Hidup ini bukan perlumbaan, namun berlumbalah untuk "hidup".
—Akifamrann.
—Akifamrann.
Seperti purnama adalah salah satu fasa kitaran, anak bulan juga harus diraikan.
—Akifamrann.
—Akifamrann.
Mungkin, sepasang sayap ini mahu mengajar apakah itu realiti sebuah penerbangan. Usah cemburu melihat awan, kamu sudah sedang terapung di udara.
Perlahan✨.
—Akifamrann.
Perlahan✨.
—Akifamrann.
Kita sering saling mengirim surat kepada purnama, mengharapkan dipantulkan kembali antara kita berdua. Aku adalah penyair dan pujangga, pereka takhta sebuah percintaan antara samsara dengan nirvana. Mereka seindah kamu, memeluk erat ibarat zulmat malam menyelimuti bumi. Meneroka asmaraloka, sedang semesta terus bersajak, liar kita mula jinak, bersanding di pelamin antara lautan dan tanah. Satu dan satu akhirnya menjadi satu, bukan dua. Maka menarilah penduduk bumi dan langit penuh cinta seakan mereka juga sama seperti kita.
—Akifamrann.
—Akifamrann.
Oh untuk menjadi sebuah jawapan kepada segala soalan yang tidak ditanya. Untuk menjadi sebuah persoalan kepada segala jawapan yang tidak terjawab manusia. Oh untuk menjadi manifestasi sebuah cinta Tuhan, alangkah indah dipilih untuk dihormati para bidadari dan bidadara, alangkah indah untuk dirindui kekasihmu, alangkah berkat disanjungi sehalus makhluk dicipta kekasihmu. Seindah utusan, sehebat lelaki, ku utuskan salam wahai perhiasan yang disulam bintang-bintang.
—Akifamrann.
—Akifamrann.
Aku mencatat akad sebuah impian untuk mendewasakan diri kita, maka hadirlah sebuah pencerahan daripada Tuhan mengatakan "sudah tiba masa". Gambaran dibelai lembut tanganmu bertahun nanti sudah lebih dari cukup untuk aku mengotorkan tangan ini mengangkut batu besi, mengukir istana daripada kerikil sungai dan kayu api. Sekecil langkah aku bermula untuk mencintaimu, adalah seluas taman bunga yang bakal kusediakan pada hari perayaan dunia tentang kita nanti.
La Yukallifullahu Nafsan Illa Wus'aha, maka aku tebus setiap ujian sepantas yang aku mampu, hanya untuk menemui ujian seterusnya bersama kamu.
—Akifamrann.
La Yukallifullahu Nafsan Illa Wus'aha, maka aku tebus setiap ujian sepantas yang aku mampu, hanya untuk menemui ujian seterusnya bersama kamu.
—Akifamrann.
Kadang, kita perlu belajar mendiamkan minda agar suara tulisan itu kedengaran dengan lebih jelas✍🏻✨.
—Akifamrann.
—Akifamrann.
Mencintai orang lain adalah cermin kepada cinta terhadap diri sendiri. Bagaimana dengan yang terlalu "mencintai" seseorang sehingga dirinya sendiri tersakiti? Bagaimana dengan rakan atau kekasih yang sanggup ditindas hanya atas dasar cinta? Bagaimana pula dengan para sahabat yang sanggup menjadi perisai nabi? Bagaimana pula warga Palestin yang bermati-matian demi tanah suci ini? Apakah mereka tidak mencintai diri sendiri?
Tidak sama sekali, bahkan merekalah yang paling mencintai diri sendiri. Cinta yang sebenar tidak serendah luaran semata-mata. Cinta yang sebenar adalah keadilan, dan mereka yang adil akan sentiasa meletakkan perkara pada tempatnya. Siapa pun diri kamu, tidak layak untuk kamu ditindas hanya kerana kamu mencintai sehingga terbuka ruang bahawa kamu boleh diguna mereka sesuka hati. Meninggalkan mereka adalah cara kita mencintai, kerana seperti mana ia baik untuk diri kita, ia juga baik untuk mereka agar mereka punya ruang untuk belajar tentang apakah itu cinta.
Andai cinta itu sekadar luaran, dajjal selayaknya dicintai. Dengan izin Tuhan, dajjal mampu mengurniakan harta dan keperluanmu, dia mampu "menghidupkan" kembali para tersayangmu. dia mampu mengurniakan apa yang kamu mahu, hanya jika kamu mencintainya.
Apakah sehina itu taraf cinta yang kita idamkan? Adakah mencintainya menunjukkan kita mencintai diri sendiri? Tidak bukan? Jadi mengapa kamu terus mencintai mereka yang sudah jelas menindasmu hanya kerana si dia mengatakan dia telah mencintai?
Mencintai adalah sebuah keikhlasan berbentuk pengorbanan, bukan pengorbanan berbentuk keikhlasan.
Andai mencintai mereka merosakkan kita, ia bukan cinta. Hanyalah syurga dajjal yang disebaliknya ada api semata-mata.