Telegram Web
Sebenarnya, dalam bidang keibubapaan, tidak kisahlah budaya mana pon; islam, barat, timur ke ape2 je lah, semuanya berpaksikan kepada ROLE MODEL IBU BAPA.

Bagaimana ibu bapa berakhlak, begitulah anaknya.
Jika baik, insyaAllah baiklah anaknya.
Jika tidak, maka tidaklah anaknya.

Anak2 ini akan lihat, kaji, segala tindak tanduk kita.
Mereka nampak, mereka ikut.
Jadi, kitalah kene baikkan tindak tanduk kita dahulu
Kitalah kene perbaiki tindak tanduk kita dahulu.
Kitalah kene jaga tindak tanduk kita dahulu.

Anak2 adalah acuan ibu bapa.
Aculah diri kita baik2.
Aculah diri kita sihat2.
Aculah diri kita cantik2.
InsyaAllah semuanya akan berbalik pada anak kita.

Hugs,
Kak Ad
Trying my best to be the better parent
Anak-anak itu anugerah dan amanah dari Allah..
Dan dilahirkan dalam keadaan yang suci daripada sebarang noda, cela dan kotoran.
Ibarat kain putih..

Ibu bapa wajib memainkan peranan yg baik demi masa depan mereka..

Bukan sahaja dari sudut pelajaran, tapi dari sudut adab..
Bukan sahaja pelajaran duniawi, tapi pelajaran ukhrawi..

Kak Ad sangat sarankan untuk ibu bapa semua, ajarkan anak mengikut kurikulum pendidikan Luqman AlHakim, ada tujuh semuanya :

(1) jangan syirik
(2) berbakti pada ibu bapa
(3) merasa diawasi oleh Allah
(4) mendirikan solat
(5) amar makruf nahi munkar
(6) penyabar
(7) berakhlak mulia dan jangan bertindak bodoh sombong

kita as parent (x boleh salah satu) mesti menguasai kaedah beliau dalam mendidik anak anak.. agar anak kita tidak tersalah didikan dengan cabaran zaman kini yg amat mencabar...

semoga kita semua bisa menjadi parent yang bertanggungjawab dalam segala aspek; merangkumi dunia juga akhirat buat anak..

jadilah role model yang terbaik di mata anak..
jadilah sumber rujukan yang terhebat di mata anak..
jadilah kebanggaan anak..

Diriku, seorang anak dan seorang ibu,
_Kak Ad_
Kak Ad suka sangat dengan kata kata indah ini dari Habib Nabiel Fuad Al-Musawwa yg Kak Ad dapat dari salah sebuah channel telegram, AlHuffaz Quotes ;)

"Ketahuilah orang yang paling sering memberi nasihat kepada kamu, itulah orang yang paling mencintai kamu."

Nampak x apa yg Kak Ad nak sampaikan hakikatnya? ๐Ÿคญ๐Ÿคญ

Kak Ad sayang semua โœŒ๐Ÿผ

Walaupun ada antaranya yg Kak Ad x kenal, kan?

Tapi, itulah tanggungjawab Kak Ad..
Membawa dan memimpin tangan semua demi meraih redha dan syurga ilahi..

Harap semua x jemu terima nasihat dari Kak Ad ya

Jom sama sama kita ;)

Nukilan Hati,
Kak Ad
20/5/2020
Ilmu ni bukan sekadar cari, tapi kene gali dan hadam sampai kita yakin, praktikkan dan share kepada orang.

Ilmu ni bukan sekadar ilmu dunia, tapi merangkumi ilmu akhirat (inilah yang penting).

Bila ke majlis2 ilmu, niat biarlah kerana Allah, untuk dapat redha Ilahi, bukan sekadar nak bergambar dengan rakan2, bukan sekadar nak autograf panel.

Bila ke majlis2 ilmu, tolonglah sediakan pen dan buku khas. Catat segala apa yang keluar dari mulut panel.
Hakikatnya, bila kita tulis, itu yang akan kita ingat dan faham. InsyaAllah.
Bila catat jugak, sangat mudah untuk kita rujuk semula ๐Ÿ˜Š.

Rajin2kan diri ke majlis2 ilmu.
Topup ilmu sebanyak mungkin.
Jangan lupa share jugak pada yang lain.

Hugs
Kak Ad
Seorang penuntut ilmu
Assalam.
InsyaAllah esok kita ada nak g beli barang untuk keperluan sambut aidiladha di teratak barakah. Kalau nak join roger ye โœŒ๐Ÿฝ
"Parent kami strict"
"Hidup kami terkongkong"
"X de life kat rumah"
"Bosan dengan parent"

Antara luahan2 yang sering Kak Ad dapat dari beberapa insan.
Pangkat seorang anak lah sebab masih di alam persekolahan.
Ada yang sekolah rendah, ada yang menengah.

Kak Ad tersangatlah marah
bila anak2 ini menyalahkan ibu ayah mereka. Bila mereka memburukkan ibu ayah mereka. Memang Kak Ad akan tazkirah panjang lebar sampai kita pulak yang menangis ๐Ÿ˜ญ๐Ÿ˜ญ๐Ÿ˜ญ.

Hakikatnya anak, kene bersyukur sangat bila anda dikurniakan parent yang sebegitu.

Strict pada zaman yang tersangat mencabar sangat2 diperlukan.
Semuanya demi kebaikan anak2 sendiri.

Parent strict bukanlah bermakna mereka tidak sayang anak2. Kerana sayanglah mereka bertindak begitu. Jika tidak, pastinya mereka membiarkan sahaja anak2 hanyut dengan dosa.

Anak anak.
Janganlah samakan zaman kalian dengan zaman parent. Kerana hakikatnya zaman dah berubah, terlalu canggih.
Dulu lain. Sekarang lain.

Anak anak.
Usah juga mempersoalkan parent dulu boleh buat bla bla. Kenapa kami tidak.
Parent dahulunya tiada pendedahan tentang agama. Jadinya kini mereka tidak mahu kalian terjebak sama. Mereka tidak mahu kalian mengulangi kesilapan mereka. Sebab itu mereka strict.

Anak anak.
Kalian masih muda. Perjalanan hidup tidak tahu panjang atau tidak.
Apakah kalian hanya mahu hidup kalian dihabiskan dengan dosa memanjang?
Apakah kalian tidak pernah membayangkan syurga mahupun neraka?
Apakah kalian sanggup digelar anak derhaka demi kepuasan nafsu muda kalian?

Ingat anak2.
Dunia ini hanya sementara, tempat persinggahan sahaja.
Akhirat kekal selamanya, kampung kita.

Usahlah siakan siakan masa muda kalian dengan kelalaian.
Isilah masa muda kalian dengan mentaati Allah, Rasul dan kedua ibu ayah kalian.

Ingatlah sabda Rasulullah SAW sepertimana yang diriwayatkan oleh Abdullah bin โ€˜Amr R.Anhuma:
ุฑูุถูŽุงุกู ุงู„ู„ู‘ูŽู‡ู ูููŠ ุฑูุถูŽุงุกู ุงู„ู’ูˆูŽุงู„ูุฏู ุŒ ูˆูŽุณูŽุฎูŽุทู ุงู„ู„ู‘ูŽู‡ู ูููŠ ุณูŽุฎูŽุทู ุงู„ู’ูˆูŽุงู„ูุฏู
Maksudnya: โ€œAllah redha dengan sebab redha kedua ibubapa dan Allah murka dengan sebab murka kedua ibubapa.โ€
Riwayat al-Tirmizi (1899), Ibn Hibban (429)
dan al-Hakim (7249)

Hugs
Kak Ad
15062024
Seorang anak juga seorang ibu
*Setiap seorg ada bad attitude and dia slalu buat perkara tak elok, so macam mna seseorg tu nak istiqomah? Dan menhn diri? Dri bt bnda x elok yg blh katakn dh jadi habit atau sebati dlm diri?*

Soalan ni Kak Ad dapat dari peserta sharing How Hard Is Hijrah..

Jawapan yg Kak Ad boleh berikan ialah, PERTAMA cari kawan yang baik! Dengan adanya kawan yg baik, insyaAllah dia boleh bantu membimbing kita kepada perkara yg baik2.. Kita memang x boleh sorang2 jika nak berubah ni, kene ada kawan walaupun sorang.. Sebab apa? Kalau sorang2 adakalanya x menjadi ๐Ÿฅฒ...

KEDUA, cari dan topup ilmu.. Sekarang ni dah mudah. Kalau x dapat pergi ke mana2 tempat, online sahaja. Youtube, laman web. Mcm Kak Ad, suka ikut laman web Mufti Wilayah, Ustzh Fatimah Syarha, Ustz Saiful Islam &
Ustz Zaharudin.. Rajin bertanya bila dah dapat ilmu tu. Kak Ad suka tanya kat Ustazah Nazirah, Ustazah Hidayu, Ustazah Aqidah, Ustazah Hidayah, Ustaz Mahfuz..

KETIGA, ingat tujuan kenapa kita dihidupkan.. Untuk menyembah Allah dan beribadah.. Ibadah ni pula bukan solat semata ya! Buat perkara2 yg baik pon dikira ibadah..

Ini antara tips utama yg boleh Kak Ad bagi... Kalau ada yg nak share silakan tau!

Dengan syarat, ISTIQAMAH & MUJAHADAH ok?

_Kak Ad_
27.6.2021
Sebenarnya nak hafaz ayat ayat Allah ni bukanlah mudah dan bukan jua susah. Tapi tengah tengah. Kak Ad dah rasainya โœŒ๐Ÿผ

Sama jua part untuk mengulang. Supaya segar dalam ingatan. Tidak mudah dah tidak susah. Tengah tengah.

Semuanya bergantung pada diri kita.
Usaha kita.
Pemakanan kita.
Tingkah laku kita.
Adab kita.

Benda benda ni sangat main peranan jika kita serius mahu menghafaz ayat ayat Nya.

Ayat Allah kan?

Mana boleh buat main main, buruk padahnya nanti..

So Kak Ad nak share sedikit tips lah untuk kalian.. Boleh digunakan untuk hafaz surah penting seperti almulk, alkahfi, yasin, sajdah dan semua lah ๐Ÿ˜ฌ

๐ŸŒนpilih satu qari dan dengar bacaan surah tersebut setiap hari
๐ŸŒนbaca surah tersebut sekali dengan terjemahan setiap hari selama 30 hari
๐ŸŒนsatu hari cuba hafaz satu ayat. Baca ulang ulang tengok mushaf, kemudian cuba tutup mushaf baca
๐ŸŒนtulis kembali ayat yang dihafaz beserta maksud per kata

Kak Ad pon guna tips ni jugak โœŒ๐Ÿผ... Alhamdulillah, jadi ๐Ÿคฉ

InsyaAllah lepas 30 hari nanti dah boleh baca tanpa tengok mushaf โœŒ๐Ÿผ

Kalau boleh guna satu nushaf je tau!

Kak Ad doakan agar kita semua dapat menghafaz ayat ayatNya ya..

_Kak Ad_
01/07/2020
Dalam hidup ni kita kene ada misi dan visi.

Utamakan ukhrawi.
Kerana itu yang hakiki.

Misi Kak Adh ialah
1. nak jadi hamba Allah yang beriman, bertaqwa dan bermanfaat buat yang lain. (Ni memang wajiblah kan untuk semua orang).
2. nak faham makna 100% AlQuran tanpa perlu melihat kepada terjemahan.
3. Nak ajar anak2 usia 7 hingga 12 tahun faham terjemahan Alquran.
4. Nak siapkan jurnal AlQuran bermula surah AlFatihah hingga AnNaas.
5. Nak siapkan jurnal Asmaul Husna.
6. Nak didik anak dengan gaya Nabi Muhammad saw.
7. Nak didik anak mengenal Allah dan Nabi

Visi Kak Adh ialah :
1. Nak selamat dari azab kubur dan azab neraka
2. Nak pimpin tangan dengan orang2 yang Kak Adh sayang melangkah ke syurga.

Ada cadangan tambahan x? Cube share?

Hugs
Kak Adh
14/7/2024
Para ibu bapa,
Kak Ad ada sedikit pesanan buat semua ๐Ÿคญ

Jika boleh, cek dahulu pakaian anak kita sebelum depa melangkah keluar rumah. Cth nak ke kelas mengaji, kelas tuisyen akademik, berjumpa sanak saudara, jalan jalan, etc...

Pastikan pakaian itu mengikut syariat yg telah ditetapkan.
Jika anak anak masih x baligh, pastikan ianya sopan.
Jika anak anak dah baligh, pastikan menutup aurat dgn sempurna..

Usah biarkan anak anak memakai pakaian yg terlalu menjolok mata, walau anak itu masih di bawah tahap baligh...

Ajarilah sedari awal agar anak anak terbiasa dengan pakaian yg sempurna โœŒ๐Ÿผ.. Memandangkan zaman sekarang terlalu canggih dan Kak Ad rasa sangat x selamat untuk anak anak ๐Ÿ˜Ÿ...
Jadi tugas kita sebagai parent sangat penting! Sentiasa peka dengan anak anak.. Sentiasa pantau dengan anak anak..

Usah meletakkan tanggungjawab itu kepada pihak lain, sedang didikan utama adalah dtg daripada rumah, yg terdiri dari ibu dan bapa..

_Kak Ad_
11/8/19
Masih bertatih menjadi parent terbaik
Istilah 'anak derhaka' dah terlalu femes kan kita dengar?

Bagaimana pula dengan istilah 'ibu bapa derhaka'? Wujud ke? Mestilah wujud..

Kita tahu anak derhaka ni yg x taat pada perintah ibu bapa, yg x hormat ibu bapa, yg biadap dengan ibu bapa, yg mengasari ibu bapa.. Erti kata lain yg buat buruk dengan ibu bapa..

So apa plak makna ibu bapa derhaka?
Mereka yg x tunaikan hak anak.

Apa itu hak anak?
๐ŸŒ€didikan agama yg sempurna
๐ŸŒ€kasih syg yg sempurna
๐ŸŒ€tidak dizalimi mental dan fizikal
๐ŸŒ€diajar mengenali Allah dan Nabi
๐ŸŒ€diberi mainan makan minum pakaian tempat tinggal yg secukupnya
๐ŸŒ€dilindungi dari sebarang kecelakaan
๐ŸŒ€diberi sokongan moral
๐ŸŒ€mendapat perhatian yg sempurna
๐ŸŒ€tidak dimarahi tanpa sebarang usul periksa
๐ŸŒ€diberi hak bersuara selagi x langgar syariat
๐ŸŒ€ditegur tentang solat, pakaian
๐ŸŒ€rawatan perubatan
๐ŸŒ€dijga tangki emosi

Ini adalah antara hak anak yg perlu ditunaikan oleh ibu bapa.. Ada bnyak sebenarnya bila melibatkan anak, ibu bapa yg perlu ketahui lanjut โœŒ๐Ÿผ

Kita tanya pada diri kita, sebagai ibu bapa, apakah kita tunaikan kesemua hak anak? Apakah kita buat sambil lewa sahaja?

Ibu bapa, terutama diri Kak Ad dan suami, marilah sama sama kita koreksi diri kita dahulu.. Semak semula apakah setiap anak anak kita diberi hak yg sempurna? Ditunaikan segala permintaan selagi x langgar syariat?

Usah biarkan anak anak rosak masa hadapan dengan melihat institusi keluarganya yg runtuh.. Kita mesti bina institusi keluarga yg kuat agar terjamin masa hadapan anak anak..

Kak Ad menyeru pada semua ibu bapa, usah kita biarkan diri kita digelar ibu bapa derhaka ๐Ÿ˜ฐ...
Tunjukilah contoh yg baik, kerana sesungguhnya kita adalah acuan terbaik buat anak anak..
Usaha sebaik mungkin dalam memberi yg terbaik buat anak anak ya..

_Kak Ad_
16/8/19
Masih bertatih menjadi parent yg terbaik

@kakadthesilentdaie
Kak Adh selalu pesan pada diri, pada anak2, pada orang sekeliling, jangan pernah ada rasa walau sedikitpun nak buat jahat.

Sekali kita buat, orang akan ingat tau!
Lepastu habis dikait semua dengan maruah2 yg lain.
Agama
Negara
Keluarga
Keturunan

Walau tempat gelap.
Walau tiada cctv.
Walau tiada saksi.
Walau tiada yg nampak.

Sentiasalah ingat!
Allah ada.
Malaikat kiri kanan ada.

Sematkan dalam hati kepala.
Rasakan kehadiran Allah setiap saat.
Rasakan kegerunan azab saat buat jahat.

Kita tahu.
Buat jahat apa balasan.
Berusaha elakkan untuk buat jahat.

Kalau dah terbuat tu, taubatlah.
Solat sunat.
Insaf.
Azam tak nak buat lagi.
Istighfar.
Doa.

Hugs
Kak Adh
30 08 2024
๐Ÿ•Œ Khatam Kitab (Cahaya Pengenalan)
๐Ÿ‘ณ๐Ÿปโ€โ™‚๏ธ Tuan Guru Haji Ahmad Ridhouddin Bin Tuan Guru Haji Abdul Wahab Al-Filfilรฃni

Tarikh : 8 September 2024 (Ahad)

Masa :
Sesi (1) : 8.30 - 10.30 Pagi
Sesi (2) : 11.00 - 12.00 Tengahari
Sesi (3) : 2.00 - 4.00 Petang

FB Live : Tuan Guru Studio
Phone : 017-9332588
Yuran : - Percuma -

Sertai Group Peserta : ๐Ÿ‘‡๐Ÿป
https://chat.whatsapp.com/GnguGrpuENGBGQt0I7CVUr
Kita kalau nak ajak orang tutup aurat, pleaselah ajak elok2.

Jangan terus cakap "x tutup aurat masuk neraka".

Sepatutnya cakap nikmat2 yang kita dapat bila tutup aurat. Cakap hikmah2nya.

Itu terbaik.

Sebab apa?

Kita sendiri pon jika tutup aurat x tahu lagi tempat kita ๐Ÿ˜ฅ. Pastu main sedap mulut je nak tempatkan orang lain.

Ajak step by step.
โฉshare kenapa kene tutup aurat
โฉkalau ada dalil lagi baik.
โฉcakap kebaikan yang akan diperolehi
โฉbagi hadiah buku berkaitan
โฉbagi hadiah pakaian beso2
โฉbagi hadiah tudung simple
โฉdoa

Sambil2 bagi hadiah sebut atau tulis kita sayang dia. Bla bla bla

Dakwahlah dengan berhemah, dengan beradab, dengan ilmu. Bukan main tibai je!

Hugs
Kak Ad
060923
Setuju tak jika Kak Adh kata, salah satu sebab mengapa ada yang masih tidak belajar mengaji adalah disebabkan oleh *Yuran terlalu tinggi*

Kak Ad setuju sebenarnya!

Hakikatnya, yuran ni adalah hak yang mengajar. Terpulang pada dia nak letak berapa bayarannya.

Antara bayaran yang selalu dibuat adalah seperti berikut :
Untuk sebulan : RM 30/ RM 50/ RM 80 / RM 120 / RM 150 / RM 199 (paling mahal yang Kak Adh nampak).
Untuk 1 sesi selama 1 jam : RM 30 / RM 35 / RM 50 ......
Untuk 1 sesi selama 10 minit : RM 10 / RM 15 .....
dan lain2 lagi

Sebenarnya kan, yuran2 yang ditetapkan itu adalah kerana pihak tertentu ada sasaran pelajarnya yang tersendiri.

Jika kita tergolong dalam kalangan yang mampu bayar, kita akan kata murah je.
Jika kita tergolong dalan kalangan yang tidak mampu bayar, kita akan kata mahal.
Memang betul! Kak Adh pon sendiri alaminya bila nak masuk kelas2 tertentu ๐Ÿฅน..

Namun namun namun..
Sampai bila kita nak bagi alasan yang sebegitu sedang diri kita tidak usaha untuk mencari lebih keras lagi?

Ada je yang buat murah, ada yang buat seikhlas hati dan ada yang buat percuma. Kene cari dan cari sampai jumpa.

Semuanya atas individu.
Usah dipertikai.
Usaha teruskan pencarian kelas mengaji.

Mudahan teman2 yang masih mencari kelas mengaji, segera berjumpa!

Hugs
Kak Ad
Forwarded from iamkakadh
Muslimahku, Musliminku...

Jadikanlah Alquran itu sahabat karib kalian,
Jadikanlah Alquran buku kegemaran kalian,

Padanya ada kisah kisah orang orang terdahulu dari kalian,
Padanya ada pelbagai doa yang boleh dimanfaatkan,
Padanya ada panduan kehidupan,
Padanya ada jawapan untuk setiap persoalan.

Berdampinglah dengan Alquran setiap masa yang ada,
Curilah masa dalam sehari untuk bersama dengan Alquran.

Baca ayat suci itu
Faham terjemahan
Jadikan amalan dalam kehidupan

Nescaya kalian tidak akan lagi tertanya tanya,
Nescaya kalian tidak akan lagi rasa kehilangan.

Jom bersama Kak Ad semua!
Menghayati setiap kalam Tuhan dengan sebenar benar penghayatan

_Kak Ad_
16/10/18
Forwarded from iamkakadh
Jemput masuk channel baru. Khas untuk nota Alquran.

Nota yang dah siap
Surah Al Fatihah
Surah Al Kahfi (20 ayat)
Surah An Naba
Surah An Naziat
Surah At Takwir
Surah Abasa

Sekarang tengah buat Surah Al Insan

Target nak siapkan 114 surah. Doakan

https://www.tgoop.com/notaalqurankakadh
Bebelan Kak Ad hari ni pasal CAKAP TAK SERUPA BIKIN... ๐Ÿคญ๐Ÿคญ๐Ÿคญ

Bebelan ni untuk diri Kak Ad utamanya ok?
Tak pernah terlintas pon nak perli kat orang!
Tapi kalau ada yang terasa, Kak Ad mintak maaf k?
Kak Ad pon terasa jugak ๐Ÿ˜…

Kadang kadang, kita sibuk marah orang buat buruk, tapi x sedar diri pon buat jugak!

Kadang kadang, kita sibuk paksa orang buat baik, tapi x sedar diri pon x buat jugak!

Mana boleh mcm tu kan?

X adil kan?

Allah pon dah berfirman dalam surat Shaff (2/3)
ูŠูŽุง ุฃูŽูŠู‘ูู‡ูŽุง ุงู„ู‘ูŽุฐููŠู†ูŽ ุขู…ูŽู†ููˆุง ู„ูู…ูŽ ุชูŽู‚ููˆู„ููˆู†ูŽ ู…ูŽุง ู„ุง ุชูŽูู’ุนูŽู„ููˆู†ูŽ . ูƒูŽุจูุฑูŽ ู…ูŽู‚ู’ุชู‹ุง ุนูู†ู’ุฏูŽ ุงู„ู„ู‘ูŽู‡ู ุฃูŽู†ู’ ุชูŽู‚ููˆู„ููˆุง ู…ูŽุง ู„ุง ุชูŽูู’ุนูŽู„ููˆู†ูŽ

โ€œWahai orang-orang yang beriman, kenapa kamu mengatakan sesuatu yang tidak kamu kerjakan? Amat besar kebencian di sisi Allah bahwa kamu mengatakan apa-apa yang tidak kamu kerjakan.โ€

So Kak Ad nak ajak kita semua muhasabah semula diri kita ni...

Bila dah suh orang tu, kita pon buatlah jugak!

Nanti Kak Adh share nota alquran berkaitan ayat ni โœŒ๐Ÿฝ

_Kak Adh_
9/1/19
2025/02/19 20:06:01
Back to Top
HTML Embed Code: