tgoop.com/diseasefacts/41
Last Update:
10 cara melawan ‘anxiety’ secara umum:
1. Mendekatkan diri dengan Tuhan dan perbanyakkan istighfar dan selawat.
2. Tolong jauhkan diri dengan orang yang negatif . Biar tidak ada kawan yang ramai asalkan kawan yang berkualiti. Apabila berkawan dengan orang yang negatif, minda kita akan tertekan dan bertambah parah anxiety.
3. Betulkan mindset dengan selalu cakap dalam hati dan tukar mindset “Aku sihat dan tidak takut.”
4. Jangan berseorangan. Selalulah bergaul, berbual dan cerita masalah pada orang yang memahami. Luah segalanya, mesti lega.
5.Lakukan aktiviti yang seronok bersama kawan kawan, suami, anak-anak atau ibu bapa untuk mengelakkan berfikir terlalu banyak dan cemas. Sedikit sebanyak boleh membuatkan kita lupa tentang ‘perkara’ itu .
6. Jangan tidur keseorangan dan sentiasa tidur berteman supaya boleh tangani jika berlaku yang tidak diingini. Sebagai contoh pesakit anxiety akan kurang tidur dan cepat cemas, atau mungkin sesak nafas. Orang sekeliling sangatlah penting dan main peranan.
7. Jika perlu, dapatkan nasihat doktor psikologi. Anxiety bukan gila dan jangan takut kerana sedikit sebanyak boleh melegakan pesakit. Mereka lagi memahami dan anda boleh dapatkan nasihat mereka.
BY • ❝ ∂ısєαsє ƒαcтs ❞ • -hiatus
Share with your friend now:
tgoop.com/diseasefacts/41