Telegram Web
Polis membuka kertas inkuiri bagi mengenal pasti sama ada wujud kesalahan jenayah oleh penganjur program motivasi rumah tangga yang didakwa songsang dan terpesong.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, pihaknya akan memanggil beberapa saksi lagi bagi mendapatkan pengesahan, termasuk berkaitan penggunaan air yang didakwa boleh mengkhayalkan.

#AWANInews
Baca lanjut di : https://www.astroawani.com/berita-malaysia/program-rumah-tangga-songsang-polis-buka-kertas-inkuiri-kenal-pasti-kesalahan-jenayah-529249
🔥96
Tapir dipercayai seberat kira-kira 300 kilogram (kg) mati selepas dilanggar kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Perodua Alza ketika melintas jalan di Kilometer (KM)36, Jalan Kuantan-Kemaman di sini pada Ahad.

Pemangku Ketua Polis Daerah Kuantan, Superintendan Mohd Adli Mat Daud berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 12.10 tengah malam.

Menurutnya, anggota dari Balai Polis Cherating bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima maklumat.

#AWANInews
Baca lanjut di : https://www.astroawani.com/berita-malaysia/tapir-300kg-mati-dilanggar-ketika-lintas-jalan-529250
8🔥4👎2
Sekurang-kurangnya 27 penduduk Palestin terbunuh dalam tempoh 24 jam selepas serangan udara Israel menyasarkan dua kem pelarian utama di Semenanjung Gaza, menurut agensi pertahanan awam Gaza dan sumber hospital tempatan.

Pada 12 Julai, sebuah peluru berpandu dilaporkan mengenai trak air minuman di kawasan Al-Shati, barat Gaza City, menyebabkan tujuh orang maut dan lebih 40 lagi cedera.

Rakaman video dari lokasi kejadian menunjukkan mayat bergelimpangan berhampiran tangki air, manakala penduduk bergegas menyelamatkan mangsa yang cedera.

#AWANInews

Baca lanjut di : https://www.astroawani.com/berita-dunia/serangan-udara-israel-di-kem-pelarian-gaza-ragut-27-nyawa-termasuk-kanakkanak-529256
👎156🔥6
Pihak berkuasa bandar Jinan di wilayah Shandong, China memperkenalkan inovasi baharu dalam sektor pembinaan dengan memasang kubah gelembung gergasi.

Kubah setinggi 50 meter meliputi kawasan seluas 20,000 meter persegi itu dibina bagi mengurangkan pencemaran debu dan bunyi di kawasan sekitar ketika pembinaan dijalankan.

Struktur unik yang diperbuat daripada bahan ringan dan tahan lasak ini dikembungkan menggunakan tekanan udara, tanpa memerlukan tiang sokongan dalaman.

#AWANInews

Baca lanjut di : https://www.astroawani.com/berita-dunia/china-pasang-kubah-gergasi-atasi-pencemaran-debu-dan-bunyi-ketika-pembinaan-529253
👍306
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
Lapan orang cedera pada hari Ahad (13 Julai) semasa larian lembu festival San Fermin di Pamplona. Lembu-lembu dari ladang La Palmosilla telah meluru melalui lorong-lorong sempit Pamplona dalam masa dua minit dan 24 saat. Ratusan pelari, berpakaian tradisional serba putih dengan sapu tangan merah di leher, berlari di hadapan haiwan-haiwan yang gagah itu sepanjang laluan sejauh 875 meter.

Beribu-ribu pelancong dari seluruh dunia datang untuk berlari bersama penduduk tempatan selama tujuh hari, menjadikan San Fermin festival paling terkenal di musim panas yang melibatkan lembu. Pihak kecemasan mengesahkan enam mangsa yang cedera telah dibawa ke hospital tempatan.

#AWANInews
👎211
Polis menumpaskan sindiket pengedaran dadah menggunakan peket kacang gajus selepas menahan sepasang suami isteri warga tempatan dan merampas pelbagai dadah dengan nilai rampasan keseluruhan dianggarkan RM3.1 juta Jumaat lepas.

Ketua Polis Kelantan Datuk Mohd Yusoff Mamat berkata kedua-dua suspek berusia 31 dan 49 tahun itu ditahan pada 4 petang di Jalan Padang Sembilan, Kuala Krai selepas kenderaan jenis Proton X70 yang dinaiki mereka berada dalam keadaan mencurigakan.

#AWANInews
Baca lanjut di : https://www.astroawani.com/berita-malaysia/pasangan-suami-isteri-ditahan-dadah-rm31-juta-disorok-dalam-peket-kacang-gajus-529277
👍156
Persatuan Agensi Pelancongan Malaysia (MATA) menyokong usaha Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) dalam melaksanakan peraturan baharu ke atas pengendalian bas pelancongan di Malaysia.

Presidennya Datuk Seri Dr Mohd Khalid Harun JP berkata langkah ini amat penting dan tepat pada masanya susulan kebimbangan meningkat terhadap tahap keselamatan kenderaan pelancongan komersial di jalan raya, khususnya menjelang Tahun Melawat Malaysia 2026.

#AWANInews
Baca lanjut di : https://www.astroawani.com/berita-malaysia/mata-sokong-peraturan-baharu-motac-tingkatkan-keselamatan-bas-pelancongan-529271
8
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah menasihatkan orang awam, khususnya penduduk di pesisir pantai berwaspada dan mengambil langkah berjaga-jaga berikutan fenomena ombak besar di sekitar pantai Tanjung Dawai dekat sini ketika ini.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi JBPM Kedah Penguasa Kanan Bomba I Azhar Mohamad berkata aktiviti rekreasi air seperti mandi, memancing dan bermain air laut sebaiknya ditangguhkan buat sementara waktu.

#AWANInews
Baca lanjut di : https://www.astroawani.com/berita-malaysia/bomba-kedah-nasihat-penduduk-pesisir-pantai-waspada-529285
👍72
Chelsea FC menamatkan kempen gemilang mereka di Piala Dunia Kelab FIFA 2025 dengan penuh bergaya apabila menewaskan Paris Saint-Germain (PSG) 3-0 dalam perlawanan akhir yang berlangsung di Stadium MetLife, Amerika Syarikat.

Kelab dari England itu membuktikan keunggulan mereka sejak awal permainan dengan persembahan klinikal yang dipimpin oleh bintang muda sensasi, Cole Palmer.

Beliau membuka jaringan seawal minit ke-22 sebelum menambah gol kedua hanya lapan minit kemudian pada minit ke-30.

#AWANInews

Selanjutnya di: https://www.astroawani.com/berita-sukan/chelsea-juara-piala-dunia-kelab-2025-tewaskan-psg-30-di-final-529306
19👏1
Sebuah roket dari Taiwan terhempas sejurus selepas dilancarkan dari sebuah tapak pelancaran angkasa persendirian di utara Jepun, menggagalkan usaha pelancaran pertama dari bumi Jepun bagi roket yang dibangunkan dengan sokongan modal asing, menurut Agensi Berita Kyodo.

Roket setinggi 12 meter yang dinamakan "VP01" itu dilancarkan oleh jtSPACE Co., cabang Jepun kepada sebuah syarikat aeroangkasa Taiwan, pada 11:40 pagi Sabtu, menurut pengendali Hokkaido Spaceport.

#AWANInews
Baca lanjut di : https://www.astroawani.com/berita-dunia/roket-taiwan-terhempas-dalam-pelancaran-pertamanya-di-jepun-529281
👏64🔥4
Pihak berkuasa Perancis mengumumkan penggerakan pasukan keselamatan besar-besaran bagi mengawal sambutan Hari Kebangsaan pada Ahad dan Isnin (13 dan 14 Julai), bagi mengelakkan sebarang insiden keganasan atau rusuhan yang mungkin tercetus sempena acara itu, lapor Agensi Berita Emirates (WAM).

Dalam kenyataan semasa lawatan ke lapangan di Bandar Laval, Menteri Dalam Negeri Perancis Bruno Retailleau berkata seramai 65,000 anggota polis dan "gendarmeri" akan dikerahkan ke seluruh negara, dengan tumpuan khas di ibu negara, Paris. #AWANInews
Baca lanjut di : https://www.astroawani.com/berita-dunia/perancis-kerah-65000-anggota-polis-kawal-sambutan-hari-kebangsaan-529283
2👍2
Hari ini 236 tahun yang lalu, Bastille digempur pejuang revolusi Perancis.

Dibina pada 1300-an ketika Perang 100 Tahun, Bastille adalah sebuah kubu penjara diraja di Paris menempatkan tahanan politik yang dihumban tanpa bicara oleh raja. Ia menjadi simbol kezaliman monarki Bourbon yang dibenci rakyat marhaen yang tertindas.

Kerajaan Perancis ketika itu semakin dibebani hutang & di ambang keruntuhan ekonomi, namun Raja Louis XVI & isterinya Marie Antoinette terus hidup bermewah. Tananam pula tak menjadi, membawa kepada kebuluran & pengangguran kian meruncing di seluruh negara.

Krisis sampai ke kemuncak apabila Jacques Necker, menteri berjiwa reformis disingkir raja pada 11 Julai 1789. Rakyat mula memenuhi jalanan di Paris & merusuh, berlarutan hingga pagi 14 Julai apabila mereka merampas senapang & meriam dari Hôtel des Invalides.

Para perusuh yang semakin ramai kemudian menuju ke Bastille, di mana bekalan besar belerang disimpan & mengepungnya. Gabenor Bastille, Bernard-René de Launay didesak untuk menyerah, namun dia menjemput wakil pejuang revolusi masuk untuk berunding.

Rundingan berlarutan, menyebabkan khalayak di luar menyangka para perwakilan mereka telah dipenjarakan. Lantas mereka mula menggempur masuk, mendorong de Launay mengarahkan tenteranya untuk melepaskan tembakan lalu tercetus pertempuran.

Tengahari itu, pasukan Pengawal Kebangsaan yang memberontak datang membantu barisan pejuang revolusi. Bastille dibedil bertalu-talu hingga akhirnya de Launay mengibar bendera putih & dia ditangkap, diarak ke pusat bandar sebelum dibunuh & dipenggal kepalanya.

Peristiwa itu menandakan bermulanya Revolusi Perancis selama sedekad sehingga tumbangnya monarki pada 1792 apabila Louis XVI digulingkan, sebelum bersama isterinya & puluhan ribu lagi dibawa bertemu ajal di ‘guillotine’ pada tahun berikutnya.

Hari penggempuran Bastille itu disambut sebagai hari kebangsaan Perancis dipanggil “la Fête national” atau “le 14 juillet,” cuti umum yang diraikan dengan perarakan & pesta di seluruh negara.

Sumber: History, Britannica

#PeristiwaHariIni #BastilleDay
5🔥2
Ketegangan di Tebing Barat terus memuncak apabila tentera Israel melancarkan serbuan ke atas beberapa bandar di wilayah Tulkarem, termasuk Anabta, Balaa, Seida, Allar, Atil, dan Deir Al-Ghusun, dalam apa yang disifatkan sebagai hari ke-160 serangan berterusan terhadap kawasan itu.

Menurut sumber tempatan yang dipetik oleh agensi berita rasmi Palestin, pasukan bersenjata Israel telah memasuki kawasan kejiranan dan persimpangan utama, menghalang pergerakan penduduk serta memeriksa rumah-rumah secara paksa.

Dalam salah satu insiden yang mencetuskan kemarahan penduduk, seorang lelaki warga emas dilaporkan diserang secara fizikal oleh tentera Israel ketika cuba melindungi rumahnya daripada diceroboh.

#AWANInews

Selanjutnya di: https://www.astroawani.com/berita-dunia/tentera-israel-serbu-beberapa-bandar-di-tulkarem-serang-lelaki-warga-emas-529304
👎107🔥6
Kekuatan sesuatu perniagaan itu bergantung kepada asas yang kukuh dan strategik. Ingin tahu cara terbaik untuk mengembangkan perniagaan anda?

Jelajah Jiwa SME menyediakan pelbagai bengkel dan sumber untuk membantu dan membangunkan strategi pemasaran yang konsisten dan mencapai matlamat perniagaan.

Mari datang ramai-ramai pigi #JelajahJiwaSMESabah di Imago Shopping Mall, Sabah pada 26 dan 27 Julai (Sabtu & Ahad).

Untuk maklumat lanjut, layari www.jiwasme.com.my
#JiwaSME2025 #JiwaSME
🔥4
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
Trump di ’sorak’!

Visual yang diperoleh Reuters menunjukkan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, naik ke pentas selepas tamat perlawanan bola sepak pada penghujung Piala Dunia Kelab yang berlangsung pada Ahad.

Penonton memberikan reaksi campuran dimana kedengaran ada yang bersorak, ada yang menjerit ‘boo’, dan ada juga yang bertepuk tangan. Reaksi yang sama juga berlaku ketika beliau bergambar bersama pengadil perlawanan.

#AWANInews
👎18🔥42
Seorang banduan berusia 20 tahun berjaya melarikan diri dari Penjara Lyon-Corbas di tenggara Perancis dengan cara yang luar biasa: dia menyembunyikan dirinya dalam beg pakaian rakan selnya yang sedang dibebaskan selepas tamat hukuman.

Menurut kenyataan rasmi daripada perkhidmatan penjara Perancis, banduan tersebut “mengambil kesempatan daripada pembebasan rakan selnya untuk bersembunyi dalam beg dan keluar dari penjara tanpa disedari.”

Dia sedang menjalani beberapa hukuman penjara dan turut disiasat dalam kes berkaitan jenayah terancang.

#AWANInews

Selanjutnya di: https://www.astroawani.com/berita-dunia/banduan-perancis-larikan-diri-dengan-bersembunyi-dalam-beg-pakaian-529311
9🔥1
Hospital utama di bandar raya Johor Bahru kini berdepan krisis kekurangan tenaga kerja kesihatan yang serius dan kritikal.

Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi mendedahkan, perkembangan itu dikesan ketika melakukan lawatan mengejut bersama Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar Negeri, Ling Tian Soon ke Hospital Sultan Ismail (HSI), hospital pakar terbesar kedua di Johor.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com
#AWANInews
🔥183👎1
"Saya terlupa sudah hampir 50 tahun (usia),” luah bekas Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar selepas mengakhiri larian 21 kilometer (km) Score Marathon AIA Vitality di Putrajaya pada Ahad.

Malah figura berusia 49 tahun itu turut berkongsi bahawa sasaran awalnya untuk menamatkan acara tersebut di bawah dua jam 10 minit, namun akur dengan cabaran fizikal dan kekangan pemulihan.

"Saya tidak meletakkan sebarang sasaran, hanya berlari sahaja,” katanya ketika ditemui media sejurus tamat saingan.

#AWANInews

Selanjutnya di: https://www.astroawani.com/berita-sukan/saya-terlupa-sudah-hampir-50-tahun-kj-529312
👍25👏43👎1
2025/07/14 11:38:38
Back to Top
HTML Embed Code: