Telegram Web
Ada baik dan buruk pasangan itu sudah menjadi perkara biasa tapi jangan harap dia untuk 100% terima kekurangan kau bila kau sendiri hanya nak rasa baiknya dia dan buruknya dirinya kau tolak.

Apa salahnya sama-sama memperbaiki?

🐢💙
@CoretanRingkas
1
Jagalah maruah supaya masih ada bunga berduri yang sukar digapai oleh manusia yang lalu lalang.

Bunga berduri yang cantik dan menarik perhatian tapi sayang durinya menusuk sampai melukakan jari.

🐢💙
@CoretanRingkas
1
Lengkapkan diri dengan ilmu sebelum berhajat nak mendirikan rumah tangga, kalau rasa ego tu masih tinggi dan rasa diri itu selalu benar masih ada.

Bahaya...

Takut pasangan kau sudah mengaku salah, kau masih juga nak menunjukkan yang diri kau tu betul.

Bukan semua benda harus kau besarkan, ada yang harus menjadi rahsia antara kalian berdua.

Carilah yang sepemikiran dan sehaluan tujuan hidupnya, kalau pun dia orang baik tapi cara dia dan kau berfikir sangat jauh berbeza payah juga nak wujudkan suasana rumah tangga harmoni.

🐢💙

@CoretanRingkas
1👍1
Adilnya dalam melakukan atau menentukan sesuatu sangatlah penting.

Bukan adil dalam pemerintahan saja malahan adil dalam rumah tangga.

Kalau seorang isteri pun susah sekali kau nak jaga perasaan dia, apatah lagi isteri beramai-ramai kau nak simpan?

Kalau anak seorang pun susah kau nak berikan nafkah, kasih sayang dan didikan macam mana nak didik anak-anak yang ramai dari isteri yang kau ada?

Kalau ekonomi untuk menyara diri pun berpayah kau nak simpan apatah lagi nafkah nak bagi anak dan isteri kau makan?

🐢💙
@CoretanRingkas
Bukan mengajar kepada keburukan tapi dia sendiri yang nak mendekat, sudah berusaha aku tarik makin juga dia degil nak mendekat.

🐢💙

@CoretanRingkas
Dalam setiap hubungan setia itu menjadi salah satu asasnya.

Bukan setakat hubungan percintaan malahan hubungan kekeluargaan juga sangat penting nilai ini, tanpa nilai ini senang saja ahli keluarga mengkhianati antara satu sama lain.

🐢💙

@CoretanRingkas
Takut salah pilihan sebab itulah aku teruskan pemilihan.

🐢💙

@CoretanRingkas
Nak mewujudkan impian bahagia bersama pasangan tapi dia bermimpi bukan sebagai seorang pasanganmu.

🐢💙

@CoretanRingkas
👍1
Menjadi yang baik belum cukup memuaskan kau yang mahu seorang pasangan sempurna.

🐢💙

@CoretanRingkas
Ingin menjayakan tapi tiada kerjasama jadi berlakunya benda tu tapi tidak sempurna.

🐢💙

@CoretanRingkas
Aku sayang tapi sayangnya minda dan diri aku yang semakin sakit dengan perangai kau.


😂😂😂

@CoretanRingkas
Jangan buat masalah sampai keturunan kau yang tidak bersalah pun kena.

Kalau yakin sangat buat hal, jangan sesekali susahkan bakal keturunan kau yang akan lahir kelak.
Mereka tidak bersalah tapi akarnya yang sejak awal sudah tidak sihat.

🐢💙

@CoretanRingkas
Otak sudah lelah mencari jawapan dan hati sudah penat menahan perasaan.

Lebih baik sendiri dari terus mendiamkan perasaan yang selalu kau simpan semata-mata untuk menjadi badut di hati orang lain.

🐢💙

@CoretanRingkas
Kekayaan memang kadang melalaikan tapi tanpa duit semua urusan tak berjalan lancar.

Jangan fikiran sempit sangat, duit dah maju beban hidup pun makin banyak.

🐢💙

@CoretanRingkas
Kejujuran menjadi kewajipan dalam diri seorang manusia, tapi itulah sama ada disalah guna atau selalu dipajak gadai.

🐢💙

@CoretanRingkas
Bukan tak ingin memaafkan tapi ada baiknya aku mendiamkan diri demi ketenangan minda aku.

🐢💙
@CoretanRingkas
Aku risau dengan keadaan sebenar bila selalu ditipu dengan indahnya.

🐢💙

@CoretanRingkas
Mengingat kepada orang yang selalu membantu aku memotivasikan diri ini untuk terus berusaha menjadi orang yang mampu membantu orang lain.

🐢💙

@CoretanRingkas
Jangan bermain dengan perasaan manusia, takut kau dimainkan balik sampai tekanan hidup.

🐢💙

@CoretanRingkas
👍1
Bukan niat menjauhkan diri cuma aku takut semakin aku mendekat semakin aku jauh dari Tuhan.

🐢💙

@CoretanRingkas
2025/07/14 11:05:48
Back to Top
HTML Embed Code: