Telegram Web
Buat julung kalinya, siri Dialog Senja dibuka untuk kehadiran penonton secara fizikal!

Setiap hari kanak-kanak di sana bertanya, "Wahai negara Arab, di mana kalian!" Namun tindakan mereka sepi. Hanya mampu mengadakan pertemuan sesama mereka bahkan mengeluarkan kecaman demi kecaman.

Dialog Senja kali ini dengan tajuk Taufan al-Aqsa: Titik Mula Perubahan Politik Dunia akan dikupaskan oleh panel yang tidak asing lagi iaitu:

🔸Tuan Nadir al-Nuri (CEO Cinta Gaza Malaysia)
🔸Tuan Syed Ahmad Israa' (CEO IRIS Institute)
🔸Prof Dr Azmi Hassan (Felo Majlis Profesor Negara).

Kami dengan sukacitanya ingin menjemput Tuan Puan semua untuk mengikuti siri Dialog Senja secara fizikal di Perpustakaan CGM pada ketetapan berikut:

Tarikh: 24 Jun 2024 (Isnin)
Masa: 3:30 - 4:30 petang
Medium: Fizikal di Perpustakaan CGM

Live: FB Terkini dan Sensasi Palestin
YT Cinta Gaza Malaysia

Terhad 20 pendaftaran sahaja!
https://bit.ly/DialogSenja2024

#DialogSenjaCGM
#Heroes4Hope
Taman tema/hiburan bertukar menjadi kem penempatan sementara yang didiami rakyat yang kehilangan tempat tinggal di bandar Khan Yunis.

Sumber: Shehab Agency

#IsraelCuak #TaufanalAqsa
Netanyahu berkata dia "memberitahu Blinken bahawa adalah tidak wajar bagi AS untuk menahan bekalan senjata dan peluru daripada diberikan kepada kami."

Sumber: Quds News Network

#IsraelCuak #TaufanalAqsa
Sumber tempatan: Rakyat berkumpul mendesak agar sempadan antara Tebing Barat dan Jordan yang diduduki dibuka berikutan cuaca panas selepas Keselamatan Jambatan Jordan memutuskan untuk menutupnya sehingga Ahad depan bagi membolehkan kepulangan jemaah haji berlepas.

Sumber: Quds News Network

#IsraelCuak #TaufanalAqsa
🛑 TERKINI | Akhbar Ibrani Yedioth Ahronoth:

▪️20 ribu peluru berpandu dan dron dilancarkan ke atas "Israel" sejak permulaan perang

▪️Ancaman udara menjadi kompleks, terutamanya di bahagian hadapan utara, disebabkan oleh sifat kawasan yang bergunung

▪️Foto berkualiti tinggi tapak sensitif di Haifa yang dikeluarkan oleh Hizbullah menyebabkan serangan panik di kalangan penduduk haram Israel dan menyumbang kepada serangan psikologi

Sumber: Shehab Agency

#IsraelCuak #TaufanalAqsa
Untuk sertai TOV, perlukan kelayakan apa?

Jangan takut untuk mendaftar kerana TIADA KELAYAKAN atau SIJIL AKADEMIK pun diperlukan.

Yang penting, kami mahu hanya semangat dan komitmen anda untuk pembebasan Palestin!

Terbuka kepada golongan belia yang berusia 18-30 tahun.

TRAINING OF VOLUNTEER SIRI-3
Tarikh: 11 Ogos - 17 Ogos 2024
Tempat: Kem Sg. Congkak, Hulu Langat Selangor


Yuran pendaftaran? Jadilah 30 peserta terawal dengan harga promosi RM180 sahaja!
Nak sertai secara berkumpulan? Harga runtuh RM150 seorang! Maksimum hanya 3 orang bagi satu kumpulan.

☑️ Penginapan disediakan
☑️ Makanan disediakan
☑️ Sijil fizikal

Cepat dapatkan tempat anda di dalam program terhad ini!
Klik sini untuk daftar: https://bit.ly/tovearlybird

Sebarang pertanyaan, klik https://bit.ly/naktanyaTOV
Jumpa anda di sana!

#trainingofvolunteer
#tov2024
#heroes4hope
#weareCGM
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Ibu Tawanan Israel: "Kamu Lebih Pentingkan Politik Daripada Nasib Rakyat"

Kumpulan penunjuk perasaan antikerajaan Israel termasuk saudara-mara tawanan telah menyekat Lebuhraya 2 (juga dikenali sebagai Jalan Pantai) di wilayah haram itu.

Sebelum ini, ada segelintir penunjuk perasaan turut berbuat demikian dengan menyekat Lebuhraya Ayalon di Tel Aviv.

Einav Tsengawkar, ibu kepada Matan iaitu warga haram Israel yang masih ditawan di Gaza telah ikut serta dalam protes itu dan menyampaikan teguran keras kepada Netanyahu.

Menurutnya, Netanyahu lebih mengutamakan politik daripada nasib tawanan dan tentera Israel.

“Saya tidak akan membiarkan anda mengabaikan Matan dan tawanan lain atas nama kelangsungan politik anda,” ujar Tsengawkar.

“Kami, rakyat, akan menang dan mengembalikan tawanan serta keselamatan kepada negara.”

Sumber: Al Jazeera, Ynet
Buat julung kalinya, siri Dialog Senja dibuka untuk kehadiran penonton secara fizikal!

Setiap hari kanak-kanak di sana bertanya, "Wahai negara Arab, di mana kalian!" Namun tindakan mereka sepi. Hanya mampu mengadakan pertemuan sesama mereka bahkan mengeluarkan kecaman demi kecaman.

Dialog Senja kali ini dengan tajuk Taufan al-Aqsa: Titik Mula Perubahan Politik Dunia akan dikupaskan oleh panel yang tidak asing lagi iaitu:

🔸Tuan Nadir al-Nuri (CEO Cinta Gaza Malaysia)
🔸Tuan Syed Ahmad Israa' (CEO IRIS Institute)
🔸Prof Dr Azmi Hassan (Felo Majlis Profesor Negara).

Kami dengan sukacitanya ingin menjemput Tuan Puan semua untuk mengikuti siri Dialog Senja secara fizikal di Perpustakaan CGM pada ketetapan berikut:

Tarikh: 24 Jun 2024 (Isnin)
Masa: 3:30 - 4:30 petang
Medium: Fizikal di Perpustakaan CGM

Live: FB Terkini dan Sensasi Palestin
YT Cinta Gaza Malaysia

Terhad 20 pendaftaran sahaja!
https://bit.ly/DialogSenja2024

#DialogSenjaCGM
#Heroes4Hope
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
"Selamat tinggal ibu", kata-kata si anak kecil yang baru sahaja kehilangan ibunya yang tercinta akibat perbuatan rejim Israel. Lokasi kejadian di Deir el-Balah dan berlaku 20 Jun 2024 semalam.

Sudahkah kita bersyukur hari ini?

Kredit video: Haseeb alwazeer
Apabila bercakap berkenaan diplomasi di dalam undang-undang antarabangsa, Tuan Azril ialah orang yang tepat untuk membicarakan mengenainya.

Jangan lepaskan peluang ini!

Jom!

TRAINING OF VOLUNTEER SIRI-3
Tarikh: 11 Ogos - 17 Ogos 2024
Tempat: Kem Nur Lembah Pangsun, Hulu Langat, Selangor.

Yuran pendaftaran?
Hanya RM180 untuk 30 peserta terawal!
Harga runtuh untuk yang daftar secara berkumpulan (3 orang): RM150/seorang.

☑️ Penginapan disediakan
☑️ Makanan disediakan
☑️ Sijil fizikal

Terbuka kepada golongan belia yang berusia 18 - 30 tahun.

Cepat dapatkan tempat anda di dalam program terhad ini!
Klik sini untuk daftar: https://bit.ly/tovearlybird

Sebarang pertanyaan, klik https://bit.ly/naktanyaTOV
Jumpa anda di sana!

#trainingofvolunteer
#TOVCGM
#heroes4hope
#weareCGM
Terharu lihat anak-anak Gaza ini dapat pakai baju raya. 🥹

Alhamdulillah tim CGM di sana telah mengagihkan bantuan baju baru sempena hari raya Aidiladha kepada kanak-kanak di lokasi Jabalia & Beit Lahia, Utara Gaza. Seramai 250 orang kanak-kanak yang menerima bantuan ini.

Video ini baru sahaja kami terima semalam. Terima kasih rakyat Malaysia yang terus menyokong dan membantu mereka di Gaza.

Teruskan menyumbang untuk mereka! Kalian boleh menyumbang ke https://emergency4gaza.com/bantupalestin atau sumbang ke akaun rasmi Maybank Persatuan Cinta Gaza Malaysia, 5648 1050 7826. Ruj: Emergency.
Utara, Selatan, Tengah Gaza - Dibedil Sepanjang Malam

Rejim Israel menyasarkan serangan di sekitar kawasan kejiranan Saudi di barat bandar Rafah. Pada masa yang sama, mereka turut meletupkan beberapa buah kediaman di kawasan itu tersebut.

Tidak cukup dengan itu, kereta kebal milik rejim Israel juga melepaskan tembakan ke kawasan timur Khan Younis. Manakala tembakan meriam pula disasarkan ke atas kawasan utara Kem Nuseirat yang juga terletak di Tengah Gaza.

Di utara wilayah itu, serangan udara pada malam tadi telah mengakibatkan sejumlah penduduk Gaza terkorban, termasuk kesyahidan yang berpunca daripada serangan pengeboman sebuah rumah di kejiranan Shuja'iyya, timur Gaza.

Sumber: Al Jazeera, NBC News
2024/06/21 04:38:46
Back to Top
HTML Embed Code: