Telegram Web
Hi, Thespmnetic!.pdf
18.2 MB
can refer to this file for details and information too^^
link channel untuk subj lain boleh tengok sini 🫡
Salam and hi everyone! We're currently looking for SPM students (forms 4 and 5) to be admins for Thespmnetic channel subject below:-
 
🖍 Bahasa Melayu
🖍 Pendidikan Islam
🖍 Pendidikan Syariah Islam
🖍 Pendidikan Quran Sunnah
🖍 Sains Komputer
🖍 Pendidikan Moral
🖍 Sastera Melayu
🖍 Pendidikan Seni
🖍 Bahasa Iban
🖍 Bahasa German
🖍 IGCSE

Those who are interested to join our team, kindly pm @autophlee and don't forget to refer to the requirements above before applying, thank u! 😼
Hi, Thespmnetic! (Updated).pdf
18.2 MB
please refer to this file for details and information too^^
📢📢📢

Salam and hi! just a quick reminder to everyone yang ada public channel or group! kalau korang ambil nota from mana mana channel or group termasuk all spmnetic channel, jangan lupa bagi kredit kepada pemilik asal nota, okay?

📌 Kalau nak share, mention nama/channel asal nota.
📌 Jangan copy-paste seolah-olah nota tu korang punya.

Easy je kan? kita nak belajar sama sama, so let's be respectful and appreciate each other's work. Spread ilmu dengan cara yang betul okay guys.

Thespmnetic Team
Guten Tag!!! Saya Amanina, korang boleh panggil saya Nina. Saya batch 08 & saya akan kongsi serba sedikit info kat group ni. Kalau korang nak share apa-apa pun sangat dipersilakan jangan malu jangan segan💗
Kuih raya sentiasa terpatri,
Hidangan istimewa sepanjang masa;
Selamat Hari Raya Aidilfitri,
Mohon maaf atas segala dosa.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,

Kami daripada SPMNETIC LEDERS 2025 ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin kepada semua. Semoga Syawal ini membawa keberkatan, kegembiraan, dan kebersamaan dalam setiap langkah kita.

Di kesempatan ini, marilah kita menyucikan hati dengan saling bermaafan, mengeratkan silaturahim, serta meraikan kemenangan dengan penuh kesyukuran. Semoga kita semua terus diberi kekuatan, kejayaan, dan kebahagiaan dalam kehidupan.

Selamat Hari Raya!
Spmnetic Leaders 2025
Selamat Hari Guru kepada semua guru yang telah mendidik dengan penuh sabar dan kasih sayang. Cikgu bukan sekadar mengajar, you ignite the spark that lights the path of knowledge. Setiap nasihat, teguran dan senyuman cikgu, jadi memori indah dalam perjalanan hidup kami. May Allah bless you with endless happiness and strength, kerana jasamu terlalu besar untuk dibalas. Thank you for being our guiding light. Terima kasih cikgu, you’re truly one in a million! 💡

Sincerely, Thespmnetic Team
Titis peluh tak pernah jemu,
Mendidik semua setiap waktu;
Selamat Hari Guru untukmu,
Jasamu dikenang setiap waktu.


Kami daripada SPMNETIC LEADERS 2025 ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan Selamat Hari Guru 2025 kepada semua guru yang telah menjadi obor penerang dalam kehidupan kami.

Terima kasih atas segala tunjuk ajar, bimbingan, dan pengorbanan yang tidak ternilai. Cikgu bukan hanya mengajar, tetapi membentuk hati dan jiwa kami menjadi insan berguna.

Semoga setiap langkah cikgu dipenuhi keberkatan, kebahagiaan dan kejayaan. Kami mendoakan agar cikgu terus diberikan kekuatan dan kesihatan untuk terus menyinari dunia pendidikan.

Terima kasih, cikgu. Jasamu dikenang, baktimu disanjung.

Selamat Hari Guru!
Ikhlas daripada kami:
SPMNETIC LEADERS 2025
2025/07/12 18:36:15
Back to Top
HTML Embed Code: