Telegram Web
Orang ramai tengah tergila gilakan jenama beg br**k ni. Taktau apa yg specialnya.

Tapi kalau nak yg murah and design seakan2 sama boleh try yang ni. Boleh pakai time raya nanti hehe
Untuk Pejuang Dua Garis: Jangan Pernah Putus Harapan

Tak semua orang faham perjuangan ini. Hanya yang melaluinya tahu betapa sakitnya berharap bulan demi bulan, tahun demi tahun, tapi masih belum dikurniakan rezeki yang dinanti. Kau lihat orang lain dengan mudahnya menerima berita gembira, sedangkan kau? Masih setia menunggu dengan hati yang penuh doa dan air mata yang sering jatuh dalam diam.

Kau mungkin penat. Kau mungkin pernah persoalkan, β€œKenapa aku, Ya Allah?” Tapi percayalah, Tuhan tak pernah kejam. Dia mendengar setiap rintihan kau, setiap doa yang kau panjatkan di sepertiga malam, setiap airmata yang jatuh tanpa sesiapa sedar.

Tak mengapa kalau ada hari kau rasa lemah. Tak mengapa kalau ada masa kau menangis kerana terlalu letih dengan pertanyaan orang, dengan harapan yang sering berkecai. Tapi satu hal yang pastiβ€”kau tidak keseorangan. Ramai di luar sana yang sedang berjuang seperti kau, dan yang lebih penting, Tuhan sentiasa ada.

Jangan berhenti percaya. Jangan biarkan kesedihan ini buat kau lupa betapa kuatnya kau sudah bertahan selama ini. Teruskan berdoa, teruskan berusaha, dan teruskan bahagia walau perjalanan ini penuh cabaran. Rezeki itu rahsia Tuhan, tapi Dia tak pernah mungkir janji.

Satu hari nanti, bila tiba masanya, kau akan peluk rezeki yang selama ini kau tunggu. Dan saat itu, kau akan faham bahawa setiap tangisan, setiap kesabaran, setiap doa yang kau panjatkan, semuanya berbaloi. Sampai hari itu tiba, teruskan melangkah. Kau kuat, dan kau tidak sendiri.

Credit itsgadissemasa
@Hati_Remaja
Ayah, Pahlawan Tanpa Suara

Di luar sana, ada seorang lelaki yang tak pernah mengeluh walau penatnya tak tertanggung. Dia keluar pagi sebelum matahari terbit, pulang saat dunia sudah gelap. Dia tak pernah tanya apa yang dia dapat, asalkan anak-anaknya cukup makan, cukup pakaian, cukup bahagia.

Dia mungkin tak selalu tunjukkan kasih sayang dengan kata-kata, tapi lihatlah tangannya yang kasar, wajahnya yang semakin tuaβ€”itu bukti cinta tanpa syarat. Dia tak pernah minta balasan, tak pernah minta penghargaan, cukup sekadar tahu anak-anaknya sedang baik-baik saja.

Tapi jauh di sudut hati, dia juga manusia.

Kadang-kadang, dia rindu suara anak-anaknya. Dia tertanya-tanya, "Mereka ingat aku lagi tak?" Dia berharap ada yang bertanya, "Ayah dah makan?" atau sekadar menghantar mesej, "Ayah, sihat?"

Jangan biarkan dia menunggu. Selagi dia masih ada, selagi masih boleh mendengar suaranya, tanyalah khabarnya. Satu panggilan pun sudah cukup buat hatinya berbunga. Sebab bagi seorang ayah, kasih sayang bukan diukur dengan hadiah mahal, tapi dengan perhatian yang tulus dari anak-anaknya.

Jangan tunggu masa merampas peluang itu. Hargailah dia, sebelum satu hari nanti, yang tinggal hanya rindu tanpa jawapan.

Credit itsgadissemasa
@Hati_Remaja
Ibu: Kasihnya Tak Pernah Pudar

Pernahkah kau perhatikan tangan ibu? Dulu lembut, halus, penuh tenaga mendukung dan membesarkan kau. Tapi sekarang, tangan itu sudah mula berkedut, kulitnya makin nipis, dan kudratnya tak sekuat dulu. Namun, satu hal yang tak pernah berubahβ€”kasih sayangnya pada kau.

Sejak kecil, ibu adalah tempat kau pulang. Dia yang berjaga malam saat kau sakit, yang tak pernah makan sebelum memastikan kau kenyang, yang sentiasa ada walau dunia menolak kau. Dia tak pernah minta apa-apa balasan, cukup sekadar melihat kau bahagia.

Tapi sekarang, kau semakin sibuk. Mungkin kau jarang bertanya khabar, mungkin kau fikir ibu sentiasa baik-baik saja. Tapi tahukah kau? Dalam diam, dia masih mendoakan kau setiap hari. Dia masih terjaga malam, bukan kerana kau sakit, tapi kerana rindu yang tak terluah.

Jangan tunggu masa berlalu untuk menyedari betapa berharganya ibu. Peluklah dia selagi boleh, genggamlah tangannya sebelum ia terlalu lemah. Luangkan masa walau sekejap, tanyakan khabarnya walau hanya dengan satu panggilan. Sebab satu hari nanti, yang tinggal hanyalah kenangan dan doa yang takkan pernah terjawab lagi.

Ibu mungkin sudah semakin tua, tapi kasihnya tetap samaβ€”selamanya untuk kau.

Credit itsgadissemasa
@Hati_Remaja
✨ Terimbau nostalgia raya dulu-dulu bila makan kuih tradisi yang makin susah nak jumpa! ✨

Dari biskut moden hingga kuih legend zaman mak-mak kita, semua ada di sini! Tapi hati-hatiβ€”stok sentiasa ce.pat habis sebab ramai yang repeat order setiap tahun!

Jangan tunggu last minute! Klik link sekarang & tempah sebelum terlambat! ⬇️⬇️⬇️

1. Tart Nenas Warisan
https://s.shopee.com.my/VsFBJmR2F
2. Aneka kuih raya
https://s.shopee.com.my/AKMAtSNXvH
3. Promo 4 bekas
https://s.shopee.com.my/5KxUwLrYPA
4. Kuih kapit peanut choc
https://s.shopee.com.my/50KeXrpSCL
5. Kerepek pisang ros
https://s.shopee.com.my/4fho9Ithjm
6. Brownies cookis
https://s.shopee.com.my/2B0TAx1pyE
7. Cookies borong
https://s.shopee.com.my/1B7vzRkEl6
8. Kuih loyang
https://s.shopee.com.my/8Kb6WUm2Av
9. Kuih sampan
https://s.shopee.com.my/VsFC9639m
10. Tortilla BBQ
https://s.shopee.com.my/3LCQZjKxqn
Bila kau pernah hidup dengan income kecil , dan kau juga pernah hidup dengan income besar, akhirnya kau akan sedar rasa cukup tu lebih baik.
Forwarded from π‡πšπ­π’ π‘πžπ¦πšπ£πš πŸ₯€ (π™½πš„πšπš‚πšˆπ™°)
Apa sahaja perbuatan atau perkataan tak baik yg datang dari kita masa bulan puasa niβ€” it’s truly and really from you. Mungkin habit lama yg dah terbiasa diamalkan setiap hari. I know it’s a sad truth. May we slowly change, insyaAllah.

@Hati_Remaja β™₯️🌻
Forwarded from π‡πšπ­π’ π‘πžπ¦πšπ£πš πŸ₯€ (π™½πš„πšπš‚πšˆπ™°)
We have been grown up and know that :

Life is hard.

To give your trust to someone is not that easy.

Experience is very important to make you not repeat the same mistakes.

Perfect people don’t exist, and don’t pretend to be one. Just be yourself is enough.

@Hati_Remaja β™₯️🌻
Missing dead people is awful, it's not like you can pick up the phone and call them.

If you miss someone call them.
Bila one day nanti kau dah tersasar jauh dari jalan kerjaya kau. Jangan kau stop fr being make the struggle. It doesn't matter untuk apa yang kau dah ada. Ingat. Kejayaan never waiting for you. Kau yang akan pergi dapatkan kejayaan itu.

And bila kau needs someone to talk about your problems. Yah its good for you to hear some motivate or see some inspirational example in your life. Tapi percayalah mereka cuma sambut kau.

Kau carilah berapa ramai lagi orang for you tell them whts really happened in your life. Hakikatnya kejayaan kau tetap tak akan datang untuk kau.

What you need is go achieve it. Bangun dari gagal nya diri kau. Pergi merantau cari lah apa yang kau perlukan dalam hidup kau. Trust for being yourself. Everyone just wanna you to be succes but yourself will be make the success. Nobody else.

Belajar untuk hidup dalam kerumitan baru kau jumpa apa itu kebangkitan.

@hati_remaja ✨
Niqabis

Raya nanti make sure pakai baju tutup punggung
Tudung pun labuh depan belakang tepi kiri dan kanan.

Handsock dan sock jangan lupa pakai.

Selagi kat atas tu masih tak de dalam list maka xyahla pakai niqab..

Tutup aurat tu yang wajib
Niqab sunat je..

#nasihatbukannyamarah

@Hati_Remaja 🌻β™₯️
I need to                you only
save money          live once
                             
  ( β€’_β€’)                          (β€’_β€’ )
   ( ΰΈ‡ )ΰΈ‡                         ΰ­§( ΰ­§ )
   /οΈΆ\                             /οΈΆ\

@Hati_Remaja β™₯️🌻
Saya bukan ahli dalam agama, saya hanya seorang pendosa yang ingin memperbaiki diri agar lebih baik dari yang sebelumnya.

@Hati_Remaja 🀍
Ya Allah,

Aku tak tahu apa aku rasa sekarang sedih pun tidak, kecewa pun tidak, terlalu bahagia pun tidak,

Namun, aku bersyukur kini aku mampu lagi tersenyum dan ikut aturan takdirMu dengan tenang.

Ya Allah,
Satu aku pinta jagalah kedua syurgaku hingga kesyurgaMu

@Hati_Remaja 🀍
Kalau stress, kerap amalkan doa ini:

Hasbunallah wa ni'mal Wakil

"Cukuplah Allah sebagai penolong dan dialah sebaik baik wakil."

@Hati_Remaja β™₯️🌻
Bila sampai masa aku nanti, wallet ni jadi hak milik mutlak bini aku. Orang lain tak boleh pegang. Abang ka kakak ka adik ka pakngah paklong paksu semua jangan gatai nak amik simpan. Bini aku ja ada hak atas benda ni.
.
Tak tak... bukan sebab wallet ni banyak duit. Bukan sebab banyak kad dalam tu. Aku bukan orang kaya. Tapi sebab ia ada sentimental value dalam kehidupan rumahtangga kami. Time tebal, aku bagi dia. Time kosong, dia tolong tampung. Biarpun dah kusam, lunyai, rabak... Ia tetap sentimental. Susah senang kami wallet ni jadi saksi. Orang lain tadak hak, tadak kepentingan apa pun dalam tu. Faham tak apa aku cakap ni?
.
Kredit: Edi Arjuna
2025/03/16 22:11:53
Back to Top
HTML Embed Code: