Telegram Web
kekuranganmu dan kekuranganku, kita Lebih bersama.


—Akifamrann.
Selaras senapang atau pengecut bergerombolan, ia hanya menembus jasad.

Namun gentarlah akan panah
yang menembusi tujuh lapisan langit,
senjata terkuat zaman-berzaman
akan menyelamatkan mereka
yang kau tindas
sedalam tujuh lapisan bumi.

Ini laungan untukmu gentar
yang sudah ku tahu hatimu telah ketar.

Tangan kami berqunut nazilah,
hati kami memandang langit,
kepercayaan kami wujud
bahawa kamu bakal direjam perit.

Suara kami yang kau akan dengar,
hiduplah selagi mampu,
selama mana ini adalah syurgamu,
namun penjara mereka itu hanya sementara,
merdeka telah menjadi milik para syuhada'
malapetaka rejim zionis menanti kelak.


—Akifamrann.(2021)
Penulis yang tidak menulis hanyalah raksasa memikat kegilaan. Aku melihat kepada kondisiku beberapa bulan ini, tidak sihat, seakan tanduk mekar di kepala, manusia dalamku perlahan menjadi syaitan. Pada suatu ketika, kesenian dalam darahku adalah anugerah, membuka mata tentang siapakah Tuhan. Bipolar menyerang, kesenian dalam anugerahku adalah darah, membunuh waras.

Aku mengira dosaku, aku mengira temanku. Sudikah kamu santai di sini sebentar? temanlah aku.

Masih tidak mampu rayu, namun, bantulah, aku sudah lama tidak menulis.

Bagaimana mampu aku gelar diri penulis, andai dakwatku tidak pernah cukup untuk menggantikan darah si kaki papah akibat kekejaman zionis. Andai malhamah menyahut, adakah aku pemberontak yang paling penakut? Bantu. Aku cuma mahu menulis.


—Akifamrann.
Please open Telegram to view this post
VIEW IN TELEGRAM
Please open Telegram to view this post
VIEW IN TELEGRAM
Langit,
Sekejam apa tingkah manusia hari ini?
Sehingga engkau menangis begitu keras
Sehingga engkau menculik mentari
Sehingga biasan monokrom berlanjutan hingga hari ini
Sehingga kota ini berbau derita


Kotornya manusia hari ini
Sehingga engkau
Perlu membasuh mereka
Dengan lukamu sendiri
Please open Telegram to view this post
VIEW IN TELEGRAM
Aku mengira dosaku, aku mengira temanku. Setiap abjad adalah imbangan Mizan, memilih untuk tidak menyebarkan kebenaran mahupun keburukan bukanlah memilih A'raf, hanya putus asa, mengalah di tengah jalan.

Tiada yang putus asa di dalam syurga, kerana kita adalah hamba kepada Yang Maha Berkuasa.


—Akifamrann.
"Tanah ini berdaulat dan akulah rajanya.
Tangan ini berTuhan dan akulah tuannya."


—Akifamrann.
"alam tidak pernah sebahagia kita, namun adakah itu berita yang nyaman?"


—Akifamrann.
Please open Telegram to view this post
VIEW IN TELEGRAM
Maruahku setinggi langit, sehingga mereka kemarau mencaci hujan, namun mereka mengeluh di saat tangis jayaku meriah, bah seluas tanah dibentangkan. Tiada kebahagiaan di dalam kebahagiaan, tanpa neraka, syurga tidak akan menjadi kejaran.
Forwarded from Tinta Si Langit
Lembaran, coretan baharu.
Jalan cerita dan watak juga baharu.
Mungkin.
Tiada siapa tahu.

Namun sebelum itu,
tolehlah lembaran terdahulu.
Semat kemas segala ilmu.
Pegang kejap segala pesan.

Tanya pada dirimu,
apakah cukup tumbuhnya aku?

-langit
2025/01/03 01:11:42
Back to Top
HTML Embed Code: