Telegram Web
Selangor terus memperkukuh peranannya sebagai peneraju transformasi digital negara apabila meraikan ulang tahun ke-10 penubuhan Perbadanan Teknologi Maklumat dan Ekonomi Digital Selangor (Sidec) dalam satu majlis gala berprestij.

Disempurnakan oleh Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari, sambutan bersejarah itu menjadi manifestasi kejayaan Selangor dalam mengarusperdanakan teknologi digital serta melonjakkan keusahawanan teknologi tempatan ke pentas global.

Sejak sedekad lalu, Sidec telah menyokong lebih 70,000 usahawan digital dan syarikat pemula (startup), menjana nilai dagangan kasar melebihi RM736 juta, serta melaksanakan lebih 80 program pembangunan merangkumi ekosistem e-dagang, bandar pintar, dan inovasi teknologi mendalam

#AWANInews

Selanjutnya di: https://www.astroawani.com/berita-malaysia/selangor-perkasa-hala-tuju-digital-negara-sambut-10-tahun-kegemilangan-sidec-529368
πŸ”₯2πŸ‘2
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
Penyerahan memorandum oleh Pengerusi bar concil, Mohammad Ezri Abdul Wahab. Memorandum menuntut beberapa perkara utama termasuk ketelusan dalam pelantikan jawatan tertinggi kehakiman, pendedahan minit mesyuarat Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman (JAC), dan juga penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berhubung dakwaan campur tangan dalam sistem kehakiman.

#AWANInews
πŸ‘19πŸ”₯9❀2
Perbadanan Teknologi Maklumat dan Ekonomi Digital Selangor (Sidec) secara rasmi melancarkan Program Pecutan Kembar Selangor edisi 2025.

Ia merupakan sebuah inisiatif dua hala bertujuan untuk mengembangkan startups (syarikat pemula) dan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) Malaysia paling berpotensi dalam industri teknologi berinovasi tinggi dan kalangan pengguna.

Majlis pelancaran diadakan di Asia School of Business, Kuala Lumpur dirasmikan Ahli Majlis Eksekutif Selangor bagi Pelaburan, Perdagangan dan Mobiliti, Ng Sze Han, dan Menteri Digital, Gobind Singh Deo, Selasa lalu.

#AWANInews

Selanjutnya di: https://www.astroawani.com/berita-bisnes/sidec-melancarkan-program-pecutan-kembar-selangor-pacu-startups-dan-pks-generasi-baharu-di-malaysia-529388
πŸ”₯4❀3πŸ‘Ž1πŸ‘1
Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sedang mencari waris kepada seorang bayi lelaki yang ditinggalkan di dalam sebuah beg pakaian di hadapan sebuah rumah dekat Sri Kembangan, Serdang, Selangor pada 23 Feb 2019.

Pelindung Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Kota Setar Natroh Ahmad berkata bayi yang diberi nama Mohd Naim Nizar itu kini dianggarkan telah berusia enam tahun.

"Bayi ini pada mulanya dijaga oleh penjaga pertama iaitu pasangan suami isteri pada 2019 di Sungai Petani. Bayi yang diletakkan di dalam beg pakaian di hadapan pintu rumah pasangan itu hanya dibalut dengan kain lusuh, masih bertali pusat, diletakkan dalam beg bertali, namun zipnya dibiarkan terbuka," pihaknya ingin mencari waris kanak-kanak itu untuk melancarkan proses pendaftaran sijil kelahiran bagi memudahkan pendaftaran sekolah.

#AWANInews

Selanjutnya di: https://www.astroawani.com/berita-malaysia/jkm-cari-waris-kanakkanak-529340
❀14πŸ”₯3
Ahli-ahli Badan Peguam Malaysia sertai Perarakan Membela Kebebasan Kehakiman yang bermula dari Istana Kehakiman, Putrajaya ke Pejabat Perdana Menteri, pada Isnin.

Perarakan yang bermula kira-kira jam 2 petang itu berakhir dengan penyerahan memorandum mengandungi empat tuntutan kepada Pejabat Perdana Menteri.

Tuntutan itu termasuk mengisi kekosongan jawatan tertinggi kehakiman, mendedahkan minit mesyuarat Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman (JAC) baru-baru ini, membentuk Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) untuk menyiasat campur tangan kehakiman dan menangani kekosongan keseluruhan kehakiman.

πŸ“Έ: Astro AWANI / @shahiromar
πŸ”₯30πŸ‘5❀4πŸ‘1πŸ‘Ž1
πŸ‘35πŸ”₯2πŸ‘Ž1
Bitcoin mencatat pencapaian bersejarah apabila melepasi paras AS$120,000 buat kali pertama pada Isnin, didorong oleh jangkaan pelabur terhadap dasar mesra kripto yang bakal dibahaskan oleh Kongres Amerika Syarikat (AS) minggu ini.

Kenaikan mendadak ini berlaku seiring dengan permulaan 'crypto week' di Dewan Perwakilan AS, di mana tiga rang undang-undang (RUU) utama akan dibincangkan, lapor Reuters.

RUU tersebut ialah Akta GENIUS berkaitan stablecoin, Akta CLARITY untuk struktur pasaran aset digital, dan Akta Anti-CBDC Surveillance State bertujuan menghalang pengeluaran mata wang digital bank pusat.

#AWANInews

Selanjutnya di: https://www.astroawani.com/berita-bisnes/bitcoin-catat-rekod-baharu-cecah-120000-pada-permulaan-crypto-week-529353
❀11πŸ‘2πŸ‘Ž2πŸ”₯2
Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump mengumumkan pentadbirannya akan menghantar sistem pertahanan udara Patriot ke Ukraine sebagai tindak balas terhadap serangan berterusan Rusia dan kegagalan Presiden Vladimir Putin untuk memulakan rundingan damai.

β€œKami akan hantar Patriot kepada mereka, kerana mereka amat memerlukannya,” kata Trump kepada media di Pangkalan Bersama Andrews, Maryland, pada Ahad.

Beliau turut menyatakan bahawa jumlah Patriot belum diputuskan, namun Ukraine akan menerima beberapa unit sebagai perlindungan minimum.

#AWANInews

Selanjutnya di: https://www.astroawani.com/berita-dunia/trump-sahkan-penghantaran-patriot-ke-ukraine-nato-tanggung-penuh-kos-senjata-529367
πŸ‘Ž31πŸ”₯5
Tun Dr Mahathir Mohamad memohon maaf selepas terpaksa meninggalkan majlis yang dianjurkan sempena sambutan ulang tahun kelahirannya yang ke-100 di Tasik Putrajaya pada Ahad kerana mengalami keletihan.

Bekas Perdana Menteri itu tiba ke majlis pada pagi kira-kira jam 7.45 dan dilihat ceria ketika berbasikal sekitar tasik.

Berita lanjut di: https://www.astroawani.com/berita-dunia/trump-sahkan-penghantaran-patriot-ke-ukraine-nato-tanggung-penuh-kos-senjata-529367
❀58πŸ‘Ž3πŸ”₯1
Berkuat kuasa serta merta, semua eksport, pemindahan dan transit cip kecerdasan buatan (AI) berprestasi tinggi yang berasal dari Amerika Syarikat (AS) kini tertakluk kepada Permit Perdagangan Strategik, inisiatif untuk merapatkan jurang pengawalseliaan, menurut Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) pada Isnin.

MITI menjelaskan langkah baharu itu adalah berdasarkan Seksyen 12 Akta Perdagangan Strategik 2010 (STA 2010), yang dikenali sebagai peruntukan "Catch-All Control".

#AWANInews

Selanjutnya di: https://www.astroawani.com/berita-bisnes/malaysia-wajibkan-keperluan-permit-ke-atas-eksport-cip-ai-berasal-dari-amerika-syarikat-529361
πŸ‘11❀1πŸ‘Ž1πŸ”₯1
Dunia perfileman India pada Isnin kehilangan seorang pelakon legenda, B Saroja Devi, yang menghembuskan nafas terakhir pada usia 87 tahun di kediamannya di Malleswaram, Bengaluru akibat komplikasi sakit tua.

Memetik portal tempatan, India Today, mendiang tidak sedarkan diri kira-kira pukul 9 pagi, sebelum dikejarkan ke hospital, namun disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan.

#AWANInews

Selanjutnya di: https://www.astroawani.com/berita-hiburan/pelakon-veteran-india-saroja-devi-meninggal-dunia-pada-usia-87-tahun-529374
❀16πŸ”₯1
Dua beranak cedera selepas bas Smart Selangor dinaiki terbalik di Jalan Tulip 3 Bukit Sentosa di Hulu Selangor, pada Isnin.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, sepasukan Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bukit Sentosa telah dikejarkan ke lokasi selepas menerima panggilan pada jam 11.16 pagi.

Berita lanjut di: https://www.astroawani.com/berita-malaysia/bas-smart-selangor-terbalik-dua-beranak-cedera-529392

#AWANInews
❀5πŸ”₯1
Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) setakat ini belum meraih keuntungan daripada segi operasi, malah gagal mencapai 'break even' atau pulang modal.

Bagaimanapun Menteri Pengangkutan, Anthony Loke menegaskan perkara itu tidak wajar dijadikan isu kerana KTMB merupakan syarikat berkaitan kerajaan (GLC).

Berita lanjut di: https://www.astroawani.com/berita-malaysia/kalau-nak-ktmb-untung-kita-naikkan-harga-tambang-komuter-loke-529393

#AWANInews
πŸ‘Ž44❀5πŸ‘3πŸ”₯2
Malaysia bakal mencipta sejarah apabila menjadi negara pertama di Asia Tenggara menganjurkan Smart City Expo Kuala Lumpur 2025 (SCEKL 2025) pada 17 hingga 19 September depan di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC).

Acara bertaraf antarabangsa itu merupakan kesinambungan kepada expo asal di Barcelona, Sepanyol, yang menjadi rujukan global pembangunan bandar pintar dunia.

Berita lanjut di: https://www.astroawani.com/berita-malaysia/malaysia-cipta-sejarah-jadi-tuan-rumah-anjur-smart-city-expo-kl-2025-529449

#AWANInews
πŸ‘Ž4❀1πŸ‘1
Pihak berkuasa Indonesia telah mengesan bangkai feri KMP Tunu Pratama Jaya yang karam pada malam 2 Julai di Selat Bali berhampiran Ketapang di Banyuwangi, Jawa Timur, menurut pegawai.

Menteri Pengangkutan Dudy Purwagandhi berkata rancangan sedang disusun untuk mengapungkan semula feri itu yang ditemui kira-kira 3.9 kilometer dari lokasi terakhir ia dikesan.

Berita lanjut di: https://www.astroawani.com/berita-dunia/pihak-berkuasa-indonesia-sahkan-penemuan-bangkai-feri-529428

#AWANInews
❀7πŸ‘1
Polis menahan seorang lelaki tempatan bersama kekasihnya warga Thailand kerana disyaki terlibat aktiviti pengedaran dadah di sekitar Pulau Tikus dan Tanjong Tokong di sini pada 10 Julai lepas.

Ketua Polis Daerah Timur Laut ACP Abdul Rozak Muhammad berkata pasangan berusia 25 dan 20 tahun itu ditahan di tepi jalan Pulau Tikus pada 11.30 malam oleh sepasukan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJN) Daerah Timur Laut menerusi operasi membanteras aktiviti pengedaran dadah.

Berita lanjut di: https://www.astroawani.com/berita-malaysia/polis-tahan-pasangan-kekasih-rampas-ganja-rm25420-529414

#AWANInews
❀2πŸ‘1
2025/07/14 21:01:44
Back to Top
HTML Embed Code: