dan bagi anak baca ya.

#NotaRedzaZainol
#DidikAnak
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Buku Ali dan Sang Marah ini adalah sebagai panduan yang bantu tenangkan anak supaya mak senang.

Hanya bagi anak kita baca sahaja buku digital ni dan dalam tu anak kita akan diajar untuk :

πŸ“ kenal apa itu emosi marah
πŸ“ tahu apa tanda-tanda emosi marah nak datang
πŸ“ formula mudah untuk jinakkan emosi marah

Dan sedar sedar je eh anak dah mula bijak kawal emosi marah dalam diri dia insyaAllah 

Dapatkan segera buku digital Ali & Sang Marah ni sebelum ditutup sebab cuma dibuka selama 3 hari sahaja! Harga tak sampai RM20.

Dapatkan di sini sekarang πŸ‘‡

https://proparenting.onpay.my/order/form/ASMBP01/208
2024/11/29 09:24:27
Back to Top
HTML Embed Code: