Telegram Web
Perlu kau ingat..

Yang kau sibukkan itu adalah dunia. Yang kau resahkan itu hanya dunia. Yang kau takutkan itu hanya dunia. Yang kau tangiskan itu cuma dunia.

Yang indah hanya sementara, yang sempurna tak selalu bahagia. Hidup di dunia cuma sementara, dan akhirat kekal abadi.

🥀☕️ - @CoretanRingkas
Jika memang yang kita inginkan adalah yang terbaik, maka bukan bererti itu harus cepat, mesti sekarang juga. Hal-hal terbaik tentu perlu proses dan waktu. Kita tentu perlu bersabar.

Jadi mari nikmati, jalani, Allah pasti punya khabar gembira untuk hambaNya yang sabar menanti

🥀☕️ - @CoretanRingkas
Bila kita sakit ;

Allah tarik 3 perkara :

1. Allah tarik keceriaan wajah kita.
2. Allah tarik selera makan kita.
3. Allah tarik dosa kita.

Apabila dah sembuh :

Allah hantar balik keceriaan wajah kita & selera makan kita, Tapi Allah tak hantar balik dosa kita.

🥀☕️ - @CoretanRingkas
Untuk lelaki yang ada pasangan.

Sayangilah dia, seperti mana awak sayangi ibu awak sendiri. Sesungguhnya wanita itu layak untuk dicintai dan bukan untuk disakiti dan janganlah awak menyalahi semua wanita jika diakhirnya awak yang disakiti.

🥀☕️ - @CoretanRingkas
Cuba tukar :
"Kalau ada rezeki, adalah tu.."

Kepada :
"Insya-Allah ada rezeki"

Tanda kau yakin dengan janji Allah.

🥀☕️ - @CoretanRingkas
Dari 50 hingga 5 solat sehari. Pengorbanan besar dari Nabi kita, Muhammad ﷺ. Itu pun masih ramai yang meremehkan solat fardhu. 😢

Jom up-kan diri kita dengan tingkatkan sekali kualiti dalam amal ibadah seharian, khususnya kualiti solat 5 waktu.

-TheQowiyEmpire-
Barangsiapa yang menginginkan ketenangan, Allah sudah cukup baginya

Siapa yg mengingingkan teman duduk, Al-Qur'an sudah cukup baginya.

Barangsiapa yang ingin kaya, senantiasa merasa cukup itu sudah cukup baginya.

Bagi yang menginginkan pengingat, maka kematian cukup baginya.

🥀☕️ - @CoretanRingkas
Kembalilah kepada Allah, walaupun kau telah berbuat dosa seribu kali.

🥀☕️ - @CoretanRingkas
Peluang yang Allah beri pada kita sentiasa ada.

Andai kita bermaksiat di waktu malam, Allah beri siang agar kita kembali. Andai kita bermaksiat di waktu siang, Allah beri malam agar kita kembali.

Kerana Allah tahu kita semua tak terlepas dari dosa noda.

🥀☕️ - @CoretanRingkas
Selalu pesan dekat diri sendiri. Nakal dan sibuk macam mana pun kita, solat jangan tinggal. Kalau ada solat yang tertinggal, qada solat tu. Jaga solat, no matter what. Doa banyak-banyak semoga Allah kuatkan iman kita untuk terus istiqomah. Reminder to everyone including myself.

🥀☕️ - @CoretanRingkas
Kenapa perlu "Jaga hati daripada mati" :

1. Sebab Allah lihat dalam diri manusia pertama sekali adalah "Hati"
2. Hati adalah raja kepada anggota badan
3. Hati pencorak kepada perjalanan hidup seseorang
4. Hati adalah tempat pertarungan antara syaitan dan malaikat

🥀☕️ - @CoretanRingkas
Jangan kerana 1 manusia yang menghampakan kita, membuat kita berputus asa dengan Tuhan. 😊👌

🥀☕️ - @CoretanRingkas
Di kala Allah mendekatkan sesuatu ujian itu padamu, sebenar-benarnya Allah menjauhkan ujian lain yang lebih menyukarkan dalam hidupmu.

🥀☕️ - @CoretanRingkas
Jangan pernah menjadikan solat itu pilihan.

Solat itu ketetapan yang wajib dikerjakan. Waktu senang solat, waktu susah solat. Apa saja keadaan, jaga solat 5 waktu sebaik mungkin.

Lihatlah kehidupan kau akan berubah setelah kau menjaga & menyempurnakan solat.

🥀☕️ - @CoretanRingkas
Kun fayakun, Allah selalu mewujudkan sesuatu yang mustahil, melalui cara yang lebih mustahil lagi. Jadi, tenanglah.

🥀☕️ - @CoretanRingkas
Mahu berjaya, solat.
Mahu ubati kecewa, solat.
Mahu hilangkan kemarahan, solat.

Ingatlah hubungan dengan Allah. Sesungguhnya, orang yang berpaling dari kebenaran yakni orang yang tidak mahu bertaubat itu tergolong antara orang-orang yang sombong dan dimurkai oleh Allah.

🥀☕️ - @CoretanRingkas
Ingat, diumur kamu sekarang ini hanya sekali.

Maka, jangan bazirkan masa dengan terbaring sahaja scroll media sosial seharian.

Manfaatkan masa yang ada untuk belajar, menambah ilmu dan tingkatkan kemahiran yang ada.

🥀☕️ - @CoretanRingkas
Bersyukurlah atas nafas yang Allah pinjamkan kepada kita setiap hari. Ucapkanlah Alhamdulillah!

🥀☕️ - @CoretanRingkas
Kita namapak orang hidup senang.
Kita nampak orang hidup mudah.
Kita nampak rezekinya murah.

Sedang kita tak tahu, apa yang Allah sudah ambil darinya.
Dan bagaimana keras hidupnya sebelum segala-galanya nampak lancar.

Maka, jangan membandingkan hidup kita dengan dia.

🥀☕️ - @CoretanRingkas
2024/11/29 12:05:37
Back to Top
HTML Embed Code: