Jangan membanding - bandingkan posisimu di saat ini dengan orang lain.
Mereka punya jalan mereka sendiri, dan kita juga punya laluan kita sendiri.
Yang sampai lebih awal tak semesti pemenangnya,
Dan yang terlewat tak bermakna gagal pula.
Kita semua hanya manusia-manusia yang sedang berjuang dalam cerita masing-masing.
Pandanglah terus ke hadapan, dan teruskan perjalananmu.
Kelak kau juga akan menikmati hari kemenanganmu tanpa perlu melihat ke jendela orang lain.
Semua akan berlaku tepat pada masanya.
Percaya pada sempurnanya percaturan Dia,
setiap aturan hidupmu takkan ada yang awal, dan takkan ada yang terlewat meski sesaat
Tanpa izinnya Allah π₯°β¨
-- Rontaan Bisu π₯π

Ibu
Akan ada kah kesetiaan setulus ibu?
Masih wujud kah rindu setulus rindunya,
dan masih adakah cinta sesuci cintanya?
Kumpulkanlah kalimah-kalimah kasih seisi langit dan bumi itu, dan mengertilah bahawa ia tetap takkan pernah sama --
dengan nafas-nafas cinta yang dihembus dari jantung ibumu.

Tenang tenanglah. Teruntuk setiap kisah luka yang kau tangiskan itu, bukankah ia ditulis oleh Allah, Tuhan sebaik-baik pengkarya takdir?
Takkan sengaja Dia menggoreskan luka. Takkan sengaja Dia mahu menumpahkan air mata. Takkan sengaja Dia menuangkan duka. Hanya saja, itu caranya Dia mencinta. Melindungi dan menjaga. Membawa kamu pulang pada-Nya, meneguk kenikmatan cinta abadi dan meninggalkan hina dinanya cinta Dunia.
Bertenanglah. Takkan kau lemah dan dibiarkan sejuk sendiri dalam badai hujan itu. Dia hanya mahu menyuburkan tanaman di tanah daerah hidupmu, bukan melemaskan kamu. Takkan kau mati disengat panasnya mentari. Dia cuma mahu memberikan kau hidup, bukan menyiksamu.
Di setiap penangguhan impian, ada kebaikan yang sedang Dia simpan. Di setiap kehilangan, ada ganti dan hikmah yang menantimu di hadapan. Di setiap doa yang kau rasa tidak dikabulkan, ada jawapan paling indah sedang Dia tunggu untuk diberikan padamu saat kau benar-benar memerlukan.
Bertenanglah. Hidupmu di dunia adalah untuk menyembah Dia. Mengabdi pada Nya. Maka hiduplah, berilah kepercayaan Mu pada Dia. Kau takkan sesekali kecewa. Hanya Dia tempat segala kecewa dan tawa berpulang.
Biarlah disiat sejuta luka hingga hati berdarah sedarah-darahnya. Biarlah dihempas pulas henyak dan direjam, asalkan dalam hati kita ada rasa cinta pada Dia. Maka takkan terasa sakitnya luka,yang ada hanya bahagia. Kerana semuanya, Hanya untuk Dia. Selamanya Dia. Dan hanya Dia.
Ψ§ΩΩΩ β€οΈβπ©Ή

26 Julai ,
Selamat Ulangtahun Kelahiran yang ke 2, Rontaan Bisu π€Semoga terus membesar dengan sihat dan comel ya π«

" Kerana Rasulullah sudah merasai semua jenis ujian yang ada di muka bumi. Akan kah ada manusia yang lebih memahami keadaanmu melebihi baginda? "
Rasulullah,
Mata masih belum pernah bertemu namun kau sudah terlebih dahulu mengucapkan rindu.
Raga masih belum pernah bersua, namun kau sudah terlebih dahulu mengirimkan doa.
Kata masih belum pernah bersapa, namun kau sudah terlebih dahulu menghadiahkan cinta.
Ya Allah, kami tahu betapa diri ini tak layak untuk menerima agungnya kasih baginda.. namun terima lah secebis cinta dari insan yang hina ini, dan terima lah selawat rindu kami..
Jemputlah kami ke bumi Nabawi.
Jemputlah kami untuk terus merindui Nabi.
Satukan lah kami di taman syurgawi..
Salam Maulidur Rasul 1446 H π«π€

Jika mengaku cinta nabimu ,
Setiap sunnah pasti dilaku ,
Lafaz Selawat menjadi candu
Disebut nama pasti merindu.
Namun jika tiada,
Mana mungkin cinta namanya
Mungkinkah pengakuan itu ,
Hanyalah pendustaan cuma. βΊοΈ
Ψ§ΩΩΩΩ Ψ΅Ω ΨΉΩΩ Ψ³ΩΨ―ΩΨ§ Ω ΨΩ Ψ― ! π«β€οΈβπ©Ή

Di saat kamu merasa gagal,
Ingatlah bahawa dahulu kamu pun pernah terjatuh,
bahkan mungkin lebih dalam dari yang ini
Namun bukankah pada saat itu kakimu bangkit jua,
Kembali berjalan dan kemudiannya berlari,
Hingga akhirnya dirimu mampu sampai ke saat ini?
Di saat kamu merasa tertinggal,
Ingatkah dulu kamu pernah juga merasa jauh dari anak tangga mereka yang lain,
Namun bukankah pada akhirnya kamu tetap menjadi seorang insan yang berjaya,
Dengan cara mu yang tersendiri?
Mungkin dari kisah kisah ini, kita jadi menyedari --
bahawa garis masamu tak perlu sama dengan siapa siapa.
Kamu dan mereka punya potensi yang berbeza-beza ,
Cerita dan rezeki yang ditetapkan oleh Tuhan yang paling tahu segala.
Maka tak perlu lah siksa jiwamu lagi ,
Bertanya mengapa kau masih belum ada apa yang mereka punya.
Walhal kau bukannya tak layak memilikinya ,
Kau tetap akan menggapainya,
Kelak apabila telah tiba masanya.
Teruntuk hari hari hujan mu,
Hari di mana kamu terus mempersoalkan nilai dirimu,
Hari di saat kau membenci kesilapanmu,
Hari di saat kau kecewa dengan hidupmu,
Sudahlah.
Tak perlu merasa kecil dan kerdil lagi.
Buat sahaja yang terbaik,
Kerana Allah.
Buat saja yang terbaik, sekadar habis mampumu.
Buat saja yang terbaik, untuk dirimu.
Dan lepaskan saja yang selebihnya kepada Tuhan.
Sahabatku,
Tersenyum lah semula, dan ketahuilah, bahawa
Kau tak pernah gagal
Kau tak pernah tertinggal
Dan kau tak pernah terlewat.
Kau hanya sedang belajar, di sekolah kehidupan.

Jika benar hidup dan matimu adalah untuk Allah,
Mengapa jalur hidupmu kau atur demi meraih pandangan manusia?
Jika benar destinasi yang kau tuju adalah syurga,
Mengapa setiap tindakmu hanya menuju gemerlap nafsu dunia?
Jika benar setiap apa yang kau buat dalam hidup ini adalah untuk redha Allah,
Maka mengapa kata-kata manusia yang buat kau terluka?
Jika benar Cinta Allah yang sedang kau buru,
Maka mengapa kebencian manusia buat kau berundur dalam perjuangan mendapatkan Cinta itu?
Jika benar darah dan nyawamu adalah untuk agama
Maka mengapa kau peduli dengan kata-kata cemuh manusia?
Jika benar tujuan hidupmu adalah menyembah yang Esa,
Mengapa pula kau biar hatimu bersujud pada manusia yang hina?
Jika benar kau kata nawaitu mu adalah untuk Dia,
Mengapa kau terkesan tatkala tindakmu dihakimi prejudis manusia ?
Jika benar semuanya hanya untuk Dia,
Maka mengapa?
Mengapa kulihat katamu hanya dusta?

Kita takkan faham apa erti ketenangan yang sebenarnya, sampailah kita betul ii luruskan niat dan tujuan hidup kita untuk tujuan yang tepat,
Iaitu menggapai redha Allah semata-mata.
Bila fikir balik, betul memang penat sebenarnya kalau kita nak habiskan umur kita, korbankan semua impian, harapan dan susunan kehidupan kita untuk puaskan hati manusia di sekeliling kita.
Kalau fokus kita untuk nak buat apa apa pun , semua nak kira pandangan orang lain, maka kita akan kehilangan prinsip dan diri kita sendiri. Kita akan hilang kebahagiaan, kita takkan pernah tenang. Sebab sekuat mana pun kita mencuba untuk buat yang terbaik, manusia tetap akan ada yang tak suka dan manusia tetap akan ada yang merasa tak kena.
Sebab tu kita kena luruskan niat hidup, hanya untuk mencapai redha Allah. Maka kalau hal tu baik di mata Dia, maka buat ja. Selagi mana ia baik di sisi agama, tekadkan hati dan teruskan saja.
Hidup kita milik kita, bukan milik mereka. Maka hiduplah dengan benar, fokus lah pada hal yang boleh membahagiakan hati kita.
Cukuplah redha Allah yang kita kejar. Dengan jalan ni.. Maka kita akan tenang. Tak gundah lagi jika manusia ada yang tak suka, sebab kita tau pada akhirnya yang kena hadap hidup kita adalah kita, hanya kita.
Dan kita tau destinasi akhir kita, kita hanya nak berjumpa Allah dengan hati yang bahagia. β€οΈ
Baik atau buruk,
Biarlah Allah yang mengukurnya,
Biar aturan agama menjadi neraca nya.
Jangan risau akan pandangan manusia
Kerana sifat makhluk, ada yang benci, ada yang suka.
Yang kita perlu buat hanyalah..
Buatlah pilihan yang terbaik diri kita,
Terbaik untuk kehidupan di dunia , dan terbaik untuk hidup kita yang di sana pastinya β€οΈ

Umurmu masih muda, teman.
Jangan dihabiskan dengan sendu dan tangisan
Syukuri saja setiap kisah kehidupan ,
Setiap salah, dan kesilapan.
Kerana itu semua adalah hadiah dari Tuhan,
untuk membentukmu menjadi manusia dewasa yang tahan ujian.
Tak usah berlama lama di sudut penyesalan itu,
Lepaskan saja semuanya
Ikhlaskan saja setiapnya.
Kerana hanya melalui jalan itu,
Kau kan menemukan --
hikmah bahagia yang tersimpan itu.
Kuat-kuat ya selalu ! ππ€

Memilih untuk hidup dalam dendam itu hakikatnya merupakan satu cara menyiksa diri yang paling nyata.
Entah apa yang kita dapat dengan terus menyiksa hati dan fikiran, mengenangkan luka dan kejahatan yang pernah manusia berikan kepada kita,
walhal boleh jadi sang pelaku itu sudah melupakannya, dan bahagia dengan hidupnya. Namun mengapa kita yang mangsa, memilih untuk terus 'memangsa' kan diri kita sendiri?
Memaafkan dan mengikhlaskan itu mungkin terlihat berat, namun itulah hal yang akan paling meringankan beban hidup kita sebenarnya.
Bersangka baik pada Allah bahawa apa yang berlaku itu pasti ada buahnya, kita memilih untuk memaafkan bukan demi kebaikan mereka yang menyakiti, tapi demi kebaikan diri kita sendiri.
Demi hati dan jiwa yang tenang, tujuan hidup ini hanyalah untuk mencari redha Allah sahaja. Tujuannya adalah syurga. Maka mengapa buang masa pada manusia?
Dendam yang umpama bara itu boleh menghancurkan diri kita jauh lebih parah dari yang kita sangka. Maafkanlah, semesta tahu caranya membalas apa yang baik dan apa yang sebaliknya.
Bukan tugas kita untuk melakukan itu semua. Kita hanya diminta untuk menjadi manusia yang tenang. Tenang dan redha walau apa sekalipun takdirnya.
Moga Allah penuhkan hati kita dengan cinta hanya pada-Nya.
Moga Allah bantu kita untuk ikhlas tak kira seberat mana pun dalamnya luka.
Moga Allah kurniakan kita hati yang lapang selamanya.
Aamiin, aamiin, aamiin. π€

Alhamdulillah alaa kulli hal. Terima kasih 2024. Akhirnya.. Bertambah lagi sebuah lembaran diari yang akan ditutup dalam sejarah kehidupan ini.
Semoga diari baru yang akan dibuka esok penuh dengan warna-warna yang indah. Semoga diari itu lebih bermanfaat, penuh seri dan kebaikan.
Moga diari itu mengandungi banyak perubahan, moga penuh dengan azam dan semangat baru yang dapat dicapai. Bukan sekadar azam basi yang ditinggalkan sepi tatkala hari menjengah ke pertengahan tahun.
Dan yang paling penting.. moga diari baru yang akan dibuka esok itu menjadi saksi semakin dekatnya kita dengan Allah swt, sang Pencipta Kehidupan dan Destinasi akhir tujuan. Kerana ingatlah,
" Tidaklah bertambahnya umur seseorang melainkan itu bermakna semakin dekatlah jaraknya dengan kematian. " π
2024, terima kasih atas segala pengajarannya.
Assalamualaikum 2025, salam perkenalan . π€π«

Eh, berdebu sungguh dah ya kamar ni. Pena berbunyi sunyi, dan kertas terbiar sepi.
Nampaknya sang Ilham masih tak jemu lagi eh main sembunyi-sembunyi ? :)
-- Rontaan Bisu π₯π
Nampaknya sang Ilham masih tak jemu lagi eh main sembunyi-sembunyi ? :)
-- Rontaan Bisu π₯π
Surat cinta daripada 4 Ramadhan π
Dan teruntuk setiap 'hari hujan' yang melanda rumah hatimu,
ketahuilah bahawa kau tak pernah bersendiri dalam setiap kedukaan itu.
Di saat kau merasa tidak ada yang menyedari akan hadirmu,
hakikatnya di sana selalu ada Allah yang sentiasa memeluk setiap lukamu.
Kadang, di saat jiwa dilanda kecewa, yang kau rasa mungkin hanya yang cela sahaja dari segala kisah yang ada
walhal, bukankah masih terlalu banyak canda dan tawa yang telah Dia hiaskan dalam harimu?
maka mengapa hanya kerana sedih yang satu buat kau merasa kau manusia paling dibenci oleh Nya?
Bukankah masih ada banyak keberuntungan yang engkau ada,
maka mengapa kerana kurangnya satu buat kau merasa kaulah manusia paling tak seberuntung yang lainnya?
Bukankah masih terlalu banyak kisah bahagia yang kau ada untuk disyukuri setiap saatnya,
maka mengapa kau memilih untuk meratapi yang gelap-gelap sahaja?
Tenanglah, teman
Bagaimana pandangan manusia padamu tidak akan menentukan apa-apa,
sebanyak mana harta yang kau ada juga tak menandakan sejauh mana Tuhan sedang cinta,
sebanyak mana keberuntungan yang kau ada di alam ini juga tak menandakan bahawa kau istimewa atau tercela.
Kau hanya ditentukan oleh pandanganmu pada dirimu sendiri.
Jika kau sendiri menganggap dirimu cukup, maka kau lah manusia paling kaya di dunia.
Jika kau sendiri menganggap dirimu berharga, maka kau lah manusia paling bahagia.
Jika kau sendiri menganggap hidupmu sempurna, maka itulah yang akan kau rasa di sepanjang jalannya..
Dirimu tidak dimiliki oleh sesiapa
Ia hanya dimiliki oleh Allah dan dirimu sendiri.
Maka fokus lah untuk meraih pandangan Dia, bukan pandangan manusia
Fokus lah untuk membahagiakan dirimu, bukan mereka yang lainnya
Kerana pada akhirnya...
Sekuat mana pun kita mencuba untuk memuaskan hati semua manusia,
kita tetap akan ' pergi ' , sedangkan manusia lain akan segera melupakan seolah kita tidak pernah pun ada..
Jadi, selalulah baik-baik pada hatimu sendiri ya! π₯°β€οΈ

Ramadhan adalah ubat hati paling mujarab kan? β€οΈπ₯°
-- Rontaan Bisu π₯π
-- Rontaan Bisu π₯π