Petang sebelum saya bertolak semula ke DQ JAKIM, saya dapat panggilan dari Jabatan Akademik DQ JAKIM yang memutuskan saya untuk tangguh sem disebabkan kesihatan saya masih kurang baik.
Sekali lagi terduduk longlai. Tak mengapalah ada hikmahnya nanti. Mama Papa sentiasa menyokong dan memberi semangat pada diri ini.
Saya tangguh sem hampir setahun. Waktu itu tahun 2015 bulan dan akan mula kembali belajar DQ JAKIM pada tahun hadapannya bersama kemasukan baru.
Alhamdulillah tahun 2015 pada bulan 5, saya meneruskan perjuangan saya di DQ JAKIM dan ulang kembali semester 1.
Saya fikirkan pelangi ke akhir rupanya sekali lagi Allah menguji saya dengan kesakitan dan perlu menjalani pembedahan pada semester 3.
Ulang alik ke hospital di Kelantan. Satu motivasi yang saya pegang adalah :
“Mungkin ini cara Allah nak hapuskan dosa sebelum bergelar al-Hafizah..”
Tetapi alhamdulillah pembedahan kali kedua itu tidak merebak seperti yang pertama. Saya dapat meneruskan perjuangan untuk bergelar al-Hafizah.
Tarikh 17/11/2017, saya menamatkan hafazan 30 juzuk dihadapan pensyarah tasmik iaitu Ustaz Abdul Najib.
Saya dihadiahkan oleh Mama sebentuk cincin sempena khatam hafazan 30 juzuk.
Tekad nak meneruskan belajar ke al-Azhar Mesir dalam bidang Qiraat.
Perjalanan belajar di Mesir tidaklah semanis apa yang dijangka. Alhamdulillah ketika di Mesir, saya mendapat biasiswa penuh SPH JAKIM.
Tahun terakhir saya di Mesir, kertas peperiksaan saya hilang dan terpaksa ulang peperiksaan kembali….
Nak sambungan lagi?
@iwanaaisyah
Cerita budak Qiraat

Tahun terakhir saya di Mesir, kertas peperiksaan saya hilang dan terpaksa ulang peperiksaan kembali.
Saya terpaksa lagi sekali ulang tahun untuk semata-mata ulang satu mata pelajaran yang kehilangan kertas peperiksaan itu.
Alhamdulillah, lulus dengan cemerlang di Mesir. Saya seorang yang lulus pada waktu itu.
Orang mungkin nampak sempurna pada kita. Mendapat kejayaan itu ini tapi orang tak tahu apa peritnya kita untuk lalui segala onak dan duri itu.
Ada satu kata-kata yang saya suka pegang :
“Kalau lihat sempurna dan seronoknya hidup seseorang, cuba tanya apa yang Allah telah ambil darinya?”
Ujian kita tak sama. Perjalanan ke syurga kita juga berbeza. Kenapa berbeza?
Ada orang diuji dengan anak, ada orang diuji dengan kesakitan, ada orang diuji dengan penceraian, ada orang diuji dengan kegagalan dan semuanya membawa kita menuju ke syurga.
Moga asbab setiap ujian yang kita sedang lalui menurunkan rahmat Allah dan asbab rahmat itu kita dapat masuk syurga, aamiin.
Percayalah, ujian yang kita lalui itu ikut kemampuan dan tahap keimanan kita. Makin beriman kita, makin kita diuji.
اَحَسِبَ النَّاسُ اَنْ يُّتْرَكُوْٓا اَنْ يَّقُوْلُوْٓا اٰمَنَّا وَهُمْ لَا يُفْتَنُوْنَ
“Apakah manusia mengira bahwa mereka akan dibiarkan hanya dengan mengatakan, “Kami telah beriman,” dan mereka tidak diuji?”
Surah Ankabut Ayat 2
@iwanaaisyah
Kisah kita tidak sama

Terima kasih semua sudi baca perjalanan saya waktu belajar. Moga sedikit sebanyak memberi inspirasi buat yang sedang diuji.
Kisah ini hanya 0.0000001% yang saya tuliskan dari kisah yang saya lalui.
Selebihnya, cukuplah menjadi pedomen buat diri saya teguh berdiri.
Kita hamba, selayaknya diuji.
Rebah, bangun, tersungkur, bangkit, termati jalan, cari jalan lain, dibuang, cari yang menghargai, terduduk, berdiri kembali, menangis hingga terasa pecah dada, kembali terukir senyuman.
Doakan saya menjadi permata agama dan al-Quran suatu masa kelak!

Selamat datang followers baru dan salam perkenalan!
Terima kasih sudi follow dan membaca penulisan saya.
Jadi molek benarlah saya memperkenalkan diri.
1) Nama diberi Iwana Aisyah binti Ab Halim. Anak jati Kelantan Darul Naim.
2) Saya mendapat pendidikan awal di Tabika Kemas Tok Guru Haji Awang Noh kemudian ke Sekolah Kebangsaan Beris Kubur Besar dan seterusnya ke Maahad Amir Indra Petra.
3) Saya merupakan graduan dari Darul Quran JAKIM, Selangor pada tahun 2018 dalam bidang Diploma Tahfiz wal Qiraat.
3) Saya merupakan graduan Ijazah Sarjana Muda dalam bidang al-Quran (Takhasus Qiraat) di al-Azhar Kaherah Mesir.
4) Sekarang saya sedang menyambung pengajian di peringkat master dalam bidang Dakwah dan al-Quran di UKM, Bangi. Doakan saya.
5) Alhamdulillah, saya telah terbitkan 2 buah buku. Satu ebook yang diberikan secara percuma dan satu buah buku fizikal bersama Telaga Biru.
Buku saya berkaitan bagaimana ingin menjadi ahli al-Quran yang bertajuk ‘ahli al-Qurankah aku?’
InshaAllah buku kedua saya bersama Telaga Biru akan diterbitkan tak lama lagi. Kali ini saya menulis tentang tadabbur al-Quran.
6) Saya sangat gemar berkongsi tentang al-Quran untuk mengajak masyarakat kembali kepada al-Quran dan mencintainya.
Saya ada visi misi yang ingin saya bawa ke medan masyarakat tentang al-Quran, Insha-Allah.
7) Saya merupakan pengasas dan pengurus Tibyan Centre. Kelas mengaji kami semuanya secara alam maya.
Alhamdulillah kini telah ada Pejabat Pengurusan Tibyan Centre yang berada di Kelantan. Doakan kami!
8)Saya juga sering mendapat jemputan talk di seluruh Malaysia untuk berkongsi tentang al-Quran.
9) Selitkan nama saya dalam doa kalian, boleh?
10) Doakan menjadi permata al-Quran suatu hari kelak.
Doakan saya konsisten menulis dan mengajak masyarakat lebih mencintai al-Quran.
Semoga kita menjadi ahli al-Quran dan berakhlak seperti akhlak al-Quran.
@iwanaaisyah
Hamba Ilahi

Iwana Aisyah Ab Halim pinned «Selamat datang followers baru dan salam perkenalan! Terima kasih sudi follow dan membaca penulisan saya. Jadi molek benarlah saya memperkenalkan diri. 1) Nama diberi Iwana Aisyah binti Ab Halim. Anak jati Kelantan Darul Naim. 2) Saya mendapat pendidikan…»

Dulu sewaktu di DQ JAKIM, masa saya banyak dihabiskan di masjid untuk menghafaz dan mengulang. Saya hanya pulang ke bilik untuk makan dan tidur malam saja.
Selebihnya memang di masjid. Saya akan tinggalkan handphone saya di bilik sebab nak betul-betul fokus pada hafazan al-Quran. Kalau nak ke kelas tasmik waktu pagi juga, saya tak akan bawa handphone ke kelas.
Teringat satu ayat yang sentap dari seorang murabbi sewaktu di DQ JAKIM :
“Agaknya kan kalau awak ada kekasih pastu tiba-tiba kekasih awak curang atau tak layan awak dengan baik, apa awak akan rasa?”
Terdiam mendengar soalan begitu.
“Mestilah marah, Ustaz. Cemburu kut.”
Jawab salah seorang daripada kami.
“Oh. Kalau begitu kenapa kamu tak boleh langsung tinggal handphone ketika sedang membaca al-Quran?”
Kami diam dan memberi perhatian kepada Ustaz.
“Kamu selalu merungut al-Quran itu susah nak ingat, susah nak hafaz, susah nak mengaji. Tapi adab kamu dengan al-Quran langsung tak di jaga.
Handphone di sebelah kamu ketika mengaji. Bila bunyi saja notification, kamu terus buka di hadapan al-Quran tanpa rasa sedikit bersalah.
Begitulah. Mengajinya hanya 10 minit, main hp kadang sampai 1 jam kemudian kembali sambung mengaji.”
Satu kelas mendiamkan diri.
“Jagalah adab depan al-Quran. Kita sedang berada bersama kalam daripada-Nya. Kalau dihadapan kekasih kita, kita cuba memberi sepenuh perhatian padanya. Kenapa tidak untuk al-Quran?
Tinggalkan duniawi sebentar untuk memberi perhatian sepenuhnya kepada al-Quran.
Jadilah al-Hafiz dan al-Hafizah yang penuh berakhlak. Kita tak perlukan al-Hafiz dan al-Hafizah hanya cair al-Quran di mulut sahaja. Tapi kita perlukan al -Hafiz dan al-Hafizah yang cantik akhlaknya, indah peribadinya, sejuk mata memandang.”
Kelak,
al-Quran akan memberi syafaat kepada kita. Tapi layanan kita sebegitu rupa, layakkah kita mendapat syafaatnya?
Buat yang sedang menghafaz al-Quran. Tinggalkan sekejap duniawi. Tinggalkan sekejap ‘jatuh cinta pada ajnabi’. Tinggalkan sekejap katil. Tinggalkan sekejap tidur yang enak itu.
Tumpukan sepenuhnya pada al-Quran. Kalian perlu mendidik diri kalian menjadi pejuang agama.
@iwanaaisyah
Zahirkan hafazanmu melalui akhlakmu.

Jom khatam al-Quran pada bulan ramadan bersama saya!
- Terhad 5 orang perempuan sahaja
- Bacaan yang baik
- Waktu selepas tarawih
- Satu hari satu juzuk
- Satu jam setiap hari
- 30 sesi pada bulan ramadan
Hubungi admin untuk pendaftaran :
https://www.wasap.my/601135982009/khatamramadanustazahiwana

WhatsApp.com
Tibyan Centre
Business Account
“Ajar al-Quran je pun..Mahalnya RM 15 satu sesi..”
Hari ini staff kami dapat mesej begini. Sebenarnya, ini bukan kali pertama kami menerima mesej begini. Kadang ada ayat lagi perit :
“Nanti tanggung lah di akhirat depan Allah sebab berkira untuk ajar al-Quran..”
Kadang sedih melihat pemikiran cetek begini. Terlalu berkira dalam soal agama. Terlalu berkira untuk al-Quran.
Sedangkan itulah yang akan menjadi syafaat kita di akhirat kelak.
Kalau begitu, hantar anak belajar menari, kelas muzik, kelas tuisyen dan apa jua kelas tak perlu lah bayar. Kan ilmu itu kena kongsikan.
Semudah itu mungkin mereka sangkakan.
Masuk kelas itu ini sanggup bayar beribu riban tetapi untuk kelas agama kita sangatlah berkira.
Tahu atau tidak, guru al-Quran juga isi minyak kereta guna duit, bayar rumah pakai duit, bayar internet pakai duit, beli pampers anak juga pakai duit dan semuanya pakai duit selagi hidup di dunia ini.
Itulah orang kata, kejahilan kita tak mampu dibayar kalau kita sendiri tak mahu berkorban sedikit untuk menjadi yang berilmu.
Guru agama itu sendiri, belajar tinggi-tinggi hingga tahap PhD juga semuanya menggunakan duit. Belajar ke luar negara juga kena pakai duit.
Sedih melihat zaman sekarang, terlalu berkira dalam soal agama.
Kalau buat secara percuma pun, bukannya bagi komitmen juga. Akhirnya guru sorang juga datang untuk mengajar, pelajarnya tak ada.
Kalau berbayar dikatakan ‘tak ikhlas dan jual agama’.
@iwanaaisyah
Kejahilan yang perlu dibayar dengan ilmu

Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
Kita hamba, selayaknya kita beradab bila meminta dengan Allah 🤍
Hanya kerana dia nampak tenang, nampak bahagia, tidak suka meluah pada makhluk. Menurut kita kehidupannnya lebih mudah dari kita. Menurut kita, dia sedang bahagia.
Terkadang kita rasa ‘bestnya jadi macam dia’ tapi kita tidak tahu gelombang yang menimpa dalam jiwanya. Seandainya kita tahu, pasti kita tak mahu berada ditempatnya.
Sedangkan ada banyak airmata yang tumpah disebaliknya. Terlalu banyak kesulitan yang dia sembunyikan dari orang lain kerana ingin mendidik dirinya untuk redha dan bersyukur.
Sedangkan yang ditunjukkan dalam media dan dihadapan kita semuanya tipu belaka. Senyuman yang menipu, bahagia yang menipu. Dalam fikiran dan hatinya, berjuta kesulitan yang sedang disembunyikan.
Seseorang itu tidak akan mengenal erti sabar selagi mana tiada cubaan kegetiran yang menimpanya.
Kata Ulama’ diantara ciri-ciri ahli syurga adalah :
1) Mampu sembunyikan sakit.
2) Mampu sembunyikan musibah.
3) Mampu sembunyikan nikmat.
4) Mampu sembunyikan ibadah.
Begitulah, semoga kita beroleh syurgaNya.
@iwanaaisyah
Air mata disebalik senyuman.

Moga berkat malam nifsu syaaban ini, Allah mengurniakan kita taufiq dan hidayah pada saat detik dalam kehidupan kita aamiin 🌷
Nak konsisten baca al-Quran setiap hari sangat-sangat memerlukan perjuangan yang besar bagi mereka yang baru nak mula mendekati al-Quran.
Antara tipsnya :
1) Tetapkan waktu eksklusif dengan al-Quran.
2) Letak handphone jauh dari kita agar tiada gangguan.
3) Hidupkan suasana al-Quran dalam rumah kita. Cara ini akan kekalkan semangat untuk sentiasa mengaji al-Quran.
4) Beli satu al-Quran yang paling kita rasa suka untuk mengaji. Ini antara tarikan psikologi pada diri kita.
5) Mencari guru untuk memperbaiki mutu bacaan kita.
6) Cipta ruang satu sudut tempat kita beribadah. Bila kita duduk di sudut itu, kita perlu baca al-Quran.
7) Buat sedikit catatan bila kita berjaya membaca al-Quran atau tidak pada hari tersebut.
8) Berdoa agar Allah kurniakan kita hati yang terpahat dengan al-Quran.
Begitulah, antara tanda-tanda kita sedang lalai adalah kurangnya mengaji al-Quran.
@iwanaaisyah
Hati yang terpahat dengan al-Quran.

11 hari menuju ramadan :
1) Susun jadual untuk baca al-Quran pada bulan ramadan.
Dapat khatam lagi bagus cuma pastikan tajwid betul dan mantap. Jangan terkejar-kejar dengan khatam hingga tajwid tidak dijaga.
2) Letak satu target untuk perbaiki satu akhlak kita pada bulan ramadan.
Contohnya, kita seorang yang susah nak bersedekah. Maka, pada bulan Ramadan ini, latih diri untuk bersedekah walaupun hanya 50 sen sehari.
3) Letak satu target untuk mula didik diri untuk mula solat awal waktu pada bulan Ramadan.
Walaupun hanya bermula dengan satu waktu sahaja. Tetapi didik diri.
4) Letak satu target untuk perbaiki amal ibadah kita.
Contohnya, nak mula tutup aurat. Mulakan dengan konsisten pakai sarung kaki.
5) Tulis doa yang kita ingin bacakan pada bulan Ramadan nanti.
Moga akhirnya kita keluar pada bulan ramadan, akhlak dan jiwa kita menjadi hamba yang bertaqwa.
Hamba yang bertaqwa bukan ia hanya beribadah pada bulan Ramadan sahaja tetapi setiap saat ia merupakan ibadah pada Allah.
@iwanaaisyah
Didik jiwa pada bulan ramadan

Disamping kita merancang jadual harian untuk khatam al-Quran pada akhir ramadhan.
Rancang juga untuk bersedekah setiap hari. Cari dan kumpul nombor akaun atau alamat pusat pengajian, sekolah tahfiz, masjid, saudara mara untuk kita bersedekah atau hantar juadah makanan berbuka puasa.
Cukup 30 hari ramadan, kita sudah membahagiakan ramai orang.
Sedekah tak perlu banyak tetapi konsisten walaupun RM 1.00 setiap hari.
Setiap pagi masukkan duit infaq kita pada nombor akaun yang telah kita kumpulkan.
Jika ingin hantarkan juadah berbuka pada saudara mara yang jauh, cod makanan pada mereka.
Zaman sekarang terlalu senang untuk bersedekah. Tinggal nak atau tak nak saja.
Tetapi sedekah paling baik adalah bersedekah kepada orang terdekat kita seperti suami, isteri, ibu ayah, adik beradik, ahli keluarga dan jiran tetangga.
Iwana Aisyah Ab Halim
Hapuskan dosa dengan bersedekah.

Berbaki 5 slot kekosongan sahaja lagi! Meh daftar sebelum ramadan 🥰
https://www.wasap.my/601135982009/khatamramadan