Telegram Web
DOA MEMPERBAIKI URUSAN DUNIA DAN AKHIRAT

Daripada Abu Hurairah RA, beliau berkata: "Adalah Rasulullah SAW sering berdoa:

اللّٰهُمَّ أَصْلِحْ لِي دِينِي الَّذِي هُوَ عِصْمَةُ أَمْرِي
Ya Allah, perbaikilah bagiku agamaku yang menjadi benteng pelindung urusanku,

وَأَصْلِحْ لِي دُنْيَايَ الَّتِي فِيهَا مَعَاشِي
Perbaikilah bagiku duniaku yang menjadi tempat kehidupanku,

وَأَصْلِحْ لِي آخِرَتِي الَّتِي فِيهَا مَعَادِي
Perbaikilah bagiku akhiratku yang menjadi tempat kembaliku.

وَاجْعَلْ الْحَيَاةَ زِيَادَةً لِي فِي كُلِّ خَيْرٍ
Jadikanlah baki kehidupan ini sebagai tambahan (peluang) bagiku dalam segala kebaikan,

وَاجْعَلْ الْمَوْتَ رَاحَةً لِي مِنْ كُلِّ شَرٍّ
Dan jadikanlah kematian sebagai kebebasanku daripada segala kejahatan.

Jom mulakan urusan kita hari ini dengan membaca doa ini. Semoga Allah permudahkan segala urusan kita di dunia dan akhirat kelak.
Setiap manusia yang Allah jadikan di atas muka bumi ini pasti ada tugasnya.

Jangan sesekali kita berfikir yang kita tidak ada guna. Kadang-kadang kita fikir macam tu sebab kita gagal dalam satu perkara sahaja.

Tapi kita lupa. Ada banyak lagi perkara yang kita belum cuba, kita belum teroka.

Jangan terlalu cepat untuk menghukum diri kita okey.
DOA YANG KERAP DIBACA OLEH RASULULLAH SAW

Diriwayatkan daripada Anas R.A, beliau berkata: 'Doa Nabi SAW yang paling sering diucapkan ialah'

اللَّهُمَّ رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِي الْآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ

Maksudnya: “Ya Allah, Ya Rabb kami, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat, dan peliharalah kami dari seksa api neraka.”

Jom amalkan membaca doa ini setiap kali selepas solat fardhu dan solat-solat sunat. Perbanyakan doa dalam kehidupan seharian kita semoga dikabulkan oleh Allah SWT.

Dah hafal doa ini kan?
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
Salah satu sebab utama usahawan tak buat duit sebab mereka tak buat marketing.

"Tak buat marketing satu hal, tak dapat sampaikan mesej marketing lagi satu hal!"

Dapat sesuatu?
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
🔥TAP BLUE OCEAN STRATEGY DENGAN VALUE INNOVATION🔥

Bila pesaing terlalu ramai dalam market, nak bersaing pun penat founder. Lagi-lagi bila produk kalian sama je macam pesaing yang lain.

Tapi macam mana nak menang dalam market? Ha! Ni tuan Andika kongsikan dengan kalian strategy blue ocean yang confirm akan naikkan value kalian🔥
Menyesal atas kesilapan yang pernah kita lakukan. la tidak akan membawa kepada perubahan.

Tapi belajar dari kesilapan. la akan bawa anda menjadi lebih baik di masa hadapan.

Terlalu risau tentang masa hadapan juga akan mendatangkan kemudaratan kepada diri sendiri.

Lebih baik seandainya anda lebih menghargai masa sekarang. Kerana satu saat yang berlalu tidak akan dapat kita ulangi.
Doa Berlindung Dari Empat Perkara.

اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنْ عِلْمٍ لَا يَنْفَعُ، وَمِنْ قَلْبٍ لَا يَخْشَعُ، وَمِنْ نَفْسٍ لَا تَشْبَعُ، وَمِنْ دَعْوَةٍ لَا يُسْتَجَابُ لَهَا.

Maksudnya: "Wahai Allah! Aku berlindung denganMu dari ilmu yang tidak bermanfaat, dari hati yang tidak khusyuk, dari nafsu yang tidak puas, dan dari doa yang tidak diterima."

Amalkan membaca doa ini. Semoga Allah SWT melindungi diri kita daripada empat perkara ini :

1. Ilmu yang tidak bermanfaat.
2. Hati yang tidak khusyuk.
3. Nafsu yang tidak puas.
4. Doa yang tidak diterima.
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
🔥CONTENT BERKUALITI, EDITING WORLD CLASS🔥

Kalau dulu hari-hari gigih buat 2 hingga 3 content sehari. Sekarang ni tak payah dah.

Buat satu content yang berkualiti, dengan editing yang padu dah cukup buat anda grow 🚀
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
🔥VALUE DEKAT COMMUNITY PERSONAL BRANDING PALING PADU🔥

Dari dulu sampailah sekarang, nak naikkan personal branding lagi-lagi dekat TikTok adalah buat content dengan community.

Lebih-lebih lagi jika content tu anda share value dekat community, TikTok sangat suka dan akan push vtt kalian.

So, jangan malu dan jangan stuck dekat studio anda je. Keluar dan jumpa community, confirm video anda akan naik, personal branding anda akan meroket 🚀

Dapat dapat? 😃
DOA KETIKA MELIHAT CERMIN

اَللَّهُمَّ حَسَّنْتَ خَلْقِي فَحَسِّنْ خُلُقِي

Ya Allah, sebagaimana Engkau telah cantikkan kejadianku (rupaku) maka cantikkanlah juga akhlakku.

Amalkan membaca doa ini kerana ianya satu sunnah yang diajar oleh Nabi Muhammad SAW ketika melihat cermin.

Semoga Allah SWT mengekalkan rupa paras yang cantik dan kebaikan hati kita hingga ke hembusan nafas kita yang terakhir.
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
🔥2 TRICK MENENTUKAN CONTENT ANDA VIRAL DEKAT SOCMED🔥

Penat kan asyik borak pasal content. Tapi tanpa content susah anda nak naikkan branding awareness, tanpa content susah nak naikkan trust dekat brand anda .

Apply 2 benda ni confirm algorithm akan berpihak kepada anda. Audience pun akan stick tengok sampai habis.
Selamat tahun baharu 2024.

Sahabat,

Terima kasih telah berbagi tawa, cerita, dan perjuangan bersamaku.

Semoga tahun ini membawa kebahagiaan dan kejayaan untuk kita semua.
APA YANG PERLU KITA BELAJAR DARI GAMBAR DI ATAS??!

Kehidupan kita boleh berubah apabila kita fokus dengan melakukan penambahbaikan sepanjang tahun.

Fokuskan setahun untuk baiki semula diri kita. Untuk latih diri kita menjadi orang yang SUPERB pada masa akan datang🔥
ZIKIR PENENANG HATI

Kalimat yang ringkas, tetapi memiliki makna dan keistimewaan yang luar biasa bagi sesiapa yang mengamalkannya.

Jom amalkan zikir ini dalam kehidupan seharian kita. Semoga kita dimasukkan dalam syurga Allah SWT.
KENAPA KITA DIUJI?

Allah menjadikan kematian dan kehidupan dengan tujuan untuk menguji siapakah makhluk ciptaanNya yang paling baik amalnya.

Setiap manusia akan melalui ujian saringan bagi mengenalpasti siapakah yang paling taat dan ikhlas dalam beramal.

#ujiantandaallahsayang
Ada 2 jenis individu yang selalu kita lihat.

Yang pertama adalah jenis ‘Thinker’..berfikir punya berfikir.. tapi tak buat-buat tindakan.

Yang kedua adalah jeni ‘Doer’.. Orang yang macam ni dia terus buat tindakan.

Berfikir itu bagus. Tapi terlalu banyak berfikir pun tak okay juga sampai kita tak buat tindakan. Betul tak?
Hidup kita hanya ada butang play. Tiada butang ‘pause’ ataupun butang ‘rewind’.

Setiap perkara yang kita lakukan akan menentukan baik dan buruk kehidupan kita. Sebab tu, nak buat apa pun kita kena berfikir, buat planning.

Sebab, once kita dah bergerak, kita takkan boleh berhenti sekejap atau patah balik. Fikir baik-baik setiap keputusan yang diambil. Kerana a penentu jalan hidup anda😊🔥
TARGET🎯

Apabila kita ada target, ia umpama kita sudah mengimaginasikan jalan-jalan yang kita bakal lalui.

Sudah ada plan dalam kepala kita bagaimana kita nak capai target yang telah kita set kan. Sebab itu la journey mereka ini laju.
KEJAYAAN ANDA BERMULA DARIPADA ANDA SENDIRI👊🏻🔥

Iya betul, kejayaan anda adalah bermula daripada diri anda sendiri, bukan kawan anda, bukan guru anda, bukan family anda atau bukan dari siapa-siapa pun. Ia dari ANDA.

Jadi apa perlu buat…? PUSHH diri anda!
JANGAN MANJA❗️TOLAK diri anda sampai anda rasa puas dengan usaha anda. At least, you do something to make sure you success🔥

Hidup anda memang tanggungjawab anda. Nak apa-apa pencapaian?? Push yourself to the limit. Okayyy👌🏻⁉️
6 Amalan Rasulullah SAW Setelah Bangun Tidur

1️⃣ Membaca doa bangun dari tidur
2️⃣ Membaca 10 ayat terakhir Surah Ali 'Imran
3️⃣ Mencuci kedua tangan sebanyak 3 kali
4️⃣ Menghirup air ke hidung (Istinsyaq) dan mengeluarkannya (Istintsar)
5️⃣ Membersihkan mulut dengan siwak
6️⃣ Berwudhu'

Selamat beramal.
2025/07/10 22:09:33
Back to Top
HTML Embed Code: