Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
Penubuhan Majlis TVET Negeri Sabah membuka ruang kepada generasi belia di negeri itu untuk memperlengkapkan diri dengan bidang kemahiran yang memberi tambah nilai kepada modal insan bagi memacu pembangunan seiring aspirasi Sabah Maju Jaya.
#AWANISabah+ #AWANInews
#AWANISabah+ #AWANInews
π5π1
Sebaliknya, Perdana Menteri menjelaskan, kedua-dua Menteri Perladangan dan Komoditi serta Menteri Kewangan II itu hanya menjalankan tugas portfolio berkenaan hingga pelantikan baharu dibuat.
"Sekarang, kita minta Datuk Seri Johari Abdul Ghani dan Datuk Seri Amir Hamzah Azizan jalankan tugas, buat dengan baik, tidak payah terburu-buru. (Mereka) menjalankan tugas ini hingga (ada) pelantikan baharu," katanya.
https://www.astroawani.com/berita-malaysia/pm-nafi-2-menteri-pangku-jawatan-ditinggalkan-rafizi-nik-nazmi-kerana-ketandusan-calon-528977
#AWANInews

π47β€10π₯3π1
Polis mengesahkan insiden kemalangan membabitkan motosikal Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang ditunggang anggota trafik dan motosikal Honda ADV, di laluan Subang Kelana Jaya Link, di sini yang tular di media sosial sejak Khamis lalu.
Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Wan Azlan Wan Mamat, berkata rakaman video kejadian itu dikesan dimuat naik di laman Facebook Dashcam Malaysia, kira-kira pukul 6.50 petang, Khamis.
Lanjut: https://www.astroawani.com/berita-malaysia/video-tular-kemalangan-polis-sahkan-anggota-henti-bantu-mangsa-528982

π7π₯2β€1π1
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) akan menjalankan siasatan secara terperinci bersama Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) bagi memastikan kesahihan maklumat berhubung program motivasi rumah tangga yang didakwa songsang dan terpesong.
Ketua Pengarahnya, Datuk Sirajuddin Suhaimee berkata, langkah itu diambil agar maklumat diperoleh dengan jelas sebelum sebarang tindakan wajar diambil, selaras dengan peruntukan undang-undang yang berkuat kuasa.
https://www.astroawani.com/berita-malaysia/tular-jakim-jais-siasat-dakwaan-program-motivasi-rumah-tangga-songsang-529008

β€13π₯7π2
Remaja warga Britain, David Balisong, 17, yang dilaporkan hilang selepas memasuki Malaysia pada 7 Jun lalu dipercayai telah menaiki bas ke Stesen Kuala Lumpur Sentral (KL Sentral).
Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, tujuan kehadiran remaja tersebut ke negara ini masih belum dapat dipastikan.
Lanjut: https://www.astroawani.com/berita-malaysia/remaja-britain-hilang-dipercayai-naik-bas-ke-kl-sentral-polis-528980

π₯10β€4π1
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, mengadakan pertemuan dengan Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) di kediaman rasmi Perdana Menteri, Seri Perdana, Putrajaya, malam ini.
Pertemuan itu dipercayai bagi membincangkan isu semasa termasuk mengenai sidang Parlimen yang akan datang.
Mesyuarat yang berlangsung lebih sejam itu berakhir kira-kira 9.20 malam.
https://www.astroawani.com/berita-malaysia/pm-anwar-adakan-perjumpaan-dengan-ahli-parlimen-bn-529030

π38β€11π₯10π6
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
Rakaman kamera keselamatan merakam detik seorang kanak-kanak kecil terperangkap di dalam mesin cengkaman mainan di sebuah pusat membeli-belah di Ohio. Operasi menyelamatkan kanak-kanak tersebut terus dilakukan dengan pantas.
#AWANInews
#AWANInews
π5β€4
Selepas empat tahun menyepi, penyanyi pop antarabangsa Justin Bieber kembali menghangatkan industri muzik dengan pelancaran album studio ketujuh berjudul Swag pada Jumaat.
Album baharu itu memuatkan 20 lagu, antaranya Dadz Love, Devotion dan Therapy Session, yang membawa tema berkisar kematangan, tanggungjawab serta perjuangan emosi.
Lanjut: https://www.astroawani.com/berita-hiburan/justin-bieber-kembali-dengan-album-swag-selepas-empat-tahun-528979

π9
Penglibatan yang menggalakkan dalam kalangan negara-negara rakan dialog ASEAN sewaktu Mesyuarat Menteri-menteri Luar ASEAN (AMM) jelas menunjukkan rantau ini semakin disegani dan mendapat kepercayaan kuasa-kuasa besar dunia.
Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, ia juga merupakan manifestasi terhadap kepimpinan Malaysia selaku pengerusi ASEAN bagi tahun ini.
Lanjut: https://www.astroawani.com/berita-malaysia/asean-semakin-disegani-dunia-banyak-negara-ingin-jadi-rakan-dialog-tok-mat-529031

β€16π7π6π₯2
Kerajaan Persekutuan memperuntukkan sebanyak RM50 juta bagi melaksanakan Inisiatif Penyelenggaraan Rumah Ibadat Bukan Islam (RIBI) di seluruh negara tahun ini.
Peruntukan itu disalurkan menerusi Belanjawan 2025, khusus untuk tujuan penyelenggaraan dan baik pulih rumah ibadat bukan Islam demi memberikan keselesaan kepada penganut menjalankan aktiviti keagamaan.
Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming berkata kementeriannya diberi mandat untuk melaksanakan inisiatif tersebut secara berperingkat di seluruh negara.
Lanjut: https://www.astroawani.com/berita-malaysia/rm50-juta-selenggara-rumah-ibadat-bukan-islam-tahun-ini-nga-529007

π114β€5π3π3
Amerika Syarikat (AS) menggambarkan penglibatannya dalam Mesyuarat Menteri-Menteri Luar ASEAN (AMM) yang diketuai ASEAN sebagai "luar biasa".
Setiausaha Negara AS Marco Rubio berkata AS mengulangi semula komitmennya terhadap ASEAN selaku pintu masuk diplomatik utama ke Asia Tenggara.
Beliau berkata AS kekal terhubung rapat dengan rantau ini sebagai sebuah negara Pasifik yang mempunyai hubungan kukuh serta warganegara yang menetap di tempat seperti Hawaii dan wilayah Pasifik lain.
Lanjut:
https://www.astroawani.com/berita-malaysia/gambarkan-forum-asean-sebagai-luar-biasa-ulangi-komitmen-hubungan-serantau-rubio-529024

π20π11π₯4β€3
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bersetuju membangunkan Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Ulul Albab di Tanah Merah hasil permintaan UMNO Bahagian Tanah Merah, kata Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA) Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki.
Beliau berkata penubuhan MRSM itu akan dibawa ke mesyuarat Majlis MARA yang akan datang susulan pengesahan bahawa peruntukan bagi projek berkenaan telah pun tersedia.
https://www.astroawani.com/berita-malaysia/mrsm-ulul-albab-pertama-kelantan-bakal-dibina-di-tanah-merah-asyraf-wajdi-529014

π28β€11π10π₯1π1
Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump dijangka melawat China dengan kedua-dua pihak kini dalam proses menetapkan tarikh yang sesuai, kata Setiausaha Negara AS Marco Rubio.
Beliau berkata pertemuan kemuncak antara Trump dan Presiden Xi Jinping dijangka berlangsung, susulan pertemuan empat mata pertamanya dengan Menteri Luar China Wang Yi yang diadakan di sela-sela Mesyuarat Menteri-Menteri Luar ASEAN (AMM) ke-58 pada Jumaat.
Lanjut: https://www.astroawani.com/berita-dunia/trump-lawat-china-tarikh-akan-dimuktamadkan-rubio-529028

π35π₯5π4
Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) menahan 89 individu terdiri daripada warga asing dan warga tempatan, dalam Op Gegar yang dijalankan di tiga lokasi di sekitar Kuchai, Sri Petaling dan Cheras pada 9 Julai lepas.
Dalam kenyataan pada Jumaat, Ketua Pengarah Imigresen Datuk Zakaria Shaaban berkata serbuan pertama melibatkan dua premis yang disyaki terlibat dengan aktiviti pelacuran wanita warga asing.
Beliau berkata dalam serbuan pada 3 petang itu, 26 wanita warga asing yang terdiri daripada 11 warga Vietnam, lapan warga Indonesia, enam warga Thailand dan seorang warga Myanmar telah ditahan kerana disyaki menawarkan perkhidmatan seks manakala dua lelaki warga Bangladesh dan Pakistan turut ditahan kerana disyaki berkerja di premis terbabit.
Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/

β€14π6π5π₯3
Ketua Polis Daerah Bentong, Superintendan Zaiham Mohd Kahar, memaklumkan pihaknya telah menerima dua laporan polis berkaitan kejadian itu pada hari Jumaat, masing-masing sekitar jam 11.49 pagi dan 12.50 tengah hari.
Menurut Zaiham, kes disiasat di bawah Seksyen 148 Kanun Keseksaan kerana merusuh menggunakan senjata.
βKami menyeru mana-mana individu yang menyaksikan atau mempunyai maklumat mengenai kejadian ini untuk tampil membantu siasatan,β katanya dalam satu kenyataan.
#AWANInews
Baca lanjut di: https://www.astroawani.com/berita-malaysia/pergaduhan-di-genting-highlands-polis-buka-kertas-siasatan-529054

π₯13π3
Kenyataan ini disampaikan oleh Setiausaha Negara Amerika Syarikat, Marco Rubio kepada wartawan dalam satu sidang media di Kuala Lumpur.
Menurut seorang pegawai kanan Jabatan Negara yang enggan dinamakan, notis pemberhentian telah dihantar kepada 1,107 penjawat awam dan 246 pegawai perkhidmatan luar negara yang berkhidmat dalam tugasan domestik.
Berdasarkan notis dalaman yang diperoleh The Associated Press, pegawai perkhidmatan luar akan terus diletakkan dalam cuti pentadbiran selama 120 hari sebelum perkhidmatan mereka ditamatkan secara rasmi.
#AWANInews
Baca lanjut di: https://www.astroawani.com/berita-dunia/pentadbiran-trump-pecat-lebih-1300-kakitangan-jabatan-negara-dalam-pelan-penyusunan-semula-besarbesaran-529047

π20β€3π₯2π1
Penganjuran setiap majlis agama dan kerohanian umat Islam, khususnya program selawat dan dakwah, perlu sentiasa berteraskan adab serta panduan syarak sebagai asas utama pelaksanaan.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Mohd Na'im Mokhtar berkata, penganjuran program seumpama itu perlu selaras dengan maqasid syariah, memelihara kesucian majlis serta tidak mengundang kekeliruan atau polemik yang merugikan.
Beliau berkata, dalam usaha menyantuni umat dan mengangkat syiar Islam, pendekatan yang berhikmah serta berpandukan garis panduan syarak amat penting.
#AWANInews
Baca lanjut di: https://www.astroawani.com/berita-malaysia/jadikan-adab-panduan-syarak-sebagai-asas-penganjuran-program-agama-mohd-naim-529043

π15β€8π4π₯2
Polis mengesahkan telah menerima laporan berhubung satu program motivasi rumah tangga yang dikaitkan dengan unsur mencolok mata dan amalan syirik seperti yang tular di media sosial, dipercayai berlaku antara 27 hingga 30 September tahun lalu.
Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews
Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews
π17π₯9β€2π2π1
Hari ini 38 tahun yang lalu, Raja Biola Malaysia, Hamzah Dolmat, meninggal dunia.
Hamzah lahir pada 1923 di Kallang Basin, Singapura. Bapanya Dolmat Abd Fatah merupakan pemain biola terkenal yang menganggotai Kumpulan Ronggeng Singapura, sementera ibunya Fatimah Ali pula adalah pelakon/penyanyi kumpulan makyong dari Riau.
Beliau mula bermain biola di usia 11 tahun apabila selalu mengikuti rombongan kumpulan muzik ayahnya, sebelum kemudian mempunyai kumpulan sendiri & melibatkan diri dalam kumpulan wayang bangsawan. Dari situ namanya mula berkembang.
Hamzah mula diundang untuk membuat rakaman bagi muzik latar filem-filem Melayu terbitan Shaw Brothers sekitar lewat 1940-an. Tunku Abdul Rahman menjadi antara peminat terbesarnya, mendorong Hamzah berhijrah ke Kuala Lumpur pada 1959.
Genre yang menjadi βmakananβ beliau adalah muzik tradisional Melayu seperti irama asli, inang, keroncong & joget. Selain unggul menggesek biola, Hamzah juga berkebolehan bermain pelbagai alat muzik lain seperti gambus, gitar, piano & akordian.
Beliau diangkat sebagai duta budaya Malaysia, sering menjadi teraju persembahan lagu-lagu tradisional ke serata dunia. Hamzah juga pernah membuat persembahan untuk tentera Malaysia yang bertugas di Congo di bawah misi keamanan PBB pada 1963.
Atas sumbangannya, beliau dikurnia pingat Ahli Mangku Negara pada 1964 & dianugerah Ijazah Kehormat Sarjana Sastera oleh Universiti Malaya pada 1978. Pada 1980, beliau menerima Pingat Jasa Kebaktian daripada Sultan Selangor.
Pada 12 Julai 1987, Hamzah diserang asma ketika mengiringi sebuah pementasan bangsawan di Panggung Dewan Bandaraya KL. Beliau dikejarkan ke Hospital Besar KL & menghembuskan nafas terakhir pada jam 10.30 malam di usia 64 tahun.
Sepanjang kariernya, beliau telah merakam lebih 250 buah lagu tradisional Melayu & kesemuanya kini disimpan oleh perpustakaan Universiti Malaya sebagai bahan rujukan.
Sumber: Arkib Negara Malaysia, Perpustakaan UM, Discogs
#PeristiwaHariIni

β€20π2π₯1