tgoop.com/diseasefacts/33
Last Update:
Latihan kawal tabiat atau ‘Habit Reversal Therapy’ adalah terapi mengawal perilaku seseorang. Latihan ini akan meningkatkan kesedaran dan membantu mengawal tingkah laku individu tersebut daripada menggigit kuku dengan kerap.
Perubahan perilaku untuk tabiat seperti menggigit kuku ini akan memakan masa yang lama justeru para ibu bapa dan kanak-kanak haruslah peka supaya mereka tidak berputus asa dalam menangani masalah ini. Antara contoh yang boleh diaplikasikan kepada mereka yang mempunyai masalah ini adalah:
• Membenarkan kanak-kanak menyertai aktiviti atau ke tempat yang mereka suka.
•Mengawal dan mengehadkan pergerakan tangan ke muka dan mulut.
•Meletakkan bahan- bahan yang mempunyai rasa pahit di bahagian kuku.
•Mencari punca yang memberi galakan kepada tabiat tersebut seperti kebosanan atau ketika menghadapi tugasan yang sukar.
BY • ❝ ∂ısєαsє ƒαcтs ❞ • -hiatus
Share with your friend now:
tgoop.com/diseasefacts/33