tgoop.com/diseasefacts/46
Last Update:
Hiperhidrosis ialah keadaan yang dicirikan oleh peluh yang luar biasa banyak,lebih daripada yang diperlukan untuk pengawalan suhu badan. Ia dikaitkan dengan beban kualiti kehidupan penting daripada pandangan psikologi, emosi dan sosial. Oleh itu, ia juga dirujuk sebagai 'kecacatan senyap'.
Hiperhidrosis boleh jadi secara umum atau terhad ke bahagian badan tertentu.
Penyakit berpeluh yang berlebihan dikenali sebagai Hyperhidrosis. Ia berlaku pada hampir 1% daripada populasi terutamanya wanita. Perpeluhan yang tidak normal ini biasanya mengganggu kehidupan pesakit dan ia boleh berlaku di tangan, ketiak, kaki atau muka.
Ada segelintir pesakit yang mengadu berpeluh menitik-nitik tanpa sebab dan kaki yang berendam di dalam kasut disebabkan perpeluhan pada kaki. Ini menyebabkan mereka berasa sulit untuk menjalani kehidupan.
Penyebab penyakit hyperhydrosis ini masih belum diketahui. Walaupun begitu, ia dipercayai disebabkan oleh rangsangan saraf simpatetik yang berlebihan pada kelenjar peluh yang terlibat.
Kebiasaanya pesakit hyperhidrosis ini mengalami perpeluhan akibat emosi yang tidak stabil atau gemuruh. Keadaan pada ketika normal menjadi abnormal apabila disergah atau tempat perpeluhan menjadikan titik perhatian orang sekeliling menyebabkan pesakit menjadi gemuruh dan malu serta merendah diri serta merta. Kondisi peluh pada ketika itu menjadi sangat banyak dan berterusan dan amatlah sukar itu ia kembali kering. Perpeluhan di kedua tapak tangan dan kedua tapak kaki akan kembali kembali bila emosi pesakit tenang atau pesakit dalam keadaan tidur.
BY • ❝ ∂ısєαsє ƒαcтs ❞ • -hiatus
Share with your friend now:
tgoop.com/diseasefacts/46