tgoop.com/diseasefacts/68
Last Update:
Jika anda mengesyaki seseorang yang anda kenali mengalami kemurungan, anda hendaklah menghubunginya dan cuba membantunya. Perbualan ini mungkin sukar untuk dimulai tetapi terdapat beberapa perkara yang boleh dikatakan untuk memudahkannya. Contohnya:
“Saya ada di sini. Saya ingin tahu perkhabaran awak.”
“Awak bukan keseorangan. Ramai orang yang mengalami kemurungan.”
“Saya ingin membantu. Mari kita buat janji temu dengan doktor.”
“Telefon atau mesej saya bila-bila masa awak mahu berbual.”
Walaupun anda berniat baik, individu yang anda ingin bantu mungkin tidak terbuka hatinya. Sila fahami tingkah lakunya bukan untuk menyinggung anda. Walau bagaimanapun, anda boleh cuba:
1.Memberikan sokongan yang berterusan. Lama-kelamaan sokongan anda mungkin dapat diterima.
2.Fokus pada tingkah laku individu itu dan cara rawatan yang boleh membantu.
3.Dapatkan bantuan daripada keluarga dan rakan agar sentiasa menghubungi individu itu.
BY • ❝ ∂ısєαsє ƒαcтs ❞ • -hiatus
Share with your friend now:
tgoop.com/diseasefacts/68