Telegram Web
sinar A+ tu ada dah huehue
🀩43πŸ’”26❀5πŸ₯°3
insyaAllah bio pun okeyyyy
❀‍πŸ”₯54❀6πŸ₯°1
hiii!! macamm manaaa kimiaaa??
😭147🀯31❀16πŸ’”14πŸ”₯10πŸ’―5πŸ†’4❀‍πŸ”₯1
For Muslim if you guys rasa soalan tadi macam susah blh baca doa ni tau lagi-lagi after solat.

Ya Allah, Tuhan yang Maha Mengetahui lagi Maha Penyayang,Segala puji bagi-Mu atas setiap nikmat yang Engkau berikan nikmat ilmu, nikmat usaha dan nikmat kekuatan untuk menempuh ujian hari ini.

Ya Allah, hari ini kertas peperiksaanku terasa sangat sukar. Ada soalan yang aku tidak pasti, ada jawapan yang aku ragu-ragu tetapi Engkau tahu betapa aku telah berusaha betapa aku telah menulis dengan seikhlas hati menggunakan setiap ilmu yang Engkau pinjamkan kepadaku.

Ya Allah, aku memohon dengan penuh rendah diri, jadikanlah setiap huruf, setiap formula, setiap ayat yang aku tulis itu betul dan diterima dengan rahmat-Mu. Lembutkanlah hati pemeriksa yang menanda kertasku agar mereka menilai dengan kasih sayang dan bukan sekadar tanda pena. Jadikanlah tangan mereka menulis markah dengan belas kasihan dan kebaikan.

Ya Allah, jika ada kesilapan ku ampunilah aku. Jika ada kekurangan dalam usahaku tambahkanlah dengan rahmat dan keadilan-Mu. Janganlah Engkau nilai aku hanya dengan kelemahanku tetapi pandanglah aku dengan kasih-Mu yang luas.

Ya Allah, kurniakanlah aku kefahaman yang tepat terhadap apa yang aku tulis dan terimalah usahaku dengan penuh rahmat-Mu.Jadikanlah jawapan yang aku beri membolehkanku lulus dengan cemerlang dan berikanlah keputusan yang membawa keberkatan, kebahagiaan dan kejayaan dunia serta akhirat. Kuatkanlah hatiku untuk terus bersyukur dan istiqamah dalam menuntut ilmu serta gunakanlah ilmu ini untuk mendekatkan diriku kepada-Mu. Ya Allah, hanya Engkau yang Maha Mengetahui dan Maha Memberi kurniakanlah yang terbaik untukku dengan izin-Mu.

Ya Allah, jangan biarkan ilmu yang aku pelajari menjadi sia-sia tetapi jadikan ia cahaya yang menerangi perjalanan hidupku.Jadikan setiap ujian dunia ini sebagai sebab untuk aku mengenali kebenaran-Mu dan setiap kesukaran sebagai peluang untuk aku menundukkan hati kepada-Mu.

Ya Allah, kurniakanlah aku ketenangan selepas berusaha, kelegaan selepas keresahan dan keyakinan bahawa apa pun yang terjadi Engkau telah menulis yang terbaik untukku.

Ya Allah, aku redha dengan takdir-Mu kerana aku yakin Engkau tidak pernah menzalimi hamba-Mu. Sesungguhnya aku hanya ingin Engkau redha kepadaku dan aku ingin menjadi hamba yang bersyukur walau dalam ujian yang berat.
❀383πŸ”₯7❀‍πŸ”₯1
Hai guys buat apa tu. Tak tahu lah kenapa ek rasa lps paper kimia ni asyik nak kacau org je πŸ™‚β€β†”οΈ. Btw bak kata pepatah Melayu "Buang yang keruh ambil yang jernih" πŸ˜‰. Jangan sedih sebab nanti kita sedih sekali πŸ₯Ή
❀54😭19πŸ†’1
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
❀14πŸŽ‰4⚑3πŸ₯°2
π‡πšπ§π§πšπ§π’ [𝐇𝐧³⁺] πŸ§ͺ
🍭 Sticker
Boleh lah makan ni sambil study bio pula 😁
❀27
its okay guys yall did your best today just like what max did yesterday
😭49❀13
but max no wdc😭
😭38
2 points guys this shows how even a single point is important and crucial in life
❀29😭1
Calling All Form 4 students (2026 SPM candidates) for an Online 6-Day Chemistry Workshop!

Join us for an exciting workshop to master Form 4 chemistry topics and prepare for SPM!

What’s Included:
* Exclusive notes and practice materials (DLP&NONDLP)
* Recordings for each session

Details:
* Dates:
🌸 27/12/2025
🌸 28/12/2025
🌸 30/12/2025
🌸 31/12/2025
🌸 9/1/2026
🌸 10/1/2026
* 2 hours class per day
* Platform: Google meet

Limited seats available! Register now to secure your spot.
For more info, whatsapp

https://wa.me/60192695096

or tele @aliyaamrdna

Let’s make chemistry easy and fun!
❀2
Assalamualaikum and good morning semua🀞🏻

SPM Chemistry paper is
done πŸ’—. No more countdowns for SPM Chemistry Paper !!!

May Allah bless us with excellent results.Remember never doubt His power, Kun Fayakun.If Allah wills everything is possible.Trust Him, rely on Him and be proud of your effort 🫢🏻.
❀324❀‍πŸ”₯1πŸ’…1
Assalamualaikum and good morning semua🀞🏻
❀8
Bi taufiq wannajah to those who are sitting for Biology Paper 1 & Paper 2/Perniagaan Paper 1 & Paper 2 today. May Allah ease everything for us 🌷.
❀25
Doa Ujian Bertulis Biologi

Ya Allah, Tuhan yang menciptakan setiap sel, setiap zarah, setiap organ dan setiap sistem kehidupan dengan penuh kesempurnaan dan keindahan. Engkau yang mengatur proses kehidupan dengan ilmu-Mu yang tiada batas. Ya Allah, bukakanlah hati dan fikiran kami agar mudah memahami struktur, fungsi dan mekanisme yang Engkau tetapkan dalam setiap makhluk ciptaan-Mu.

Ya Allah, kurniakanlah kami kefahaman yang jelas terhadap konsep Biologi daripada genetik, fisiologi, ekologi hingga ke Homeostasis supaya kami mampu menjawab setiap soalan dengan tepat dan yakin. Tambahkanlah ketajaman akal kami untuk menganalisis graf, data eksperimen dan situasi biologi dengan bijaksana.

Ya Allah, tenangkanlah jiwa kami ketika membaca soalan-soalan yang rumit. Hilangkanlah rasa ragu dan gementar, gantikan dengan fokus, ilham dan ketenteraman yang datang daripada-Mu.Bimbinglah tangan kami untuk menulis jawapan yang lengkap, teratur dan diterima pemeriksa dengan rahmat-Mu.

Ya Allah, kurniakanlah kami keputusan yang cemerlang dalam subjek Biologi ini sebagai tanda keberkatan daripada usaha kami, doa ibu bapa kami dan ilmu yang telah dicurahkan oleh guru-guru kami. Angkatlah martabat guru-guru kami dengan rahmat-Mu dan limpahkanlah kasih dan ganjaran atas penat lelah mereka.

Ya Allah, jadikanlah kejayaan ini sebagai jalan untuk kami lebih dekat kepada-Mu, lebih bersyukur dan lebih memahami kebesaran-Mu melalui ilmu Biologi yang kami pelajari. Berkatilah masa kami, minda kami dan kefahaman kami. Jadikanlah Biologi sebagai pintu kepada masa depan yang Engkau redhai penuh keberkatan dan kemudahan.
❀65πŸ‘1
Doa Ujian Bertulis Perniagaan

Ya Allah, Tuhan yang mengatur rezeki seluruh alam, Engkau yang menetapkan hukum muamalat, urus tadbir, strategi dan keputusan dengan keadilan dan hikmah. Ya Allah, bukakanlah hati dan minda kami untuk memahami Konsep, prinsip dan aplikasi Perniagaan yang kami pelajari. Mudahkan kami mengingati definisi, ciri, peranan dan struktur perniagaan yang menjadi asas kepada ujian ini.

Ya Allah, kurniakanlah kami kefahaman yang tepat dalam menganalisis soalan situasi, menjelaskan proses, membuat keputusan dan menghuraikan jawapan berdasarkan prinsip perniagaan yang betul. Jadikan fikiran kami cerdas untuk mengatur isi, contoh dan penerangan dengan jelas serta padat mengikut kehendak soalan.

Ya Allah, tenangkanlah hati kami ketika membaca kertas soalan.Jauhilah kami daripada kekeliruan dan keciciran isi. Tetapkan fokus kami agar mampu menjawab setiap bahagian dengan tepat, teratur dan penuh keyakinan. Tuntunlah tangan kami agar menulis jawapan yang diterima pemeriksa dengan rahmat dan ihsan-Mu.

Ya Allah, kurniakanlah kami keputusan yang cemerlang dalam subjek Perniagaan. Jadikanlah ia sebagai keberkatan hasil usaha kami, doa ibu bapa kami dan titik peluh guru-guru kami yang membimbing tanpa jemu.Balaslah usaha mereka dengan pahala yang besar dan rahmat yang luas.

Ya Allah, jadikanlah ilmu perniagaan yang kami pelajari ini sebagai bekalan untuk masa depan yang Engkau redhai. Lindungi kami daripada sifat tamak dan tidak jujur dan jadikanlah kami hamba yang amanah, beretika dan diberkati dalam setiap rezeki yang Engkau tetapkan.

Ya Allah, berkatilah masa kami, kefahaman kami, hafalan kami dan usaha kami. Luaskanlah rezeki ilmu kami dan bukakanlah pintu kejayaan yang penuh keberkatan dan rahmat-Mu.
❀15
Before start paper blh amalkan ni

1. Baca Surah Al-Inshirah
🌷 Untuk lapangkan dada dan hilangkan nervous.
2. Baca Surah Al-Alaq
🌷 Supaya diberi kefahaman dan ilham dalam ilmu.
3. Zikir Sebelum Masuk Dewan
🌷 Ya Fattah, Ya Alim, Ya Hakim, Ya Rashid➑️ 11 kali
4. Doa
🌷 Ya Allah, ya Tuhanku kurniakanlah kepadaku dengan kefahaman para nabi, hafalan para rasul, ilham para malaikat yang hampir dengan-Mu.
❀49🀩1
2025/12/10 09:49:59
Back to Top
HTML Embed Code: