Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim mahu pihak berkuasa tempatan (PBT) supaya memberi tumpuan terhadap faktor kebersihan di kawasan masing-masing.
Baginda yang berkenan mencemar duli menyertai aktiviti berjalan kaki sejauh 3.2 kilometer sambil meninjau tahap kebersihan di sekitar Jalan Gallagher, di ibu negara turut membuat tinjauan mengejut pada awal pagi Sabtu.
“Pembuangan sampah sarap di tepi jalan bukan sahaja menjadi pembiakan Aedes, namun boleh menjejaskan kesihatan para penghuni di kawasan sekitarnya.
#AWANInews
Baca lanjut di: https://www.astroawani.com/berita-malaysia/ambil-tindakan-segera-masalah-sampah-dan-longkang-tersumbat-di-jalan-gallagher-agong-529103

❤25👎4🔥4👍2
Pemain tenis India, Radhika Yadav, ditembak mati oleh bapanya, Deepak Yadav, di kediaman mereka di Gurugram Khamis lalu.
Radhika merupakan sebahagian daripada saingan ITF bagi acara perseorangan dan beregu sebelum mengambil bahagian dalam bidang kejurulatihan.
Polis Gurugram berkata mereka dimaklumkan oleh sebuah hospital swasta di bandar itu bahawa seorang wanita muda telah meninggal dunia akibat kecederaan ditembak dan apabila mereka tiba di hospital, mereka hanya menemui bapa saudara Radhika, Kuldeep Yadav, dan bukan ibu bapanya.
Lanjut: https://www.astroawani.com/berita-sukan/pemain-tenis-india-meninggal-dunia-ditembak-bapa-kandung-529111

❤6🔥6👎1
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim meminta rakyat negeri Terengganu agar tidak terus terpengaruh dengan dakwaan tidak berasas, kononnya Kerajaan Persekutuan tidak melakukan apa-apa pembangunan untuk kesejahteraan mereka.
Beliau berkata hakikatnya, sebanyak 445 program dan projek dengan peruntukan mencecah RM1.836 bilion telah diluluskan di Terengganu di bawah Program/Projek Pembangunan Rancangan Boleh Pinda Kelima (RP5) Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12).
Lanjut: https://www.astroawani.com/berita-politik/jangan-terpengaruh-dakwaan-kerajaan-tidak-buat-apaapa-untuk-terengganu-pm-529113

👎86👍32❤5
Meskipun wajah dan tangannya sudah dipenuhi garis usia, penglihatannya masih tajam dan jari-jemarinya tetap tangkas menganyam kelarai, hasil seni warisan yang kian dilupakan, khususnya dalam kalangan generasi muda.
Pengusaha kraf tangan, Asmah Ismail, 64, mengakui kemahiran menganyam mengkuang semakin pupus kerana kurang diminati golongan muda yang menganggap pekerjaan itu tidak berdaya saing dari segi pendapatan.
Lanjut: https://www.astroawani.com/gaya-hidup/raih-pendapatan-sehingga-rm10000-sebulan-dengan-anyam-mengkuang-529121

👍38❤10👏5
Pakar hak asasi manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Francesca Albanese menegaskan sekatan dikenakan pentadbiran Presiden Donald Trump tidak akan menghalangnya daripada terus menjalankan tugas membongkar jenayah perang dan genosid di wilayah Palestin yang diduduki.
Albanese, yang merupakan Pelapor Khas PBB bagi Wilayah Palestin yang Diduduki, menyifatkan tindakan Amerika Syarikat (AS) sebagai cubaan untuk membungkam suara yang mendedahkan pelanggaran hak asasi manusia.
Lanjut: https://www.astroawani.com/berita-dunia/tiada-siapa-bebas-selagi-palestin-dijajah-albanese-komited-bongkar-jenayah-perang-walau-disekat-529144

❤63👏12👍11🔥7
Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump pada Sabtu menghantar surat perdagangan kepada Mexico dan Kesatuan Eropah (EU), mengumumkan yang mereka akan dikenakan tarif sebanyak 30 peratus ke atas eksport ke Amerika Syarikat, lapor Sputnik/RIA Novosti.
"Bermula 1 Ogos 2025, kami akan mengenakan tarif sebanyak 30 peratus ke atas produk Mexico yang dihantar ke AS, berasingan daripada semua Tarif Sektoral.
"Barangan yang dihantar semula bagi mengelakkan tarif yang lebih tinggi akan dikenakan tarif lebih tinggi ... jika atas apa-apa sebab anda memilih untuk menaikkan tarif anda, maka, apa jua jumlah yang anda naikkan akan ditambah kepada 30 peratus yang kami kenakan," kata Trump dalam surat kepada Presiden Mexico, Claudia Sheinbaum.
Lanjut: https://www.astroawani.com/berita-dunia/kenakan-tarif-30-peratus-ke-atas-mexico-eu-bermula-1-ogos-trump-529161

👎49🔥4❤3👏1
Sekurang-kurangnya 67 kanak-kanak maut akibat kebuluran di Semenanjung Gaza sejak Oktober 2023 ketika sekatan menyeluruh Israel ke atas wilayah itu memasuki hari ke-103 berturut-turut, lapor Anadolu Ajansi (AA) memetik kenyataan Pejabat Media Kerajaan di Gaza pada Sabtu.
Pejabat itu memberi amaran jumlah kematian berkemungkinan meningkat dengan mendadak, memandangkan lebih 650,000 kanak-kanak berusia bawah lima tahun kini menghadapi kekurangan zat makanan yang teruk dan mengancam nyawa dalam minggu-minggu akan datang berikutan sekatan berterusan terhadap bekalan makanan, ubat-ubatan dan bahan api.
Lanjut: https://www.astroawani.com/berita-dunia/67-kanakkanak-maut-akibat-kebuluran-di-gaza-sejak-oktober-2023-529158

🔥19❤5
Para pemimpin dan ketua cawangan UMNO digesa supaya terus memainkan peranan memberi penerangan kepada ahli-ahli akar umbi mengenai keperluan serta kepentingan penyertaan parti itu dalam Kerajaan Perpaduan yang dibentuk pasca Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).
Naib Presiden UMNO Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata walaupun kerjasama tersebut semakin difahami dan diterima, masih ada segelintir ahli yang keliru dan bersikap menjauhkan diri daripada parti.
Lanjut: https://www.astroawani.com/berita-politik/pemimpin-akar-umbi-umno-digesa-perjelas-kerjasama-kerajaan-perpaduan-mohamed-khaled-529137

👎42👍12
Cabaran penghijrahan bakat dalam sektor penjagaan kesihatan negara bukanlah satu isu yang mampu ditangani secara bersendirian oleh Kementerian Kesihatan (KKM) kerana ia memerlukan kerjasama rentas agensi serta komitmen bersama untuk merangka penyelesaian jangka panjang, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad.
Beliau berkata perkara ini turut dibuktikan menerusi satu kajian bebas oleh Strategic Engagement Group (SEG) bertajuk "Masa Depan Petugas Kesihatan di Malaysia" yang mencadangkan penubuhan Lembaga Tadbir Urus Sumber Manusia dalam Penjagaan Kesihatan (HRH) antara kementerian, selaras dengan hakikat bahawa kemampanan tenaga kerja kesihatan memerlukan pendekatan keseluruhan negara.
https://www.astroawani.com/berita-malaysia/kkm-tidak-mampu-tangani-isu-penghijrahan-doktor-bersendirian-dzulkefly-529157

👎21👍6🔥2❤1
Skuad Pemburu Ikan Asing (SPIA) Malaysia berjaya merekodkan lebih 52 tan tangkapan ikan bandaraya di seluruh Semananjung Malaysia sejak ditubuhkan pada 2022.
Pengasasnya Mohamad Haziq A Rahman berkata daripada jumlah itu sebanyak 30 tan ditangkap di Lembah Klang khususnya di Selangor, manakala baki 22 tan melibatkan negeri lain seperti Perak, Negeri Sembilan, Johor, Melaka, Pulau Pinang dan Kedah.
Lanjut: https://www.astroawani.com/berita-malaysia/spia-malaysia-tangkap-lebih-52-tan-ikan-bandaraya-di-seluruh-malaysia-529131

👍30👏6❤2
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar menyambut baik hasrat ulama besar dari Yaman, Sheikh Al-Qodhi Dr Yasir Al-Adni As-Syahiri, untuk menjalin kerjasama dua hala dalam membuka lebih banyak peluang kepada pelajar dari negara itu melanjutkan pengajian tinggi di Malaysia.
Mohd Na'im berkata cadangan itu sejajar dengan komitmen Malaysia dalam memperkukuh jaringan keilmuan dan dakwah Islam di peringkat antarabangsa.
Lanjut: https://www.astroawani.com/berita-malaysia/mohd-naim-sambut-baik-hasrat-ulama-yaman-perluas-peluang-pengajian-di-malaysia-529150

👍35❤4👎2
How is the “China Plus One” strategy reshaping global supply chains and is Southeast Asia ready for the shift? We speak to Prof Volker Perthes, Senior Distinguished Fellow at the German Institute for International and Security Affairs, and Assoc Prof Simon Tay, Chairman of the Singapore Institute of International Affairs, on how major-power rivalry, regional readiness, and global economic shifts are transforming the trade landscape.
#AWANIGlobal
#AWANIGlobal
👍6👎3
Suasana pilu menyelubungi pekarangan Hospital Nasser di Khan Younis apabila keluarga mangsa berkumpul untuk menerima jenazah orang tersayang yang terkorban dalam insiden berdarah berhampiran pusat agihan bantuan Al-Shakoush, utara Rafah.
Ramai yang terbunuh sedang menunggu giliran untuk mendapatkan bekalan asas seperti makanan, air, dan ubat-ubatan.
Hassan Omran, seorang paramedik tempatan, berkata mereka menerima lebih daripada 150 orang yang cedera, dengan kebanyakan luka tembakan di kepala dan badan.
#AWANInews
Baca lanjut di: https://www.astroawani.com/berita-dunia/serangan-israel-di-gaza-ragut-110-nyawa-termasuk-34-pencari-bantuan-529186

👎20❤5🔥5
Pemimpin Tertinggi Iran, Ayatollah Ali Khamenei mengutuk keras dalam satu ucapan yang disiarkan secara nasional menyatakan bahawa sistem pengagihan bantuan yang dikendalikan oleh Gaza Humanitarian Foundation (GHF), yang disokong oleh Amerika Syarikat (AS) dan Israel, telah mencabul prinsip asas kemanusiaan dan menjadi alat penindasan yang menyasarkan orang awam Palestin secara sistematik.
“Mereka menyebut ini sebagai bantuan, tetapi hakikatnya ia adalah cara terancang untuk membiarkan rakyat Gaza mati kelaparan dan dalam ketakutan. Ini bukan bantuan, ini adalah genosid murah,” kata Khamenei.
#AWANInews
Baca lanjut di: https://www.astroawani.com/berita-dunia/bentuk-genosid-murahan-khamenei-kecam-mekanisme-bantuan-gaza-529187

👍47🔥7👎1
Hari ini 40 tahun yang lalu, konsert Live Aid, konsert sedunia yang dianjur untuk mengumpul dana bantuan krisis kebuluran di Afrika, membuka tirainya.
Live Aid merupakan ilham Bob Geldof, penyanyi kumpulan rock Irish, Boomtown Rats. Pada 1984, beliau mengembara ke Ethiopia selepas mendengar bahawa ratusan ribu rakyatnya mati akibat kebuluran & jutaan lagi bakal berdepan nasib sama.
Pulang ke London, Geldof mengumpulkan artis pop ternama Britain & Ireland dalam ensemble dipanggil “Band Aid” untuk merakam sebuah ‘single’ bagi meraih dana untuk Ethiopia. “Do They Know It’s Christmas” berjaya mengumpul lebih £8 juta.
Ia turut menjadi hit no.1 di AS & menginspirasikan mereka untuk melaksanakan usaha yang sama. “We Are The World” tulisan Michael Jackson & Lionel Richie yang dirakam oleh ‘ensemble’ digelar “USA for Africa” berjaya mengumpul AS$44 juta.
Geldof seterusnya mencadangkan Live Aid, konsert amal global untuk meraih lebih banyak dana & meningkatkan kesedaran dunia. Diatur dalam tempoh 10 minggu, Live Aid dipentaskan di Stadium Wembley pada 13 Julai 1985.
Dirasmikan Putera Charles & Puteri Diana, Live Aid menampilkan 75 artis termasuklah Elton John, Madonna, Santana, Run DMC, David Bowie, Eric Clapton, Paul McCartney, Mick Jagger, Duran Duran, The Who, U2, The Beach Boys & ramai lagi.
Queen menjadi persembahan paling diingati hari itu, khususnya aksi ikonik daripada terajunya Freddie Mercury menyampaikan lagu-lagu hits mereka selama 20 minit, bermula dengan “Bohemian Rhapsody” & diakhiri dengan “We Are the Champions.”
Menutup tirai Wembley dengan “Do They Know It’s Christmas,” Live Aid diteruskan di Stadium JFK, Philadelphia. 6 jam kemudian, konsert di AS itu diakhiri dengan “We Are the World.” Pada hari sama, Live Aid turut dianjurkan di beberapa negara di serata dunia.
Konsert mega selama 16 jam itu dihubungkan dengan satelit & disaksikan lebih sebilion penonton di 110 negara, yang akhirnya berjaya mengumpulkan AS$127 juta secara keseluruhannya.
Sumber: History
#PeristiwaHariIni

❤15👍4
Ketua Polis Daerah Kuala Muda, ACP Hanyan Ramlan berkata, kira-kira jam 11.47 pagi, anggota bertugas di Pusat Kawalan Daerah, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Muda menerima panggilan MERS 999 memaklumkan seorang lelaki dipercayai lemas.
Beliau berkata, hasil siasatan, mangsa ke kawaaan itu bersama tujuh rakan lain ke kawasan air terjun terbabit yang terletak di Gunung Jerai untuk tujuan mendaki.
"Ketika sampai di kawasan air terjun Bukit Dinding, seorang penuntut wanita dipercayai lemas dan menjerit meminta tolong.
#AWANInews
Baca lanjut di: https://www.astroawani.com/berita-malaysia/penuntut-universiti-ditemukan-lemas-di-air-terjun-gunung-jerai-529183

🔥10❤1
Ketua Polis Daerah Kuala Muda, ACP Hanyan Ramlan berkata, bayi berkenaan yang masih bertali pusat ditemui orang awam di Lorong Cempaka Indah 39, Taman Cempaka Indah, jam 9.55 pagi.
“Menurut saksi, dia terdengar tangisan bayi sebelum ketika sedang menjemur pakaian dan terus mendekati menemui bayi itu dalam keadaan tidak berpakaian dan terbaring di atas tanah berbatu di bahu jalan.
“Dia kemudian meminta tolong jiran lain membawa bayi itu ke kawasan selamat,” katanya dalam kenyataan pada Ahad.
#AWANInews
Baca lanjut di: https://www.astroawani.com/berita-malaysia/buang-bayi-di-bahu-jalan-remaja-lelaki-17-tahun-direman-dua-hari-bantu-siasatan-529200

🔥9❤5👍1
Forwarded from AWANI International
Now Trump says a deal’s “pretty much” done.
ByteDance might drop a U.S.-only version of the app but what happens when one TikTok becomes two?
#GlobalSituationshipWithShafiqa
#AwaniInternational
https://www.tiktok.com/@poweraffairs/video/7526093250927594753

TikTok
TikTok · AWANI International
Check out AWANI International’s video.
🔥4
Forwarded from AWANI International
We always hear “Belt and Road is win-win cooperation.
It sounds fair. Balanced. Mutual.
But from Sri Lanka to Malaysia, some wins come with 99-year leases and billion-ringgit renegotiations.
If one side gets ports and the other gets debt, is that really a win for both?
Let’s hear #whattheydontsaywithAmirul
#AWANIinternational
https://www.tiktok.com/@poweraffairs/video/7526415679713529104