┈─➤ • onychophagia . . . ↻📂 .ೃ⊹₊˚
tabiat menggigit kuku
‘Onychophagia’ didefinasikan sebagai tabiat menggigit kuku adalah sejenis perilaku dengan memasukkan jari ke dalam mulut dan menggigit kuku dengan gigi. Tabiat menggigit kuku boleh mempengaruhi semua peringkat umur sama ada kanak-kanak mahupun orang dewasa. Tabiat menggigit kuku biasanya akan bermula dalam lingkungan umur 3 atau 4 tahun dan akan mula berkurang pada peringkat dewasa.
Tabiat ini biasanya berlaku untuk mendapatkan kepuasan atau menghilangkan keresahan. Perbuatan seperti ini biasanya akan memberikan perasaan seronok kepada seseorang dan kemudiannya individu tersebut tidak dapat menahan rasa untuk melakukan tabiat tersebut berulang kali.

Untuk jangka masa yang lama, tabiat ini boleh mengundang masalah dari segi fizikal dan psikologi terhadap individu tersebut. Tabiat seperti menggigit kuku, menggaru kulit, menarik rambut secara berulang kali dan berlebihan adalah berkait rapat apabila seseorang itu selalu berasa gelisah dan gementar. Bagi mengurangkan rasa gelisah dan gementar, seseorang itu akan melakukan aktiviti-aktiviti seperti di atas yang seterusnya menjadi tabiat yang susah untuk dihindarkan di kemudian waktu.
Individu yang mempunyai tabiat ini tidak akan menggigit kuku sewaktu berhadapan dengan orang ramai atau ketika ditegah daripada melakukan perbuatan tersebut. Terdapat beberapa kajian yang mengaitkan hubungan antara ibu bapa yang mempunyai masalah gangguan mental dengan kanak-kanak yang suka menggigit kuku. Terdapat kajian yang menyatakan bahawa peratusan tabiat menggigit kuku di kalangan kanak-kanak yang mempunyai ibu yang mengalami masalah skizofrenia adalah lebih tinggi

Berikut adalah kesan-kesan terhadap seseorang individu yang mempunyai tabiat menggigit kuku.
• Pandangan orang sekeliling terhadap si pelaku.
• Mempunyai masalah dalam tingkah laku sosial apabila berhadapan dengan orang ramai seperti menulis, melukis dan bermain.
• Tekanan perasaan.
• Kegelisahan.
• Kerosakan di bahagian kuku.
• Kerosakan pada gigi.
• Kurang keyakinan terhadap diri sendiri.
• Jangkitan kuman.
•Kuku yang kelihatan tidak normal.
•Jangkitan kulat pada plat kuku dan kulit di sekitarnya.
•Mendapat penyakit disebabkan oleh penyebaran bakteria dan virus daripada jari ke wajah dan mulut korang.
•Membahayakan gigi seperti gigi yang pecah, gigi yang tidak sekata, dan penyerapan semula gigi.

Tabiat gigit kuku boleh membawa pelbagai jenis mikroorganisme seperti di kalangan keluarga Enterobacteriaceae ke dalam mulut justeru boleh melemahkan sistem pertahanan badan terutamanya di kalangan kanak-kanak.
Spesis daripada Enterobacteria seperti E. coli, Klebsiella, Proteus dan Enterobacter adalah antara spesis yang boleh menyebabkan jangkitan kuman di dalam sel darah manusia yang kemudiannya akan menjangkiti organ-organ penting di dalam badan.

Tabiat ini juga dikatakan mempunyai sedikit sebanyak berhubung kait dengan penyakit obsesif kompulsif atau lebih dikenali sebagai ‘Obsessive Compulsive Disorder’ (OCD). Penyakit obsesif kompulsif dikategorikan sebagai tindakan kompulsif yang berlebihan di dalam sesuatu perbuatan seperti tabiat menggigit kuku.
Latihan kawal tabiat atau ‘Habit Reversal Therapy’ adalah terapi mengawal perilaku seseorang. Latihan ini akan meningkatkan kesedaran dan membantu mengawal tingkah laku individu tersebut daripada menggigit kuku dengan kerap.
Perubahan perilaku untuk tabiat seperti menggigit kuku ini akan memakan masa yang lama justeru para ibu bapa dan kanak-kanak haruslah peka supaya mereka tidak berputus asa dalam menangani masalah ini. Antara contoh yang boleh diaplikasikan kepada mereka yang mempunyai masalah ini adalah:
• Membenarkan kanak-kanak menyertai aktiviti atau ke tempat yang mereka suka.
•Mengawal dan mengehadkan pergerakan tangan ke muka dan mulut.
•Meletakkan bahan- bahan yang mempunyai rasa pahit di bahagian kuku.
•Mencari punca yang memberi galakan kepada tabiat tersebut seperti kebosanan atau ketika menghadapi tugasan yang sukar.

Amalan menggigit kuku juga boleh dikaitkan:
•Gangguan hiperaktif kekurangan perhatian (ADHD).
•Gangguan kemurungan utama
Gangguan kompulsif obsesif (OCD)
Sindrom Tourette.
•Gangguan keresahan pemisahan

Kecelaruan keresahan (bahasa Inggeris: anxiety neurosis, anxiety disorder) ialah keadaan psikik dalam ketakutan dan kebimbangan yang kronik, sungguhpun tidak ada rangsangan yang khusus. Ada saja yang mencemaskan hatinya; dan hampir setiap peristiwa menjadi sebab timbulnya rasa cemas dan takut. Ia merangkumi berbagai-bagai jenis ketakutan serta kecemasan yang tidak boleh dimasukkan dalam kategori fobia. Emosi pesakit tidak stabil, sangat terganggu, cepat tersinggung dan marah, sering dalam keadaan teruja atau keluh kesah. Juga cepat murung. Disertai macam-macam fantasi, delusi, ilusi dan rasa dikejar-kejar oleh sesuatu yang tidak jelas. Dirinya selalu diselubungi ketegangan-ketegangan emosi dan diganggu bayangan kesulitan. Pesakit sering merasa mual dan muntah; badannya selalu lelah, menderita sesak nafas, banyak berpeluh; sering gementar dan kadang kala menderita kemurungan. Sebab-sebab neurosa kecemasan ialah kecemasan, ketakutan, kesusahan dan kegagalan yang bertubi-tubi. Lalu mengadakan penekanan kepada emosi negatif atau penindasan diri akibat kegagalan-kegagalan tadi. Menurut Freud, juga disebabkan oleh dorongan-dorongan seksual yang tidak terpuaskan dan terhambat, sehingga mengakibatkan timbulnya banyak konflik batin, ketakutan dan kecemasan.
Tanda Anda Mengalami ‘Anxiety Disorder’
1. Bimbang Sepanjang Masa
Apabila anda mengalami ‘anxiety disorder’, anda sentiasa keresahan pada kebanyakan hari dan perasaan ini berterusan selama enam bulan. Ia boleh menjadi terlalu kronik sampaikan perkara harian yang remeh pun sering dirisaukan. Ini akan menyebabkan aktiviti harian anda terganggu manakala tubuh dan minda berasa letih yang luarbiasa.
2.Sukar Tidur
Masalah sukar melelapkan mata atau selalu terjaga selalunya terkait rapat dengan pelbagai keadaan kesihatan sama ada dari segi fizikal mahupun psikologi.
3.Ketegangan Otot
Ketetangan otot yang berterusan adalah antara tanda yang mengiringi ‘anxiety disorder’. Tanda tanda ini boleh berlaku akibat respon tubuh terhadap stres yang keterlaluan. Ia boleh berlaku dengan kerap sehingga pesakit menganggapnya perkara biasa.
4.Masalah Penghadaman Yang Kronik
Keresahan mungkin bermula dari minda anda akan tetapi ianya boleh memperlihatkan tanda fizikal lain seperti sindrom gangguan usus (irritable bowel syndrome) iaitu satu keadaan yang mempunyai tanda seperti sakit perut, kejang otot, buncit, angin dalam perut, sembelit, atau cirit-birit. Ini semua merupakan masalah yang bermula dari saluran perut yang sensitif terhadap tekanan psikologi.
5.Nervous Breakdown
Seseorang yang mengalami ‘anxiety disorder’ biasanya suka memendam perasaan. Namun apabila kebimbangan atau sesuatu yang mengganggu perasaannya memuncak, berlakulah ‘nervous breakdown’ seperti tiba-tiba marah, menjerit, atau mengamuk hingga hilang rasa malu dan takut.
6.Hanya Fokus Pada Komen Negatif
Tak kiralah berapa banyak hal positif yang diungkapkan tentang kerja atau atau diri seseorang, ‘anxiety disorder’ menyebabkan seseorang tetap cenderung untuk fokus kepada bahagian yang negatif sahaja.
7.Panic Attack
Serangan panik boleh menjadi sesuatu yang menakutkan kerana ia mirip dengan serangan jantung. Seseorang yang diserang ‘panic attack’ akan berasa sukar bernafas, sakit dada, pening, berpeluh-peluh, menggigil, jantung berdebar, sakit perut dan lemah tubuh badannya.

Lakukan Ujian Saringan
‘Anxiety disorder’ atau gangguan keresahan ini penting untuk dikenalpasti agar anda dapat mengatasinya dengan berkesan.
Jika anda ragu sama ada anda mengalaminya, boleh lakukan Ujian Saringan Minda Sihat (DASS) secara online sebagai langkah awal. Saringan ini akan menilai tahap stres, risau atau depresi yang dialami. Keputusannya akan dihantar melalui email.
Jika keputusannya memerlukan anda untuk mendapatkan rawatan, berjumpalah doktor seperti biasa dan nyatakan masalah anda. Selepas pemeriksaan, rujukan akan di buat jika ada indikasi.

World Health Organisation (Badan Kesihatan Dunia/WHO) menyebutkan, anak remaja saat ini lebih rentan terkena gangguan kecemasan (anxiety disorder). Masa remaja merupakan waktu di mana banyak perubahan dan penyesuaian terjadi baik secara psikologi maupun emosional.
Child Mind Institute Amerika Syarikat menyebutkan, bahawa 32,9 % dari anak-anak dan remaja di seluruh dunia mengalami gangguan kecemasan. Setengahnya dimulai sejak menginjak usia 18 tahun. Dan anak perempuan dua kali lebih mungkin untuk menghadapi gangguan kecemasan atau depresi daripada anak laki-laki.