tgoop.com/diseasefacts/54
Last Update:
Apakah punca serangan jantung?
•Penyakit jantung koronari•
Kebanyakan serangan jantung berlaku kerana menghidapi penyakit jantung koronari.
Arteri yang membekalkan darah ke jantung (juga dipanggil arteri koronari) mungkin tersumbat dengan lemak, kolesterol atau bahan lain—himpunan bahan-bahan ini dipanggil plak.
Apabila plak terhimpun di dalam arteri, keadaan ini dipanggil aterosklerosis. Himpunan plak boleh berlaku selama bertahun-tahun
Apabila sebahagian daripada plak pecah di dalam arteri, darah beku terbentuk pada permukaan plak.
Bergantung pada saiz darah beku, aliran darah di dalam arteri boleh boleh menjadi separa tersumbat atau tersumbat sepenuhnya.
Spasme arteri koronari
Punca serangan jantung yang kurang biasa ialah spasme (kekejangan) arteri koronari yang teruk.
_______________________________
•Spasme menghalang aliran darah menerusi arteri.•
Spasme boleh berlaku di dalam arteri koronari yang tidak terjejas dengan aterosklerosis.
Spasme mungkin berkaitan dengan pengambilan dadah tertentu (seperti kokain), tekanan emosi atau kesakitan, pendedahan kepada keadaan sejuk yang melampau dan merokok.
BY • ❝ ∂ısєαsє ƒαcтs ❞ • -hiatus
Share with your friend now:
tgoop.com/diseasefacts/54