Alhamdulillah! Setelah berbulan-bulan menunggu bantuan ini masuk ke dalam Gaza, akhirnya bantuan tin daging berjaya tembus pada hari kedua gencatan senjata di Gaza 🕊️
Kalian masih ingat lagi tak projek tin sedekah daging #Korban4Ummah yang kami jalankan pada Hari Raya Haji tahun lepas? Alhamdulillah, sudah lama kami tunggu dan akhirnya berjaya masuk ke Gaza.
Untuk makluman, projek ini merupakan kerjasama dengan MyAqsa Defenders dan MAPIM. Tin daging #Korban4Ummah ini juga dapat disimpan sehingga 2 tahun.
Terima kasih kepada semua penyumbang #Korban4Ummah 2024! Insha Allah semoga selepas ini lebih banyak projek atau bantuan kita cuba tembus masuk ke dalam Gaza. Kepada Allah kita berserah!
JOM tonton video penuh!
#Heroes4Hope
Please open Telegram to view this post
VIEW IN TELEGRAM
YouTube
BANTUAN TIN DAGING #KORBAN4UMMAH BERJAYA TEMBUS GAZA!
Alhamdulillah! Setelah berbulan-bulan menunggu bantuan ini masuk ke dalam Gaza, akhirnya bantuan tin daging berjaya tembus pada hari kedua gencatan senjata di Gaza 🕊️
Kalian masih ingat lagi tak projek tin sedekah daging #Korban4Ummah yang kami jalankan…
Kalian masih ingat lagi tak projek tin sedekah daging #Korban4Ummah yang kami jalankan…
Susulan pengumuman operasi Iron Wall oleh tentera Israel di Kem Jenin terhadap perjuang Palestin:
Jurucakap pasukan keselamatan pihak berkuasa Palestin menyatakan bahawa pengunduran pasukan mereka dari Kem Jenin adalah untuk mengelakkan konfrontasi dengan tentera Israel.
Sumber: Al Jazeera
Terj: Cinta Gaza Malaysia
Jurucakap pasukan keselamatan pihak berkuasa Palestin menyatakan bahawa pengunduran pasukan mereka dari Kem Jenin adalah untuk mengelakkan konfrontasi dengan tentera Israel.
Sumber: Al Jazeera
Terj: Cinta Gaza Malaysia
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang
Kami mengucapkan tahniah atas operasi tikaman berani yang berlaku pada malam tadi di Tel Aviv. Serangan ini sekali lagi membuktikan bahawa arus perjuangan dan penentangan masih berterusan dan semakin meningkat selagi penjajahan dan jenayahnya terus berlangsung. Kami turut melaporkan syahidnya wira dari Maghribi, Abdul Qadir Aziz yang melaksanakan operasi ini.
Operasi ini adalah tindak balas susulan puluhan penduduk Palestin syahid dan cedera akibat serangan penjajah ke atas Jenin. Ini adalah mesej yang jelas bahawa darah akan dibalas dengan darah. Tangan perjuangan akan membalas dengan sepenuh kekuatan pusat entiti penjajah ini.
Semua usaha penjajah untuk memperoleh kejayaan di Tebing Barat adalah usaha sia-sia. 'Usaha' ini tidak akan menghapuskan aib di wajah mereka, mahupun memberikan keselamatan kepada mereka atau pendatang haram Israel. Sebaliknya, ia akan menjadi mimpi ngeri yang menghantui mereka dan menggoncang asas-asas kewujudan mereka.
Kami menyeru rakyat kami di Tebing Barat untuk bangkit dan mempergiatkan usaha penentangan terhadap tentera penjajah dan pendatang haram. Kami juga menyeru sokongan kepada Jenin dan semua wilayah yang menjadi sasaran serangan penjajah dengan semampu mungkin.
Gerakan Pejuang Islam - HAMAS
Selasa: 21 Rejab 1446H
Bersamaan: 21 Januari 2025
Please open Telegram to view this post
VIEW IN TELEGRAM
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Sumber: Al Jazeera
Terj: Cinta Gaza Malaysia
Please open Telegram to view this post
VIEW IN TELEGRAM
Al Jazeera Arabic melaporkan bahawa tentera Israel melancarkan serbuan awal pagi di kem pelarian Aida, utara Baitul Laham (Bethlehem). Serbuan dilaporkan turut berlaku di bandar Tulkarem, utara Tebing Barat.
Media tempatan Palestin melaporkan bahawa tentera Israel berdepan dengan tembakan semasa menyerbu kem pelarian al-Ein, yang terletak di barat Nablus, pagi tadi.
Pasukan sokongan tambahan tentera Israel dilaporkan telah dikerah ke pos pemeriksaan dan jalan raya berhampiran kem pelarian Jenin. Kawasan ini sebelum ini menjadi lokasi serangan tentera Israel pada hari Selasa yang mengorbankan sekurang-kurangnya 10 orang dan mencederakan puluhan yang lain.
Sumber: Al Jazeera
Terj: Cinta Gaza Malaysia
Please open Telegram to view this post
VIEW IN TELEGRAM
📍 Syria | 21 Januari 2025
Alhamdulillah, hari ini hari kedua kami di Syria dan kami terus bergerak mengagihkan barang bantuan di kawasan Halab (Aleppo).
Untuk makluman, antara bantuan yang telah diagihkan hari ini adalah pek kebersihan yang akan memberi manfaat kepada 200 buah keluarga dan 350 set bantuan baju sejuk.
Kami sempat menyantuni dan bertanya khabar rakyat Syria di sini. Tidak ketinggalan kami juga sempat melawat bangunan-bangunan yang lama dan hancur di Citadel of Aleppo.
Selain Cinta Gaza Malaysia, misi ‘MalaysiaAid2Syria’ diketuai oleh Muslim Care Malaysia dan disertai oleh Muslim Volunteer Malaysia (MVM) dan Harmoni Prihatin Malaysia (HPM).
Teruskan ikuti perkembangan dan laporan kami dari semasa ke semasa di media sosial CGM. Mohon doa kalian agar semua urusan dipermudahkan 🕊️
Kalian boleh salurkan ke https://swiy.co/bantuansyria atau akaun rasmi Maybank Persatuan Cinta Gaza Malaysia, 5648 1050 7826. Ruj: syria.
#MalaysiaAid2Syria
#Heroes4Hope
Please open Telegram to view this post
VIEW IN TELEGRAM
Please open Telegram to view this post
VIEW IN TELEGRAM
Terkini dan Sensasi Palestin pinned «🛑 🇵🇸 BANTUAN TIN DAGING #KORBAN4UMMAH BERJAYA TEMBUS GAZA! Alhamdulillah! Setelah berbulan-bulan menunggu bantuan ini masuk ke dalam Gaza, akhirnya bantuan tin daging berjaya tembus pada hari kedua gencatan senjata di Gaza 🕊️ Kalian masih ingat lagi tak projek…»
Sumber: TV Al-Aqsa
Terj: Cinta Gaza Malaysia
Please open Telegram to view this post
VIEW IN TELEGRAM
Pelaksanaan sekatan terhadap rangkaian media, Al-Jazeera oleh Pihak Berkuasa Palestin (PA) di Tebing Barat pada awal Januari 2025 bukanlah sesuatu yang baharu. Sebagai rekod, sekatan ke atas Al-Jazeera dilaksanakan dalam pelbagai bentuk, sebanyak empat kali: bermula seawal Mac 2001, Julai 2009 dan Disember 2024.
Adakah PA mempunyai dendam terhadap Al-Jazeera?
JOM baca artikel penuh untuk tahu lebih lanjut!
#ArtikelCGM
Please open Telegram to view this post
VIEW IN TELEGRAM