Telegram Web
Rasulullah SAW bersabda:

“Barangsiapa melakukan puasa satu hari di jalan Allah (dalam melakukan ketaatan pada Allah / jihad ), maka Allah akan menjauhkannya dari neraka sejauh perjalanan 70 tahun”

(HR Bukhari)
Pahala Puasa dari Allah—

Rasulullah shalallahu alaihi wasallam bersabda:

"Semua amalan bani Adam dilipatgandakan 10 kali sampai 700 kali lipat, Allah berfirman: Kecuali puasa, kerana puasa adalah milikKu, dan Akulah yang membalasnya, dia telah meninggalkan syahwat dan makanan kerana Aku. Orang yang berpuasa memiliki dua kebahagiaan: bahagia saat berbuka, dan bahagia saat bertemu Rabbnya. Sungguh, bau mulut orang yang berpuasa lebih baik di sisi Allah daripada aroma minyak kasturi"

📚 Shahih Muslim (1151)
...Serahkan urusanmu kepada Allah dan bertawakallah kepada-Nya

Boleh jadi hari belakangan ini, masalah datang bertubi-tubi menerpa setiap sendi kehidupanmu.
.
Semoga Allah memudahkan urusanmu, memperbaikinya, & segera menyelesaikannya untukmu.
.
وَسَخَّرَ الشَّمْسَ وَالْقَمَرَ
dan Dia (Allah) menundukkan matahari dan bulan (Qs Luqman: 29)
.
Jikalau makhluk yang besar seperti itu mudah ditundukkan oleh-Nya, bagaimana dengan masalahmu?
.
(Ustaz Amrullah hafidzahullah)
💌.

Jika ingin di permudahkan segala urusan,
di keluarkan daripada ujian yang menyesakkan dada..

Perbanyakkan istigfar Dan selawat,

Walaupun Tengah berjalan,
Scroll media sosial, buat kerja rumah, memandu, Dll.. perbanyakkan selawat Dan istigfar Dari hati.

BERSABAR AKAN PAHIT TAKDIR

Berkata Syaikh Sulaiman Ar-Ruhaily Hafidzahullah,

"Kita bersabar akan pahitnya takdir, kerana yang menguji kita dengan musibah ini adalah Dia yang memberikan kepada kita seluruh nikmat."
الأرض لا تنسى جباه الساجدين؛ والليل لا ينسى أنين العابدين.

Bumi tak akan lupa dahi orang-orang yang bersujud. Dan malam tak akan lupa dengan ratapan para penyembah..


💌

Beberapa hari lagi kita bakal memasuki bulan Zulhijjah, bulan yang paling mulia dan dicintai oleh Allah SWT, 
.
Daripada Ibnu Umar r.a, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Tidak ada hari yang lebih besar di sisi Allah SWT dan beramal padanya lebih dikasihi oleh Allah dari hari-hari yang 10 ini. Maka perbanyakkanlah padanya bertahlil, bertakbir dan bertahmid”. (Riwayat Ahmad)
.

.
Jangan lupa bulan yang mulia bulan yang berlipat ganda pahala dan sesiapa berbuat dosa, Dosanya pun berlipat ganda.
“Tidak ada hari di mana amal shalih yang lebih dicintai oleh Allah melebihi amalan yang dilakukan pada 10 hari pertama Dzulhijjah. Para sahabat bertanya: ‘Tidak pula ditandingi dengan jihad fi sabilillah?’ Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam menjawab: ‘Jihad fi sabilillah juga tidak, kecuali jika orang tersebut keluar berjihad lalu sesuatu membahayakan diri dan hartanya lantas kembali dalam keadaan tidak membawa apa pun.”

(HR. Bukhari no. 969).
Solat = Menghadap Allah..
Menganti pakaian sebelum solat subuh, adalah adab kepada Allah...
Memakai pakaian yang wangi, bersih, rambut kemaskan... Bagi wanita telekung jangan sampai berminggu-minggu tak basuh.

Pesanan untuk Sy sebelum kalian...
💌

Ingatlah pesanan ini tatkala engkau merasa putus asa,

"Allah menyayangimu melebihi kasih sayang seorang ibu..."

Seorang hamba harus mengenal Rabb-nya, harus mengenal Allah, agar ia cinta kepada Allah dan Allah cinta kepadanya. Perlu diketahui dari salah satu sifat Allah bahawa Allah sangat sayang kepada hamba-Nya melebihi kasih sayang ibu kepada anaknya. Kita sangat tahu bagaimana kasih sayang seorang ibu kepada anaknya yang mungkin tidak ada tandingannya di dunia ini, akan tetapi kita sangat perlu tahu bahawa kasih sayang Allah melebihi itu semua.

Perhatikan hadits berikut, Dari Umar bin Al Khattab radhiallahu ‘anhu , beliau menuturkan:

ﻗﺪﻡ ﻋﻠﻰ ﺍﻟﻨﺒﻲ ﺻﻠﻰ ﺍﻟﻠﻪ ﻋﻠﻴﻪ ﻭﺳﻠﻢ ﺳﺒﻲ، ﻓﺈﺫﺍ ﺍﻣﺮﺃﺓ ﻣﻦ ﺍﻟﺴﺒﻲ ﻗﺪ ﺗﺤﻠﺐ ﺛﺪﻳﻬﺎ ﺗﺴﻘﻲ، ﺇﺫﺍ ﻭﺟﺪﺕ ﺻﺒﻴﺎً ﻓﻲ
ﺍﻟﺴﺒﻲ ﺃﺧﺬﺗﻪ، ﻓﺄﻟﺼﻘﺘﻪ ﺑﺒﻄﻨﻬﺎ ﻭﺃﺭﺿﻌﺘﻪ، ﻓﻘﺎﻝ ﻟﻨﺎ ﺍﻟﻨﺒﻲ ﺻﻠﻰ ﺍﻟﻠﻪ ﻋﻠﻴﻪ ﻭﺳﻠﻢ : (ﺃﺗﺮﻭﻥ ﻫﺬﻩ ﻃﺎﺭﺣﺔ ﻭﻟﺪﻫﺎ ﻓﻲ ﺍﻟﻨﺎﺭ ). ﻗﻠﻨﺎ: ﻻ، ﻭﻫﻲ ﺗﻘﺪﺭ ﻋﻠﻰ ﺃﻥ ﻻ ﺗﻄﺮﺣﻪ، ﻓﻘﺎﻝ: (ﻟﻠﻪ ﺃﺭﺣﻢ ﺑﻌﺒﺎﺩﻩ ﻣﻦ ﻫﺬﻩ ﺑﻮﻟﺪﻫﺎ

Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam kedatangan rombongan tawanan perang. Di tengah-tengah rombongan itu ada seorang ibu yang sedang mencari-cari bayinya.
Tatkala dia berhasil menemukan bayinya di antara tawanan itu, maka dia pun memeluknya erat-erat ke tubuhnya dan menyusuinya.

Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bertanya kepada kami,
“Apakah menurut kalian ibu ini akan sanggup melemparkan anaknya ke dalam kobaran api?”

Kami menjawab, “Tidak mungkin, demi Allah. Sementara dia sanggup untuk mencegah bayinya terlempar ke dalamnya.”
Maka Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda,

“Sungguh Allah lebih sayang kepada hamba-hamba-Nya daripada ibu ini kepada anaknya.”

(HR. Bukhari dan Muslim)
Seandainya kamu tahu cepatnya manusia melupakanmu setelah kamu meninggal, sungguh kamu tidak akan hidup melainkan untuk menyenangkan Allah.
Hari Yang Lebih Baik Dari Jihad
===============
1. Esok lusa merupakan hari pertama bulan Zulhijjah. Tahukah anda bahawa 10 hari pertama dari bulan Zulhijjah ini dapat memberikan pahala yang lebih besar dari Jihad? Sabda Rasulullah:

مَا الْعَمَلُ فِي أَيَّامِ الْعَشْرِ أَفْضَلَ مِنَ الْعَمَلِ فِي هَذِهِ ‏”‌‏.‏ قَالُوا وَلاَ الْجِهَادُ قَالَ ‏”‏ وَلاَ الْجِهَادُ، إِلاَّ رَجُلٌ خَرَجَ يُخَاطِرُ بِنَفْسِهِ وَمَالِهِ فَلَمْ يَرْجِعْ بِشَىْءٍ ‏”‌‏.‏

“Tiada amalan yang dilakukan pada hari lain yang lebih baik daripada amalan pada 10 hari ini. Para sahabat bertanya: Walaupun Jihad? Baginda menjawab: Tidak juga Jihad, kecuali jika seseorang keluar dengan nyawa dan hartanya dan tidak kembali lagi. (HR al-Bukhari)

2. Mengapa 10 hari pertama Zulhijjah ini lebih baik dari Jihad? Menurut al-Imam Ibn Hajar:

والذي يظهر أن السبب في امتياز عشر ذي الحجة لمكان اجتماع أمهات العبادة فيه ، وهي الصلاة والصيام والصدقة والحج ، ولا يتأتى ذلك في غيره

“Secara zahirnya, sebab yang menjadikan 10 hari pertama Zulhijjah ini lebih utama dari yang lain kerana 10 hari ini menghimpunkan semua amalan utama di dalam Islam iaitu solat, puasa, sedeqah dan haji. Himpunan amalan-amalan ini tidak berlaku dalam hari-hari yang lain. (Fath al-Bari)

3. Dengan sebab itu Rasulullah mengangkat hari-hari ini sebagai hari yang paling baik dalam setahun. Sabda Rasulullah:

أَفْضَلُ أَيَّامِ الدُّنْيَا أَيَّامُ الْعَشْرِ

“Sebaik-baik hari dalam dunia ini adalah 10 hari ini.”

4. Sehingga atas dasar itu al-Imam Ibn Taimiyyah menganggap 10 hari pertama ini lebih utama dari 10 hari terakhir dari bulan Ramadan. Kata beliau:

أيام عشر ذي الحجة أفضل من أيام العشر من رمضان والليالي العشر الأواخر من رمضان أفضل من ليالي عشر ذي الحجة

Sepuluh hari awal Zulhijjah lebih afdal daripada sepuluh hari akhir Ramadhan, dan malam sepuluh akhir Ramadhan, lebih afdal daripada malam sepuluh awal Zulhijjah. [Majmu’ al-Fatawa, jilid 25, m/s 287]

5. Atas dasar itu Rasulullah meletakkan hari ini sebagai hari yang mesti dipertingkatkan amalan harian kita. Baginda melihatnya sebagai hari yang sangat dicintai oleh Allah. Sabda Rasulullah:

ما من أيام أعظم عند الله سبحانه ولا أحب إليه العمل فيهن من هذه الأيام العشر. فأكثروا فيهن من التهليل والتكبير والتحميد

“Tidak ada hari yang lebih besar di sisi Allah dan tidak ada hari yang lebih disayangi oleh Allah supaya kita beramal di dalamnya melainkan pada 10 hari ini. Maka perbanyakkanlah bertahlil, bertakbir dan bertahmid” (HR al-Tabrani)

Semoga Allah membimbing kita

(Dr. Ahmad Sanusi Azmi)
"6 AMALAN WAJIB DIAMALKAN 10 HARI AWAL ZULHIJJAH" | USTAZ WADI ANNUAR…
Medan Dakwah
6 Amalan Wajib Di Awal Bulan Zulhijjah.

(Ustaz Wadi Annuar...)
Ketika tenggelamnya matahari Pada hari ini kita telah memasuki bulan zulhijjah,

Bulan yang paling mulia...

Rasakan saat kita wudhu dan solat maghrib kita berada di bulan zulhijjah...
Bulan yang terbaik yang di mana ketika kita melakukan sesuatu amalan, amalan itu akan bertukar menjadi amalan yang paling Allah cintai... 
Setiap kita dipermudahkan Dan dikurniakan melakukan berbagai-bagai amalan-amalan shalih, jika tidak mampu melakukan semuanya, jangan tinggalkan semuanya...

Demikianlah amalan-amalan yang dapat dilakukan di Awal Bulan zulhijjah ini, daripada Shaikh shalih Al-Munajjid حافظه الله...

Disampaikan semula oleh Al-fadhilah Ustazah Khanza Elzahida حافظه الله...

(Maaf ada beberapa amalan yang tidak sempat Sy type kerana ustazah menyampaikan dengan sangat cepat MasyaAllah moga Allah memberkati ustazah selalu)
2024/11/19 17:20:34
Back to Top
HTML Embed Code: