Telegram Web
Kenapa perlu adanya hubungan jika tiadanya kesefahaman?

Kenapa perlu tundakan perpisahan sedangkan hati tak boleh bertahan?

Kenapa perlu sayang pada orang yang sedang menunggu saat untuk kita menghilang?

Kenapa perlu lukakan hati yang selama ini telahpun disakiti?

Pergilah diri, bawalah sejauh mana yang kau ingin.. Kerna engkau juga layak untuk dicintai oleh seseorang yang lebih memahami
Hilang tanpa bilang,

Bukan penting diri cuma sedar diri..
Maaf kalau aku tak cukup sempurna.. Diri sudah habis mencuba untuk menjadi seperti ‘Dia’ namun gagal juga
Jika waktu boleh berputar, aku akan pastikan yang engkau takkan bertemu dengan wanita seperti aku :)
Teruskan pergi, jangan pedulikan aku kerana aku bukan lagi tanggungjawabmu sebaik sahaja kau melangkah
Aku pernah jatuh cinta kepada seorang lelaki yang hatinya bukan selamanya untukku
Mungkin dialah orang yang kau cari,

Dan mungkin aku hanyalah sekadar bahan uji kaji yang harus kau lalui untuk mendapatkan hasil yang terbaik..
Carilah,

Cari sehingga kau puas..

Tapi bukan itu yang harus kau buat,

Sepatutnya kau memintaku pergi bukannya mencari kesalahanku yang tidak logik..

Buang masa bukan?
Jujur saja, kenapa mesti takut?

Aku tidak makan orang seperti di filem zombi, haha

Aku cuma makan waktu untuk menerima segalanya :)
Kata orang tua “Siapa makan cili, dia yang terasa pedasnya”,

Tapi bagaimana pula dengan ‘Makan hati’?

Ia tidak punya apa-apa rasa,

Kerana telah terbiasa..
Mungkin cinta aku yang ikhlas ini menyeksa kau,

Mungkin cinta aku yang terlalu kuat ini menghalang kau untuk pergi..

Maafkan aku yang berlaku kejam,

Kini aku lepaskan..
Bilang saja pada mereka bahawa akulah puncanya,

Tidak perlu kau menodai namamu yang bersih tiada dosa itu..

Lain lah aku,

Tetap dicemuh walaupun akulah mangsa yang sebenar-sebenarnya..
Janganlah kita menyakiti hati sendiri,

Kerana itu bukan kerja kita, itu kerja orang lain
Dia yang menyebar luka malah aku yang dituduh pendusta.

Beralah, sudah.

Menjadi bodoh pun sudah.

Apa yang sebenarnya kau mahukan?
Jika hati sudah tak mahu,

Janganlah dekati aku lagi..

Dan jika hati sudah tiada cinta,

Janganlah memaksa..
Jangan jadikan kekurangan sesorang itu sebagai bahan lawak korang. Ye, mungkin dia akan gelak sama but deep down kita tak tahu apa yang dia rasa :)
Tahan hati, tetap senyum. I don’t know how to express my feelings. Sakittt sangatt..
Cuba belajar menghormati privacy orang lain. Jangan suka suka baca Whatsapp orang then boleh pula tanya,

“Chat siapa tu??”
“Wahh dah ada biy sekarangg”

Please.. That’s not funny at all!
Semalam call ummi, saja main main minta nak kereta sebab nanti senang nak gerak pergi class hari hari..

Tiba tiba harini ummi dengan papa call minta ic dengan student card sebab nak register beli kereta😭😭

YA ALLAH! SUMPAH! ANAK UMMI NI MAIN2 JEE🥹

Tapi memang betul pun susah nak pergi class kalau takde transport. Hari hari naik grab boleh botak kepala woii!
Minta main main je, tak sangka dapat betul betul🥹 Alhamdulillah! Thank you ummi, papa❤️ I love you sooo much!😭🥹😘
2024/06/30 22:39:56
Back to Top
HTML Embed Code: