Telegram Web
Saya dah lupa bila kali terakhir saya mendapat 98.3% untuk peperiksaan.

Saya memberitahu diri saya;

“Saya akan gembira hanya dengan sekadar lulus peperiksaan ini dan melangkah ke peringkat seterusnya.”

Begitulah cara saya menguruskan jangkaan saya sendiri.

Apabila Puan Nabila Ooi selaku Panel Penilai Luar (PPL) tampil dan mengumumkan;

“Nama pertama dalam senarai ialah Firdaus Wong. Gabungan ujian lisan & pembentangan, hasilnya terampil (lulus).”

Alhamdulillah.

Cukup memadai untuk lulus peperiksaan tetapi apabila saya membuka kertas peperiksaan, saya terkejut melihat markah 98.3%! Alhamdulillah.

Perfect 20% daripada 20% untuk lisan & 78.3% daripada 80% untuk pembentangan. Alhamdulillah.

Diiktiraf sebagai Microcredetial Certified Trainer Bertauliah oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) di bawah Kementerian Sumber Manusia.

Apa langkah seterusnya?

In Sha Allah saya akan menggunakan sijil ini untuk memohon menjadi HRDC Certified Trainer diikuti HRDC Accredited Trainer.

Ini adalah salah satu cara saya boleh membantu lebih ramai orang melalui latihan korporat untuk membangunkan minda yang kuat (Mindset), mewujudkan lebih ramai pemimpin (Kepimpinan) & menjadi komunikator yang berkesan.

Semoga Allah memberkati & terima usaha yang sedikit ini. Allahuma Ameen
Pengalaman Didakwah Oleh 'Scammer'

https://youtu.be/DKsvmAVqkpI

Sokong usaha dakwah MRM

MAYBANK
Pertubuhan Mualaf Berbilang Bangsa Kuala Lumpur dan Selangor
5648 1052 0353

https://support.my-mrm.org

*Beli buku "Cina Kiasu atau Kiasi : Tamak Hidup, Takut Mati?"

https://shop.themerdekatimes.com/product/kiasu-atau-kiasi/
Minta maaf itu bagus tetapi kenapa tidak fikir elok-elok sebelum komen?

Cecelia tak suka individu yang bangkitkan isu ‘ham’, sindir atau kritik individu tersebut bukannya melibatkan agama Islam.

Dah lama tidak minum susu yang menyebabkan sel-sel otak tidak mampu berkembang & buat pertimbangan rasional?

Saya tidak setuju untuk sesiapa mengambil tindakan membelakangkan undang-undang tetapi ini bukan kali pertama & saya pernah sebut banyak kali, ini juga bukan kali terakhir sehinggalah ada individu yang dikenakan hukuman tegas sehingga membolehkan sel-sel otak orang lain mula berkembang serta kembali beroperasi dengan lebih baik.
Dalan Perjalanan Berdakwah, Apa Ujian Paling Besar?

https://youtu.be/VpNCv9bh_qE

Sokong usaha dakwah MRM

MAYBANK
Pertubuhan Mualaf Berbilang Bangsa Kuala Lumpur dan Selangor
5648 1052 0353

https://support.my-mrm.org

*Beli buku "Cina Kiasu atau Kiasi : Tamak Hidup, Takut Mati?"

https://shop.themerdekatimes.com/product/kiasu-atau-kiasi/
[Sambutan Tahun Baru Cina, Tarian Singa & Yee Sang di Masjid]

Beberapa tahun lepas, Majlis Agama Islam Selangor Jabatan Mufti Negeri Selangor menjemput saya untuk hadir dalam satu pembentangan berkaitan dengan sambutan masyarakat Cina seperti Tahun Baru Cina, Perayaan Ching Ming, Kuih Bulan dan macam-macam lagi.

Turut dijemput seorang wakil dari MACMA Malaysia yang menyertai menerusi panggilan video selain dari wakil dari Jabatan Agama Islam Selangor - Rasmi & Bahagian Undang-Undang MAIS.

Majlis dipengerusikan oleh Prof. Madya Dr Khadijah Hambali dari Jabatan Akidah & Pemikiran Islam UM.

Saya membentangkan semua hasil kajian saya dan kemudian wakil dari MACMA memberikan pandangan yang berbeza dalam beberapa aspek.

"Saya tak percaya macam apa yang dibentangkan oleh Bro Firdaus. Kami anggap semua tu hanya budaya sahaja."

Prof Madya Dr. Khadijah bertanya kepadanya;

"Saudara sebagai ahli akademik, ada sebarang rujukan untuk apa yang saudara sebutkan itu?"

Wakil MACMA menjawab; "Tiada. Tapi saya tak percaya begitu kerana..."

Belum sempat dihabiskan ayatnya, Dr. Khadijah bertanya lanjut,

"Saudara tak bawa rujukan untuk apa yang saudara sebutkan tetapi Bro. Firdaus bagi rujukan dari pakar sejarah dengan sumber rujukan dari bahan akademik bukannya dari pandangan peribadi dia. Sebagai ahli akademik mesti saudara tahu nilai sumber rujukan dalam mengemukakan pandangan."

Wakil MACMA tidak membalas.

Selesai mesyuarat, saya dimaklumkan bahawa mana-mana NGO, surau atau masjid yang ingin menganjurkan sambutan Tahun Baru Cina atau Perayaan Kuih Bulan, permohonan mereka tidak akan diluluskan.

Kalau perasan, pasca COVID19, tiada lagi sambutan Tahun Baru Cina atau Pesta Kuih Bulan dianjurkan oleh NGO, surau atau masjid di Selangor.

Apa yang saya bentangkan di dalam majlis itu?

Sambutan Tahun Baru Cina adalah sambutan kebudayaan yang didasari dengan kepercayaan. Tarian singa & Yee sang mempunyai unsur-unsur kepercayaan khurafat.

Saya tidak buat fatwa. Tugas saya hanya bentangkan kajian, berikan rujukan dan mereka buat keputusan.

Tanyalah mana-mana Cina Belum Muslim yang jujur adakah semua itu ada kepercayaan tertentu?

Tanyalah mereka dan minta mereka bagi rujukan kalau mereka jujur. Kenapa tarian singa mesti buat 'eye-dotting' ceremony untuk 'membuka' mata singa?

Tanyalah mereka apakah benar tarian singa tu bukan sekadar budaya tetapi juga dipercayai boleh halau roh jahat dan bawa 'ong' (tuah). Kenapa awal persembahan mesti ketuk gendang 3 kali tak boleh kurang atau lebih?

Kenapa bila diketuk 3 kali gendang, 'singa' tersebut mesti seolah-olah mengangguk/menyembah 3 kali seiring dengan ketukan gendang?

Tanyalah kepada mereka kenapa 'Yee Sang' mesti 7 warna dan 7 jenis? Kenapa tak boleh kurang atau lebih? Kenapa mesti lambung? Tanya mereka tentang Dewi Nuwa dan penciptaan manusia menurut mitologi Cina.

Saya mencadangkan kepada pihak JAIS & MAIS ketika itu bahawa adalah lebih baik kita menganjurkan program Rumah Terbuka Aidilfitri & Aidiladha di surau & masjid kerana kerana kedua-duanya adalah syiar Islam.

Tiada keperluan untuk surau & masjid anjurkan sambutan bukan Islam kononnya atas alasan dakwah tetapi waktu lain, masjid tidak mesra dakwah kepada Belum Muslim.

Latih AJK Masjid/Surau laksanakan dakwah secara konsisten bukan hanya pada waktu perayaan bukan Islam.

Boleh baca lanjut tentang perayaan dan adat budaya masyarakat Cina di dalam buku Cina Kiasu Atau Kiasi. Semua perkara yang ditulis disertakan sekali dengan rujukan akademik.

https://shop.themerdekatimes.com/product/kiasu-atau-kiasi/
Budaya Melayu Boleh Tapi Budaya Cina Tak Boleh?

Kuda kepang adalah budaya yang bermula sejak kurun ke-15 lagi oleh Wali Songo.

Itu bermaksud kuda kepang sudah sebati dan menjadi sebahagian dari budaya Melayu khususnya di Johor.

Namun kuda kepang difatwakan haram kerana mempunyai kepercayaan & amalam khurafat.

Ini adalah budaya sesuatu bangsa atau kaum yang berakar umbi dari kepercayaan khurafat. Namun ada juga budaya yang tiada unsur kepercayaan atau khurafat seperti budaya baju Melayu!

Jenis-jenis baju Melayu seperti Baju Layang/Baju Sikap yang dikatakan hanya disarung oleh golongan bangsawan, Baju Melayu Teluk Belanga yang diperkenalkan oleh Sultan Abu Bakar & Baju Melayu Cekak Musang.

Ianya budaya yang tiada kaitan dengan kepercayaan khurafat. Budaya itu terbahagi kepada dua secara umum iaitu budaya kebiasaan seperti makanan, makanan, cara interaksi yang tidak ada kepercayaan agama manakala yang kedua adalah budaya kebiasaan yang berakar umbi dari kepercayaan seperti perayaan & upacara sesuatu makanan seperti Yee Sang yang mestinya 7 warna simbolik kepada Dewi Nuwa menciptakan manusia pada hari ke-7.

Bagaimana sesuatu itu boleh menjadi budaya?

Sesuatu amalan atau gaya hidup itu menjadi budaya apabila dikongsi, diamal & dianggap normal oleh sekumpulan manusia.

Masyarakat Eropah pada Zaman Pertengahan antara kurun ke-5 sehingga kurun ke-15 mempunyai budaya tidak mandi, gosok gigi, serta membuang air besar merata.

Itu juga adalah budaya tetapi budaya kebersihan yang menjijikkan itu telah digantikan dengan budaya baru yang lebih bersih.

Saya lahir Cina dan tiada apa serta sesiapapun boleh mengubah hakikat bahawa saya adalah seorang Cina.

Saya sebagai Cina yang telah mengamalkan begitu banyak budaya Cina masih terus mengamalkan banyak budaya Cina kerana itu adalah identiti saya sebagai Cina.

Tetapi pada masa yang sama, antara sebab saya memeluk Islam adalah kerana saya ingin masuk Jannah & untuk masuk Jannah medtilah dengan cara yang diredhai olehNya.

Apabila saya telah membuat kajian tentang budaya Cina & kajian saya itu mendapati ada beberapa budaya Cina yang bercanggah dengan pendapat saya pada awal-awal memeluk Islam, maka saya perlu jujur serta amanah dengan ilmu.

Saya perlu berhenti mengamalkannya walaupun saya pernah mengatakan ianya budaya yang tiada kaitan dengan agama & saya juga perlu berkongsi dengan orang lain dapatan dari kajian saya.

Saya tidak boleh & tidak akan memaksa sesiapa mengikuti hasil kajian saya tetapi apa yang saya lakukan adalah sebagai jawapan saya kepada Allah kelak.

Saya mesti jujur & amanah dengan ilmu bukannya menggunakan alasan dakwah untuk ‘menghalal’ apa yang jelas khurafat berdasarkan kajian saya.

Saya percaya andai saya seorang berketurunan Cina & mempunyai lebih sebab untuk terus ‘menghalalkan’ budaya Cina atas alasan dakwah tetapi memilih untuk meninggalkannya, maka tiada alasan kukuh untuk bukan Cina yang tidak membesar & mengamalkan budaya Cina untuk terus mengamalkannya.

Tidak mengamalkan budaya Cina tidak bermaksud tidak bertoleransi atau menghormati budaya Cina.

Sebagaimana saya sebagai Muslim tidak akan/pernah terasa lalu menganggap Belum Muslim tidak bertoleransi andai kuil atau tokong tidak melaungkan takbir raya, saya percaya tiada sebab untuk Belum Muslim terasa dengan pendirian saya ini.

Melayu boleh meninggalkan budaya Melayu sendiri apabila terbukti budaya itu bercanggah dengan Islam, kenapa pula Melayu merasa sukar meninggalkan budaya Cina yang mempunyai elemen khurafat & tiada kaitan dengan budaya Melayu?
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
PMX lakukan upacara “titik mata” pada tarian singa?

Seorang individu menghantar satu video klip kepada saya menunjukkan Perdana Menteri, Anwar Ibrahim telah hadir ke Majlis Sambutan Tahun Baharu Cina 2025 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur anjuran Kementerian Kebudayaan dan Pelancongan China.

Di akhir program itu, PMX dan Timbalan Perdana Menteri, Zahid Hamidi dijemput untuk menyempurnakan upacara “eye-dotting” kepada dua kostum tarian singa, di mana mereka meletakkan dakwat pada bahagian mata kostum singa itu.

Sebenarnya apa itu upacara 开光 (kāi guāng - buka cahaya) pada tarian singa dan apakah signifikannya?

Upacara “eye-dotting” atau “titik mata” ini sebenarnya merupakan satu proses memasukkan roh ke dalam kostum singa itu sebelum singa itu membuat persembahan.

Upacara ini juga dinamakan sebagai 点睛 (diǎn jīng - Titik mata) atau 开光 (kāi guāng - buka cahaya) dalam bahasa Mandarin.

Menurut Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN), tujuan titik mata singa adalah untuk membawa tuah dan mengelakkan bala menimpa persembahan tarian singa yang diadakan sempena acara perasmian, perayaan dan sebagainya.

“Adat Menitik Mata Singa merupakan satu adat-istiadat untuk membangkitkan semangat singa, membawa ong yang baik, memanggil kemewahan, kesihatan, keharmonian dan kebahagian serta menghalau kejahatan,” tulis JKKN dalam artikel di laman rasminya.

Menteri Pengangkutan Sarawak, Dato Sri Lee Kim Shin juga berkata upacara menitik mata singa adalah ritual penting dalam budaya tarian singa, yang dipercayai “membangunkan” singa yang baharu untuk persembahan dengan selamat.

“Dalam budaya tarian singa, apabila singa itu baharu, ia memerlukan satu upacara iaitu upacara mencelikkan mata. Singa tersebut dikatakan sedang ‘tidur,’ dan kita perlu ‘membangunkannya’ dengan mencelikkan matanya. Selepas ritual ini, baharulah singa itu boleh membuat persembahan,” katanya kepada TV Sarawak pada 19 Januari lalu.

Menurut pakar tarian singa 郑铭辉 Zhèng Míng Huī yang berpengalaman lebih 30 tahun, upacara titik mata ini bermakna singa itu telah dikurniakan tenaga langit dan bumi, dapat menangkis aura jahat dan membawa tuah.

“Generasi yang lebih tua percaya bahawa singa yang belum melalui upacara kāi guāng adalah seperti singa tanpa aura rohani. Dulu, singa begini dikenali sebagai ‘singa buta’, bermakna ia tidak mempunyai aura rohani dan tidak diberkati oleh dewa,” katanya dalam sebuah artikel terbitan See Hua Online pada 19 Januari 2017.

Pengurus Persatuan Tarian Naga & Singa Khuan Loke, Eric Fong pula berkata upacara titik mata adalah langkah terakhir sebelum ‘menghidupkan singa. Dakwat merah akan dilukis dari bahagian kepala singa itu dan sepanjang tulang belakangnya hingga ke ekornya yang bertujuan memperkasakannya untuk memenuhi tugasannya bagi membawa tuah, kesihatan, kemakmuran dan perlindungan.

Tarian singa ini mungkin dilihat sebagai satu tarian tradisional masyarakat Cina tetapi asal usul tarian singa ini masih mempunyai elemen khurafat yang diamalkan sehingga ke hari ini.

Saya percaya bahawa tidak mungkin PMX sebagai seorang Muslim akan redha dan sanggup melakukan upacara yang jelas mempunyai unsur khurafat sebagaimana yang dilaporkan oleh Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN).

Barangkali beliau tidak diberikan info yang tepat tentang upacara ‘eye-dotting’ itu. Wallahualam.

Rujukan kepada semua kenyataan ada di ruangan komen..
Saya tidak melayan pentaasub politik.

Nasihat saya umum tanpa mengira parti tetapi kalau nak menyempitkan kononnya saya hanya bercakap tentang tokoh atau parti anda, itu masalah anda bukan masalah saya.

PMX atau TGHH atau TSMY atau sesiapapun, saya hanya memberikan nasihat sebagai saudara seagama yang tiada kepentingan politik.

Saya kongsikan rujukan kepada pendapat saya tetapi pentaasub politik hanya berminat melihat sudut politik semata-mata.

Saya mungkin akan membalas andai ‘posting’ mereka disertakan rujukan.

Siapa nak buat, silakan. Siapa yang cara beragamanya melihat kepada tokoh dan ahli politik, itu hak mereka tetapi saya juga ada hak menulis berdasarkan fakta.

Semoga Allah kurniakan hidayah buat kita semua. Allahuma Ameen
Pentaasub politik/cytro perlu try harder & lebih kreatif untuk provok saya.

It just doesnt work!

Saya tidak boleh kawal angin tetapi saya boleh kawal kain layar saya.

Jikalau Allah tidak izinkan, apa kemudaratan kalian boleh kenalan terhadap saya? Jikalau Allah izinkan, siapakah yang boleh menghalangnya? ☝🏻
"Dakwah Kita-Kita Sahaja. Betulkan Dulu Orang Islam!"

https://youtu.be/m5y1aybLFpI?si=rh0jIV7q3xFFcnWb

Sokong usaha dakwah MRM

MAYBANK
Pertubuhan Mualaf Berbilang Bangsa Kuala Lumpur dan Selangor
5648 1052 0353

https://support.my-mrm.org

*Beli buku "Cina Kiasu atau Kiasi : Tamak Hidup, Takut Mati?"

https://shop.themerdekatimes.com/product/kiasu-atau-kiasi/
Cubalah
Apabila solat sudah tidak menjadi sebahagian hidupmu, maka ketahuilah Allah telah memberikan dunia untukmu.


Istidraj🥺
Bagi Mualaf, Perkara Haram Mana Yang Paling Susah Ditinggalkan?

https://youtu.be/zFxp9XPA-7I

Sokong usaha dakwah MRM

MAYBANK
Pertubuhan Mualaf Berbilang Bangsa Kuala Lumpur dan Selangor
5648 1052 0353

https://support.my-mrm.org

*Beli buku "Cina Kiasu atau Kiasi : Tamak Hidup, Takut Mati?"

https://shop.themerdekatimes.com/product/kiasu-atau-kiasi/
Apa Pengalaman Ajaib Sepanjang Buat Usaha Dakwah?

https://youtu.be/NmI93C1sdoU

Sokong usaha dakwah MRM

MAYBANK
Pertubuhan Mualaf Berbilang Bangsa Kuala Lumpur dan Selangor
5648 1052 0353

https://support.my-mrm.org

*Beli buku "Cina Kiasu atau Kiasi : Tamak Hidup, Takut Mati?"

https://shop.themerdekatimes.com/product/kiasu-atau-kiasi/
“Upacara ‘Eye-Dotting’ bukan khurafat kalau tak percaya” - KP IKIM

Pagi ini saya menerima satu artikel yang ditulis oleh Ketua Pengarah Institut Kefahaman Islam Malaysia. (https://www.facebook.com/share/p/18uyH2Uc46/?mibextid=wwXIfr)

Saya tiada masalah tentang sesiapa yang ingin menghadiri menghadiri rumah terbuka CNY kerana jelas dalam perkongsian saya pada 28 Jan 2025, saya hanya berkongsi tentang pembentangan saya dalam satu bengkel anjuran MAIS, JAIS & Jabatan Mufti Selangor yang dipengerusikan oleh Prof. Madya Dr Khadijah Hambali. (https://www.facebook.com/share/p/1DtNuR6Yxa/)

Tulisan saya jelas iaitu;

“Sambutan Tahun Baru Cina adalah sambutan kebudayaan yang didasari dengan kepercayaan. Tarian singa & Yee sang mempunyai unsur-unsur kepercayaan khurafat.”

Itu kesimpulan dari tulisan saya tanpa saya memberikan fatwa ianya haram tetapi pentaasub politik gagal faham dengan teruk lalu cuba spin dengan mengabungkan posting saya yang lain tentang ‘eye dotting’ pada tarian singa.

Di dalam posting saya tentang ‘eye-dotting’, saya tidak mengkritik malahan bersangka baik bahawa PMX tidak diberikan info yang tepat tentang upacara ‘eye-dotting’.

Saya difahamkan memang PMX tidak diberikan info yang tepat tentang ‘eye-dotting’.

Pentaasub politik yang mengabungkan kedua-dua post saya yang berbeza itu membuktikan bagaimana ketaasuban itu mendangkal akal yang sihat untuk berfikir secara objektif.

Dalam posting kali ini, saya hanya ingin respon kepada satu perkara yang ditulis oleh KP IKIM ini;

“Dalam konteks upacara menitik mata singa SELAGI dilakukan sebagai simbol budaya dan HANYA BERTUJUAN MERAIKANNYA TANPA MEMPERCAYAI sebarang kepercayaan kepada kuasa ghaib, ia tidak tergolong dalam kategori khurafat...”

Selepas membaca artikelnya khususnya fokus pada upacara titik mata tarian singa, saya ada TIGA persoalan sahaja;

1. Dalam artikelnya meletakkan takrifan ciri-ciri khurafat ialah
* Berasal daripada kepercayaan masyarakat lama atau agama lain bertentangan dengan Islam.
* Bersifat tahyul dan tidak berasaskan fakta atau realiti
* Mempunyai UNSUR memohon perlindungan atau pertolongan selain daripada Allah Subhana Wa Ta’ala.

Apakah dia sedar bahawa penulisannya sendiri bercanggah dengan penulisannya sendiri tentang tafsiran ciri-ciri khurafat yang beliau sendiri petik dari JAKIM?

Malahan menurut Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN), tujuan titik mata singa adalah untuk membawa tuah dan mengelakkan bala menimpa persembahan tarian singa yang diadakan sempena acara perasmian, perayaan dan sebagainya.

“Adat Menitik Mata Singa merupakan satu adat-istiadat untuk membangkitkan semangat singa, membawa ong yang baik, memanggil kemewahan, kesihatan, keharmonian dan kebahagian serta menghalau kejahatan,”

Itu adalah tafsiran dari sebuah agensi kerajaan. Barangkali KP IKIM boleh menulis surat kepada JKKN untuk mereka memadamkan tafsiran mereka agar sesuai dengan hujahnya.

Sesiapa yang sihat akalnya dan mahu membaca secara objektif, boleh baca pandangan pakar tarian singa di kalangan Belum Muslim tentang ‘eye-dotting’ di bawah;

- https://news.utar.edu.my/news/2019/Aug/5/2/2.html
- https://www.seungfumartialarts.com/chinese-lion-dance
- https://www.waiyeehong.com/oriental-culture/lion-awakening-ritual/
- https://www.freemalaysiatoday.com/category/top-lifestyle/2023/01/26/dotting-ceremony-bringing-the-lion-to-life-before-its-first-dance/
- https://www.youtube.com/watch?v=6fp6QS9bvpc&t=5118s
- https://www.tvsarawak.my/2025/01/19/upacara-menitik-mata-singa-simbol-tradisi-perpaduan
- https://news.seehua.com/post/243551

2. Kenyataan KP IKIM;

“Islam sangat menitikberatkan niat dalam menentukan hukum sesuatu perbuatan.”

“Berdasarkan pemerhatian, upacara menitik mata singa dilakukan lebih kepada simbolik budaya..”

Soalan saya ialah, apakah boleh seorang Muslim membakar colok dan mempersembahkan kepada berhala dengan niat menghormati penganut agama lain tanpa kita percaya pun pada berhala?

Kalau KP IKIM masih ingat, pada 2022 Dr.
Malar menegur Muslim yang memakai ‘pottu’ atau ‘bindi’ kerana ‘pottu’ itu adalah kepercayaan! Kenapa Dr. Malar tegur? Dia menegur kerana ramai Muslim yang anggap ianya budaya sedangkan ianya budaya yang bersangkut paut dengan agama Hindu. https://www.facebook.com/watch/?v=618233396705381

3. KP IKIM juga menulis;

“Jika Muslim menghadiri upacara ini dengan niat menghormati budaya kaum lain..”

Adakah KP IKIM keliru antara perkataan MENGHADIRI & TERLIBAT (MENITIK MATA SINGA)?

KESIMPULAN

Saya tidak mendesak atau memaksa sesiapa menerima perkongsian saya. Saya juga tidak menggunakan hujah, ‘saya Cina maka saya lebih tahu adat budaya Cina’ kerana bagi saya yang penting bukan siapa yang bercakap tetapi apakah bukti yang dibawa.

KP IKIM atau sesiapapun yang cuba menjustifikasi perbuatan ‘eye-dotting’ ini sebagai budaya tanpa kaitan dengan kepercayaan, mereka mestilah meminta agensi kerajaan seperti JKKN untuk mengubah atau memadamkan tafsiran mereka serta meminta majoriti jikalau bukan semua pakar tarian singa Cina Belum Muslim untuk menukar tafsiran mereka.

Fokus pada isu yang diketengahkan iaitu ‘eye-dotting’ pada tarian singa. Jangan melalut gabungkan post lain dan cuba politikkan isu ini.

Saya tidak mengeluarkan fatwa halal & haram. Saya cuma berkongsi dan amanah dengan ilmu yang saya ada.

Saya hanya menetapkan perkara itu pada diri saya dan ahli keluarga saya untuk tidak terlibat dalam ‘eye-dotting’, terlibat atau menjemput tarian singa dan beberapa perkara yang dianggap budaya sahaja oleh orang lain tetapi menerusi kajian dan keyakinan saya, ianya adalah budaya yang mempunyai unsur khurafat maka saya mengambil pendekatan yang disarankan Nabi;

“Sesungguhnya yang halal itu jelas, sebagaimana yang haram pun jelas. Di antara keduanya terdapat perkara syubhat -yang masih samar- yang tidak diketahui oleh kebanyakan orang. Barangsiapa yang menghindarkan diri dari perkara syubhat, maka ia telah menyelamatkan agama dan kehormatannya. Barangsiapa yang terjerumus dalam perkara syubhat, maka ia bisa terjatuh pada perkara haram. Sebagaimana ada pengembala yang menggembalakan ternaknya di sekitar tanah larangan yang hampir menjerumuskannya. Ketahuilah, setiap raja memiliki tanah larangan dan tanah larangan Allah di bumi ini adalah perkara-perkara yang diharamkan-Nya.”
(HR. Bukhari no. 2051 dan Muslim no. 1599)

Saya tidak memaksa sesiapa mengikuti saya. Ini kajian saya dan saya hanya berkongsi hasil kajian. Siapa nak politikkan, terpulang. Siapa nak meneruskan, terpulang.

Lakukan atau tinggalkan sesuatu berdasarkan taqwa bukan semata-mata menunggu fatwa. Kalau kita rasa perkara itu OK dan kita nak buat kerana ada pemimpin politik yang buat, terpulang.

Kita kena pastikan apa yang kita buat itu adalah sesuatu yang kita yakin 100% adalah jawapan terbaik yang kita boleh berikan kepada Allah kelak. Wallahualam
Berita yang sama tetapi dua tajuk dengan maksud berbeza dari Malaysiakini!

Berita dalam Inggeris ditulis;

“Do non-Muslims need Jakim approval when they die, Saravanan asks”

Manakala berita Bahasa Malaysia;

“Saravana : Ziarah rakan mati pun kena minta izin Jakim?”

Kenapa dua tajuk berbeza? Kerana dua sasaran pembaca dengan demografik berbeza.

Majoriti pembaca berbahasa Inggeris mereka mungkin Belum Muslim maka tajuk disesuaikan untuk membangkitkan emosi pembaca Belum Muslim untuk marah & mempersendakan Jakim atau Islam atau Muslim.

Berita berbahasa Melayu fokus kepada mereka yang berbahasa Melayu maka barangkali ingin membangkitkan sentimen Muslim dengan tajuk mereka.

Teguran juga ingin diberikan kepada Saravanan & Ganabatirau yang dipetik dalam laporan itu.

Garis panduan itu untuk Muslim bukannya untuk menghalang Belum Muslim dengan cara mereka beragama. Hukum Islam untuk Muslim tiada kaitan dengan cara kamu nak beragama!

Kalian tiada kerja lain ke selain suka masuk campur urusan & cara Muslim ingin beragama?

Ada Muslim halang atau masuk campur cara kamu ingin beragama? Ada Muslim masuk campur kalian sambut Thaipusam? Ada Muslim masuk campur halang kamu untuk cucuk badan sempena Thaipusam?

Menurut Tun M sebagai PM pada 2018,

“Masalah yang timbul ketika ini ialah banyak kuil dibina di atas tanah milik pihak lain. Itu masalah yang sering kita hadapi sekarang.”

Daripada kalian berdua masuk campur urusan Muslim & agama Islam, saya sarankan kalian uruskan agama & rumah ibadat anda sendiri yang menurut Tun M BANYAK DIBINA DI ATAS TANAH MILIK PIHAK LAIN.
Malam ini mercun akan dibakar lebih meriah berbanding ambang Tahun Baru Cina. Kenapa? Sila baca lanjut..

天公诞 Tiān Gōng Dàn (HARI KEPUTERAAN MAHARAJA JED)

Perasan tak kenapa malam kesembilan Tahun Baru Cina meriah seperti pesta mercun? Kadang-kadang bunyinya lebih meriah berbanding malam-malam Tahun Baru Cina yang lain.

Bagi masyarakat Cina Hokkien, malam kesembilan merupakan Tahun Baru bagi mereka dan juga simbolik dengan amalan 拜天公 Pai T’nee Kong (menyembah Tuhan Langit iaitu Maharaja Jed).

Menurut agama Taoisme, Maharaja Jed adalah berstatus pemerintah tertinggi seluruh alam yang wajar disembah dan diraikan. Dikatakan juga hari tersebut merupakan Hari Keputeraan Maharaja Jed yang telah jatuh pada hari kesembilan bulan pertama mengikut Kalendar Lunar Cina. Mereka menamakan hari keputeraannya sebagai Thih Kong Ser.

Malah, mereka menganggap hari itu lebih penting daripada sambutan Tahun Baru Cina yang kebiasaannya disambut oleh suku Cina yang lain.

Pada malam kelapan bulan pertama Kalendar Lunar Cina, mereka akan meraikan ‘Hari Keputeraan Maharaja Jed’ besar-besaran di mana mereka akan menawarkan tebu sebagai tanda terima kasih kepada Maharaja Jed.

Signifikan Maharaja Jed dan tebu ini berasal dari satu peristiwa yang berlaku pada penghujung Dinasti Qīng, di mana berlaku peperangan antara orang Cina Hokkien dan tentera Dinasti Qīng.

Jadi untuk mengelak dari dibunuh, mereka melarikan diri dan bersembunyi di sebuah ladang tebu. Tentera Qīng berlalu pergi tanpa mendapatkan seorang pun tentera Hokkien sebagai tebusan.

Apabila tentera Hokkien keluar sahaja dari ladang tersebut, mereka mendapati hari itu merupakan hari kesembilan bulan pertama dalam Kalendar Lunar.

Mereka yakin Maharaja Jed telah menyelamatkan mereka. Sejak saat itu, hari kesembilan dalam bulan pertama dalam Kalendar Lunar diangkat menjadi hari keputeraan Maharaja Jed sebagai tanda terima kasih atas pertolongan Maharaja kepada mereka.

Walau bagaimanapun, menurut sejarawan Cina, sejarah peristiwa peperangan antara orang Cina Hokkien dan tentera Dinasti Qīng itu tidak ada asal usul yang kukuh.

Penggunaan tebu itu sebenarnya dipercayai kerana tebu membawa maksud manis dari pangkal ke hujung (sepanjang tahun).

Mereka akan menyambut secara besar-besaran di antara jam 11.00 malam hingga 1.00 pagi. Pada malam itu, mereka akan menyiapkan altar sembahyang dan membuat pelbagai persembahan makanan, lilin, dan colok kepada Maharaja Jed dan sambutan ini bermula pada malam menjelang hari jadi Maharaja Jed.

Jadi sahabat-sahabat agar dapat bertoleransi dengan sahabat atau jiran Belum Muslim yang mungkin akan membakar mercun jauh lebih meriah berbanding dengan ambang Tahun Baru Cina.

Jangan pula ada yang faham selagi niat tidak percaya lalu turut sama terlibat dalam upacara mereka ya.

*Nak tahu lanjut tentang adat budaya, perayaan & pantang larang masyarakat Cina? Boleh dapatkan buku Cina Kiasu Atau Kiasi yang sarat dengan fakta & rujukan dari pakar di sini > https://tinyurl.com/BukuCina
2025/02/06 01:38:30
Back to Top
HTML Embed Code: