ISTIADAT PEMBUKAAN PENGGAL KEEMPAT MAJLIS PARLIMEN KELIMA BELAS
Semoga sesi Parlimen kali ini menjadi medan terbaik untuk memperkukuh hala tuju negara, memperjuangkan keadilan, serta membela hak dan kesejahteraan seluruh rakyat Malaysia.
📌 Dewan Rakyat, Parlimen Malaysia
📆 3 Februari 2025

Minda Presiden PAS
HALAL DAN HARAM SEMPADAN ALLAH
Untuk menjaga semua rukun hidup bagi manusia; iaitu agama, nyawa, akal, maruah, keluarga dan harta, maka wajib berpandukan agama Allah. Bagi menjaga nyawa, maka diharamkan perbuatan membunuh, manakala bagi menjaga akal pula diharamkan meminum arak. Adapun bagi menjaga diri dan maruahnya, maka diharamkan berzina, berliwat, mendedahkan aurat dan lain-lain. Dan bagi menjaga perjalanan harta, maka diharamkan perbuatan mencuri, merompak, menipu, memberi dan menerima rasuah dan lain-lain, begitulah seterusnya.
Kajian saintifik membuktikan suatu kenyataan bahawa semua perkara yang diharamkan telah mendatangkan kemudaratan dan kemusnahan manusia dan alam seluruhnya.
Dalam perkara yang dapat dicapai oleh kemampuan akal, pengalaman dan kajian diserahkan kepada kebijaksanaan manusia dengan dasar umum yang telah ditetapkan oleh syariat melainkan makhluk yang tidak berakal, maka diampunkannya. Dalam perkara di luar kemampuan akal, ditetapkan nasnya (sempadan halal dan haram). Semuanya terkandung dalam ajaran Islam yang sempurna.
Kini, kita menyaksikan manusia sedang memusnahkan kehidupan dunia dengan kemungkaran, lantas mereka dihukum dengan bala bencana sebelum alam akhirat.
Di Malaysia, kini ada pihak yang berani mencabar kedudukan Islam yang telah ditetapkan dalam Perlembagaan Persekutuan.
Bahkan, ada pihak yang berani merempuh sempadan Allah dengan sombong dan megah, menjadi bala tentera Iblis yang sombong serta tidak menerima hakikat bahawa Allah telah menciptakan manusia dengan tugasnya yang mulia bersama Islam, lalu melampaui sempadan Allah yang merosakkan diri mereka sendiri dan alam sekitarnya.
Baca selanjutnya:
https://harakahdaily.net/index.php/2025/02/04/halal-dan-haram-sempadan-allah/

HarakahDaily
Halal dan haram sempadan Allah
BAGI penganut Islam, beraqidah (beriman) hanya kepada Allah sahaja, Tuhan Yang Maha Esa dan tiada Tuhan selain daripada-Nya. Berkonsepkan ...
PAS tetap memilih perjuangannya melalui konsep demokrasi, walaupun golongan sekular yang menjadikan demokrasi sebagai slogannya tidak beriman kepada demokrasi, malah mereka sering kali mencabul, menipu, dan bertindak salah laku yang tidak bermoral dan zalim, khususnya terhadap Islam mengikut agenda Barat. Dihalangnya kemenangan Islam dan juga selepas menang di seluruh dunia.
Kita menjalani pilihan raya umum (PRU) dua peringkat, iaitu di negeri dan persekutuan. Kini, kita berjaya menang di beberapa buah negeri yang diberikan bidang kuasa yang terbatas oleh Perlembagaan Persekutuan, yang berjaya meletakkan Islam dan hak penganutnya, Melayu yang seluruhnya Islam serta bumiputera yang akrab dan orang bukan Islam yang tidak ekstrem.
Adanya kuasa negara Islam yang berdaulat sepenuhnya ialah syarat wajib yang paling besar, sehingga Rasulullah SAW melaksanakan kewajipan dakwah bersama jihad dan hijrah sehingga mencapai kemenangan sepenuhnya.
Biarkan kalangan sekular mentafsirkan agama mengikut bahasa mereka. Adapun kita wajib mentafsirkan makna agama Islam dengan bahasa al-Quran (al-din).
Tunaikan kewajipan yang ada di bawah bidang kuasa negeri dalam aspek hukum syariat yang merangkumi kerja-kerja kebajikan dan pelaksanaan Islam yang berperingkat, namun dapat membuktikan hikmah pelaksanaan Islam menegakkan pentadbiran yang bersih, adil, dan berkebajikan kepada semua rakyat, di samping pelaksanaan amar ma‘ruf dan nahi munkar mengikut istita‘ah dan pelaksanaan secara berperingkat. Misalnya, melaksanakan takzir dahulu, diikuti qisas dan hudud.
Kita juga berjaya menyelesaikan masalah birokrasi pentadbiran dan salah laku rasuah, penipuan, dan kezaliman. Dapat dibandingkan antara kita dengan kerajaan yang bermasalah dan menipu. Jangan dianggap sama sahaja atau lawan lebih baik daripada kita.
Kejayaan bersama Islam pasti diberkati Allah dengan diberikan pertolongan-Nya, lantas menarik sokongan dan dukungan rakyat yang lebih berkesan daripada bahasa ucapan dan tulisan, walaupun banyak cabaran dan sekatannya.
[Retreat PAS Kelantan, 31 Januari 2025]

Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
Sekitar Sidang Dewan Rakyat, 4 Februari 2025