Telegram Web
Forwarded from Abang Akak Payung (Hafizkhalifa)
"Biar orang ketawakan kau sekarang tapi jangan biarkan orang ketawakan kau pada masa akan datang"

Tadi aku agak terkejut bila ada orang mempertikaikan soal rezeki .

Kalau aku ada peluang untuk bertanya , boleh tak kau beritahu sampai bila REZEKI KAU AKAN KEKAL ?

Pada aku biar bodoh 5 saat jangan jadi bangang sehingga tua bertongkat.

Dalam hidup ni ada beberapa perkara yang mana kau perlu usaha tanpa perlu pertikaikan sesuatu perkara.

Soal jodoh , rezeki dan mati adalah rahsia Tuhan yang tidak pernah manusia ketahui.

Tak mungkin kau tahu , Gila hebat kau boleh tahu rezeki kau akan kekal sampai bila-bila.

Langit tak sentiasa cerah , adakala mendung , adakala hujan .

Manusia harungi perjalanan berbeza-beza. Ada orang dilahirkan kaya , ada orang dilahirkan miskin dan ada orang dilahirkan seherdana.

Apa guna Tuhan bagi semua kalau kita tetap pertikaikan apa yang orang lain ada ?

Kita bukan Tuhan nak atur rezeki orang lain.Usaha dalam hidup itu perlu , rezeki kita akan ada jika tertulis untuk kita.
Semua telah tertulis mengikut jalan yg kita pilih.

Perjalanan kita berbeza.
Kau tak rasa apa yang manusia lain rasa jadi jangan terlalu menilai membabi buta.

Pilihan dalam hidup tu tetap ada.Bersyukurlah dengan apa yg ada jangan Kufur.

Hari ni kau gelakkan orang tak mustahil esok orang gelakkan kau.Sebab kita ni hamba bukan Pencipta.

HK

@AbangAkakPayung
"Apa guna Tuhan bagi kau followers tetapi kau gunakan untuk menempah neraka?"

Dunia ni bukanlah pentas perlumbaan media social semata-mata.

Kau usaha sehabis baik untuk kau dapatkan perhatian manusia lalu kau sampaikan sesuatu kononnya nak menyampaikan hak bersuara kepada sang manusia yang kau anggap durjana.

Indah bukan dapat melepaskan geram apatah lagi dendam yang tersimpan.

Dosa sebarkan aib dan fitnah tak sama dengan dosa sembarangan.Dosa itu akan mengalir bagaikan air di lautan.

Semakin kau cuba buang air itu semakin bertambah dan akhirnya kau akan kepenatan sehingga lemas di dalam lautan.

Al-Mizan tidak pernah menipu.Neraca Timbangan itu sedang menunggu , diciptakan khas buat kita yang bergelar hamba.

Dosa dengan Allah , kita boleh taubat Allah terima.Dosa dengan manusia kita tak boleh buat apa-apa.

Hanya kemaafan dari hamba pencipta itu yang boleh mengeringkan dosa di lautan.


πŸ“- Hafiz Khalifa
By :@Hafizkhalifachannel
"Sesudu Teh Dan Gula Sudah Mencukupi"


Aku lihat warna Teh itu hitam , bukankah warna teh sepatutnya coklat pekat sedikit merah . Susah untuk aku gambarkan warna teh di dalam penulisan.

Tapi aku yakin semua orang pernah melihat warna air teh o.

Perlahan-lahan aku cuba menghirup air teh-O itu.Rasanya tanpa gula boleh buat muka sedikit pelik dahi berkerut , itu semestinya.

Berapa bnyak gula yang perlu aku letakkan supaya menepati citarasa?


Dalam hidup ini adakala rasanya seperti minum teh tanpa gula.

Mungkin rasanya seakan-akan tidak boleh menerima dan ada sedikit tekanan jika hati tidak tenteram.

Dan waktu itu kau perlu tambahkan gula dalam kehidupan supaya kau dapat rasa kemanisan dalam hidup.

Hidup ini sukar untuk aku gambarkan. Kali pertama mungkin akan ada banyak pertikaian , kenapa rasanya begitu , tapi lama kelamaan bila kau mula sedar kewujudan gula dalam kehidupan.

Kau akan tahu , setiap dalam hidup saling memerlukan untuk memenuhi citarasa setiap orang dengan cara yang tersendiri.

Pada aku sesudu teh dan gula sudah memadai kerana tidak terlalu manis dan tidak terlalu pekat.

Kerana itulah hidup yang aku dahagakan. Di dalam keseherdanaan ada kebahagiaan.


Terima Kasih Tuhan😊

πŸ“-By @HafizKhalifaChannel
"Aku Bukan Malaikat"

Baru kena tegur sikit pasal aurat dah melenting cakap kat kita ni menghukum acah-acah malaikat.

"Kau tu malaikat eh , boleh tentukan syurga neraka , pahala dosa.."

Berdesing telinga aku dengar.

"Weh kira baik Tuhan hantar manusia untuk tegur kau taw.

Apa nk tunggu malaikat turun dari langit tegur semata-mata nak cakap benda yg sama. Kau ingt kau nabi nk suruh Malaikat turun tegur kau.

Nabi Ibrahim jumpa Izrail boleh pengsan bila Izrail berubah.
Nabi Musa ditumbuknya Izrail , buta mata Izrail. Kembalinya Izrail , Allah pulihkan kembali mata izrail.


Jumpa setan yg berubah jadi hantu pun lari ada hati nak jumpa Malaikat.

Aku manusia.
Aku Bukan Malaikat.
Kalau aku jadi malaikat , aku nak jadi Malaikat Maut, manusia tak reti bersyukur ni tarik je nyawa biar tak sempat taubat.

Duduk kat atas dunia bangga buat maksiat.Cakap sikit meroyan macam orang tak cukup sifat.

Jarang mahluk yang sombong ni dapat hidayah. Kalau lah mahluk sombong ni senang dapat hidayah, iblis pun masuk syurga.


Manusia boleh berubah.
Iman manusia turun naik.

"Jangan pandang kata-kata ini sebagai satu penghinaan , tetapi pandanglah kata-kata ini sebagai suatu jalan untuk penghijrahan"

Doaku buat diri dan kalian semoga diperlimpahkan hidayah Tuhan.

πŸ“ By - @HafizKhalifaChannel
"PENJARA"

Hidup ini kadang-kadang bagaikan satu penjara , apabila kita melakukan sesuatu perkara tanpa sedar kita telah memaksa diri untuk mencipta sebuah penjara.

Kata-kata menjadi saksi,
Ada yang menolak dan timbul rasa iri hati dan dengki.

Dendam tercipta tanpa rela hati. Ibarat api yang membakar diri.

Siapa suka tinggal dalam penjara?

Lagikan pula itu adalah penjara dosa yang kita bina. Bila meluah tak siapa yang dengar, terasa seperti tinggal di dalam neraka dunia.

Nak cuba lari tapi tak terdaya.
Apakan daya , ini mungkin ilusi dunia yang membuatkan kita bangga dengan apa yang kita ada.

Biarpun melihat dengan mata , mendengar dengan telinga tetapi buta melihat dengan mata hati dan jiwa.

Tak salah jika kau cuba lari dari penjara yang kau bina , tapi yang salah bila kau tak ingin untuk mencubanya.

"Jika penjara sebesar lautan , kau masih ada daratan untuk cipta hidup yang kau inginkan"


πŸ“By - @HafizKhalifaChannel
"Ikhlas Yang Hilang"


Kalau kau buat sesuatu perkara untuk sesuatu perkara , kau hanya akan dapat sesuatu perkara yang kau inginkan sahaja.

Ikhlas ini tak nampak dengan mata tetapi boleh dirasa di dalam jiwa.

Aku ibaratkan ikhlas ini seperti sebutir pasir putih yang di campakkan ke dalam lautan yang sangat dalam.. Kau takkan nampak dengan mata tetapi kau boleh rasa.

Mungkin ada orang menyuarakan ikhlas yang dilakukan. Kononnya dilakukan untuk bermacam-macam tentang ikhlasnya itu.

Pada aku ikhlasnya itu hilang bagai debu yang berterbangan , hilang walau cuba dicapai dengan tangan ia tetap hilang.Semakin banyak disebut-sebut akan ungkitan semakin banyak keikhlasan itu berlalu pergi.

Ikhlas itu satu.

Seperti Surah Al-Ikhlas
Ayat yang Pertama.

"Sesungguhnya Tuhan Itu Satu"

Maka niat itu tidak lain tidak bukan hanya satu , "kerana Allah" tidak ada dua tidak ada tiga mahupun selebihnya..


"Kau mungkin mampu lari dari penipuan dunia tetapi kau takkan mampu lari dari keikhlasan dalam diri..."


πŸ“By- @Hafizkhalifachannel
"Penat Dengan Drama"

Aku dah penat , aku terlalu penat melayan drama manusia.

Perkara lepas sepatutnya adalah pengalaman untuk mematangkan bukan membudakkan perangai lampau.

Kau tak penat ke hari-hari buat benda yang sama , tipu manusia sini sana , hidup dengan perasaan sendiri yang ntah kemana akhirnya lemas dalam dusta.

Aku pernah cakap:

'kepercayaan ibarat pistol berisi peluru , sekali kau tembak kau bakal hilang aku selamanya'

Aku hidup dengan prinsip. Sekali kau tembak aku dengan pistol kepercayaan yang aku beri kau takkan jumpa aku lagi.

Berkawan tetap berkawan sebab itu tali persaudaraan tapi kalau kau nak jumpa aku yang dulu . Maaf aku yang dulu dah lama mati. Aku yang percayakan kau sungguh-sungguh tu takkan kembali yang ada hanya aku yang sekarang dan hidup dengan penuh hati-hati.

Kalau kau tak boleh terima aku yang dulu dah lama mati janganlah kau tembak aku yang sekarang berkali-kali.

"Kau hanya menyeksa sebuah perasaan kecewa hakikatnya perasaan tu perlahan-lahan membunuh dalam diam."

Jangan seksa hati tu lagi, kalau nak berubah, berubah demi ilahi bukan untuk mengharapkan manusia yang telah mati tu kembali , kita ni hidup atas dunia cuma sekali dan hidup kita hari ini adalah untuk menempuhi mati.

Tak perlu menunggu sesuatu yang tak pasti , yang mati biarkan mati dan yang pergi biarkan pergi , apa yang ada depan mata kau perlu hargai supaya kau tak membunuh orang yang percayakan kau lagi.

πŸ“ - HafizKhalifa
by @Hafizkhalifachannel
Dalam dunia ni kan , akan ada 3 jenis kategori yang mana aku tak pasti sama ada orang akan setuju atau tidak.

Orang yang pertama , Dia sudah berpunya tapi hati dia single , orang macam ni kadang selalu terpinjam jodoh orang sebab tu wujudnya mencintai tak semestinya memiliki.

Orang yang kedua , Dia single tapi hati dia telah dimiliki. Hati dia ni akan terlepas bila melihat orang yang dia sayang tu pergi dengan sebenar-benar pergi. Mengharap sesuatu yang tak pasti. Dalam harapan terselit sebuah impian.

Dan orang yang ketiga ini , dia sudah berpunya dan hatinya juga sudah berpunya pada insan yang sama.
Bila dua hati menjadi satu , takkan terlerai walau berjuta batu.

By : @Hafizkhalifachannel
Forwarded from PENJARA
Kau tahu tak nak move on tu bukan mudah.

Mungkin kau boleh cakap buat macam tu , buat macam ni sedangkan kau tak rasa macam apa yang aku rasa.

Hidup kau tak sama macam hidup aku, menolak si dia dengan nada terpaksa inikan pula ingin melupakan.

Yaa , hidup perlu diteruskan , walau bukan dengan si dia , namun jalan cerita telah tertulis bahawa aku dan dia pernah bersama untuk seketika.

Walau kau cuba memadamkan memori sedaya upaya . Kau takkan mampu .


@HafizkhalifaChannel
"Penulis Yang Hilang"

(Puisi Moden)


Aku bagaikan penulis yang hilang.
Hari ini aku datang ,
Esok lusa aku menghilang,
Jiwa aku bagaikan terbang,
Melihat cacian dan makian kian terbentang.

Mungkin hati aku telah mati,
Menulis dengan jiwa yang telah pergi,
Perasaannya tidak sama seperti menulis dengan jiwa yang satu lagi.
Segala yang aku tulis bagai sebuah puisi yang tidak punya isi.

Kadang aku jadi malu pada keterangan aku..
Menulis dengan harapan menyampaikan sesuatu,
Aku menyeru agar jangan jadi macam aku,
Dan jangan pernah hidup dengan kesilapan lalu,
Perasaan itu hanya membuatkan hati kau hilang bagaikan debu.

Aku akan kembali,
Mungkin pada suatu hari nanti,
Kerana rinduku terhadap bangkitan kalian tidak pernah terhenti,
Ketahuilah jika aku benar-benar tidak kembali,
Tandanya aku benar-benar pergi,
Dan doa ku sentiasa buat kalian agar terus bangkit demi ilahi.
Kerna esok belum tentu aku dapat menulis seperti hari ini.


πŸ“-Hafizkhalifa
By
- @Hafizkhalifachannel
"Move On Tak Mudah Tapi Tak Susah"

Nak move on ni bukan mudah sebenarnya, lain orang lain caranya tetapi percayalah kalau kau kembali kepada Maha Pemberi segala perasaan ini . Hati kau akan tenang .
Hati kau akan perlahan-lahan merelakan Dia pergi.

Mungkin pada kau dia seorang yang sempurna di mata tanpa ada cacat celanya.

Segalanya sempurna kerana apabila dua hati menjadi satu , perasaan bahagia akan mula tercipta walaupun kau rasa diri kau tidak sempurna.

Tetapi apabila salah satu hati mula berubah arah. Perjalanan mula berubah.

Apa yang paling menyedihkan adalah terlalu banyak kenangan tercipta dan kenangan ini tidak akan boleh dipadamkan sampai bila-bila..

Jadi apa yang kau boleh lakukan ketika itu adalah meletakkan satu halangan supaya kau tidak melihat pada kenangan yang telah tercipta..

Buanglah segala gambar bersama dan padamlah segala conversation yang ada , jika perlu block segala media social yang ada dan cekal hati untuk tidak melihat kebahagiaan yang dia sedang bina.

Block bukan tanda benci , block tandanya adalah untuk kau merelakan dia pergi untuk dia bahagia , bukankah selama ini kau mengharapkan dia bahagia ? maka itulah pengorbanan yang perlu kau lakukan demi kebahagiaan dia.

Kerana kau perlu tahu kau juga layak bahagia untuk insan yang benar-benar layak menerima. Insan yang layak itu akan tiba bila sampai waktunya.

"Bahagia itu perlukan pengorbanan bukan paksaan"


πŸ“- Hafizkhalifa
By -
@HafizkhalifaChannel
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
HATERS

Buat Mereka yang ingin lihat jatuhnya manusia mahupun manusia yang suka bermuka-muka.
Izinkan aku pesan satu perkara.
Kebiasaannya perasaan hasad dan dengki itu adalah punca utama,

Kau takkan dapat rasa kerana kau telah memilikinya,
Perasaan itu hanya pada mereka yang telah mati hatinya.

Sampai bila kau nak melakukan dosa?
Sampai suatu masa kau akan penat dan ingin berbalik pada Maha Pencipta.
Waktu itu kau kena sedar akan ada kifarah yang bakal menimpa.
Jalan cerita kau telah pilih sebelumnya.

Hari ini kau buat orang esok lusa kau akan kena perkara yang sama atau mungkin kau akan kena yang setimpal dengannya.

Jadi , jika kau suka melihat manusia lain berduka,
Lihatlah kau juga sedang menumpang di dunia yang bukan kau punya.

Tak usah riak dengan apa yang kau ada , kerana apa yang kau ada belum tentu menjaminkan apa-apa. Semuanya boleh ditarik bila-bila masa jika dikehendaki oleh-Nya.
Hanya masa yang akan menentukan segalanya.

"Jika hasad dengki berada di dalam darah takkan hilang perasaan dendam dan amarah"

πŸ“ - Hafizkhalifa

By - @Hafizkhalifachannel
Kau nak tahu tak kenapa hati kau cepat berubah-ubah?
Sebab cinta kau terlalu murah ,
Hati kau cepat sangat goyah ,
Hanya disebabkan perhatian manusia membuatkan kau kalah.

Perasaan itu datang tak salah ,
Tapi ....
Yang salah bila kau terlalu ikutkan perasaan pada manusia yang salah.
Kau yang pilih bahagia yang sementara itu untuk singgah ,
Sedangkan bahagia itu layaknya untuk dia sampai jannah .
Tapi kau terlalu ingat pada dia sampai lupa pada hidayah.
Kau layan dia macam bidadari bidadara akhirnya kau buang dia macam sampah.

Cinta tak salah ,
Tolong jangan salahkan cinta kerana cinta itu anugerah ,
Orang yang percaya cinta takkan pernah kenal erti mengalah.
Dan orang yang menghargai cinta pengorbanannya sangat indah.
Hanya orang yang buta mata buta hati saja yang jadi bodoh tanpa noktah.

"Bahagia itu kadangnya kita boleh rasa pada manusia yang salah , jangan persalahkan rasa cinta yang sementara , kerana setiap perasaan yang hadir akan buat kita lebih tabah"

πŸ“- HafizKhalifa
By : @HafizkhalifaChannel
SAYANG

Orang selalu sebut perkataan "sayang" tapi tak ramai orang menghargai perkataan "sayang" sebab perkataan tu TAK sampai pada orangnya.

Kalau kita faham betul-betul makna sayang tu kita takkan sebut melainkan kita betul-betul maksudkan.

Cuba awak bayangkan ada seseorang tu dah nak pergi dari dunia . Waktu tu awak cakap "jangan lah pergi , aku sayang kau weh"

Kalau kita kat tempat orang yang nak pergi tu kita akan rasa "sayang" yang dia nak sampaikan .

Sayang tu kita sebut bila kita takut kehilangan seseorang . Bila kita takut kehilangan sesuatu .

Sebab tu perkataan "sayang" tu terlalu mahal untuk diugkapkan . Bukan senang-senang bagi senang-senang pergi 😌

πŸ“-Hafizkhalifa
By :
@HafizkhalifaChannel
"Bukan senang-senang bagi senang-senang pergi"

😌😌😌😌

Yang mana paham tu paham lah πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
"Surat Untuk Layla"

Mungkin dunia ini kadangnya ketidakadilan tu datang pada setiap manusia.

Perasaan suka , cinta , sayang datangnya pada manusia tanpa perlu kita minta. Aku tahu tentang tu.

Aku akan rasa berdosa meluahkan rasa suka dan cinta di saat aku benar-benar tidak bersedia.

Ibn Qayyim pernah kata:-
"Sehina-hina manusia(lelaki) adalah apabila dia meluahkan rasa cinta pada wanita sedangkan Dia tidak berusaha untuk menikahi wanita tersebut"

Aku pun manusia biasa yang tak lari dari perasaan. Kadang ada benda yang kita perlu luahkan dan ada benda yang perlu kita simpan.


Bila dah meningkat dewasa ada perkara yang perlu kau utamakan.Mungkin aku akan kehilangan kerana aku tidak bersedia.

Aku mungkin tak menyesal kalau tertulis kau ditakdirkan dengan orang yang lebih baik dari aku tapi aku mungkin akan menyesal kalau kau ditakdirkan dengan orang kurang baik dari aku.

Aku harap kau faham kenapa aku tidak pernah meluah. Cukuplah aku simpan supaya aku tidak rasa bersalah .


πŸ“-Hafizkhalifa
By :-
@Hafizkhalifachannel
2025/02/19 19:34:33
Back to Top
HTML Embed Code: