Warning: Undefined array key 0 in /var/www/tgoop/function.php on line 65

Warning: Trying to access array offset on value of type null in /var/www/tgoop/function.php on line 65
37 - Telegram Web
Telegram Web
"Ubahlah caramu mengukur kebahagiaan..

Jangan dari yang sempurna ke yang kamu miliki, tetapi dari yang serba tidak ada, dari kemungkinan paling buruk ke yang kamu miliki."

Nescaya, kamu lebih bersyukur.

-MutiaPrawitasari-

Jemput join telegram dibawah:
https://www.tgoop.com/coretansangmusafir
Tatkala datang ujian bertimpa-timpa, membuatkan diri ini lupa dan alpa, pada Pemberi ujian itu punya penyelesaian padaNya.

Banyakkan sujud padaNya, pasti takkan disia-siakan usaha hamba yang meminta.

Selamat malam :)

Jemput join Telegram di bawah:
https://www.tgoop.com/coretansangmusafir
Jangan pernah kamu campuradukkan dunia dan akhirat,
Kelak akhirat akan menjauh darimu.

Dunia itu tiada nilai sedikit pun, bahkan lebih hina dari pasir dan tanah yang dipijak-pijak.

Kejar akhirat, dunia pasti turut mengikutimu.

Jemput join Telegram di bawah:
https://www.tgoop.com/coretansangmusafir
Masa akan terus berjalan.
Meninggalkan kita sendirian.

Ayuh kita manfaatkan masa yang berbaki,
tatkala dijentik kesedaran dalam diri,
untuk melakukan kebaikan yang bermanfaat daripada pelbagai situasi.

Moga terus istiqamah di jalan kebaikan.

Jemput join channel telegram di bawah:
https://www.tgoop.com/coretansangmusafir
Hari ni merupakan jumaat terakhir dalam bulan syawal. Moga Allah menerima segala amalan kita.

Ayuh perbanyakkan selawat di hari jumaat yang mulia.

Allahumma Solli Ala Muhammad.
Percayalah, yakinilah.
Pada ujian itu ada kemanisan yang tak terungkap.

@coretansangmusafir
Orang tua kita terlalu banyak berkorban untuk kita. Tak terhitung kebaikan mereka kepada kita.

Selagi kita diberi peluang dalam hidup ini, berbaktilah kepada mereka semaksimun mungkin.

Sungguh tidak rugi sedikit pun berbuat baik kepada mereka. Malah makin berkat hidup kita.

@coretansangmusafir
Hari ini akan berlalu.

Manfaatkan hari yang sedang kita lalui ini dengan perkara yang bermanfaat.

Moga menjadi saham buat kita di akhirat.

@coratansangmusafir
Tak usahlah membanding-bandingkan diri dengan orang lain. Kelak membawa binasa pada diri.

Syukur seadanya yang kita punya, pasti membawa bahagia.

Ada pun untuk perbandingan itu, banyakkan perbandingan dengan orang yang di bawah kita berbanding yang di atas. Di atas bisa menjadikan kita dengki, tak puas hati dan iri hati. Manakala perbandingan dengan yang di bawah akan menjadikan kita seorang yang lebih bersyukur dan merasa cukup dengan apa yang ada.

@coratansangmusafir
Memberi itu membahagiakan.

Taktala si adik meminta masakkan makanan untuk berbuka puasa, lantas si kakak masakkan nasi goreng ikan sardine yang simple. Kebetulan tengahari makan ikan sardine, masih ada berbaki dan terus dimasaknya menjadi nasi goreng untuk santapan adik tercinta.

Ya, memberi itu membahagiakan.

Rasa bahagia itu kadang tak terungkap dengan kata-kata. Tetapi bahagia bila dapat menunaikan hasrat orang lain. Bila orang lain bahagia, kita turut terkena tempias bahagia itu. Si adik bahagia kerana terhidang nasi goreng, namun si kakak turut bahagia dan senang melihat si adik dapat menjamu selera hasil tangannya sendiri. Kerna definisi bahagia itu luas. Terserah pada kita yang mahu memahaminya atau tidak.

Semoga bahagia selalu.

@coratansangmusafir
Terlalu banyak cabang aliran kehidupan yang perlu dilalui oleh setiap manusia. Jika hari ini kita berasa senang dengan segala nikmat yang kita peroleh, jangan disangkakan kesenangan itu akan selamanya bersama kita.

Jika hari ini, kita dalam kesusahan, jangan disangkakan kesusahan itu akan selamanya mendampingi kita.

Dan janganlah kita putus asa dengan merasakan bahawa kesusahan itu tidak akan berganti dengan kesenangan. Kerana apa yang ada pada kita, takkan selamanya kekal bersama kita.
.
Salam jumaat barakah.
Sama-sama kita banyakkan berselawat kepada Baginda SAW.

اللهم صلي على محمد .

@coretansangmusafir
Termenung sendiri bila terkenangkan kisah-kisah orang sekeliling.

Ada yang makannya tidak cukup dek kerana tiada kemasukan wang secara bulanan. Perlu kepada usaha untuk makan dan belanja dapur. Mungkin buat sedikit jualan, berjaga malam membuat kuih lalu keesokannya perlu menjaja dari rumah ke rumah. Bernasib baik bagi yang memahami dan membeli jualan tersebut. Namun, ada juga yang sebaliknya. Diberi salam, tidak bersahut. Terus menutup pintu dengan mengatakan "Pergi, tak nak beli apa-apa." Kecewa, sedih terus membawa hati dan pulang membawa balik jualan ke rumah.

Ada juga yang bermasalah dengan anak. Sukarnya mendidik seorang anak untuk menjadi seorang manusia. Sehingga si ayah runsing memikirkan. Buntu. Keluar malam balik pagi. Lepak dengan kawan. Entah kawan jenis macam mana dipilihnya. Siang hari tidur setidurnya. Waktu malam keluar lagi. Begitulah rutin. Solat entah ke mana. Hubungan dengan keluarga pun menjadi dingin sedingin salju dan hambar.

Dibandingkan dengan diri kita, ujian mereka terlalu jauh dengan kita. Menitis airmata taktala terkenangkan ujian-ujian orang sekeliling. Bersyukur tak terhingga. Kerana nak dibandingkan dengan ujian mereka itu terlalu berat. Mungkin tak mampu nak menanggung.

Banyakkan lihat pada manusia sekeliling iaitu orang yang lagi susah dari kita, yang tidak punya apa-apa. Dengan itu akan menjadikan dirimu itu bersyukur dengan segala nikmat yang Allah kurniakan.

"Sesungguhnya, hidup ini terlalu banyak untuk disyukuri."

@coretansangmusafir
Airmata ialah satu ungkapan dari hati yang mana kita tak mampu untuk meluahkannya. Hanya dengan menangis boleh mengubati hati yang terluka.

Menangis itu lumrah. Andai tangisan itu mampu mengubati, menangislah sepuasnya.

Namun jangan biarkan tangisan itu membinasakan diri sendiri. Ingatlah Allah yang sentiasa ada dan dekat dengan kita.

لَا تَحْزَن إنَّ اللَّه مَعَنا
"Janganlah kamu bersedih, sesungguhnya Allah bersama kita"

Berharaplah dan merintihlah kepada Allah. Dia Maha Mendengar segala luahan hambaNya.

@coretansangmusafir
Jangan pernah remehkan sekecil-kecil kebaikan orang. Kadang kita sendiri tidak tahu pada kebaikan mana dapat memasukkan kita ke syurga.

Ada orang dia tetap berusaha untuk melakukan kebaikan. Walaupun dia tahu itu adalah perkara yang kecil sahaja di pandangan orang yang dia mampu buat. Barangkali hanyalah susun selipar di masjid, namun sekiranya dia mengerti taktala dia menyusun selipar itu sebenarnya sangat memudahkan ahli jemaah lain untuk keluar dari masjid.

Ada juga orangnya terus tersenyum pada sesiapa pun. Walhal dalam dirinya sendiri terguris dengan kata-kata orang sekeliling. Tapi tetap saja tersenyum. Hal itu tanpa kita sedar telah banyak mengubati hati orang lain yang mungkin sedang berduka. Kita tidak sedar sebuah senyuman itu sebenarnya mengubati hati orang lain. Itu jugak dikatakan kebaikan yang kecil tapi besar nilainya pada orang lain.

Teruskan buat kebaikan. Tidak kira nilainya besar atau kecil. Dirasakan satu kebaikan buat orang lain, terus buat. Moga dengan usaha kecil kita dalam melakukan kebaikan Allah pandang.

Yukk! Gandakan doa malam ini. Merupakan malam mustajab doa. Insha-Allah mudah-mudahan dikabulkan segala hasrat kalian.

Salam Eidul-Adha.
Seringkali kita memandang takdir buruk itu sebagai satu musibah. Namun realiti disisi Allah itu semuanya baik.

@coretansangmusafir
Sungguh, melayani karenah manusia ini tidak berkesudahan.

Penat, lelah.

Lain orang lain ragamnya. Apabila ditegur tidak mahu menerima kesalahannya. Hanya merasakan dirinya betul. Itu payah sama sekali. Dibawakan kebenaran, tapi akhirnya orang lain juga dipersalahkan.

Mudah saja mengatakan itu dan ini, walaupun itu ternyata hanya untuk mempertahankan dirinya. Hanya mementingkan perasaan sendiri. Tidak dipeduli sama perasaan orang sekeliling.

Mahu saja tidak diendah, tidak dipedulikan orang seperti itu. Namun kerana masih ada iman di dalam hati, bukan sebegitu didikan islam yang dipelajari.

Mungkin saja Allah ingin menguji. Bagaimana cara menghadapi orang sebegini. Jangan terlalu cepat menghukum. Mungkin sakit melalui ujian sebegini. Namun ada perkara yang lagi menyakitkan selain perkara ini.

Duhai hati, moga kamu terus kuat. Kuat kerana Allah!
2025/03/10 15:17:05
Back to Top
HTML Embed Code: