Telegram Web
Kementerian Luar hari ini mengesahkan, setakat ini tiada laporan tentang rakyat Malaysia terjejas akibat gempa bumi berukuran 6.5 magnitud yang melanda kawasan kira-kira 84km dari Lobuche, Nepal pada pagi Selasa.

Dalam satu kenyataan, Kementerian Luar yang lebih dikenali sebagai Wisma Putra menggesa rakyat Malaysia di Nepal agar kekal berwaspada, mematuhi garis panduan keselamatan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa tempatan dan berhati-hati dalam menghadapi situasi selepas gempa bumi.

Wisma Putra turut menggalakkan rakyat Malaysia di Nepal untuk mendaftar kehadiran mereka melalui platform E-Konsular serta kekal berhubung dengan Kedutaan Malaysia untuk maklumat terkini dan bantuan.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews
Persidangan Kawal Selia Antarabangsa (IRC) 2025 yang dianjurkan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) membuka tirai secara rasmi pada Selasa.

Dalam ucapan perasmiannya, Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil menekankan kepentingan pengawalseliaan dalam mengimbangi inovasi dengan perlindungan pengguna.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews
Sabah Electricity (SE) memperoleh tawaran pembinaan projek Large-scale Solar Photovoltaic (LSSPV) sebanyak 15 megawatt AC (MWac) daripada Suruhanjaya Tenaga Sabah (ECoS) yang akan membantu meningkatkan margin rizab grid elektrik Sabah.

Ketua Pegawai Eksekutif SE Mohd Yaakob Jaafar menerusi kenyataan di Kota Kinabalu pada Selasa, berkata SE menerima Letter of Notification (LoN) mengenai tawaran itu melalui usaha sama dengan TNB Renewable Sdn Bhd (TRe).

Projek LSSPV itu melibatkan pemasangan 15MWac panel solar di Kampung Langkon, Kota Marudu dan pengoperasian loji LSSPV tersebut akan membantu meningkatkan margin rizab grid Sabah ketika waktu beban puncak pada siang hari.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews
Mahkamah Sesyen di Seremban pada Selasa menetapkan 18 Februari depan sebagai tarikh baharu keputusan representasi seorang gadis berkaitan pertuduhan melakukan penderaan fizikal dan pengabaian terhadap empat kanak-kanak di sebuah pusat jagaan yang mempunyai kaitan dengan GISB Holdings Sdn Bhd (GISBH) pada Ogos tahun lalu.

Prosiding sebutan semula kes tersebut didengar di dua kamar mahkamah berasingan di hadapan Hakim, Datin Surita Budin dan Meor Sulaiman Ahmad Tarmizi.

Terdahulu pihak pendakwaan yang dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Intan Noorashikin Nasarudin dan Norazihah Asmuni memaklumkan kepada mahkamah bahawa mereka telah menerima surat representasi kes pada 26 dan 27 Disember lalu.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
Gen Z dan teknologi tidak dapat dipisahkan. Kebolehan mereka mengadaptasi sebarang situasi, berita mahupun isu disuarakan dengan memanfaatkan teknologi yang ada.

Pemikiran kritis dan dinamik terhadap isu-isu sosial dan keadilan mereka diuji lagi hari ini dalam 'The Collision Room'. Pastinya, pelbagai pengalaman dan ilmu yang diperoleh memberi impak positif dalam kehidupan mereka kedepannya.

The Collision Room adalah sebahagian daripada Project Sigma, sebuah inisiatif global oleh Google News Initiative dan disokong oleh Kementerian Komunikasi Malaysia.

#ProjectSigma #AWANInews
Hubungan bilateral kukuh antara Singapura dan Malaysia membentuk asas penting kepada ASEAN yang lebih kuat dan bersatu, yang mampu mengemudi persaingan geopolitik yang semakin sengit, kata Perdana Menteri Singapura Lawrence Wong.

Bercakap pada sidang media bersama Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim selepas Pemukiman Pemimpin Malaysia-Singapura ke-11 pada Selasa, Wong menggariskan kepentingan memanfaatkan Kepengerusian ASEAN-Malaysia tahun ini untuk memperkukuh kerjasama serantau atas dasar yang saling menguntungkan.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews
Keengganan sebuah kedai runcit di Halaman Pasar dekat Taiping menjual minyak masak peket kepada pelanggan mengundang padah apabila premis itu dikenakan tindakan penguatkuasaan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Perak pada Isnin.

Pengarah KPDN Perak Datuk Kamalludin Ismail berkata tindakan diambil menerusi operasi dijalankan pada 1 tengah hari oleh sepasukan pegawai dan anggota penguat kuasa KPDN Cawangan Taiping.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews
Seorang pegawai polis pada Selasa mengesahkan menerima beberapa barang kes seperti rakaman video kamera litar tertutup dan kamera papan pemuka kenderaan, pakaian mangsa serta laporan polis dan kimia berhubung kes kenderaan yang dipandu seorang pegawai kanan polis melanggar motosikal ditunggang seorang pelajar pada Disember 2023.

Saksi ke-32 Inspektor Chua Sze Yuan yang merupakan pegawai penyiasat pertama daripada Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh berkata kesemua bahan bukti itu diambil daripada Pegawai Penyiasat Trafik Inspektor Jong Pit Chao pada 16 Dis 2023 iaitu selepas hari kejadian perlanggaran.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews
Polis meminta bantuan orang ramai bagi mengesan seorang remaja perempuan berusia 15 tahun dari Sungai Pelek, Sepang yang dilaporkan hilang sejak Ahad lepas.

Ketua Polis Daerah Sepang ACP Norhizam Bahaman berkata kehilangan Nurkhairah Hawabillah Abdul Latif dilaporkan bapanya pada 10.12 malam Selasa.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews
Malaysia mengulangi komitmen untuk bekerjasama erat dengan rakan-rakan ASEAN bukan sahaja untuk seiring dengan perkembangan teknologi global tetapi juga meletakkan rantau ini sebagai peneraju global dalam tadbir urus digital, telekomunikasi dan multimedia yang beretika, inovatif dan inklusif.

Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil berkata Kepengerusian ASEAN Malaysia tahun ini memberi peluang untuk memangkin usaha dalam memacu inisiatif-inisiatif serantau dan membentuk dasar bagi ruang dalam talian yang berkembang pesat.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews
Perdana Menteri Anwar Ibrahim menzahirkan ucapan takziah kepada semua mangsa yang terkesan akibat gempa bumi melanda Wilayah Autonomi Xizang (Tibet), China pada Selasa.

Anwar Ibrahim berkata, Malaysia turut berdiri teguh bersama kerajaan dan rakyat China dalam menghadapi bencana tragis ini.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews
Perjanjian Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) yang dimeterai hari ini akan membawa limpahan manfaat yang besar terutamanya kepada Johor dan rakyatnya.

Menteri Besar Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata perjanjian itu merupakan hasil perbincangan mendalam dan persediaan teliti antara Malaysia dan Singapura yang bakal membuka lebih banyak peluang perniagaan serta meningkatkan hubungan ekonomi kedua-dua negara.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews
Perbadanan Stadium Malaysia (PSM) memohon maaf kepada semua pihak, terutama penganjur dan peminat sukan badminton, berikutan insiden kebocoran bumbung di Axiata Arena pada Selasa.

Insiden tersebut mengganggu perjalanan Badminton Terbuka Malaysia yang terpaksa dihentikan buat sementara waktu.

Menurut kenyataan PSM, kebocoran itu berpunca daripada proses penggantian bumbung lama yang telah digunakan sejak 1998.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews
Seorang anak lelaki tergamak membunuh ibunya hanya kerana permintaannya supaya dibelikan sebuah motosikal dan segera dinikahkan tidak ditunaikan.

Suspek AMN berusia 23 tahun membunuh ibunya ESK ,47, dalam kejadian di rumah mereka yang terletak di Desa Singai Sena, Kapuas Hulu, Kalimantan Barat pada Sabtu lalu.

Media tempatan melaporkan, hasrat itu tidak dapat ditunaikan disebabkan suspek tidak bekerja dan mempunyai pendapatan tetap.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews
Seorang wanita maut selepas terjatuh dari bangunan sebuah kediaman di Jalan Buli Sim Sim, Sandakan pada malam Selasa.

Dalam kejadian kira-kira jam 8 malam itu, mangsa berusia 47 tahun dipercayai terjatuh dari aras yang tinggi sehingga mengalami kecederaan parah di kepala dan kaki.

Ketua Polis Daerah Sandakan, Asisten Komisioner Abdul Fuad Abdul Malek berkata, hasil siasatan di lokasi mendapati mangsa merupakan seorang wanita warga tempatan berdasarkan dokumen pengenalan diri yang ditemui bersamanya.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews
Mahkamah Rayuan New York pada Selasa menolak permohonan presiden terpilih Amerika Syarikat (AS), Donald Trump untuk menghentikan proses jatuh hukum yang dijadualkan pada Jumaat ini.

Ia berhubung sabitan dalam kes jenayah berkaitan bayaran 'duit menutup mulut' kepada seorang bintang lucah.

Hakim Mahkamah Rayuan Negeri, Ellen Gesmer membuat keputusan itu selepas mengadakan sesi pendengaran terhadap usaha terakhir Trump untuk menghalang keputusan hakim perbicaraan Juan Merchan pada Isnin yang membenarkan proses jatuh hukum diteruskan, hanya 10 hari sebelum majlis angkat sumpahnya sebagai Presiden.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada Selasa menjelaskan bahawa peningkatan penularan virus pernafasan, khususnya "human metapneumovirus" (hMPV) di China, adalah sejajar dengan corak biasa musim sejuk, tanpa sebarang pengisytiharan kecemasan meskipun perkara itu mendapat perhatian ramai, lapor Agensi Anadolu (AA).

Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit China (China CDC) melaporkan peningkatan jangkitan pernafasan biasa, termasuk influenza bermusim, virus pernafasan sinsitium (RSV), hMPV, dan SARS-CoV-2, berdasarkan data terkini sehingga 29 Disember.

"Antara patogen yang dilaporkan oleh China CDC, influenza bermusim adalah paling kerap berlaku dan sedang meningkat," kata jurucakap WHO Margaret Harris, semasa taklimat media di Geneva.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews
Menteri Luar Emiriah Arab Bersatu (UAE), Sheikh Abdullah Zayed, bertemu dengan rakan sejawatannya dari Israel, Gideon Saar bagi membincangkan krisis kemanusiaan di Gaza pada Selasa.

Pertemuan yang diadakan di Abu Dhabi itu turut membincangkan usaha serantau dan antarabangsa untuk mencapai gencatan senjata yang kekal di Gaza.

Dalam pada itu, Hamas menggesa Israel menghentikan sepenuhnya serangannya ke atas Gaza dalam sebarang perjanjian untuk membebaskan tebusan.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews
Tertekan pedal minyak berlebihan menjadi punca kereta jenis Perodua Myvi dipandu lelaki warga emas hilang kawalan lalu merempuh kedai di sebuah stesen minyak di Bercham, Ipoh pada Selasa.

Kejadian sekitar jam 11.30 pagi itu bagaimanapun tidak menyebabkan sebarang kecederaan kepada pemandu berusia 77 tahun itu dan pelanggan lain di premis tersebut.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Abang Zainal Abidin Abang Ahmad berkata, siasatan mendapati kenderaan terlibat hilang kawalan selepas melanggar bonggol menyebabkan pemandunya tertekan pedal minyak secara berlebihan.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews
Hamas pada Selasa menegaskan bahawa Israel mesti menghentikan sepenuhnya serangan ke atas Gaza di bawah sebarang perjanjian pembebasan tahanan.

Pejuang Palestin itu turut mengkritik kenyataan presiden terpilih Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, yang dianggap terburu-buru apabila beliau menyatakan akan ada "akibat besar" jika tahanan tidak dibebaskan sebelum pelantikan beliau pada 20 Januari.

Pegawai dari kumpulan itu dan Israel telah mengadakan rundingan dengan perantara Qatar dan Mesir dalam usaha paling intensif sejak beberapa bulan lalu untuk mencapai gencatan senjata di Gaza.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews
2025/01/08 02:39:16
Back to Top
HTML Embed Code: