Warning: Undefined array key 0 in /var/www/tgoop/function.php on line 65

Warning: Trying to access array offset on value of type null in /var/www/tgoop/function.php on line 65
- Telegram Web
Telegram Web
Forwarded from s i O u X
sebuah rumah berkongsi mengenai buku, seni dan karya dari penghuninya. Amat digalakkan berkongsi puisi atau apa sahaja karya sastera dan seni.
www.tgoop.com/rumahbuku
048 : Bebelan Miss Freaks πŸ’‹

SAYANG

Aku ucap sayang hari-hari bukan sebab gedik, bukan sebab suka-suka, bukan sebab menunjuk-nunjuk. Tapi sebab aku tahu ajal itu tak kira masa, tak kira usia.

Sama macam kita selalu ucap syahadah, jadikan kebiasaan sentiasa meniti di bibir, begitu juga sayang. Aku ucapkan selalu untuk mereka-mereka yang aku sayang.

Sebab aku mahu mereka tahu, ingat selalu, andai satu hari nanti aku sudah tiada, mereka adalah insan-insan yang amat aku sayangi, pernah aku sayangi, dan sampai bila-bila pun tetap aku sayangi.

Aku ucap sayang setiap hari bukan saja-saja.

πŸ’”

MissFreaksπŸ’‹
Telegram.me/freakszone
049 : Bebelan Miss Freaks πŸ’‹

FRIENDS vs GF/BF/WIFE/HUSBAND

Selalu aku dengar kawan-kawan aku merungut tentang pasangan mereka yang suka dahulukan orang lain such as friends. Dengan alasan, kawan-kawan itu yang akan tolong bila mereka susah.

Aku tak nafikan,
Dan aku juga tak sokong 100%.

Kalau korang baru fasa gf/bf tu aku boleh consider. Tapi kalau korang dah masuk fasa tunang/kawin aku rasa melampau kalau semua benda nak dahulukan orang lain.

Kawan penting, tapi let say that korang dah kawin and one day korang diuji dengan penyakit. Terbaring, terlantar. Berak kencing mengharap orang. Korang rasa kawan-kawan tu akan datang tolong basuh berak kencing kau? Ada, tapi 1 dalam 100 orang. But a person u called wife/husband, ni yang kemungkinan 90% akan ada disisi korang tau.

Sebab tu, nak dahulukan orang lain, nak hargai orang lain, kena fikir betul-betul. Biar adil. Memang susah nak puaskan hati semua orang, tapi sekurang-kurangnya janganlah satu pihak je kau dahulukan.

Boleh? Be fair okay. ✌️

MissFreaksπŸ’‹
Telegram.me/freakszone
050 : Bebelan Miss Freaks πŸ’‹

A GOOD MAN

A good man is someone who take a good care of you. Always helping you when you need it.

A GENTLEMAN

A gentleman is someone who treats you well, respect you and always makes you feel loved and appreciated.

A REAL MAN

A real man is someone who adores you always, respect you and loved you no matter how bad you used to be and no matter what people said about you. A good man never left even when he knows everything about your past, he still be with you and always gave his best just to see your smile.

Ladies,
Choose you man wisely. Because the man that you chose will be the man that you'll spend your life with.

-MissFreaks-

Aku salute lelaki yang sudi terima seorang wanita yang masa lalunya terlalu kelam. Walau dia tahu, tapi dia tak memilih untuk pergi.

Tak ada manusia atas muka bumi ni yang tak ada kisah silam dan aib.

Aku tabik spring pada lelaki yang letak tepi kisah silam seorang wanita, dan tetap layan dia, hormati dia serta sayangi dia selayaknya seorang wanita disayangi.

Walau seseorang itu pernah hidup dalam kejahilan, pernah jadi seorang yang sangat "kotor", kita tak ada hak untuk menghukum. Kerana kita sendiri ada aib yang sedang Allah tutup.

Kepada lelaki di luar sana yang sudi menjadi lelaki sejati kepada wanita-wanita yang pernah tersilap langkah dalam kehidupan, TERIMA KASIH. Kerana telah mengangkat kembali martabatnya sebagai seorang wanita yang istimewa. TERIMA KASIH kerana telah jadikan dia seorang bidadari.

Dan--
Buat lelaki yang merosakkan wanita, jangan ingat aib kau sentiasa tersembunyi. Sampai masa, kau akan lihat balasan Allah itu tiada yang terkecuali.

Dan--
Kepada wanita, biar kit terlihat sombong kerana menjaga, dari terlihat murah kerana takut pada manusia. Ingat, wanita yang menjaga dirinya kerana agama Allah, Allah pasti akan menjaganya dan memberikan yang terbaik untuknya.

Dan--
Untuk wanita yang pernah tersilap langkah, rahmat dan keampunan Allah itu luas. Selagi jantung kau berdegup, maka kau masih ada waktu untuk kembali ke jalan Allah. Jangan sia-siakan peluang yang Allah bagi. Ingat, ajal maut tak tunggu taubat kita.

Take care my dear ladies.
And thank you all the real man out there. πŸ’•

Miss Freaks πŸ’‹
Telegram.me/freakszone
Forwarded from PENA_BERDURIπŸ₯€
Kesetiaan

Nmpak simple tp mendalam, sebab dlm kesetiaan ada harapan, ada cinta, ada ksh syg, dan yg penting, ada kepercayaan.

Setia bukan bermaksud tak curang semata-mata, tp setia itu ibarat janji susah senang bersama.

Utk tak curang, ramai je boleh. Tapi untuk susah senang bersama, yg tu yg kita cari.

Ucap iloveyou 24jam belum tentu setia, hulur duit 2 3juta, belum tentu setia.

Tp tgk bila kau susah, dia ada x? Dan tgk bila dia useless, kau ada x? Tu setia.

From nothing, will be something, and everything. Words means nothing, action shows everything.

-WandaAlwani-
T.me/penaberduri
Forwarded from Rumah Buku
051 : Bebelan Miss Freaks πŸ’‹

HUMAN BEING vs BEING HUMAN

Bebelan kali ni pendek je sebab aku tak rasa nak bebel panjang-panjang untuk benda yang sangat "biasa" ni.

Harap otak korang boleh hadam.

Kita semua "human being", tak semua dari kita yang mampu "being human".

Ramai, bersepah, yang bergelar manusia hakikatnya tidak. Bertopengkan manusia tetapi berTuhankan nafsu dan syaitan.

Ramai, bersepah, yang bergelar manusia pada zahir tetapi batinnya? Mengalahkan binatang.

Ramai, bersepah, manusia-manusia yang berdiri megah atas namanya "manusia", tanpa sedar dia hanya hamba.

Ramai.
Bersepah.

Cuba renungkan,
Kita yang mana?

🚬

MissFreaksπŸ’‹
T.me/freakszone
052 : Bebelan Miss FreaksπŸ’‹

Lama betul aku tak update, maaflah, kekangan masa + aku punya mood macam sial sekarang ni.

Engkorang apa cerita? Dah sedar diri? Dah insaf? Ke masih hanyut dibuai ombak dunia sepoi-sepoi bahasa?

Hati-hati.

Kita di akhir zaman. Aku sendiri masih tergapai-gapai mencari jalan pulang.

Takut.

Balasan sekarang Allah bayar cash, takde tangguh-tangguh.

πŸ˜”

MissFreaksπŸ’‹
T.me/freakszone
FreaksZoneπŸ’‹
052 : Bebelan Miss FreaksπŸ’‹ Lama betul aku tak update, maaflah, kekangan masa + aku punya mood macam sial sekarang ni. Engkorang apa cerita? Dah sedar diri? Dah insaf? Ke masih hanyut dibuai ombak dunia sepoi-sepoi bahasa? Hati-hati. Kita di akhir zaman.…
053 : Bebelan Miss Freaks πŸ’‹

Lebih setahun terbiar sepi chanel ni. Banyak benda yg berlalu dalam setahun tu dan Alhamdulilah, aku masih di sini. Ada diantara kita yang dah kembali pada-Nya menunaikan janji.

Jika diimbas kembali setahun yg lalu, banyak perubahan yg aku dah lalui dalam hidup aku. Yang pasti, aku semakin sedar sebuah nikmat yang tersembunyi disebalik sebuah ujian.

Aku semakin kenal, siapa kawan dan siapa lawan. Aku semakin jelas tentang kesabaran.

So, korang macam mana? Aku teringin nak sembang2 dgn korang jugak. Nak tahu pengalaman korang, nak tahu tentang kwn baik yg bg taik, nak tahu tentang kekasih hati yang perangai mcm cibai...

Guys~
Kita sama2 ada cerita pedih, cerita sakit. Kita sama2 penah di'taik'kan oleh org2 kita syg. Cuma yg berbeza adalah jalan cerita, watak2 dan pilihan kita.

Sakitnya masih sama
Pedihnya masih sama
Pengajarannya tetap sama

MissFreaksπŸ’‹
T.me/freakszone
Kau rasa mulut kau lagi celaka, hakikatnya kau belum jumpa lawan yang setara.

Kau rasa perangai kau lagi puaka, hakikatnya kau belum jumpa lagi hantu raya.

Dude~
Dalam dunia ini kau tak boleh nak kata kau lebih segala, sedangkan kau cuma jumpa orang 'lemah' di malaysia, belum jumpa lawan setanding di luar negara.

Tolonglah.
Kau nak orang hormat kau, tapi kau sendiri letak babi di mulut sentiasa.

Lain orang bolehlah kau pijak, dengan aku, kau memang menempah nisan sendirilah jawabnya.

Aku jenis hidup tak ganggu orang, apa kau nak buat itu kau punya hal. Janji jangan kau masuk hidup aku kalau aku tak jemput.

Manusia sekarang semakin hilang kemanusiaan. Baik jadi haiwan dari jadi manusia bertuhankan setan.

MissFreaksπŸ’‹
T.me/freakszone
Surat daripada anonymous kepada anonymous.

Ada yang berminat nak join? Syaratnya mudah :

1. Wujudkan 1 email peribadi yang tidak menunjukkan siapa anda sebenar, cukup menunjukkan sebagai apa anda mahu dikenali.
2. Cukup dewasa dan terbuka untuk menjadi "pembaca" luahan bukan "penilai" kehidupan, serta cukup matang untuk berkongsi nasihat dan teguran.
3. Menjaga batas lelaki dan wanita.
4. Setiap apa yang dikongsi menjadi rahsia sampai mati.
5. Ikhlas dalam menjalinkan persahabatan.

Jika berminat, pastikan anda menepati syarat yang ditetapkan. Follow chanel di bawah untuk update seterusnya.

Terima kasih πŸ˜‰

https://www.tgoop.com/sebuahceritatanpatajuk
2025/04/02 02:36:00
Back to Top
HTML Embed Code: