Telegram Web
SOAL JAWAB AGAMA

SOALAN: Ketika seorang itu sedang junub diharamkan membaca Quran. Bagaimana kalau orang yang junub itu berzikir adakah diharamkan juga?

JAWAPAN: Harus hukumnya disisi syarak berzikir menyebut Allah bagi orang yang sedang berhadas besar seperti junub, haidh dan nifas kerana sungguhnya perintah berzikir itu datang ia secara mutlak tanpa ada dikaitkan dengan berhadas atau suci.

Dan adalah Nabi SAW sentiasa berzikir menyebut Allah pada sekelian gerak dan diamnya dan pada sekelian keadaannya.

Telah diriwayatkan dari Aisyah r.a. berkata:

ูƒุงู† ุฑุณูˆู„ู ุงู„ู„ู‡ ุตู„ู‰ ุงู„ู„ู‡ ุนู„ูŠู‡ ูˆุขู„ู‡ ูˆุณู„ู… ูŠุฐูƒุฑู ุงู„ู„ู‡ ุนุฒูŽู‘ ูˆุฌู„ูŽู‘ ุนู„ู‰ ูƒู„ูู‘ ุฃุญูŠูŽุงู†ู‡

Maksudnya: โ€œAdalah Rasulullah SAW berzikir menyebut Allah Azza Wa Jalla atas setiap keadaannya.โ€ [Hadis Riwayat Imam Muslim]

Yang dilarang ke atas orang yang berhadas besar hanyalah membaca Quran. Ada pun selain dari membaca Quran seperti berzikir dan selawat dan istighfar dan doa dan seumpamanya maka tidak ada larangan dengan ijmak ulamak.

Telah berkata Imam Nawawi:

ุฃุฌู…ุน ุงู„ุนู„ู…ุงุกู ุนู„ู‰ ุฌูˆุงุฒ ุงู„ุฐูƒุฑ ุจุงู„ู‚ู„ุจ ูˆุงู„ู„ุณุงู† ู„ู„ู…ูุญู’ุฏูุซ ูˆุงู„ุฌูู†ุจ ูˆุงู„ุญุงุฆุถ ูˆุงู„ู†ูุณุงุกุŒ ูˆุฐู„ูƒ ููŠ ุงู„ุชุณุจูŠุญ ูˆุงู„ุชู‡ู„ูŠู„ ูˆุงู„ุชุญู…ูŠุฏ ูˆุงู„ุชูƒุจูŠุฑ ูˆุงู„ุตู„ุงุฉ ุนู„ู‰ ุฑุณูˆู„ ุงู„ู„ู‡ ุตู„ู‰ ุงู„ู„ู‡ ุนู„ูŠู‡ ูˆุขู„ู‡ ูˆุณู„ู… ูˆุงู„ุฏุนุงุก ูˆุบูŠุฑ ุฐู„ูƒ

Maksudnya: โ€œTelah ijmak oleh para ulamak atas harus berzikir dengan hati dan lisan bagi orang yang berhadas dan yang junub dan haidh dan nifas. Zikir itu ialah tasbih dan tahlil dan tahmid dan takbir dan selawat ke atas Rasulullah SAW dan doa dan lain dari yang demikian itu.โ€ [Kitab Al-Azkaar]

Wallahuaโ€™lam

Follow Instagram:
instagram.com/firdausraizen

@thepensilkayuofficial
SOAL JAWAB AGAMA

SOALAN: Saya seorang isteri yang bekerja dengan izin suami saya dan mempunyai pendapatan bulanan. Yang menjadi persoalan ialah suami saya membuat peraturan yang mana dia akan simpan separuh dari gaji yang saya terima dan separuh lagi untuk perbelanjaan tapi saya tidak setuju.

Adakah suami berhak atas duit isteri?

JAWAPAN: Peraturan syarak menetapkan dalam pendapatan isteri itu suami tidak ada hak atasnya manakala dalam pendapatan suami itu isteri ada hak atasnya.

Tersebut pada kitab Al-Mausuโ€™atul Fiqhiyah:

ุฐู‡ุจ ุฌู…ู‡ูˆุฑ ุงู„ูู‚ู‡ุงุก (ุงู„ุญู†ููŠู‘ุฉ ูˆุงู„ุดู‘ุงูุนูŠู‘ุฉ ูˆู‡ูˆ ุงู„ุฑู‘ุงุฌุญ ุนู†ุฏ ุงู„ุญู†ุงุจู„ุฉ) ุฅู„ู‰ ุฃู†ู‘ ุงู„ู…ุฑุฃุฉ ุงู„ุจุงู„ุบุฉ ุงู„ุฑู‘ุดูŠุฏุฉ ู„ู‡ุง ุญู‚ู‘ ุงู„ุชู‘ุตุฑู‘ู ููŠ ู…ุงู„ู‡ุงุŒ ุจุงู„ุชู‘ุจุฑู‘ุนุŒ ุฃูˆ ุงู„ู…ุนุงูˆุถุฉุŒ ุณูˆุงุก ุฃูƒุงู†ุช ู…ุชุฒูˆู‘ุฌุฉู‹ุŒ ุฃู… ุบูŠุฑ ู…ุชุฒูˆู‘ุฌุฉ. ูˆุนู„ู‰ ุฐู„ูƒ ูุงู„ุฒู‘ูˆุฌุฉ ู„ุง ุชุญุชุงุฌ ุฅู„ู‰ ุฅุฐู† ุฒูˆุฌู‡ุง ููŠ ุงู„ุชู‘ุตุฏู‘ู‚ ู…ู† ู…ุงู„ู‡ุง

Maksudnya: โ€œTelah berjalan oleh majoriti ulamak mazhab Hanafi dan Syafie dan yang paling kuat disisi mazhab Hanbali kepada bahawasanya perempuan yang telah baligh dan cerdik adalah dia berhak membelanjakan hartanya sendiri dengan bersedekah atau berjual beli samada perempuan tersebut sudah berkahwin atau belum berkhawin. Dan atas yang demikian itulah tidak wajib atas perempuan itu meminta izin suaminya jika dia hendak bersedekah.โ€

Kesimpulan
Jika isteri tidak bersetuju wangnya diambil oleh suami maka suami tidak boleh mengambilnya.

Isteri boleh membelanjakan wangnya sendiri tanpa wajib meminta izin suaminya terlebih dulu tetapi sunat isteri memberitahu suaminya tentang perbelanjaannya.

Ada pun jika isteri mahu berbelanja wangnya sendiri kepada perkara lagha atau perkara maksiat maka suami ada hak melarangnya dan isteri wajib taat apabila suaminya melarang pada masalah seperti ini.

Wallahuaโ€™lam

Follow Instagram:
instagram.com/firdausraizen

@thepensilkayuofficial
SOAL JAWAB AGAMA

SOALAN: Adakah boleh membawa masuk ke dalam tandas telefon pintar yang ada di dalamnya aplikasi Quran?

JAWAPAN: Dilarang membawa suatu yang ada tertulis padanya ayat-ayat Quran atau hadis atau nama-nama Allah dan yang seumpamanya.

Oleh itu jika ada di dalam telefon seseorang aplikasi Al-Quran dan hendak dibawa masuk ke dalam tandas nescaya hendaklah ditutup dahulu sampai hilang segala ayat-ayat Quran dari paparan pada telefonnya itu.

Tersebut pada kitab Iโ€™anah At-Talibin:

{ู‚ูˆู„ู‡ ูˆูŠู†ุญู‰ ุงู„ุฎ } ุฃู‰ ูˆูŠู†ุฏุจ ู„ู‡ ุงู† ูŠู†ุญู‰ ุฃู‰ ูŠุฒูŠู„ ู…ู†ู‡ ุดูŠุก ุงู„ุฐูŠ ูƒุชุจ ุนู„ูŠู‡ ู…ุนุธู… ูˆุฐู„ูƒ ู„ู…ุง ุตุญ ุฃู†ู‡ ุตู„ู‰ ุงู„ู„ู‡ ุนู„ูŠู‡ ูˆุณู„ู… ูƒุงู† ุฅุฐุง ุฏุฎู„ ุงู„ุฎู„ุงุก ูˆุถุน ุฎุงุชู…ู‡ ูˆูƒุงู† ู†ู‚ุดู‡ ู…ุญู…ุฏ ุฑุณูˆู„ ุงู„ู„ู‡ุŒ ู…ุญู…ุฏ ุณุทุฑ ูˆุฑุณูˆู„ ุณุทุฑ ูˆุงู„ู„ู‡ ุณุทุฑ ูˆููŠ ู…ุบู†ูŠ ู…ุงู†ุตู‡ ูˆู‡ุฐ ุงู„ุฃุฏุจ ู…ุณุชุญุจ

Maksudnya: โ€œDisunatkan baginya menghilangkan suatu yang tertulis padanya suatu yang dimuliakan kerana Nabi SAW adalah apabila memasuki tandas ditanggalkan dulu cincinnya yang tertulis Muhammad Rasulullah.โ€

Wallahuaโ€™lam

Follow Instagram:
instagram.com/firdausraizen

@thepensilkayuofficial
SOAL JAWAB AGAMA

SOALAN: Ketika seorang sedang duduk membaca tahyat kemana matanya kena lihat dan masa mana angkat jarinya?

JAWAPAN: Ketika duduk membaca tahyat disunatkan meletakkan kedua tapak tangannya di atas pahanya dan digenggam jari kanannya melainkan jari telunjuknya diluruskan mengadap kiblat.

Apabila membaca syahadah maka diangkat jari telunjuk sampai kepada salam.

Ada pun matanya hendaklah ditumpukan kepada jari telunjuknya itu dari awal tahyat sampai kepada akhirnya.

Jika jari telunjuknya tidak boleh diangkat sebab sakit umpamanya maka tidak perlu diisyaratkan dengan jari yang lain.

Berkata Imam Nawawi:

ู‚ุงู„ ุฃุตุญุงุจู†ุง : ูŠุดูŠุฑ ุนู†ุฏ ู‚ูˆู„ู‡ : ( ุฅู„ุง ุงู„ู„ู‡ ) ู…ู† ุงู„ุดู‡ุงุฏุฉ ุŒ ูˆูŠุดูŠุฑ ุจู…ุณุจุญุฉ ุงู„ูŠู…ู†ู‰ ู„ุง ุบูŠุฑ ุŒ ูู„ูˆ ูƒุงู†ุช ู…ู‚ุทูˆุนุฉ ุฃูˆ ุนู„ูŠู„ุฉ ู„ู… ูŠุดุฑ ุจุบูŠุฑู‡ุง ู„ุง ู…ู† ุงู„ุฃุตู„ ุจุงู„ูŠู…ู†ู‰ ูˆู„ุง ุงู„ูŠุณุฑู‰ ุŒ ูˆุงู„ุณู†ุฉ ุฃู† ู„ุง ูŠุฌุงูˆุฒ ุจุตุฑู‡ ุฅุดุงุฑุชู‡ ุŒ ูˆููŠู‡ ุญุฏูŠุซ ุตุญูŠุญ ููŠ ุณู†ู† ุฃุจูŠ ุฏุงูˆุฏ ูˆูŠุดูŠุฑ ุจู‡ุง ู…ูˆุฌู‡ุฉ ุฅู„ู‰ ุงู„ู‚ุจู„ุฉ ุŒ ูˆูŠู†ูˆูŠ ุจุงู„ุฅุดุงุฑุฉ ุงู„ุชูˆุญูŠุฏ ูˆุงู„ุฅุฎู„ุงุต . ูˆุงู„ู„ู‡ ุฃุนู„ู… .

Maksudnya: โ€œDan telah berkata Ashab kami disunatkan mengisyaratkan ketika membaca ุฅู„ุง ุงู„ู„ู‡ dalam syahadah dan hendaklah isyarat itu hanya dengan jari telunjuk tiada dengan jari lain. Maka andainya jari telunjuk seorang itu terpotong atau sakit maka tidak perlu diisyaratkan dengan jari yang lain samada kanan atau kiri.

Dan sunat matanya sentiasa meilhat isyarat jarinya itu. Dan pada hadis yang sahih pada sunan Abi Daud mengisyarat dengannya dianjurkan ke arah kiblat dan berniat dengan isyaratnya itu akan mengesakan Allah dan ikhlas.โ€ [Kitah Syarah Sahih Muslim]

Wallahua'lam

Follow Instagram:
instagram.com/firdausraizen

@thepensilkayuofficial
SOAL JAWAB AGAMA

SOALAN: Adakah harus orang Islam meminati pelakon atau penyanyi yang bukan Islam dan adakah ini dinamakan menyerupai orang bukan Islam?

JAWAPAN: Tidak haram orang Islam suka kepada sesuatu yang tidak haram yang dilakukan oleh orang kafir seperti sukakan melihat kepandaiannya bermain bola atau kehebatannya melukis atau bakatnya berlakon.

Yang diharamkan ialah meniru perangai orang kafir yang diminatinya itu seperti apabila yang diminatinya itu suka bercakap lucah maka dia ikut sama bercakap lucah atau yang diminatinya itu berpakaian mendedahkan aurat maka diikutnya sama atau yang diminatinya itu bebas bergaul lelaki perempuan maka dia pun ikut sama kerana minat yang sangat maka minat seperti ini adalah haram.

Berkata Al-Hafiz Imam Ibnu Hajar:

ู‚ูŽุงู„ูŽ ุงู„ุดูŽู‘ูŠู’ุฎู ุฃูŽุจููˆู’ ู…ูุญูŽู…ูŽู‘ุฏู ุจู’ู†ู ุฃูŽุจููŠ ุญูŽู…ู’ุฒูŽุฉูŽ ู†ูŽููŽุนูŽ ุงู„ู„ู‡ู ู…ูŽุง ู…ูู„ูŽุฎูŽู‘ุตูู‡ู ุธูŽุงู‡ูุฑู‹ุง ู„ูู„ูŽูู’ุธู ุงู„ุฒูŽู‘ุฌู’ุฑู ุนูŽู†ู ุงู„ุชูŽู‘ุดูŽุจูู‘ู‡ู ูููŠ ูƒูู„ูู‘ ุดูŽูŠู’ุฆูุŒ ูƒูŽุฐูŽุง ุนูุฑูููŽ ู…ูู†ูŽ ุงู’ู„ุฃูŽุฏูู„ูŽู‘ุฉู ุงู’ู„ุฃูุฎู’ุฑูŽู‰ ุฃูŽู†ูŽู‘ ุงู„ู’ู…ูุฑูŽุงุฏูŽ ุงู„ุชูŽู‘ุดูŽุจูู‘ู‡ู ูููŠ ุงู„ุฒูู‘ูŠูู‘ ูˆูŽุจูŽุนู’ุถู ุงู„ุตูู‘ููŽุงุชู ูˆูŽู†ูŽุญู’ูˆูู‡ูŽุง ู„ุงูŽ ุงู„ุชูŽู‘ุดูŽุจูู‘ู‡ู ูููŠ ุฃูู…ููˆู’ุฑู ุงู„ู’ุฎูŽูŠู’ุฑู.

Maksudnya: โ€œTelah menyebut oleh Syeikh Abu Muhammad bin Hamzah menurut zahirnya adalah dilarang dari menyerupai orang kafir dalam setiap hal yang bersamaan juga dalil-dalil yang lain. Yang dikehendaki dengan menyerupai orang kafir itu ialah pada cara berpakaian dan berhias dan beberapa sifatnya atau seumpamanya. Dan bukanlah larangan itu pada perkara kebaikan.โ€ [Fathul Baari]

Kesimpulan
Haram meniru perbuatan orang kafir yang bersalahan pada syarak samada kerana minat atau seumpamanya.

Jika meminati seseorang yang bukan Islam yang pandai atas melakukan sesuatu maka cukuplah sekadar pada bakatnya atau kepandaiaannya dan jangan diikut akan akhlaknya atau perangainya atau gaya hidupnya kerana orang Islam wajib berperangai dan berakhlak, berpakaian seperti orang Islam.

Wallahuaโ€™lam

Follow Instagram:
instagram.com/firdausraizen

@thepensilkayuofficial
Salam sejahtera, siapa berminat untuk mengambil alih channel ini sepenuhnya dengan berkongsi quotes menarik atau pengisian ilmiah

Boleh PM @@ahliseketeriatperkim_22

Thank you
ThePensilKayuOfficial๐Ÿ’• pinned ยซSalam sejahtera, siapa berminat untuk mengambil alih channel ini sepenuhnya dengan berkongsi quotes menarik atau pengisian ilmiah Boleh PM @@ahliseketeriatperkim_22 Thank youยป
Donโ€™t waste time worrying about people who donโ€™t like you. Spend time with people who accept you for who you are. They are the ones worth keeping in your life.

@thepensilkayuofficial
Bismillah doa untuk hari ini :

"Ya Allah, permudahkanlah apa yang sulit, lapangkanlah apa yang sempit"
ThePensilKayuOfficial๐Ÿ’• pinned ยซBismillah doa untuk hari ini : "Ya Allah, permudahkanlah apa yang sulit, lapangkanlah apa yang sempit"ยป
di belakang sahabat , ceritakanlah kebaikannya , sembunyikan aibnya . di hadapan sahabat , perbetulkanlah dia , nasihatilah dia , jangan khianat .
*[JOM KONGSI REZEKI BERSAMA ANAK YATIM ]โœจ*

Assalamualaikum wbt, Salam Sejahtera dan Saya Sayang USM ๐Ÿ’œ

Sukacita dimaklumkan bahawa *Persatuan Ilmu Kemanusiaan USM* akan menganjurkan program *Tabung Kebajikan PPIK: Tautan Mahabbah Ramadan*

Sehubungan dengan itu, *Persatuan Ilmu Kemanusiaan* dengan rasa rendah diri ingin memohon sumbangan daripada pihak Tuan/Puan/Mahasiswa/i USM dari segi kewangan untuk berkongsi rezeki dan bagi menjayakan program ini.

Sumbangan boleh disalurkan menerusi pengisian google form dibawah :

๐Ÿ”— https://forms.gle/5Mf45hmeUxbQqhdu6

๐Ÿ’กSetiap sumbangan yang diberikan akan memperoleh mata *MYCSD*

Sebarang pertanyaan, boleh hubungi:

โ˜Ž๏ธ Khaty : 014-9241227
โ˜Ž๏ธ Sebastian : 014-7838564

Sekian, terima kasih โค๏ธ

*Semoga dengan sumbangan pemberian yang diberikan akan melipatgandakan segala ganjaran dan pahala kita di akhirat kelak.*
Jom kita menyumbang, semoga sumbangan kita diberikan ganjaran oleh Allah, jom kejar 10 malam terakhir
Room for Rent
Pangsapuri Cemara, Bandar Sri Permaisuri
Malay female unit - Single room

In room got: mattress, bed sheet, pillow, table and chair, wardrobe, shampoo basket, laundry bag, mirror, dustbin, towel hanger

In house got: wifi, fridge, washing machine, water dispenser, induction cooker, water heater, shoes rack, iron, ampaian

Residential area facilitiez :
- Guard 24 jam, surau apartment
- Food Court
- Masjid (Jalan Kaki)
- Perhentian bas RAPID
- Taman Tasik Permaisuri, Bank, Stesen Minyak, Balai Polis, JPJ, Pos Malaysia, HUKM, IPG Kampus
- SK Seri Tasik, SMK Seri Tasik
- Stesen MRT dan Stesen KTM, LRT Salak Selatan (Jalan Kaki)

Accessibility :
- Lokasi Strategik Ke Pusat Bandar KL
- Lebuhraya Hubungan Timur - Barat
- Lebuhraya Sungai Besi
- Jalan Cheras
- Lebuhraya SMART
- Lebuhraya Kuala Lumpur - Seremban (PLUS)
- Lebuhraya KL - Putrajaya (MEX)

If anyone interested, kindly pm us

01121950967 (Anis)

https://wa.me/601121950967 - Anis
2025/03/12 04:01:32
Back to Top
HTML Embed Code: