Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
Sebahagian daripada 183 tahanan Palestin dibebaskan oleh pihak berkuasa Israel di Khan Younis pada Sabtu. Visual menunjukkan ahli keluarga yang sedang menanti kepulangan orang tersayang dan ketibaan mereka disambut oleh orang ramai dengan penuh emosi.
Majoriti tahanan Palestin ditangkap dan dipenjarakan oleh Israel hanya kerana dituduh atas kesalahan ringan seperti melontar batu, berdemonstrasi atau mempunyai kaitan dengan serangan militan.
#AWANInews

Pelakon Wanna Ali sah bergelar isteri kepada jejaka pilihan, Khairul Amri Tan Sri Khalid dalam satu majlis di Petaling Jaya pada Ahad.
Menerusi video yang tular, Wanna atau nama sebenarnya Norsyazwana Mohd Ali selamat dinikahkan dengan berwalikan bapanya, Mohd Ali kira-kira jam 10.40 pagi.
Dalam satu majlis serba putih itu, anak kepada penerbit terkenal Datuk Ayu Puteh itu menerima mas kahwin berupa 10 dinar emas dan sebentuk cincin.
Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/

Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh berkata sasaran pingat bagi Sukan SEA 2025 ditetapkan mengikut jumlah keseluruhan, bukan mengikut warna, dan dibuat dengan mengambil saranan pakar.
Beliau menjelaskan bahawa melalui kerjasama dengan pakar dari Nippon Sports Science University (NSSU) di Jepun, yang telah melahirkan lebih 40 pemenang pingat emas Olimpik, pihak mereka mempersoalkan mengapa Malaysia masih mengikut kelaziman sasaran mengikut warna pingat, sedangkan banyak negara lain sudah beralih daripada amalan tersebut.
Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews
Beliau menjelaskan bahawa melalui kerjasama dengan pakar dari Nippon Sports Science University (NSSU) di Jepun, yang telah melahirkan lebih 40 pemenang pingat emas Olimpik, pihak mereka mempersoalkan mengapa Malaysia masih mengikut kelaziman sasaran mengikut warna pingat, sedangkan banyak negara lain sudah beralih daripada amalan tersebut.
Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews
Gara-gara ditegur pekerja pembersihan supaya mengalihkan barang disyaki punca seorang Lelaki warga tempatan yang melepaskan tembakan di sebuah pusat beli belah di Setia Alam pada Sabtu.
Perkara itu disahkan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Mohd Shuhaily Mohd Zain memetik Bernama.
Menurut beliau, risikan awal mendapati ketika kejadian suspek dipercayai berada di bawah pengaruh dadah.
Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews
Perkara itu disahkan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Mohd Shuhaily Mohd Zain memetik Bernama.
Menurut beliau, risikan awal mendapati ketika kejadian suspek dipercayai berada di bawah pengaruh dadah.
Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews
Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Norashikin berkenan menyempurnakan perasmian Taman Kuching Shah Alam di Dataran Kemerdekaan, Seksyen 14 pada Ahad.
Baginda juga berkenan melancarkan Ikon Oyen sebagai maskot rasmi bagi taman dinamakan Catopia Shah Alam itu, antara lain sebagai simbol pemerkasaan program kesedaran awam terhadap pemilikan haiwan secara bertanggungjawab.
Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews
Baginda juga berkenan melancarkan Ikon Oyen sebagai maskot rasmi bagi taman dinamakan Catopia Shah Alam itu, antara lain sebagai simbol pemerkasaan program kesedaran awam terhadap pemilikan haiwan secara bertanggungjawab.
Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews
Seorang nelayan ditemukan lemas dipercayai tercampak ke laut selepas bot dinaiki dilambung ombak dalam kejadian di muara Sungai Keluang, di sini pagi Ahad.
Mangsa, Mohd Fatihil Asrol Mat Zailani, 39, ditemukan terdampar di muara sungai berkenaan kira-kira jam 12.40 tengah hari.
Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews
Mangsa, Mohd Fatihil Asrol Mat Zailani, 39, ditemukan terdampar di muara sungai berkenaan kira-kira jam 12.40 tengah hari.
Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews
Polis meningkatkan kawalan keselamatan di pusat beli-belah dan lokasi tumpuan umum di seluruh negara susulan kes tembakan di sebuah pusat beli belah di Setia Alam, Shah Alam pada Sabtu.
Ketua Polis negara, Tan Sri Razarudin Husain memberitahu, arahan sudah dikeluarkan kepada anggota polis bantuan serta pengawal keselamatan yang bertugas di lokasi supaya lebih berwaspada, jika wujud sebarang aktiviti atau pergerakan mencurigakan.
Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews
Ketua Polis negara, Tan Sri Razarudin Husain memberitahu, arahan sudah dikeluarkan kepada anggota polis bantuan serta pengawal keselamatan yang bertugas di lokasi supaya lebih berwaspada, jika wujud sebarang aktiviti atau pergerakan mencurigakan.
Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
Bahang semakin hangat!
Persediaan telah dilakukan, jangan lupa saksikan peserta GV11 beraksi bersama barisan artis ternama Malaysia dan Indonesia! Pentas akhir Gegar Vaganza musim ke-11 bakal dibuka jam 9 malam ini di saluran Astro RIA.
#GegarVaganza2024 #GV11 #AWANInews

Bekas Penolong Pengarah SME Corp Negeri Terengganu didenda RM16,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini, selepas mengaku bersalah terhadap dua pertuduhan pilihan mengambil bahagian dalam perniagaan dan menerima suapan keseluruhan bernilai RM7,700 pada tahun 2015 dan 2016.
Hakim Mohd Azhar Othman turut memerintahkan Halimah Musa Brahim, 47, dipenjara keseluruhan enam bulan sekiranya gagal membayar denda berkenaan.
Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews
Hakim Mohd Azhar Othman turut memerintahkan Halimah Musa Brahim, 47, dipenjara keseluruhan enam bulan sekiranya gagal membayar denda berkenaan.
Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Melaka dan Negeri Sembilan menggagalkan cubaan menyeludup 10 arnab bernilai RM15,000 di perairan Pantai Pengkalan Balak, tengah malam tadi.
Pengarah Maritim negeri Kepten (M) Mohd Khairi Abd Aziz berkata serbuan dilaksanakan pada 12.10 tengah malam oleh pasukan darat dan laut selepas menerima maklumat berkaitan pergerakan mencurigakan di perairan berkenaan.
Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews
Pengarah Maritim negeri Kepten (M) Mohd Khairi Abd Aziz berkata serbuan dilaksanakan pada 12.10 tengah malam oleh pasukan darat dan laut selepas menerima maklumat berkaitan pergerakan mencurigakan di perairan berkenaan.
Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews
Ahli Parlimen Bandar Tun Razak Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menggesa semua lapisan rakyat supaya menolak sebarang anasir yang cuba melaga-lagakan mereka dengan memainkan isu perkauman.
Wan Azizah, yang juga isteri Perdana Menteri berkata rakyat perlu lebih matang dalam mendepani perbezaan pendapat serta kepercayaan, dengan mencari titik persamaan dan bukannya memperbesarkan perselisihan faham yang kecil.
Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews
Wan Azizah, yang juga isteri Perdana Menteri berkata rakyat perlu lebih matang dalam mendepani perbezaan pendapat serta kepercayaan, dengan mencari titik persamaan dan bukannya memperbesarkan perselisihan faham yang kecil.
Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews
Pemandu bas dan 21 penumpang cedera ringan dalam kemalangan melibatkan sebuah bas dan lori di Kilometer 35.4 Lebuh Raya Utara-Selatan (arah selatan) di sini, awal pagi tadi.
Ketua Polis Daerah Kulai ACP Tan Seng Lee berkata pihaknya menerima maklumat berkaitan kemalangan bas jenis Hino dan lori jenis Volvo itu kira-kira pukul 2.45 pagi.
Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews
Ketua Polis Daerah Kulai ACP Tan Seng Lee berkata pihaknya menerima maklumat berkaitan kemalangan bas jenis Hino dan lori jenis Volvo itu kira-kira pukul 2.45 pagi.
Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews
Liza Aziz mengalahkan lima peserta yang lain di pentas akhir untuk muncul Juara Gegar Vaganza 11 (GV11) sekali gus membolehkannya membawa pulang hadiah wang tunai RM100,000 dan sebuah trofi.
Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews
Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews
Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil mengingatkan orang ramai supaya mendapatkan maklumat terkini berkaitan kejadian tembakan di sebuah pusat beli-belah di Setia Alam semalam, melalui media rasmi dan polis sahaja.
Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews
Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews
Astro AWANI
Photo
Hari ini 22 tahun yang lalu, Menara TM dirasmikan.
Menara ibu pejabat Telekom Malaysia 55 tingkat setinggi 310 meter ini terletak di Jalan Pantai Bahru, Kuala Lumpur bersebelahan Lebuhraya Persekutuan. Ketika itu, ia merupakan bangunan berpintal ke-4 tertinggi di dunia & bangunan ke-5 tertinggi di Malaysia.
Arkiteknya adalah Hijjas Kasturi, diinspirasikan oleh bentuk pucuk rebung daripada siri karya Latiff Mohidin berjudul ‘Pogo-Pogo’ (1964). Ia mula dibina pada 1998 oleh Deawoo Construction (Korea Selatan) bersama Peremba (Malaysia) & siap pada 2001.
Ia dirasmikan oleh Perdana Menteri ketika itu, Datuk Seri (Tun) Dr. Mahathir Mohamad. Majlis tersebut yang disiarkan secara langsung dibuka dengan deklamasi sajak ‘Cerita Sebuah Menara’ oleh penerima Anugerah SEA Write 200, Dr. Lim Swee Tin.
Dengan kos dianggar lebih USD160 juta, menara ikonik yang dilengkapi ‘helipad’ ini direka untuk memanfaatkan unsur-unsur persekitarannya, menggunakan kedudukan, tingkat & sistem pendingin hawa yang menggalakkan penjimatan tenaga.
Kompleks Menara TM turut mengandungi teater yang boleh memuatkan 2,500 penonton, surau besar & fasiliti sukan. Ciri unik menara ini adalah ia juga mempunyai 22 taman terbuka pada selang setiap 3 tingkat. Ia juga mempunyai lif 2 dek.
Selain sebagai ibu pejabat TM, menara ini turut pernah menempatkan beberapa penyewa daripada syarikat besar, antaranya Mercedez-Benz, BASF, DHL, Unilever, Hapag-Lloyd, Henkel Malaysia, Malaysia Airlines, Takaful Nasional & Bahagian IT TNB.
Reka bentuknya juga menyerupai ’Stark/Avengers Tower’ dalam siri filem Marvel. Ketika promosi filem “Avengers: Infinity War”, logo Avengers dipaparkan di puncak Menara TM sebagai sebahagian kolaborasi TM dengan Marvel Malaysia.
Sumber: Arkib Negara Malaysia, SAYS, CTBUH, Yayasan Kepimpinan Perdana
#PeristiwaHariIni

Bekas Duta Besar Malaysia ke Amerika Syarikat (AS) Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz telah melaksanakan tugas dengan baik sepanjang dua tahun perkhidmatannya di Washington, kata Setiausaha Politik kepada Menteri Kewangan Muhammad Kamil Abdul Munim.
Muhammad Kamil berkata hubungan dua hala antara Malaysia dengan AS dari sudut pelaburan dan perdagangan juga bertambah baik sepanjang tempoh berkenaan.
Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews
Muhammad Kamil berkata hubungan dua hala antara Malaysia dengan AS dari sudut pelaburan dan perdagangan juga bertambah baik sepanjang tempoh berkenaan.
Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews
Angkatan Tentera Darat Malaysia (TDM) menahan 15 pendatang asing tanpa izin warga Myanmar dan Thailand dalam dua tangkapan berasingan di daerah Kubang Pasu, semalam dan hari ini.
Markas Divisyen Kedua Infantri Malaysia (2 Divisyen) dalam kenyataan memaklumkan tangkapan pertama dilakukan pada 7.22 malam semalam di sekitar Kawasan Tanggungjawab Briged Keenam Infantri Malaysia (KTJ 6 Bgd).
Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews
Markas Divisyen Kedua Infantri Malaysia (2 Divisyen) dalam kenyataan memaklumkan tangkapan pertama dilakukan pada 7.22 malam semalam di sekitar Kawasan Tanggungjawab Briged Keenam Infantri Malaysia (KTJ 6 Bgd).
Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews
Kerajaan komited untuk membina sekolah baharu dalam usaha memenuhi keperluan dan menangani isu sekolah padat terutamanya di kawasan bandar.
Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek berkata menerusi Belanjawan 2025, Kerajaan MADANI meluluskan pembinaan 44 sekolah iaitu paling banyak dalam tempoh empat tahun terkini.