Telegram Web
Kumpulan individu yang berbeza juga menunjukkan tanda kemurungan yang berbeza. Contohnya:

•Kaum wanita mungkin berasa sedih, tidak berharga dan rasa bersalah.

•Kaum lelaki mungkin menyembunyikan emosi mereka dan menunjukkan rasa marah, tingkah laku yang agresif dan mudah berasa jengkel. Mereka juga menunjukkan masalah fizikal seperti denyutan jantung laju dan masalah penghadaman.

•Kanak-kanak lebih tua dan remaja menunjukkan tanda seperti merajuk, bermasalah di sekolah dan mudah berasa jengkel.

•Kanak-kanak lebih muda menunjukkan tanda enggan ke sekolah, berpura-pura sakit, memeluk ibu bapa dengan erat atau bimbang ibu bapa mereka akan mati.

•Warga tua mudah berasa letih, sukar tidur atau mudah marah atau berasa jengkel. Mereka juga kerap berasa keliru atau sukar memberikan tumpuan.

• Masalah kesihatan berkaitan usia yang lain seperti penyakit jantung juga boleh menyebabkan kemurungan.
Bagi menangani kemurungan, anda mestilah dapatkan bantuan. Jika anda berasa murung, anda hendaklah memaklumkan kepada penyedia penjagaan kesihatan anda. Jangan biarkan rasa malu atau stigma anggapan menghalang anda daripada mendapatkan bantuan. Sama seperti mana-mana penyakit lain, tindakan mendapatkan rawatan dapat membantu anda menjadi lebih sihat.


Jika anda tidak pasti untuk menyatakan sebab anda membuat janji temu, jangan teragak-agak untuk menyatakan bahawa anda mungkin mengalami kemurungan dan ingin menjalani pemeriksaan. Sebelum janji temu anda, buatkan senarai:

1.Sebarang simptom yang anda alami (bila simptom itu bermula, tahap kesukaran simptom, cara simptom itu dirawat, dll.).

2.Maklumat peribadi yang penting seperti menghadapi tekanan hidup yang berat atau perubahan hidup.
Semua ubat-ubatan termasuk makanan tambahan yang anda ambil.

3.Bawa senarai tersebut semasa janji temu untuk membantu anda menerangkan perasaan anda kepada penyedia penjagaan kesihatan. Tindakan ini akan membantu perbincangan yang lebih bermakna dengan penyedia penjagaan kesihatan anda.
Kemurungan boleh dirawat walaupun kes yang paling teruk. Jika rawatan dimulakan lebih awal, keberkesanannya akan menjadi lebih baik. Pilihan pengurusan kemurungan termasuk:

1.Perubahan gaya hidup seperti senaman, tidur secukupnya, perhubungan sosial dan pemakanan yang sihat.

2.Terapi perbincangan
(juga dipanggil psikoterapi)

3. Ubat-ubatan
Sila ingat bahawa tiada individu yang mengalami kemurungan dengan cara yang sama, maka, mencari rawatan terbaik untuk anda mungkin mengambil masa
Selain bekerjasama dengan penyedia penjagaan kesihatan anda untuk menangani kemurungan, terdapat petua lain yang boleh dilakukan untuk membantu seperti:

•Sentiasa aktif dari segi fizikal.

•Sentiasa prihatin.

•Tetapkan keutamaan.

•Luangkan masa dengan individu lain.

•Tetapkan matlamat yang realistik
Tangguhkan keputusan untuk mengubah hidup (contohnya, bertukar kerja) sehingga anda berasa lebih baik
Jika anda mengesyaki seseorang yang anda kenali mengalami kemurungan, anda hendaklah menghubunginya dan cuba membantunya. Perbualan ini mungkin sukar untuk dimulai tetapi terdapat beberapa perkara yang boleh dikatakan untuk memudahkannya. Contohnya:

“Saya ada di sini. Saya ingin tahu perkhabaran awak.”

“Awak bukan keseorangan. Ramai orang yang mengalami kemurungan.”

“Saya ingin membantu. Mari kita buat janji temu dengan doktor.”

“Telefon atau mesej saya bila-bila masa awak mahu berbual.”

Walaupun anda berniat baik, individu yang anda ingin bantu mungkin tidak terbuka hatinya. Sila fahami tingkah lakunya bukan untuk menyinggung anda. Walau bagaimanapun, anda boleh cuba:

1.Memberikan sokongan yang berterusan. Lama-kelamaan sokongan anda mungkin dapat diterima.

2.Fokus pada tingkah laku individu itu dan cara rawatan yang boleh membantu.

3.Dapatkan bantuan daripada keluarga dan rakan agar sentiasa menghubungi individu itu.
Gejala yang teruk akan menjejaskan fungsi hidup individu di mana beliau tidak lagi boleh bekerja atau menjalankan tugas harian seperi biasa.
Pesakit juga mungkin mendapat gangguan halusinasi serta delusi. Walaubagaimanapun, yang paling membimbangkan ialah adanya pemikiran untuk membunuh diri.
Rawatan awal dapat membantu untuk sembuh dengan lebih cepat serta kembali menjalani kehidupan yang berkualiti.
Kaedah rawatan adalah bergantung kepada tahap penyakit. Untuk gejala kemurungan yang ringan, biasanya tidak memerlukan rawatan ubatan anti-kemurungan.

Pesakit boleh menjalani sesi psikoterapi di mana beliau dibimbing untuk mengenal pasti masalah serta cara penyelesaian, mengenal pasti serta menangani fikiran negatif, digalakkan untuk meluahkan perasaan dengan betul serta diberikan sokongan.

Pesakit juga akan dinasihatkan untuk mengamalkan gaya hidup sihat. Bagaimanapun, untuk gejala yang sederhana atau teruk, biasanya pesakit akan diberikan ubatan anti-kemurungan untuk jangka masa yang tertentu.
Sorry gais Bab kemurungan ni panjang sikit🥲
┈─➤ • leukemia . . . ↻📂 .ೃ⊹₊˚
Leukemia merupakan barah pada darah atau sum-sum tulang dan bercirikan penggandaan luar biasa sel darah putih, leukosit . Ia merupakan sebahagian dari kelompok penyakit yang lebih luas yang dikenali sebagai neoplasma hematologi .
Kerosakan kepada sum-sum tulang, disebabkan oleh penggantian sel sum-sum tulang normal dengan sejumlah besar sel darah putih tidak matang, juga menyebabkan kekurangan platelet darah, yang penting dalam proses penggumpalan darah. Ini bererti mereka yang mempunyai leukemia mungkin menjadi lebam, perdarahan berlebihan, atau mengidap perdarahan mirip cucuk-jarum, petekia.

Sel darah putih, yang terbabit dalam melawan patogen , mungkin dipendam atau tidak berfungsi. Ini mampu menyebabkan huru hara sistem imunisasi pesakit (sel darah putih dll.) mula menyerang sel badan lain.

Akhirnya, juga kekurangan sel darah merah yang mendorong kepada anemia, yang mungkin menyebabkan dispnea . Kesemua simptom ini mungkin dikaitkan kepada penyakit lain; kerana diagnosis, ujian darah dan pemeriksaan sum-sum tulang diperlukan bagi pengesahan leukemia.
Simptom yang berkait:

•Demam, sejuk, berpeluh malam dan simptom selesema lain.

•Kelesuan dan lemah.

•Hilang selera makan dan/atau berat badan.

•Gusi bengkak atau berdarah
Perdarahan berlebihan (meskipun akibat luka kecil).

•Simptom neurologikal (cth.,sakit kepala).

•Hati dan limpa bengkak.

•Mudah lebam.

•Kerap dijangkiti penyakit.

•Sakit tulang.

•Sakit sendi.

•Tonsil bengkak.

•Kerap pengsan.
Perkataan leukemia, yang bererti 'darah putih,' diambil sempena nama penyakit pengiraan sel darah putih yang tinggi yang terdapat pada kebanyakan pesakit leukemia sebelum menerima rawatan. Jumlah tinggi sel darah putih kelihatan apabila contoh darah dilihat di bawah mikroskop. Sering kali, sel darah putih ini adalah tidak matang atau tidak berfungsi. Jumlah sel darah putih juga turut mengganggu fungsi normal ibu-ibu sel darah lain di dalam sum-sum tulang, iaitu induk kepada sel darah merah dan juga platelet.
Sesetengah pesakit leukemia tidak mempunyai sel darah putih yang tinggi semasa pengiraan darah biasa. Keadaan yang luar biasa ini dikenali sebagai aleukemia.

Bagaimana pun sum-sum tulang masih mempunyai barah sel darah putih, dan ia mengganggu penghasilan sel darah biasa.

Bagaimanapun, ia kekal di dalam sum-sum dan tidak memasuki saluran darah, di mana ia boleh dilihat di dalam ujian darah. Justeru, untuk pesakit aleukemik, pengiraan sel darah putih dalam aliran darah mungkin normal atau rendah.

Aleukemia boleh berlaku dalam sebarang empat jenis leukemia utama, dan agak biasa bagi sejenis leukemia "sel-rerambut".
Leukemia boleh dibahagikan secara klinikal dan patologikal kepada bentuk akut (mendadak) dan kronik (jangka masa lama):

Leukemia akut:
penghasilan pesat sel darah muda. Ini menyebabkan tulang sum-sum gagal menghasilkan sel darah dewasa. Boleh terjadi pada kanak-kanak dan orang muda. Jika tidak dirawat segera, pesakit boleh meninggal dalam masa beberapa bulan ataupun minggu.

Leukemia kronik:
penghasilan banyak sel darah dewasa yang tak normal. Biasanya mengambil masa beberapa bulan hingga tahun. Biasanya terjadi pada orang tua, tapi tidak mustahil pada orang muda. Selalunya dipantau untuk suatu tempoh tertentu sebelum dirawat (biasanya dengan kemoterapi dsb) untuk keberkesanan rawatan yang maksimum.
Leukemia juga boleh dikelaskan mengikut jenis sel tak-normal yang paling banyak dijumpai dalam darah:

•Jika sel limfoid yang dijangkiti, ia dipanggil "leukemia limfosit".

•Jika sel mieloid yang dijangkiti, ia dipanggil "leukemia mieloid/mielogenus".



Jika dua jenis kategori ini digabungkan, terdapat empat jenis utama leukemia:

Leukemia limfosit akut (ALL),
paling biasa menjangkiti kanak-kanak.

Leukemia mieloid akut (AML),
lebih biasa berlaku pada orang dewasa berbanding kanak-kanak.

Leukemia limfosit kronik (CLL)
biasanya menjangkiti orang tua > 55 tahun, boleh juga menjangkiti orang muda.

Leukemia mieloid kronik (CML), biasanya menjangkiti orang dewasa. Jenis paling jarang berlaku.
┈─➤ • hemophobia. . . ↻📂 .ೃ⊹₊˚
Hematofobia adalah nama lain dari ketakutan berlebihan seseorang terhadap darah mau itu terkait dengan situasi yang berhubungan langsung dengan darah ataupun tidak. Karena itulah biasanya para penderita merasa sangat ketakutan tidak hanya ketika mereka melihat atau berada di sekitar darah, namun mereka juga akan merasa sangat ketakutan jika melihat luka keropeng dan suntikan vaksinasi. Dengan demikian, selain ketakutan akan melihat atau berada di sekitar darah sendiri ataupun darah orang lain, hematofobia juga dilandasi oleh perspektif lain yaitu ketakutan akan indikasi yang menyebabkan hal ini.
Hematofobia adalah salah satu fobia yang unik. Karena selain terdiri dari dua fase yang dimana fase kedua akan membatalkan fase pertama, hematofobia juga sering menyebabkan penderitanya kehilangan kesadaran atau pengsan. Pada fasa pertama gejala awal yang dapat timbul adalah berupa rasa jijik yang mendalam, mual, pusing, detak jantung meningkat, dan kewaspadaan meningkat secara ekstrem. Selanjutnya pada fasa kedua, sering terjadi penurunan tekanan darah secara tajam secara tiba-tiba sehingga otak kekurangan oksigen yang menyebabkan penderita akan pingsan. Berbeda dengan fobia-fobia yang lain yang gejalanya merupakan perwujudan dari peningkatan ketegangan secara mendadak, yang diikuti dengan hadirnya tingkat stres dan ketakutan yang luar biasa tinggi yang kemudian akan diikuti oleh desakan untuk meninggalkan sumber ketakutannya
Faktor gen dan keturunan diduga merupakan salah satu faktor terkuat kenapa seseorang dapat mengidap hematofobia ini. Namun faktor lingkungan dan trauma masa kecil juga sangat berpengaruh. Karena dari perspektif perilaku, pengidap fobia terhadap darah ini akan mengasosiasikan stimulus yang mereka terima dengan rasa sakit yang pernah mereka alami. Entah itu dari kecelakaan ataupun dari pengalaman perawatan kesehatan mereka. Tetapi, sampai sekarang alasan pasti penyebab hematofobia ini tidaklah diketahui.
2025/02/27 02:47:33
Back to Top
HTML Embed Code: