tgoop.com/diseasefacts/63
Last Update:
Tanda dan simptom kemurungan berbeza mengikut individu, terdapat individu menunjukkan tanda yang kurang, manakala ada yang banyak.
Contohnya, sesetengah individu yang mengalami kemurungan mungkin berasa sedih, manakala yang lain tidak. Tanda dan simptom boleh berbentuk fizikal atau emosi.
Beberapa tanda dan simptom umum kemurungan adalah seperti berikut:
1.Berasa sedih, hampa atau risau
Perasaan ini boleh berterusan tanpa pulih atau hilang.
2.Mudah berasa jengkel
Anda menjadi cepat marah daripada biasa. Tahap toleransi anda rendah dan mudah marah walaupun disebabkan oleh perkara kecil.
3.Berasa tidak berupaya, tidak berharga atau bersalah
Anda berasa tiada harga diri atau hidup tiada makna atau terlalu memikirkan tentang kehilangan atau kegagalan.
4.Kurang berminat dalam menjalankan aktiviti
Anda tidak lagi menikmati hobi atau permainan yang diminati dahulu. Anda kurang atau tidak berminat untuk menjalani aktiviti sosial atau lain - lain.
5.Kurang bertenaga
Anda berasa terlalu letih. Rutin dan tugas harian menjadi terlalu sukar untuk diuruskan.
6.Berkomunikasi atau bergerak lebih lemah daripada biasa
Anda mengalami pergerakan tubuh badan yang lemah dan mengambil masa yang lama untuk bercakap walaupun sepatah perkataan
7.Kegelisahan
Berasa gelisah atau terganggu tanpa sebarang sebab yang khusus. Anda mungkin menunjukkan tanda seperti sukar duduk diam.
8.Sukar memberikan tumpuan
Anda sukar memberikan tumpuan. Anda berasa terbeban untuk membuat keputusan.
9.Perubahan dalam corak tidur
Anda bangun terlalu awal atau sukar tidur. Anda tidur terlalu lama daripada biasa.
10.Perubahan selera atau berat badan
Anda makan terlalu banyak atau tidak berasa lapar. Lazimnya, kemurungan mendorong kepada pertambahan atau pengurangan berat badan.
11.Perasaan atau percubaan membunuh diri
Situasi ini merupakan simptom kemurungan paling serius. Anda kerap berasa ingin membunuh diri atau merancang cara menamatkan hidup anda.
12.Rasa sakit yang sukar digambarkan
Rasa sakit, kejang atau masalah penghadaman yang bukan disebabkan oleh masalah fizikal dan tidak hilang dengan rawatan ubat.
.
BY • ❝ ∂ısєαsє ƒαcтs ❞ • -hiatus
Share with your friend now:
tgoop.com/diseasefacts/63